Man's hand holding chopsticks of instant noodles.

Sebut sahaja mi segera mulalah kita terbayangkan kuahnya yang panas dan pedas. Tak pernah menolak. Bagaimana pula dengan ibu hamil yang mengidam untuk makan mi segera?

Sebaik-baiknya, elakkan makan kerana ia kurang nutrisi untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Ini kerana mi segera termasuk dalam kalangan produk diawetkan, kandungan sodium yang tinggi selain nutrisinya sangat sedikit.

Journal of Pediatrics and Mother Care menjelaskan mengidam adalah perkara biasa yang dialami wanita mengandung dan kebiasaannya mereka akan teringin untuk menikmati makanan dalam kategori ‘tidak sihat’ termasuklah mi segera.

Teringin Makan Mi Segera Waktu Hamil, Boleh Ke? Ini Penjelasan Doktor!

Tapi sekiranya, ada ibu mengandung yang mengidam nak makan mi segera, bukan tak boleh makan tapi ada caranya.

1. Didihkan air terlebih dahulu sebelum merebus mi dan buang air rebusan serta gantikan air yang baharu.

IKLAN

2. Tambahkan sayur-sayuran yang banyak seperti tomato, sawi, lobak merah dan sebagainya ke dalam mi segera bagi menambah nutrisi.

3. Jangan gunakan kesemua serbuk perasa. Selain itu jangan letak perasa tambahan lain seperti garam atau gula.

4. Serbuk perasa biasanya akan melekat pada lidah, jadi banyakkan minum air kosong serta buah-buahan.

Namun harus diingat, sebaik-baiknya hindari mi segera ketika hamil kerana ia mengandungi karbohidrat dan lemak yang tinggi selain rendah vitamin, protein, serat dan mineral.

Teringin Makan Mi Segera Waktu Hamil, Boleh Ke? Ini Penjelasan Doktor!

IKLAN

Tip pemakanan ibu hamil

1. Kembali pada hidangan fitrah/asal/tradisional/segar. Atau bahasa mudah real food.

2. Elakkan makanan minuman yang diproses. Apa sahaja dalam pek/plastik/kotak/tin, yang tarikh luput sehingga 2 atau 3 tahun, elakkan.

3. Elakkan aditif berlebihan. Pek makanan yang ada lebih dari 5 bahan ramuan dan tidak difahami, kita cancel.

IKLAN

4. Elakkan gula tambahan. Ini musuh dalam selimut untuk usus kita semua.

Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!

Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI