Beberapa hari ni cuaca memang lain macam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) baru sahaja mengeluarkan kenyataan mengenai satu sistem cuaca tekanan rendah yang sedang aktif di kawasan Selat Melaka.

Sistem ini dijangka bergerak ke arah barat–barat laut menuju Laut Andaman, dan yang paling merisaukan ia ada potensi meningkat ke tahap ribut tropika.

Walaupun belum disahkan jadi ribut, keadaan tekanan rendah macam ni selalunya membawa satu pakej lengkap:
-hujan lebat berterusan
-angin kencang
-laut bergelora

Dan negeri yang dijangka paling terkesan?
Kawasan utara Semenanjung Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.

Kenapa Tekanan Rendah Ini Bahaya?

Terkini: Cuaca Tekanan Rendah: Penduduk Negeri Utara Diminta Waspada – MET Malaysia

Sistem tekanan rendah biasanya “menyedut” udara lembap dari sekeliling. Bila bergabung dengan angin kencang, dia boleh hasilkan hujan tanpa henti.

Kesan langsungnya?
• Risiko banjir kilat meningkat
• Pokok tumbang
• Jalan licin dan jarak penglihatan rendah
• Nelayan kecil paling terjejas bila laut jadi bergelora

Ads

Ketua Pengarah, MET Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip mengingatkan orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL (Monsoon Trough Line) yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Apa Patut Penduduk Negeri Utara Semanjung Malaysia Buat Sekarang?

Terkini: Cuaca Tekanan Rendah: Penduduk Negeri Utara Diminta Waspada – MET Malaysia
Sekadar gambar hiasan

1. Pantau Amaran MET Malaysia

Jangan tunggu orang share info dekat WhatsApp. Rujuk terus:
• Aplikasi myCuaca
• Laman web MET Malaysia
• Media sosial rasmi MET

2. Elakkan Aktiviti Laut & Sungai

Ads

Nelayan kecil, pemancing, atau yang suka aktiviti pantai buat masa ni, elakkan dulu. Ombak tak stabil dan tiupan angin boleh berubah tiba-tiba.

3. Siapkan “Emergency Kit” Ringkas

Tak perlu fancy pun, memadai:
• Torchlight
• Powerbank
• Air mineral
• Ubat-ubatan penting
• Baju hujan
• Salinan dokumen penting

Ads

4. Pastikan Longkang Rumah Tak Tersumbat

Sikit je sumbatan pun boleh buat air naik. Musim-musim macam ni, peka sikit sebelum hujan turun.

5. Elakkan Jalan Rendah Bila Hujan Lebat

Kalau air dah paras lutut jangan cuba redah. Kita tak nampak permukaan jalan, lubang atau arus bawah.

Keadaan cuaca yang tak menentu ni memang buat ramai tak selesa. Tapi dengan persediaan awal, sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan risiko dan elakkan sebarang kejadian tak diingini. MET Malaysia dah bagi amaran awal, jadi penduduk di negeri-negeri utara tolong lebih peka dan berhati-hati dalam tempoh beberapa hari ni.

Sumber: MET Malaysia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads