Baru-baru ini tular kisah seorang ibu yang membawa anaknya masuk ke hutan bagi mengajar si kecil tentang alam semulajadi. Dia turut berkongsi pengalaman menyusukan anaknya yang berusia lebih kurang satu tahun ketika berjalan di dalam hutan.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan perkongsian tersebut kerana menurut mereka adalah berbahaya untuk membawa anak sekecil itu masuk ke hutan. Kata Adilah Suhailin yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Bidang Zoologi, dia mahu anaknya mengenali alam sejak kecil dan tidak mahu berharap pada skrin telefon sahaja.
Adilah mahu anaknya belajar tentang alam semula jadi sejak usianya masih kecil
“Tiada masalah untuk mendaki bukit. Di aplikasi Tiktok, saya jelaskan untuk ibu ayah yang nak buat aktiviti luar kena pastikan ia sesuai untuk anak dan tempat itu mestilah tiada binatang buas.”
Ads
Tambah Adilah lagi, tempat yang dia dan suami bawa anak mereka adalah lokasi yang mana orang bawa anak-anak beriadah dan merupakan trek joging. Dia juga ada mengamalkan doa tertentu bagi melindungi diri ketika masuk ke hutan.
Melalui perkongsian ibu ini dengan Kosmo!, tujuan utama dia membawa Arjuna ke dalam hutan adalah untuk membiasakan anaknya itu agar boleh berkomunikasi dengan alam ketika dia sudah besar nanti.
Ads
Adilah juga berkongsi pernah mendaki Bukit Pelindung di Kuantan dan Bukit Keluarga di Besut, dia melahirkan rasa syukur kerana anaknya tidak merengek sepanjang perjalanan naik dan turun.
Pasangan ini membawa anak mendaki bukit yang tidak berbahaya dan menjadi pilihan ramai orang untuk beriadah
Kata Adilah lagi dia menyambung Ijazah Sarjana dalam Konservasi Sains dan Biologi dan sangat suka anaknya ‘faham’ dengan alam. Tambahnya lagi, dia juga aktif dengan organisasi bukan kerajaan dalam bidang konservasi.
Menyebut tentang isu menyusukan anak di tempat terbuka, ibu ini bersetuju yang ia tidak sopan dan kurang manis untuk dikongsikan. Dia juga memohon maaf krana tidak sensitif tentang hal ini.
“Saya minta maaf kerana tak sensitif, tak sangka hal ini menjadi isu. Ia tak sesuai dirakam dan saya terima baik teguran semua orang. Saya anggap ia sebagai titik tolak untuk saya buat content video yang lebih baik selepas ini.”
Sehebat mana pun kita bergelar ibu ayah, jika dah sampai janji Allah pada hamba-Nya, tiada daya kita menolaknya melainkan perlu reda atas ketentuan ilahi. Begitu juga kisah yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila perginya bayi perempuan yang sempat bersama mereka 6 bulan sahaja.
Tidak menyalahkan takdir, cuma kesedihan itu cukup terasa kerana masih belum puas untuk bermanja dan pada hari terakhirnya itu, arwah benar-benar meninggalkan memori yang manis untuk diingati sampai bila-bila.
Berikut luahan hati seorang ibu, Puan Noraziah Ramli mengenai arwah anak syurganya, Aleefa yang meninggal kerana tersedak susu di rumah pengasuh.
Assalamualaikum wbt
Dengan berat hati dan secara terbuka dengan ini saya ingin memperkenalkan puteri syurga saya Aleefa (kind, compassion,friendly). Pilihan nama diberi bersempena dengan huruf pertama dalam jawi dan al quran “alif”.
Hilang sakit saat lihat bayi depan mata
Dilahirkan pada 12.03.2020 Khamis di labour room bilik 14, PPUM dengan berat 2.675kg pada jam 5.28 sebelum subuh. Kesakitan contraction dialami sejak Isnin 09.03.2020 petang dan semakin sakit pada malam Rabu 11.03.2020 dan start admitted. Disebabkan dengupan jantung baby agak berisiko maka doktor decided untuk pecahkan air ketuban pada pukul 12tgh malam.
Dilahirkan secara normal namun di dalam keadaan ibu yang sangat penat sbb dah lama menahan sakit.
Betul kata orang bersalin tu tak sakit cuma waktu jahit tu je yg teramat sakit. Saat diberikan bayi pada kali pertama, hati ini mengucap syukur atas nikmat sakit itu dengan diberikan hadiah tak ternilai itu.
Hari pertama dilahirkan dengan keadaan yang sihat baby dan ibu tanpa ada kuning utk baby. Namun ibu terpaksa ditahan diwad sebab BP naik sewaktu di dlm labour room. Ditambah pulak dengan ibu punyai rujukan pakar PSY. Kali pertama cubaan beri susu ibu… Bagusnya baby pandai sgt isap tapi susu belum keluar sepenuhnya
Malam pertama, nurse ambik semua baby utk dijaga dan ibu dapat rehat sepenuhnya. Bila masuk hari kedua, aku rasa separuh badan aku ke bawah macam sakit sangat. Tapi kuatkan kudrat jugak.
Hari kedua susu ibu langsung tak ada. Baby isap kerap tapi tetap tak ada. Bila malam nak tido aku terpaksa panggil nurse utk topup susu formula. Sbb susu ibu tak ada so kuning dia pun tiba2 naik mendadak.
Hari ketiga sebelum subuh baby. Dia diam je wpn mata besar sgt. Ibu dah lepas balik tapi anak kena masuk wad. Alhamdulillah satu malam je kena tahan dah boleh balik.
Anak yang mudah dijaga
Aleefa anak yang paling mudah jaga. Menangis pun jarang dan tak kuat. Senantiasa bangun pagi dengan senyuman yg manis. Tido malam lena tanpa jaga (kadang2 je bgn sekali dua nak susu).
Dia dah mula merangkak dua tiga tapak.
Dari pagi kejadian asyik gelak dan senyum
Pada pagi akhir. Dia bangun awal tapi duduk diam je dalam bed dia. Diangkat pindah ke tilam depan dengan senyuman manis. Sebab pagi tu sejuk. Dibalut dengan kain tuala. Takut lapar, aku buatkan susu sambil pegang dia. Tapi dia minum setegok dua je. Lebih excited dengan apa yang ada depan mata dia. Ditukarkan pampers, dicibuk kan penuh dengan ketawa dan senyuman. Dipakaikan pampers dan baju juga tak putus dengan gelak tawa. Abg datang bergurau mengacah adik terkekek gelak.
Lambaian terakhir buat Aleefa
Saat menghantar di muka pintu, saat aku melambai sebelum dia berlalu pergi… Dia sempat pandang dan senyum pada ibunya. Dan tak sangka itu lambaian ku yang terakhir.
Terima kasih tunggak utama ibu mertua saya yang tak pernah tinggalkan saya. Dari hari pertama kejadian sampai mandikan jenazah dan solatkan jenazah. Tak pernah tinggalkan menantumu ini. Buat ipar duai ku semua yg jauh dan yg dekat terima kasih atas doa dan usaha bantu puteri syurga kami. Terima kasih untuk kata2 semangat yang tak putus. Terima kasih Kak long, abg ngah, kak lang, kak pah, dik zan dan dik ami.
Untuk sedara mara belah aku terima kasih atas doa dan kata2 semangat.
Untuk sahabat2 ku yg sudi berada bersama Noshey, Dayah besar, Dayah kecik, Fieza, kak ila yg dtg dari jauh, fatin dan yang tidak tersebut nama terima kasih atas jasa kalian.
Tak lupa juga kawan kerja semua, kawan zaman sekolah rendah, sekolah menengah, kawan2 kampung, kawan universiti dan semua lah yg tak tersebut. Terima kasih.
Untuk sahabat2 belah en. Nan; en. Shak, kak Lin, Brotherhood Team, Sir Azri PapaGomo, kawan2 team teater, team Maxis Fiber, untuk adik khairul yg dtg jauh dari pahang dan isteri, dan semua yang tak tertaip hanya ucapan terima kasih kami sekeluarga mampu balas.
Meninggal akibat tersedak susu
Anak saya meninggal secara pengesahan doktor adalah pada 11.09.2020 jumaat jam 2.15 ptg mengikut masa tiba di hospital namun atas kertas siasat doktor tertulis anak telah meninggal di rumah pengasuh.
Setakat apa yang kami tahu anak meninggal akibat tersedak susu di rumah pengasuh. Namun masih menunggu keputusan post mortem paling awal 2 bulan.
Kami sekeluarga termasuk keluarga mentua tidak sama sekali menyalahkan mana mana pihak. Kami terima ujian ini dengan hati yg redha dan ikhlaskan semua ini.
Berlari rianglah puteri syurgaku, ditimang2 berebut timang dengan wan saad, embang lanang, embah wedok dan daddy nanang. Tunggulah papa dan abi mu di pintu syurga nanti sayangku.
Halalkan setiap air susu buatmu sayang
Ibumu ini mengikhlaskan kesemua kesakitan mengandongkan kamu, melahirkanmu dan setiap air susu yang mengalir buatmu puteri syurgaku.
“Isteri yang kematian suami dipanggil balu, anak yang kematian ibu bapanya dipanggil anak yatim piatu, ibu bapa yang kehilangan anak dipanggil…. Tiada perkataan yg mampu diungkapkan sebab ia nya terlalu perit”… Salah satu dialog drama Black versi Korea.
Jasadmu di dunia 12.03.2020 – 12.09.2020. (Aleefa Mohamad Afnan)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang kata malang tak berbau! Dalam asyik beringat pun jika benda dah nak jadi tak boleh elak juga. Begitulah pengalaman yang dilalui oleh seorang ibu apabila berdepan detik cemas setelah anak yang didukung oleh suami sendiri tiba-tiba jatuh kerana tergelincir.
Menurut Damiana, posisi anaknya yang mengadap belakang ketika suaminya tergelincir jatuh itu menyebabkan muka anaknya itu cedera kerana tersembam pada tiang sebelah tangga dan bucu tangga.
Anaknya mengalami luka sedalam hampir seinci di bahagian hidung dan posisi hidungnya tidak seperti normal.
Suami jatuh terlentang masa dukung anak
Hati-hati lah kalau kita dukung anak. Malang tak pernah berbau. Hari ini baru ada kekuatan nak throwback balik kisah Afif baru baru ni. Ramai yang tanya macam mana Afif boleh jatuh sampai muka cedera teruk. Ada yang ingat Afif jatuh sebab buas sangat.
Tapi sebenarnya tak. Afif tak buas pun bahkan baru je bangun tidur masa tu. Yang jatuhnya Abi Afif. Abi Afif yang tergelincir waktu nak turun tangga masa dukung Afif. Posisi muka Afif time tu atas bahu Abi menghala ke belakang (posisi biasa lah bila kita dukung anak). Jadi bila Abi Afif jatuh terlentang, muka Afif yang menghadap ke belakang terus tersembam pada tiang sebelah tangga dan bucu tangga. Bentuk tajam yang ada di permukaan tiang tertusuk tepat pada bahagian tulang hidung Afif dan menyebabkn luka berlubang yang agak dalam (kira-kira setengah inci).
Kedudukan hidung lari sikit dari asal
Waktu kejadian tu petang dalam 5.40 petang. Bergegas bawa ke emergency hospital Kuala Berang. Dua kali juga la Afif muntah lepas jatuh. Darah tak brenti lagi time tu. Doktor lakukan X ray dan buat assessment. Memandangkan kecederaan Afif parah juga, doktor terpaksa refer pada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut. Dalam pukul 8 malam Afif ke HSNZ dengan Abi menaiki ambulans.
Sampai kat hospital, Afif jumpea doktor pakar mata dan hidung. Mata Afif doktor periksa sebab takut ada kecederaan saraf akibat dari hentakan kuat. Banyak kali juga doktor check. Alhamdulillah tak ada apa masalah. Lepas tu check hidung pulak. Doktor ada bagitahu alignment hidung Afif lari sikit dari asal.
Kemungkinan kena buat pembedahan kecil untuk betulkan balik. Jadi doktor minta puasa. Esoknya tengahari terus masuk OT. Alhamdulillah. Lancar semua. Luka pun dari jahit elok. Sekarang tunggu masa untuk sembuh je. In Shaa Allah.Doakan Afif.
Kemalangan boleh berlaku walaupun sudah berwaspada
Sekadar peringatan bersama. Jangan sangka kemalangan tak boleh berlaku dekat rumah. Jangan sangka kemalangan tak boleh berlaku bila kite dah sedaya upaya mengawasi anak anak kita. Jangan sangka kemalangan hanya berlaku di sebabkn keaktifan anak semata mata. Kemalangan boleh berlaku bila bila masa, kat mana sekali pun. Sekarang ni, kalau tengok husband dukung anak pou kadang-kadang datang rasa seriau seram sejuk. trauma lagi. Huhu.
P/S: Sifat manusia tu lemah. Sungguh, hanya pda Allah. S.W.T tempat kita sebagai manusia bergantung harap dan berlindung.
Mulai Januari 2019, KKM akan mengisytiharkan semua restoran sebagai kawasan larangan merokok. Ini merupakan berita gembira untuk semua yang terkesan akibat asap rokok ketika menjamu selera di kedai makan terutama ibu hamil dan bayi. Selain membahayakan kesihatan orang awam, bau asap rokok juga sangat menggangu!
(Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.)
Gambar Hiasan
SUNGAI PETANI – [DIKEMASKINI] Mulai 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, setakat ini, larangan itu hanya berkuat kuasa untuk restoran makanan yang berhawa dingin, bangunan kerajaan, taman awam, lif termasuk kenderaan awam.
“Mulai tahun depan, semua restoran sama ada tidak berhawa dingin dan tidak terkecuali gerai mahupun warung makanan di tepi jalan turut akan diisytiharkan kawasan larangan merokok.
“Larangan ini akan dikuatkuasakan mengikut sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 digubal di bawah Seksyen 36 Akta Makanan 1983,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan International Conference on Lifestyle Diseases anjuran Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (Universiti AIMST) dan AIMST Medical Student Alumni Association (AMSAA), di sini, hari ini.
Hadir sama, Naib Canselor Universiti AIMST Profesor Emeritus Dr Harcharan Singh Sidhu.
Menurutnya, individu yang gagal mematuhi peraturan di zon larangan merokok boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
“Pemilik premis makanan turut berdepan tindakan penguatkuasaan yang membawa denda RM2,500 sekiranya mematuhi peraturan seperti termaktub dalam larangan merokok,” katanya.
Dr Boon Chye berkata, walaupun larangan tidak mendapat persetujuan semua pihak terutama pemilik perniagaan yang mendakwa akan menjejaskan perniagaan mereka, namun budaya merokok yang dibiarkan berleluasa akan meningkatkan kos rawatan perubatan.
“Untuk jangka masa panjang, larangan merokok akan memberi impak yang positif terutamanya menerusi larangan ini, kita dapat menghormati hak individu tidak merokok supaya ketika menikmati makanan dengan persekitaran tanpa asap rokok.
“Dengan larangan ini, pihak KKM yakin lebih ramai orang boleh memilih mana-mana restoran atau gerai mahupun warung untuk menikmati makanan dengan keadaan yang selesa,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya tiada larangan untuk menjual rokok di premis makanan sekiranya pengusaha terbabit memiliki lesen
“Merokok dan menjual rokok adalah dua perkara yang berbeza,” katanya.
Sementara itu, Dr Boon Chye berkata, KKM masih belum mendapat keputusan muktamad mengenai punca kematian mangsa keracunan dikaitkan dengan laksa yang dipercayai dibeli di Baling.
“KKM sedang membuat siasatan mengenai punca dan apakah jenis racun yang mencemari makanan berkenaan,” katanya.
Scoliosis Kanak-Kanak sering berlaku tanpa simptom jelas pada peringkat awal. Ketahui tanda-tanda penting yang ibu ayah boleh perhatikan di rumah serta pilihan rawatan yang tersedia.