Anak kecil kita tidak mengamuk tanpa sebab. Kalau bukan kerana hendakkan sesuatu, pastinya dia cuba mencari perhatian ibu dan ayahnya. Malah mungkin juga terkurang kasih sayang.
Menurut Ahli Terapi Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa, berkongsi sebab-sebab kebiasaan anak mengamuk dan tip yang boleh dipraktikkan oleh mak ayah untuk memulihkan masalah ini.
5 SEBAB ANAK MENGAMUK YANG PERLU IBU AYAH TAHU
Ramai melihat anak ini Tantrum sebab anak saja saja hendak mengamuk. Benarkah anak suka suka mengamuk?
Kalau ikut pelbagai kajian serta teori perkembangan anak, setiap tindakan anak ada sebab dan puncanya. Bukan suka suka.
Anak yang tidak tahu menyatakan emosi atau cukup kosa kata serta perkataan, lebih lebih lagi anak umur 4 tahun ke bawah akan hadapi kesukaran untuk beritahu apa yang mereka mahukan.
Ada anak-anak tunjuk tingkah laku kerana itu sahaja medium dia berkomunikasi. Ya menunjukkan tingkah laku mencabar boleh sebab anak sedang memberitahu sesuatu.
Tolong ya, ibu ayah jangan keliru
‘Anak saya ini nakal betul. Pening kepala’
Ads
‘Umur 2 tahun baru tapi degil ya amat’
Ibu ayah, jom kita refresh sesuatu. Sedarkah anda anak perlu lalui fasa ‘Degil’ demi belajar kawalan emosi?
Anak memang ada fasa dia tak boleh terima pendapat orang Lain. Dia je betul. Ini Fasa Egosentrik. Ada teknik di mana ibu ayah perlu fahamkan kenapa anak suka tunjukkan tingkah laku yang mencabar.
Sebab itu PENTING FAHAMKAN, fasa perkembangan anak. INI PERLU bukan sekadar ambil tahu dan tidak buat apa apa.
Pertama sekali ibu ayah perlu belajar dan fahamkan.
5 FUNGSI TINGKAH LAKU ANAK
Ads
* Mahukan sesuatu * Mahukan perhatian * Mahu mengelak * Mencari sensori * Mahu cari keselesaan dan mungkin berada dalam keadaan sakit
Sensori Fungsi: Memberi stimulasi sensori pada diri mereka dan menyebabkan mereka merasa tenang atau selamat. Terjadi pada bila-bila masa terutama semasa anak berasa resah.
Mengelak (escape/avoid) Fungsi: Dapat melepaskan diri dari membuat tugasan. Terjadi bila tugasan terlalu sukar, mudah dan boring atau anak takut hendak mencuba.
Perhatian (attention) Fungsi: Dapat perhatian dari individu yang dikehendaki. Terjadi bila anak mahukan perhatian.
Mahukan sesuatu (tangibles) Fungsi: Dapat aktiviti atau sesuatu yang dikehendaki. Terjadi bila anak mahukan sesuatu.
Kesihatan atau kurang selesa Fungsi: Dapat keselesaan Terjadi bila anak kurang sihat, lapar, dahaga atau sakit.
Dan belajar teknik ‘Tarik Tali’ bila anak dalam fasa belajar kawalan emosi ini terutama fasa umur 1.5 ke 4 tahun.
Ads
Mari saya kongsikan tip mudah untuk ibu ayah.
Guna Kaedah Pause & Counting Teknik ini mudah. Tidak perlu apa apa. Hanya perlu ibu ayah tenang dan anak.
1️. Mula mula pause, tunggu anak reda tantrum sedikit sebelum hampiri anak.
2️. Kemudian minta anak bernafas dan kita bantu kirakan 1 sehingga 10.
3. Selepas anak mengira, minta anak tenang dan bawakan anak ke tempat lebih selesa untuk menerangkan situasi.
Anak tidak faham?
Cubalah dahulu secara Konsisten. Moga moga anak diberi kefahaman setelah diulang dan ditunjuk banyak kali.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak adalah anugerah dan amanah dari tuhan kepada ibu bapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibu bapa itu sendiri untuk mencorakkannya.
Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti. Sebagai ibu bapa, kita juga perlu ada ilmu keibubapaan untuk mendidik anak-anak.
22 CARA MENDIDIK ANAK DENGAN BETUL:
1.Jangan pukul anak dari lutut keatas
2.Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3.Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5.Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15.Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17.Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18.Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22.Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya
Anugerah Allah yang Terindah.
Sumber: Pakar Diari Hati
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayah, figura hebat dalam kehidupan anak perempuan dan sekali gus memberikan pengaruh besar dalam pembentukan diri si kecil. Kuasa bonding semasa kecil dan diteruskan mampu membina anak yang kuat dan berkarakter luar biasa.
Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan sedikit masa. Mulakan dari anak masih kecil. Tunas yang lembut jika dilentur dari kecil mudahlah ia dibentuk dan dijaga. Menyemai hubungan rapat ayah dan anak perempuan amat penting untuk menyediakan si kecil menempuh perkembangan dan cabaran seiring peningkatan usia.
Perkongsian daripada bapa ini wajar diketahui setiap ibu ayah. Bagaimana hubungan antara bapa dan anak perlu dari kecil sehingga menempuhi alam persekolah dan sehingga ke akhirnya.
Tanpa kasih sayang bapa, anak seolah-olah tercari-cari. Dia mungkin sudah tak perlu didukung, tetapi dia mahu seorang ayah yang mendorong. Asas bonding daripada kecil juga sangat penting agar anak tak rasa asing.
“Dia macam ada masalah dengan ayah dia. Ayah dia terlalu sibuk, sampai tak sempat bercakap dengan dia.
Mula-mula dia tak kisah sangat. Dia faham, ayah dia bekerja untuk sara keluarga. Tapi, lama-lama dia macam kecil hati, sebab dengan abang dan kakak dia, ok je ayah dia layan. Dengan adik-adik dia pun ok.” Panjang lebar dia bercerita.
“Tapi, pelajaran dia di sekolah, elok kan. Tak silap abah, ‘Top 5’ lagi.”
“Itulah. Pelajaran dia masih ok. Tapi, itu tahun lepas. Kebelakangan ni, dia macam banyak berkhayal dan tiba-tiba menangis. Risau juga, takut dia ‘stress’ dan ‘effect’ pelajaran dia.”
Abah hanya mengangguk-angguk. Mengenangkan karakter rakan perempuan yang dia diceritakan.
TERLEPAS PANDANG PERASAAN ANAK PEREMPUAN
Abah memang biasa dengan kebanyakan rakan-rakan dia. Hampir satu kelas pernah bersembang dan bergurau mesra dengan abah.
Kebiasaan, semasa mengambil dia di depan sekolah, sempat juga menyapa mereka dan mengambil hati dengan soalan-soalan bertanya khabar.
Ada antara mereka pernah datang ke rumah untuk buat tugasan sekolah dan belajar bersama.
Rakan yang diceritakan ini pernah bertandang ke rumah. Sudah pasti, perasaannya lebih berat apabila terkenang ujian yang sedang dilalui anak remaja ini.
Abah tidak pasti apa yang difikirkan oleh bapa-bapa sehingga ada antara mereka ‘terlepas pandang’ perasaan anak remaja perempuan.
Dalam kes anak ini, dia berada di ranking tengah dalam susunan adik beradik. Dia memiliki kakak dan abang yang hampir dewasa, juga memiliki adik-adik kecil di bawahnya.
Abang dan kakak sudah boleh membawa diri, walaupun tidak dipeduli si ayah.
Adik-adik masih dijaga dan dikawal oleh ibu.
Lalu dia yang di tengah-tengah, seperti terabai. Masih di peringkat awal remaja, tetapi dibiar keseorangan berdikari.
AYAH PERLU KEKAL DISISI ANAK PEREMPUAN
Saya tidak mendabik dada, konon bapa sempurna. Ada masa terlupa juga.
Apabila cerita begini diceritakan oleh anak, ia seperti ‘alarm’ yang mengingatkan diri sendiri supaya kekal berada di sisi anak remaja, terutamanya perempuan.
Walaupun, umumnya, mereka lebih rapat dengan ibu, tetapi ada sisi seorang bapa yang masih mereka perlukan (bagi yang punya bapa).
Para bapa, tanya diri, bila kali terakhir kita benar-benar memperuntukkan masa khusus untuk anak remaja perempuan?
Tanpa ada abang, kakak, atau adik-adik bersama mereka.
