Bayangkan perasaan seorang ibu bila tiba-tiba nampak kesan darah di baju anak selepas menyusu tanpa menyedari punca yang sebenarnya. Lagi bertambah risau, kejadian ini berlaku awal pagi ketika bangun menyusukan anak.

Pengalaman yang dilalui oleh Puan Nurul Ashikin ini adalah pertama kali berlaku dan benar-benar buatkan diri rasa takut dan bimbang mengenai kesihatan anak. Nasiblah apabila dirujuk ke hospital keadaan anak semuanya ok dan bukanlah sesuatu yang serius.

Cerita 3 hari lepas…
3.30am selesai menyusukan anak, saya tak sempat nak sendawakan dia sebabnya tak tahan untuk buang air. Selepas buang air, saya terkejut tengok anak muntah darah sekali susu.Terkejut Tengok Baju Anak Ada Darah Lepas Menyusu. Dapat Jawapan Doktor Baru Lega

Ayahnya pula ingat warna baju anak luntur sebab kebetulan pakai baju ada warna merah. Ibu mulalah fikir bukan-bukan. Tapi anak saya memang relax je tak ada menangis ke merengek ke. Dia gelak-gelak lagi ada laa.

Saya dan suami hilang ngantuk dah masa ni, blur semacam pun ade juga masa kemas barang-barang baby. Kami pun bergegas terus ke HKL.

Terkejut Tengok Baju Anak Ada Darah Lepas Menyusu. Dapat Jawapan Doktor Baru Lega

IKLAN

Hampir 1 jam doktor ajukan bermacam soalan dan buat pemeriksaan pada anak saya then doktor pun decide untuk ambil darah anak dengan tujuan untuk tahu samaada ada pembekuan darah dalam badan atau tak. Sepanjang menunggu keputusan darah keluar, anak di masukkan dalam wad kecemasan.

Terkejut Tengok Baju Anak Ada Darah Lepas Menyusu. Dapat Jawapan Doktor Baru Lega

Setelah 2 jam result darah pun keluar, alhamdulillah result menunjukkan tak ada apa-apa, normal. Doktor syak darah tu berkemungkinan dari breast saya yang luka. Bila check baru perasan luka. Sebab sebelum ni macam ada spot putih je kat tengah puting tu. Patutlah pedih semacam je bila boboy ni hisap susu.

IKLAN

Terkejut Tengok Baju Anak Ada Darah Lepas Menyusu. Dapat Jawapan Doktor Baru Lega

Doktor pun sarankan supaya breast ibu rehat selama 3 hari. Pam susu dan jika ada darah keluar sekali dengan susu, susu tu perlu dibuang. Suami pulak duk risaukan anak terminum darah saya.Hehehe. Doktor bagitahu tak ada apa, darah tu umpama macam ada luka (ulser) dalam mulut je (tak memudaratkan pada bayi) saya pun bagitahu suami “jangan risau, anak kita tak jadi dracula pun” (nada bergurau)

Terkejut Tengok Baju Anak Ada Darah Lepas Menyusu. Dapat Jawapan Doktor Baru Lega
Kesan darah pada baju bahagian depan
Terkejut Tengok Baju Anak Ada Darah Lepas Menyusu. Dapat Jawapan Doktor Baru Lega
Kesan darah pada bahagian belakang baju

Apa-apa pun, ini pengalaman baru buat saya untuk anak ke-2 ni selepas 10 tahun memang mencabar betul. Lain sangat dari abangnya dulu. Mungkin masa tu saya muda.. oh tidak! Sekarang pun muda lagi ye. Mama-mama mesti ada juga detik-detik cemas yang macam tu jugak kan. Semoga, anak-anak kita sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT Insya’Allah… Aamiin.

IKLAN

Kredit: Nurul Ashikin

ARTIKEL MENARIK [Anak Sulung Suka Menyendiri & Jadi Pendiam, Petanda Anak Berjauh Hati, Cepat-Cepat Perbaiki]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Kuat Sebab Anak-Anak. Genap Setahun Covid, Balu Mangsa Pertama Di Johor Terus Bangkit!]

Terkejut Tengok Baju Anak Ada Darah Lepas Menyusu. Dapat Jawapan Doktor Baru Lega

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI