Isu beg sekolah berat bagi kanak-kanak sekolah rendah bukan isu baru di Malaysia. Kadang-kadang anak terpaksa membawa kesemua buku teks dan buku latihan yang mana sekaligus memberikan bebanan kepada tubuh badan mereka yang masih kecil.
Melihat pada beg sekolah anak yang terlampau berat, Dr. Sheikh Muszaphar membuat keputusan untuk menimbang berat beg tersebut bagi mengetahui berapa berat sebenar beg tersebut.
“Saya perhatikan anak-anak membawa beg sekolah yang berat ke sekolah dan saya membuat keputusan untuk menimbangnya”
Ads
“Berat tiga beg tersebut berjumlah: 5.0 kg, 5.5 kg, 6.5 kg dan saya sangat terkejut, macam mana beg seberat ini boleh dibawa oleh anak kecil yang mana badanya baru nak membesar?”
“Pastinya memang bukan sesuatu yang sihat untuk jangka masa yang panjang”
“Kesian budak-budak” tambahnya lagi yang juga merupakan angkasawan pertama Malaysia.
Rata-rata wargamaya turut memberikan pendapat masing-masing. Ramai yang bersetuju tentang beg berat memberikan kesan kepada anak-anak kecil.
far Dah bagitau sekolah dr, but the respon “jangan manjakan anak”. So what can we do ?😌 Esp if sekolah kena naik tangga sampai 2 tgkt, bawa beg berat & anak baru tahun 2.
lily Dah ramai yg bising pasal heavy bag ni Dr. But KPM act nothing towards the complaint. Cikgu2 voiced their concerns, KPM silent them.
aniqah Betul!! Dari dulu lagi rasa mcm buku terlalu byk tp tak semua cikgu guna. Tapi kene bwk semua mengikut subjek sbb tak tahu cikgu nak ajau apa today. Beli bag roda pun sampai roda tercabut. Jalan pun dah membongkok jee😂
Ads
eryna Samalah. Hari Jumaat je ringan skit. Ank darjah 3 & darjah 5. Kelas tingkat 3. Ada tu sampai cecah 7kg. Beg berat. Silibus pun berat. Bila kemukakan cadangan,katanya jgn manjakan ank sgt. Ni bkn soal kemanjaan tp lebih pd kesihatan in the long run.
Rupa paras fizikal sering kali menjadi tumpuan visual yang pertama. Cantik, comel, gebu dan putih adalah antara yang selalu kita dengar. Tidak kisahlah kalau nak puji anak kecil tapi jangan membanding-bandingkan pula dengan adik beradiknya yang lain.
Perkongsian daripada ibu ini membolehkan kita menyelami perasaan bagaimana jika sering dibanding-bandingkan dari kecil. Kata-kata yang dihamburkan mungkin ringkas dan pendek tapi tajamnya menusuk ke sanubari si kecil.
Malah lebih teruk lagi jika ia terbawa-bawa hingga remaja dan dewasa. Yang dipuji disanjung, yang dihina rasa rendah diri dan cemburu. Tiada yang positif tentang membanding-bandingkan ini. Yang ada hanyalah rentan emosi dan pelbagai impak negatif kepada psikologi si kecil. Betapa mudahnya kata-kata ini meranapkan keyakinan diri anak-anak.
Waktu kecil-kecil dahulu, saya selalu juga rasa cemburu dengan adik saya. Sebabnya dia cantik, putih bak salju, pandai belajar pula. Hujung tahun, waktu sekolah rendah dia akan pungut hadiah berkotak-kotak.
Disanjungi ramai cikgu sebab dia pandai dan comel.
‘Rasa’ ni tak datang dengan sendiri melainkan dari mulut-mulut yang lancang suka membandingkan kami berdua.
‘Adiknya macam cina, kakak pula macam keling.’
‘Adiknya cantik, kakak dia kureng la..’
‘Adik cantik kurus. Akak dia gemuk.’
Bayangkan dari umur lebih kurang Insyirah dah di’zikir’kan, ‘KAU HITAM’, ‘KAU BURUK’, ‘PALING TAK CANTIK’ dan sebagainya.
Ibu cerita, waktu saya berumur 4 tahun, filem Dayang Senandung keluar televisyen. Ada satu part, kulitnya yang hitam bertukar menjadi putih, saya yang waktu itu masih kecil tiba-tiba meluahkan, ‘nanti In besar In macam tulah…’
Ayah yang mendengar rasa sayu, kata ayah, ‘pandai pula dia, tahu kulitnya hitam,’
Ya. Jangan ingat dia budak, dia tak faham. Budak kecil bukannya bodoh, dia tahu apa yang kalian hina-hinakan itu. Umur 4, 5, 6 tahun, mereka sudah boleh ingat apa yang orang dewasa lakukan dan katakan kepada mereka.
Luka di dalam hati atas kata-kata yang dilemparkan itu hanya orang yang dihina dan dibanding-bandingkan itu sahajalah yang tahu.
Silap-silap ada kes hingga menjadi penyebab KEMURUNGAN seumur hidup. Kesan lain, boleh menyebabkan LOW SELF-CONFIDENCE.
THE PAIN MIGHT LASTS A LIFETIME.
Bukannya tidak ada orang yang terlalu obses nak kurus dan putih kerana tak sanggup terus kena banding dengan adik beradik. Lebih-lebih lagi jika dia seorang sahaja yang ‘berbeza’ berbanding yang lain.
Pernah saya jumpa seseorang yang dari kecil mak dia suka membanding dengan abangnya, akhirnya adik perempuan ini tadi berubah menjadi PANAS BARAN, MEMBERONTAK.
Walhal mungkin sifat asalnya bukan sebegitu tetapi perlahan-lahan menjadi sebegitu kerana hatinya merana, mental dan emosinya koyak rabak.
Wahai ibubapa, ingatlah, dosa-dosa anak pada kita hari esok mungkin datangnya dari silap kita kepada anak-anak hari ini. Walaupun kita yang melahirkan mereka, namun, kita bukannya maksum.
Oleh itu, sebelum ibubapa mudah sangat mahu menjatuh hukum seseorang anak itu gagal, celupar, jahat dan derhaka, kadang ibubapa terlupa muhasabah diri mereka mungkin merekalah PUNCA anak-anak menjadi sebegitu. Astaghfirullahal adzhim.
Saya rasa banyak lambakan produk bleaching, suntikan untuk memutihkan kulit, pil itu ini untuk kuruskan badan, mungkin kerana ada golongan yang sampai sanggup sakit demi nak kurus dan putih.
Mungkin juga obses itu datangnya dari hinaan-hinaan seumpama ini sejak kecil. Akhirnya mereka menjadi TERLALU DESPERATE untuk keluar dari kepompong kata-kata hinaan yang pernah diterima.
Siapa tahu kan..?
Oleh itu, saya pinta, kalau sesiapa yang membaca tulisan ini ada sikap negatif sebegini, tolonglah… hentikanlah ‘body shaming’ publicly dan budaya banding-membanding antara adik beradik ketika berkumpul beramai-ramai ini.
Mak-mak, ayah-ayah, jangan banding-membanding antara anak-anak. Kelak yang DIHINA akan rasa kerdil, yang DIPUJI rasa ‘diangkat’ lalu, terjadilah kurang rasa hormat dan rahmah sesama adik beradik.
Nenek-uwan, atok-atok, jangan laju mulut membanding rupa paras, bentuk tubuh, warna kulit antara cucu-cucu, apatah lagi di khalayak ramai. Malu cucu, terasa hati mak ayahnya. Takut nanti anak menantu dan cucu ‘takut’ nak balik kampung.
Kalau tak tertahan rasa nak memuji, nak mengutuk, nak membanding, BOLEH, tetapi biarlah sekadar di dalam hati. Kerana tak dinafikan ianya banyak memberikan kesan negatif berbanding positif sekiranya diluahkan.
Sebagai manusia, memang kita selalu lupa apa yang kita katakan, tetapi yang mendengar, mungkin tak mampu nak melupakan dan menanggung luka seumur hidup.
So, please be careful with your words!
Untuk yang pernah terluka, malu, sakit hati dan rendah diri kerana diperkecilkan dan dibandingkan, just remember that, you are unique, you are special. What doesn’t kill you make you stronger.
TRY TO FORGIVE AND LET IT GO.
Maafkan mereka, kasihani mereka. Sekiranya mereka faham, mereka juga malu untuk berbuat demikian kerana seolahnya yang dipersoal dan diperkecilkan itu adalah kurniaan dan ketentuan Tuhan.
Bukan biasa-biasa. Kemahiran anak kecil ini yang cukup mahir memasak di dapur sememangnya patut diberikan pujian ramai.
Bukan memasak menu biasa, bahkan anak kecil yang berusia enam tahun ini gemar turun ke dapur memasak menu apa sahaja yang disukainya.
Menerusi akaun Tik Tok ibunya, @syatirahabdullah, banyak video memasak yang turut dikongsikan malah amat menarik perhatian ramai.
“Siapa suruh bagi anak involve dengan kerja rumah dari dia kecik.
“Kan hari ni dia ambil order bonda babah nak makan apa,” tulisnya menerusi video yang dikongsikan.
Apa yang menarik perhatian pastinya kecekapan adik berusia enam tahun ini yang langsung tidak kekok mengendalikan peralatan di dapur dan sering untuk mencuba pelbagai resipi.
Bahkan anak kecil ini tetap membuka pesanan dari ibu dan ayahnya untuk dimasak. Bukan calang-calang.
Gaya anak kecil ini memasak hidangan menu kue tiaw goreng buat kedua orang tuanya amat menarik perhatian. Nampak sedap. Antara hidangan yang sudah pun dicuba anak kecil ini termasuklah menu kue tiaw goreng, tempe, tauhu dan sebagainya.
Wargayamaya turut meninggalkan pelbagai komen malah memuji bakat anak kecil ini yang gemar memasak.
Anak adalah anugerah terindah dalam keluarga. Saat dapat tahu bakal menimang cahaya mata, pasti akan ada suatu perasaan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Sama ada isteri atau pun suami, semestinya momen ini cukup bermakna.
Seperti di instagram penyanyi Syura Badron, 35, dia berkongsi berita gembira di mana kini sedang hamil selepas perkahwinan keduanya pada Januari lalu.
Mohon doakan yang baik-baik
Menerusi video yang dimuat naik, Syura kelihatan melakukan kejutan buat suami tercinta, Muhd Farizat Ismail. Syura telah memberi sebuah kotak hitam kepada suaminya untuk dibuka.
Ternyata dalam kotak tersebut mengandungi sehelai baju bayi yang berwarna putih dengan tulisan ‘you are going to be a daddy soon‘. Difahamkan, Syura bakal melahirkan bayi tersebut pada bulan Mac hadapan.
Mengenai jantina bayi, pelantun suara ‘Nazam Berkasih’ itu masih merahsiakannya.
“Soon. Mohon doakan yang baik-baik. Abie, @mr.farizat you are going to be a daddy soon InsyaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum ini di portal Utusan Malaysia, Syura pernah menyatakan dia bersyukur kerana memiliki suami yang memahami dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan zuriat.
Katanya, meskipun perkahwinan mereka merupakan yang pertama untuk suaminya, namun tiada paksaan untuk segera mendapatkan cahaya mata.
“Tekanan tak ada. Mungkin diri sendiri, ada. Saya berkahwin dengan lelaki bujang. Impian semua isteri untuk beri zuriat kepada suami.
“Tapi saya bersyukur, suami tak pernah anggap zuriat sebagai perkara yang perlu dipercepat-cepatkan. Dia faham, kami pun dah bincang perkara ini sebelum berkahwin lagi,” katanya.
Bagaimanapun, Syura sangat memahami kerana sebagai seorang wanita berusia dalam 30-an kadar untuk hamil menurun seiring pertambahan usia dan sebagai persediaan dia telah mengambil suplemen dan ikut saranan doktor.
Tahniah Syura! Moga proses kehamilan dan kelahiran akan menjadi momen yang terindah buat Syura, suami dan anak-anak.
Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga Januari lalu selepas lima tahun mereka mengenali hati budi masing-masing.
Terdahulu, Syura telah dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan sebelum ini iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...