PERLUKAN MASA BERKUALITI BERSAMA KITA
Mereka perlukan masa ‘berkualiti’ bersama kita. Mereka tidak akan berbincang isu-isu ‘dewasa’ sekiranya wujud terlalu ramai gangguan di sekeliling mereka.
Macam anak remaja perempuan saya, dia cukup tidak selesa apabila mahu mengadu sikit, adik-adik terlopong mendengar bersama-sama di sebelah abahnya. Dia terus ‘turn off’. Di rumah, memang ruang itu hampir tiada.
Lalu, dia memilih untuk banyak diam. Yang ruginya, saya sebagai bapa. Tempoh paling kritikal perkembangan seorang remaja, tidak dapat dikongsi bersama.
Tetapi, Allah ilhamkan ruang yang saya tidak nampak sebelum ini sebagai ‘sesi berdua berkualiti’ bersama dia.
Waktu pergi dan balik sekolah setiap hari di dalam kereta.
Hanya itu waktu kami boleh bercakap berdua sesuka hati tanpa didengari sesiapa.
Jika sebelumnya, waktu itu dia isi dengan tidur selenanya. Sekarang, seboleh mungkin saya isi dengan aktiviti yang menghalang dia tidur.
DAPATKAN KEPERCAYAAN ANAK
Waktu itulah, saya mendapat pelbagai cerita dari sudut pandang seorang remaja perempuan. Saya boleh kata, bukan mudah mengumpan mereka membuka mulut. Kita perlu dapatkan ‘kepercayaan’.
Bagaimana?
Pastikan, waimma satu patah perkataan yang mereka sebut, tidak disampaikan pada orang lain. Sekali mereka terdengar kita ‘tercerita’, kepercayaan akan hilang. Membina semula kepercayaan, perlukan usaha berkali ganda.
(cerita rakan tadi, dicerita atas keizinan)
Sesekali dia tertidur semasa saya memandu, saya renung wajah anak perempuan remaja ini.
KENANGKAN BONDING SEMASA ANAK KECIL
Dia makin dewasa.
Budak kecil yang saya letak dalam bakul motor dan bawa meronda waktu petang, sudah ‘tiada’.
Budak kecil yang meradang jika saya sorokkan bantal busuknya sudah ‘tiada’.
Budak kecil yang memeluk kaki saya dan minta didukung, sudah ‘tiada’.
Budak kecil yang setiap hari menyanyi riang lagu ‘Barney and friends’ dan memeluk saya sebagai Barney, sudah ‘tiada’.
Tahu-tahu, stereng kereta basah disebabkan tangan yang mengesat airmata terus hinggap padanya.
Begitu saya hiba, kerana,
Budak kecil yang setiap masa dulu, sebelum tidur mahu abah bacakan kisah-kisah Nabi dalam Al-Quran, sudah tidak perlukan abah untuk memeluk dia sebelum tidur.
Dia sudah remaja. Menuju dewasa.
Semuanya telah lepas. Yang tinggal, kenangan.
Sedang saya hiba,
Kepalanya menunjal-nunjal batang gear manual kereta Myvi yang sedang bergerak.
‘Hai anak. Abah tahu nak tukar gear. Tak perlu tanduk gear abah ni.’
Saya tersenyum dalam leleh airmata. Menolak perlahan kepalanya ke tingkap. Penat sangat agaknya.
Dia bukan tak perlukan abah. Cuma, keperluannya sudah berbeza.
Dia sudah tak perlu didukung, tetapi dia mahu seorang abah yang mendorong.
Dia tak perlu pencerita, tetapi dia mahukan seseorang untuk bercerita.
Dia tak perlu bantal busuk, tetapi dia perlukan seseorang yang boleh menenangkan dia dalam sukar, sama seperti fungsi bantal busuk pada dirinya dulu.
USAHAKAN 5 C UNTUK ANAK PEREMPUAN
Bapa.
Ini bukan cerita anak saya saja. Cerita anak remaja kita jua.
Usahakan ‘5C’ pada anak remaja perempuan.
1. Cakap – Bapa kena selalu bercakap dengan anak perempuan. Jangan biarkan sehari berlalu dalam hidup kita tanpa sepatah perkataan untuk dia. Dia perlu tahu, dia masih ada tempat dalam hidup ayahnya. Dia perlu rasa ‘visible’ di mata ayahnya.
