Selepas empat hari di rawat di hospital swasta kerana tidak sedarkan di rumah pengasuh di Bandar Puchong Jaya, Serdang, akhirnya bayi perempuan berusia 10 bulan disahkan telah meninggal dunia akibat pendarahan di kepala.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata mangsa dikejarkan ke hospital selepas ibu dan bapa mangsa dihubungi pengasuh berusia 40 tahun memaklumkan bayi mereka tidak sedarkan diri kira-kira 12 tengah hari, Selasa lepas.
Bergantung pada mesin bantuan pernafasan
Menurutnya, pemeriksaan awal doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan pada bahagian kepala dan mengesyaki terdapat unsur dera.
Ads
“Siasatan lanjut mendapati mangsa disahkan kematian otak dan bergantung pada mesin bantuan pernafasan sahaja sebelum disahkan meninggal dunia pada 3.19 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan.
Kesan jatuh dari tempat tinggi
Ads
Ismadi berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang pada 1.40 tengah hari tadi mendapati punca kematian adalah pendarahan di kepala mangsa kesan jatuh dari tempat tinggi.
Ads
Katanya, siasatan lanjut mendapati mangsa terjatuh dua kali iaitu di rumahnya sendiri dan rumah pengasuh, namun tiada unsur penderaan berlaku.
Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, katanya.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak siapa menduga, pada awalnya niat si ibu meninggalkan anak-anak di rumah untuk keluar membeli juadah berbuka puasa akhirnya bertukar tragedi apabila rumah yang mereka diami terbakar.
Lebih menyedihkan apabila keempat-empat anak kecil ini meninggal dunia dalam kebakaran petang semalam.
Aktivis dan ahli perniagaan, Ebit Lew bergegas mendapatkan ahli keluarga mangsa untuk membantu sedaya yang mungkin.
Kehilangan 4 anak kecil serentak.
“Menangis sedih sangat baru lepas bersama pengkebumian jenazah 4 adik beradik kecil meningggal dunia lemas akibat rumah terbakar. Sebak melihat tangisan ibu bapanya sepanjang urusan di Muar Johor. Adik kecil Puteri Aisyah 8 tahun, Mohd Hakim 6 tahun, Mustakim 4tahun, Fatihah Aisyah 3tahun. Kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.”
”Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ibunya asal Kuala Kubu bharu. Sampai je nampak saya tadi menangis katanya hari-hari anaknya Aisyah nak jumpa ustaz. Keluarganya susah. Di rumah tiada perabot tv pun tiada. Tiada barang elektrik. Ibunya keluar 5 minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah tuhanku sedihnya dengar.”
Menurut Ebit, dia sempat bersama-sama solat jenazah dan membantu pengebumian anak-anak syurga ini. Tambahnya lagi, wajah jenazah anak-anak ini dalam keadaan bersih.
”Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar sikit-sikit. 4 beradik dijumpai dibilik air. Mungkin lemas asap dan haba panas.”
”Ya Allah ampunilah sayangilah rahmatilah keluarga ini. Terima kasih Majlis agama Islam Johor dan Hospital Muar menguruskan keluarga ini. Allah membalasnya semuanya.”
Kredit: Ebit Lew
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rata-rata laporan tentang jangkitan coronavirus melibatkan individu dewasa. Bagaimana pula dengan impak coronavirus pada kanak-kanak? Adakah si kecil kurang berisiko untuk dijangkiti virus korona ini?
Coronavirus pada kanak-kanak
Sehingga kini, masih tiada sebarang maklumat lengkap mengenai demografi usia mangsa wabak novel coronavirus atau 2019-ncov ini.
Walau bagaimanapun, berdasarkan penularan wabak virus korona sebelum ini, kanak-kanak dilaporkan sebagai individu yang jarang dijangkiti. Tahukah anda mengapa ia terjadi?
Sebagai ibu bapa, pastinya lahir rasa bimbang mengenai penularan wabak korona yang menyerupai simptom jangkitan pneumonia ini. Hal ini berikutan kerana, jangkitan virus korona telah menjangkiti ribuan individu yang bukan sahaja melibatkan penduduk di China, tetapi juga negara-negara lain.
Berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Emerging Infectious Diseases pada tahun 2010, jangkitan coronavirus pada kanak-kanak amat jarang sekali untuk berlaku.
Menurut saintis dari Itali yang melakukan kajian ini, jangkitan yang disebabkan oleh HCoV (Human coronavirus) pada kanak-kanak hanya akan mengakibatkan wujudnya masalah jangkitan saluran pernafasan (respiratory tract infections).
Malahan, Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention – CDC) menyatakan jangkitan SARS pada kanak-kanak mempunyai peratusan yang rendah, iaitu kurang daripada 5% daripada jumlah keseluruhan kes SARS.
Dari tahun 2004 hingga sekarang, masa belum ada laporan yang melibatkan jangkitan coronavirus, khususnya SARS yang menyerang bayi mahupun kanak-kanak. Namun, ia tidak bermakna golongan ini tidak terdedah kepada risiko. Masih wujud risiko, cuma ia adalah dalam jumlah yang rendah.
Mengapa virus korona jarang menjangkiti kanak-kanak?
Ini antara sebab mengapa virus korona jarang menjangkiti kanak-kanak mahupun bayi:
1 – Pertama
Penularan wabak coronavirus pada kanak-kanak jarang berlaku kerana kebanyakan tempat berlakunya penyebaran ini adalah di hospital. Keadaan ini sekaligus menjadi punca mengapa kakitangan kesihatan dan individu dewasa lebih terdedah kepada jangkitan virus corona.
Kan terdapat peraturan yang tidak membenarkan kanak-kanak mengunjungi atau menziarahi pesakit di hospital.
