Penyanyi, Akim Ahmad meluahkan rasa berbangga setelah menimang cahaya mata lelaki beberapa hari lepas. Menurutnya, dia memang mengimpikan untuk memiliki zuriat lelaki memandangkan anak sulungnya perempuan.
Malah Akim menganggap ini merupakan rezeki yang tidak ternilai buat mereka sekeluarga.
“Saya anggap ini rezeki buat kami sekeluarga. Bila dapat anak lelaki ini, bolehlah nanti ajak main bola sama-sama. Saya sebelum ini pernah cakap pada Stacy, teringin nak azankan anak.
“Bila anak perempuan lahir, kita akan iqamahkan, tetapi jika lelaki, kena azankan. Itu yang sering saya mahukan.
“Alhamdulillah, Allah kurniakan kami dengan kehadiran Isa setelah menunggu lama. Sedikit pun saya tak menangis sewaktu Isa berada dalam dakapan buat pertama kalinya.
Ads
“Perasaan yang berbeza semasa Eishal dilahirkan. Isa buat saya lebih bangga kerana akhirnya ada anak lelaki,” katanya.
Tambahnya lagi, dia dan isteri memang mengimpikan untuk memberi nama anak dengan nama nabi.
“Saya memang teringin nak letak nama nabi pada anak lelaki. Ada beberapa nama yang telah disenarai pendek, tetapi akhirnya saya dan Stacy pilih Isa sebab dekat dengan nama anak kedua kami, Eishal.
Ads
“Sebutannya hampir sama. Malah, Isa kalau digabungkan dengan Bella (nama anak sulung) akan menjadi Isabella.
“Nama itu dirasakan sesuai untuk anakanda kami ini dengan harapan, mudah-mudahan hubungan mereka adik-beradik akan sentiasa akrab dan saling sayang-menyayang,” katanya.
Ada sesetengah ibu mengalami masalah bengkak susu disebabkan over supply. Tapi, ada juga ibu yang mengalami masalah susu drop tanpa si ibu tahu punca kenapa. Cara pemakanan dijaga dengan baik tetapi masih drop. Mesti ada sebab lain kenapa perkara sebegitu boleh terjadi.
Para ibu tahu tak emosi juga boleh memainkan peranan penghasilan susu badan? Emosi yang terganggu boleh menyebabkan susu badan para ibu drop ataupun tidak dapat menghasilkan susu badan yang berkualiti untuk anak. Emosi anak juga boleh dipengaruhi oleh susu badan ibu tau.
Menurut Owh Dydiana, susu badan boleh drop disebabkan emosi dan mindset yang tidak dijaga dengan baik. Cerita atau drama yang boleh mengganggu emosi tak perlu ditonton sepanjang fasa penyusuan anak.
“Bila emosi bertukar jadi sedih, jadi stress. Auto hormon oksitosin tak dapat dirembeskan dengan baik, tersangkut.
“Hormon oksitosin ni hormon kegembiraan, hormon kasih sayang yang membantu melancarkan pengeluaran susu ibu dengan lebih baik”.
Tambah beliau, hormon oksitosin dirembeskan ke dalam aliran darah dari bahagian belakang kelenjar pitituari. Hormon oksitosin menyebabkan sel- sel otak di sekelilingi alveoli mengecut dan membolehkan sus mengalir melalui saluran susu dan dihisap keluar oleh bayi dengan lancar.
“Tapi kalau ibu tengah sedih, perjalanan darah jadi tak cantik, kita jadi tak selesa, jadi nervous jadi tak senang duduk jadi terpuruk, boleh dropkan hormon oksitosin tau”. kata Owh Dydiana melalui perkongsian di laman Facebooknya.
Nak susu lancar dan tak drop benda pertama kena buat, jaga emosi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman bersalin bagi setiap orang lain-lain. Ada yang mudah, ada yang kena lalui sakit lama sampaikan dah habis tenaga sebab tahan sakit dan ada juga terpaksa buat pilihan untuk bersalin secara ceaser.
Bagi Puan Nor Shuhana pengalamannya bersalin induce dengan tiga kali masuk ubat dan perlu tahan sakit selama 36 jam untuk bagi si kecil melihat dunia, benar-benar buatkannya rasa begitu besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.
“Ish, lambat lagi ‘due date’. Risaunya bila mana nurse periksa beritahu anak macam kurang gerak kena pergi hospital cepat kalau lambat takut anak lemas. Pergi ke hospital dekat dengan rumah dan apabila malam doktor refer ke hospital lain sebab di sana ada pakar. Sampai hospital tersebut doktor cakap esok kena induce pagi jadi malam ni berehat dahulu.
Kalau orang tengok diri ni macam tak ada nampak sebarang tanda nak bersalin pun . Malam tu mula fikir orang cakap pengalaman bersalin induce ni lagi ngeri daripada bersalin normal. Betulkah?”
Bukan semua wanita dapat bersalin normal seperti apa yang diharapkan. Ada kalanya, walaupun keadaan kehamilan kita sihat secara keseluruhannya, mungkin pada akhir-akhir kehamilan ada pula komplikasi yang menyebabkan perlu menjalani proses bersalin secara induce.
APAKAH BERSALIN INDUCE?
Bagi yang belum tahu, ingin dijelaskan di sini bahawa bersalin induce adalah proses bersalin yang menggunakan teknik atau ubat-ubatan tertentu bagi mempercepatkan proses kelahiran. Ia dilakukan sekiranya bayi berisiko dan perlu dikeluarkan secepat mungkin atas sebab-sebab tertentu.
Antara punca menyebabkan seseorang perlu menjalani proses induce termasuklah kehamilan yang melebihi 42 minggu (overdue), masalah dengan air ketuban, jangkitan rahim, masalah kesihatan bayi, atau masalah kesihatan ibu seperti diabetes atau darah tinggi.
PENGALAMAN BERSALIN INDUCE, 36 JAM TAHAN SAKIT
Sakit Ketika Kontraksi
Kontraksi induce ini lain macam bila menyerang. Bila dah namanya ubat, dia mestilah ada yang serasi dan tidak. Mungkin ada orang lepas induce, bukaan cm dia cepat dalam 5-6 jam saja. Tapi ada orang lambat sampai 1-2 hari. Ada orang induce tak sakit langsung sebab ubat tak menjadi. Kena pula masukkan ubat lagi 2-3 kali baru rasa sakit. Ada orang jalan tak buka terus, dan terpaksa dibedah sebab baby dah lemas. Itu gunanya mesin CTG untuk pantau jantung baby tu ya.
Jadinya mengikut pengalaman sendiri, kontraksi induce boleh dikatakan amat sakit. Katil pun boleh roboh, tiang boleh tercabut, dinding pun rasa nak panjat and ada suami kat tepi rasa nak balun tumbuk-tumbuk macam Naruto. Sakitnya… Lebih-lebih lagi kalau orang yang dah tahan lama.
3 Kali Induce, Baru Bersalin
Aku induce hari pertama waktu pagi pukul 9 pagi lepas 6 jam doktor akan datang periksa sama ada dah buka jalan atau kena induce kali kedua. Jalan aku belum lagi buka jadi terpaksa induce kali kedua. Untuk induce yang pertama ada 8 katil dalam tu tapi yang dah buka jalan cuma 2 orang yang lain semua macam aku juga induce kedua.Time induce kedua pukul 4 petang ni baru aku dapat rasa sakitnya kontraksi, bila yang pertama induce aku sorang je yang belum rasa sakit yang katil lain semua dah mula sakit. Aku mula diuji bila induce yang kedua sakit dia hanya Allah SWT saja yang tahu. Bila tengah malam Dr datang cek cakap belum lagi buka jadi dia minta aku tidur untuk esok pagi pukul 9 induce kali ketiga (yang terakhir) .Yang paling mencabarnya bila mana aku langsung tak boleh tidur sebab kontraksi dia sangat kuat lepas tu aku tengok katil lain yang induce kali kedua semua dah ke labour room tinggal aku sorang je yang jalan tak buka lagi dan akan induce kali ketiga.
Esok paginya induce kali ketiga cukup 6 jam doktor periksa belum lagi buka jalan, Allahuakbar aku dah tahan lama sakit tapi cm tak buka juga walaupun dah induce kali ke-3 (ubat yang terakhir) last doktor cakap aku kena jalani pembedahan caesar jadi dimintanya aku puasa cuma bergantung pada air tangan. Aku berdoa time tu tak mahu ceaser sebab orang kata nanti sakit Dua kali atas bawah dua dua ‘mendapat’. Yang dah induce lepas itu tiba-tiba nak kena ‘operate’, tahu tak kenapa? Sebabnya kita dah hilang tenaga. Bila mana lagi sejam nak caeser alhamdulillah jalan buka walaupun 2cm jadi doktor cakap tak perlu caeser aku boleh beranak normal. Time tu kudrat dah tak ada langsung sebab tenaga dah habis tahan sakit lamanya ‘induce’ dengan puasa lagi.
Masa aku kena induce ke-3 dah lepas puasa tapi baru buka 2cm bayangkan lama mana lagi untuk buka 10cm, jadi bila doktor datang ‘check’ jalan aku sampai merayu pada dia tolong, tolong belah perut saya, saya nak caeser. Tapi doktor marah sebab masih boleh beranak normal cuma kena tahan sakit tu sikit lagi. Bila ‘contraction’ datang, dah tak ada kata-kata yang dapat gambarkan.
Suami kat tepi pun rasa nak sepak-sepak. Sebab tu penting, zikir, baca doa yang mana patut. Memang betul, bila dah sakit sangat kadang-kadang tak ingat apa dah ayat untuk dibaca. Sebab itu juga penting suami dekat sebelah tolong ingatkan mana yang patut atau pun ahli keluarga.
Akhirnya Selamat Bersalin
Walau pun sakit, pengalaman paling indah bila dah melihat anak. Petang pukul 7 air ketuban pecah dan dah buka 4cm, dah boleh masuk labour room tapi diuji lagi bila mana labour room penuh terpaksa tunggu. Pukul 1 pagi baru boleh masuk ‘labour room’ dah kosong. Tepat pukul 3.15 keluar lah anugerah yang terindah selama 36 jam tahan sakit.
Tapi yang ‘best’ bila mana baby dah keluar rasa panas saja. Lepas itu dengar suara dia menangis dan doktor tunjuk baby dia tanya anak kita “Boy or girl”. Waktu itu, doktor jahit koyakan pun aku dah tak rasa apa. Sebab sedut ubat tahan sakit banyak sangat dan dapat lihat nikmat yang Allah bagi.
Anak-anak yang sedang membesar sememangnya perlukan perhatian lebih. Mereka semakin lasak dan aktif bila mula pandai berjalan. Perhatian perlu lebih diberikan pada mereka, bimbang anak terjatuh dan paling ditakuti terkena kepala yang sememangnya cukup bahaya pada perkembangan anak-anak.
Bila anak dah mula panjat sana sini, mak ayah kenalah beri perhatian lebih, takut terjatuh. Inilah yang cuba disampaikan oleh suami kepada pelakon cantik Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang berkongsi mengenai kecederaan pada kepada anak.
Menurutnya, kecederaan pada kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan dan kematian pada kanak-kanak jika berada pada tahap serius. Dan hal ini sememangnya tidak boleh dipandang mudah oleh semua mak ayah.
Perlu berikan lebih perhatian pada anak-anak dan kenal pasti jenis kecederaan bagaimana yang membolehkan untuk mereka bertindak dan merujuk kepada doktor. Jangan terlepas pandang.
Ikuti perkongsiannya dan simptom-simptom yang patut dikenal pasti oleh mak ayah.
KECEDERAAN KEPALA BABY & BUDAK
Anak-anak kecil ni bila makin membesar, biasalah semakin lasak atau buas. Dan selalunya kepala asyik terhantuk atau sedar-sedar dia dah menangis dan baru perasan ada benjol atau lebam kat kepala dia. ?
Kecederaan kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan dan kematian pada kanak-kanak (kalau kecederaan teruklah). Kecederaan kepala ni boleh jadi kecederaan ringan atau mild (benjol, luka ringan, lebam), atau boleh jadi kecederaan sederhana ke teruk / moderate to severe (luka dalam, gegaran otak, retak tempurung kepala, pendarahan dalaman, kerosakan otak).
Bila parents dah perasan anak tu ada benjol atau luka di kepala anak kecil, amat penting bagi parents untuk mengetahui dan memerhati simptom-simptom kecederaan kepala yang ada pada anak ni.
Memang ia akan membezakan antara hidup dan mati anak tu kalau parents tak pickup simptom-simptom kecederaan kepala ni. Sebab anak kecil kita memang tak reti nak bagitau macam mana kan. Kita sebagai parents yang kena peka. Swipe kiri kalau nak tahu simptom-simptom tu.
Bila anak ada menunjukkan simptom-simptom ringan tu, bolehlah monitor dulu kejap ke di rumah dan bawa ke klinik kalau risau. Tapi kalau ada simptom-simptom sederhana ke teruk tu, bawalah ke hospital secepat mungkin. Kita taknak lambat bertindak sebab anak kecil ni amat fragile ye.
So ibu bapa, kalau anak-anak tu ada terjatuh dan terhantuk kepala ke, atau tiba-tiba menangis semasa kita tak tengok, periksa kepala anak dan perhatikan simptom-simptom kecederaan kepala yang dah diterangkan.
Jangan lambat bawa jumpa doktor kalau ada simptom-simptom kecedaraan kepala yang sederhana ke teruk tu. Minta-minta dijauhkan. Aminn.