Anak perempuan yang sunyi dari suara ayahnya, cenderung mencari suara lelaki lain untuk mengisi kekosongan itu.
Mahukah begitu, wahai ayah?
2. Cakna – Bapa perlu ambil tahu, apa keperluan anak perempuan. Terutama apabila mereka baligh. Mereka sudah mula mempunyai hormon yang dirembes mengikut kitaran. Dia akan berperangai saling tak tumpah seperti ibunya. Haruslah, mereka sedang menuju dewasa. Jadi, emosi mereka, bapa perlu cakna (ambil tahu).
3. Calm – Bapa perlu sentiasa tenang dalam menangani anak perempuan. Tunjukkan pada mereka, kemampuan kita mengawal emosi, barulah mereka dapat meniru yang baik daripada kita.
Ada masa kita betul, ada masa mereka juga mungkin betul.
Elakkan panas baran tak tentu hala. Maki sesedap rasa. Mereka akan takut dan menjauhkan diri.
Tahu kan, statistik menunjukkan ramai lelaki di rumah orang-orang tua? Elakkan daripada puncanya kerana perangai kita yang mudah ‘naik hantu’.
4. Ceria – Bapa perlu menunjukkan sisi ceria seorang ayah. Ayah perlu dilihat ‘jinak’ oleh anak perempuan supaya mudah didekati. Tiada siapa yang berani dengan ayah yang bengis 24 jam.
Kalau pun tidak pandai berhumor, tunjukkan kita mampu ketawa. Kalau mampu ‘gila-gila remaja’, itu lebih mereka suka, kerana kita ‘match’ dengan mereka.
Ya, perkara serius, kita perlu kekal serius. Bercanda mengikut kesesuaian ya.
5. Cinta – Ini yang terpenting bagi saya, tetapi diletakkan terakhir supaya tidak dilupakan.
Bawa anak remaja perempuan mencintai Allah. Cari ruang menjadi imam untuk mereka. Ambil peluang bercerita kisah-kisah perempuan baik dalam sirah Islam.
Sentiasa ingatkan mereka, “Abah tidak selalu ada, tetapi Allah sentiasa ada dan dekat dengan kita. Mengadu dan meminta pada Dia. “
JANGAN BERHENTI TUNJUK KASIH SAYANG KEPADA ANAK PEReMPUAN
Satu lagi abah, Dalam masa sama, usah berhenti menunjukkan kasih sayang pada anak perempuan. Peluk dan cium mereka. Elakkan mereka kekok memeluk kita dek kerana lama tidak menyentuh mereka.
Dia, anak kita. Budak kecil yang kita buatkan susu dan tukar pampersnya. Masih budak yang sama, cuma dia sedang mendewasa. Jauh dalam hatinya, kita kekal abah dia. Sampai bila-bila.
Dah jemu dengan wallpaper sama, terasa nak tukar yang baru? Namun bila memikirkan cat dinding akan rosak, terpaksa batalkan hasrat itu.
Bagi yang ingin menukar wallpaper di rumah, ada caranya yang boleh dilakukan tanpa mencacatkan dinding. Proses nak membuang pun lagi mudah dan cepat.
Dengan menggunakan dua bahan sahaja iaitu softlan dan air panas, masalah itu boleh selesai. Cuma perlu ada penyembur untuk memudahkan proses semburan ke dinding.
Perkongsian shah_gegar ini boleh dipraktikkan jika anda ingin menukar wallpaper sendiri.
Cara Mudah Tanggalkan Wallpaper
Siapa ada masalah macam tak tahu nak tanggalkan wallpaper dinding rumah macam mana, boleh tengok langkah ini.
1) Sediakan softlan, air panas, scrap plastik dan penyembur
2) Masukkan air panas terlebih dahulu
3) Campurkan softlan sedikit
4) Apabila air suam dan softlan dicampurkan, masukkan pula air paip
5) Mula-mula, boleh tanggalkan dulu lapisan pertama. Tak perlu spray lagi campuran tadi.
5) Bila dah tanggalkan lapisan pertama, spray bancuhan air tadi ke dinding.
6) Biar kembang sekejap dan boleh tarik dengan selamat lapisan gam tersebut.
6) Hasilnya sangat wow dan dinding pun elok
Ni la cara paling mudah dan jimat untuk buka wallpaper dinding tanpa rosakkan cat asli dibelakangnya.. Buat sendiri je, jimat duit!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...