2 – Kedua
Kanak-kanak dalam lingkungan usia 2.5 hingga 3.5 tahun dikatakan mempunyai antibodi yang kuat dalam melawan HCoV. Ia menjadi antara faktor mengapa kes jangkitan virus korona yang melibatkan kanak-kanak adalah rendah dan lebih cenderung kepada kanak-kanak yang lebih dewasa dan remaja.
Simptom virus korona pada kanak-kanak
Simptom coronavirus pada kanak-kanak adalah tidak jauh berbeza dengan individu dewasa. Ia hampir sama dengan selesema atau flu yang muncul setelah dua hingga empat hari dijangkiti.
Kebiasaannya simptom yang berlaku tidaklah begitu teruk. Berikut antara simptom yang boleh dikenal pasti untuk rawatan awal:
-Bersin dan batuk
-Hidung berair
-Demam
-Pernafasan pendek dan cepat
-Sakit tekak
-Asma
Tanda di atas mungkin hampir sama dengan penyakit lain. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anak anda tidak dijangkiti virus korona.
Jadi sekiranya anda melihat simptom seperti jangkitan virus korona berlaku kepada anak anda, sebaiknya lakukan pemeriksaan dan rawatan doktor dengan segera. Ia sudah tentu dapat menghindari sebarang risiko jangkitan yang lebih kritikal.
Kerap mencuci tangan
Galakkan si kecil untuk kerap mencuci tangan sebelum makan, selepas menggunakan bilik air, serta selepas batuk dan juga bersin. Seeloknya, ajar anak untuk mencuci tangan dengan air dan sabun bersama teknik mencuci tangan yang betul.
Jika si kecil sudah boleh memahami apa yang anda katakan, anda boleh menggunakan gel pembersih tangan sebagai salah satu cara lain untuk membantu mencegah jangkitan virus.
Dalam keadaan tertentu, selepas melawat sesetengah tempat atau melakukan beberapa perkara, anda perlu memastikan anak anda membasuh tangan.
Antara tempat yang dimaksudkan adalah:
1. Taman permainan
Walaupun, ada pakar yang mengatakan pendedahan kepada bakteria daripada tanah baik untuk kanak-kanak, namun itu tidak bermakna anda harus memandang remeh kemungkinan yang boleh berlaku.
Ini kerana terdapat risiko untuk dijangkiti tetanus melalui luka pada kulit, jadi pastikan anda sentiasa pantau si kecil ketika bermain di taman permainan.
2. Haiwan peliharaan
Tidak dinafikan si kecil memang gemar untuk menyentuh haiwan peliharaan seperti kucing mahupun anjing. Keadaan ini sekali gus meningkatkan risiko anak untuk dijangkiti bakteria, virus dan parasit melalui najis, air liur mahupun bulu haiwan tersebut.
Lebih membimbangkan, alat mainan dan juga bekas makanan haiwan merupakan tempat sarang pembiakan bakteria Salmonella dan E.coli.
Anda pastinya sukar untuk menolak keinginan si kecil membelai haiwan peliharaan. Jadi anda perlu pastikan anak mencuci tangan sebaiknya sejurus selepas bermain dengan haiwan peliharaan.
3. Pusat membeli-belah
Pemegang eskalator, panel butang lif, permainan arked serta tempat makan di medan selera merupakan antara tempat pembiakan bakteria yang sangat ideal. Jadi sentiasa pastikan anda mencuci tangan si kecil.
Sekiranya anda perlu menggunakan kerusi makan bayi, pastikan anda lap terlebih dahulu dengan menggunakan tisu atau semburan antibakteria sebelum meletakkan si kecil di dalamnya. Biarlah jika ada yang menganggap anda paranoid, tetapi kesihatan anak merupakan satu perkara utama yang tidak boleh dikompromi.
Akhir kata
Walaupun mungkin risiko virus ini kepada kanak-kanak adalah rendah, namun hakikatnya virus korona ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia. Ia boleh berlaku kepada bayi, kanak-kanak mahupun individu dewasa. Maka aspek penjagaan kebersihan diri dan pemakaian topeng muka adalah amat digalakkan.
Hanya mampu merenung jenazah ibunya seolah-olah faham ibu dah meninggal buatkan ramai yang menitiskan air mata melihat gelagat anak kecil berusia 8 bulan di sisi jenazah ibunya.
Nurfaradhila Zulkifli Amin, 32, yang bertarung nyawa selama 52 hari selepas diragut telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas koma 4 Januari lalu.
Diragut ketika hendak pergi ke tempat kerja
Arwah Nurfaradhila diragut di kawasan perumahan di Pesiaran Jenahak 2 Seberang Jaya pada 23 November lalu ketika hendak pergi bekerja.
Pada hari kejadian arwah telah menunggang sebuah motosikal di kawasan perumahan dan telah di ragut oleh seorang peragut lelaki yang berusia sekitar 30 tahun menyebabkannya mengalami kecederaan parah.
Selepas kejadian itu, arwah telah di bawa ke Hospital Seberang Jaya namun dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang setelah kecederaan yang di alaminya parah di bahagian leher.
Empat hari selepas kejadian berlaku, Nurfaradhila telah di bedah untuk kecederaan patah tulang leher selain kecederaan di bahagian mulut dan bibirnya.
Mula koma pada 4 Januari
Menurut suaminya, Muhamad Ridzuan Tan 48, arwah Nurfaradhila di katakan mula mengalami koma pada hari Sabtu 4 Januari sehingga menghembuskan nafas akhirnya dan meninggalkan anak lelaki mereka yang baru berusia 8 bulan.
Suspek yang meragut mangsa telah berjaya di berkas oleh pihak polis di Jalan Mengkuang Butterworth setelah 22 hari dari tarikh kejadian dan telah di dakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...