Pemakanan yang sebenar bermula dari rumah. Tanggungjawab mendidik anak-anak tentang pemakanan sihat jatuh di bahu ibu bapa. Ibu bapa yang mencorakkan pemakanan dan kesihatan anak-anak dan memberi ilmu tentang pemakanan sihat buat mereka.

Jika tidak mengamalkan pemakanan yang sebenar dan pemakanan yang sihat, kesihatan anak juga yang menjadi taruhan. Seperti perkongsian doktor ini, dia hampir terkejut melihat keputusan ujian darah anak yang baru berusia 9 tahun. Rupanya corak pemakanan yang ‘bahaya’ dan tidak seimbang antara faktor masalah kesihatan yang dihadapi oleh anak ini.

“Terkejut Tengok Ujian Darah Pesakit 9 Tahun” Doktor Dedah Cara Pemakanan Yang ‘Menakutkan’

Terkejut saya tengok keputusan ujian darah pesakit yang baru berumur 9 tahun. Saya kata pada ibunya, “apa yang anak akak sukaaaa sangat makan setiap hari. Boleh akak cerita gaya pemakanan anak kat saya, apa dia makan pagi, petang dan malam. Kita cuba check, kat mana yang perlu dibetulkan.”

Burger M*D, setiap pagi atau petang, sejak umur 6 tahun. Megi setiap malam wajib 2 bungkus. Seminggu banyak kali makan chicken chop kat kedai western.
Keropok kentang setiap hari mesti ambil. Burger gerai tepi jalan, sekali makan terus 2 biji dia boleh habis.

Nasi makan sehari sekali saja, itupun sikit sangat. Air putih, jarang nampak dia minum. Air manis, air bergas selalu ada dalam peti sejuk.
Aiskrim, setiap hari mesti makan.

MasyaAllahhh. Terkejut betul saya dengar.

Saya kata, “takpe kak, masih belum terlambat. Alhamdulillah Allah lorongkan akak untuk datang ke klinik, buat medical check up untuk anak. Adik nampak okay je macam takde masalah kesihatan apa, nampak sihat je dia. Tapi dalam badan dia kita tak tahu kan.”
Makanan ultra prosessed, ini yang adik suka makan.

IKLAN

Apa itu makanan ultra processed?

Makanan yang telah melalui pelbagai jenis proses untuk menjadikan ia ‘makanan’, pelbagai bahan tambahan ditambah, pelbagai nutrisi yang sepatutnya ada dibuang. Jadilah ia makanan yang anak kita suka sangat makan, walaupun tiada langsung nutrisi yang tinggal.

Saya kongsikan di sini, supaya kita sama-sama dapat belajar dari kisah adik ini.
Bukan untuk salahkan adik kecil umur 9 tahun, sebab dia betul-betul tak tahu yang makanan itu tak elok pun untuk diri dia.
Bukan juga untuk kita salahkan ibu ayahnya, sebab ibu ayahnya pun tak tahu sekadar mana makanan proses itu membahayakan kesihatan anak mereka.

Baca:

Suka Berlari, Melompat, Memanjat Sebenarnya Bagus! Rugi Kalau Mama Papa Bising & Larang

IKLAN

“Bangun Tidur Terus Cari Daddy, Kita Penat Jaga Tapi Cari Daddy” Gelagat Raja Ilya Curi Tumpuan

Rasa Otak Serabut Setiap Kali Balik Rumah? Cermin Diri Sendiri Dahulu, Cari Mana Silap Dalam Diri

Elakkan dengan sebaiknya, apa saja jenis makanan ultra processed dari anak-anak kita.

  • Roti.
  • Biskut.
  • Sosej.
  • Nugget.
  • Burger.
  • Meatball.
  • Cereal.
  • Aiskrim.
  • Mee segera.
  • Jajan.
  • Coklat.
  • Candy.
  • Air kotak.
  • Air susu berperisa.
  • Air yogurt atau minuman berkultur.

“Terkejut Tengok Ujian Darah Pesakit 9 Tahun” Doktor Dedah Cara Pemakanan Yang ‘Menakutkan’

Makanan dan minuman ini, mungkin asalnya dari bahan ramuan yang okay. Tapi bila ditambah pemanis tiruan, MSG tiruan, perasa tiruan, pewarna makanan, aditif dan pengawet, maka terjadilah ia makanan ultra processed yang akan burukkan keadaan kesihatan anak-anak kita jika diambil secara berterusan tanpa kawalan.

IKLAN

Walaupun ada banyak kemungkinan kolesterol adik ini tinggi, dan bukan semata-mata hanya sebab makanan yang diambil, tetapi tetap makanan ultra processed bukan suatu makanan yang baik untuk diambil setiap hari.

Boleh ya, sama-sama kita cuba cari jalan untuk hilangkan ketagihan anak kita dengan makanan ultra processed.

Kredit: Mazliana Mazlan

“Terkejut Tengok Ujian Darah Pesakit 9 Tahun” Doktor Dedah Cara Pemakanan Yang ‘Menakutkan’

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI