Kehamilan

Terlalu Aktif & Stres, DS Shahida Dedah Punca Salah Satu Kembar Mungkin Gugur

Share

Terlalu aktif dan stres adalah antara sebab punca kandungan kembar Datin Sri Nurshahida diancam keguguran.

Semalam, Datuk Sri Aliff Syukri berkongsi keadaan Datin Sri Nurshahida yang mengalami pendarahan. Lebih memilukan kandungan tersebut merupakan kandungan kembar.

Artikel berkaitan: [“Ada Cara Tak Nak Selamatkan Anak Kembar Dari Gugur?” Aliff Syukri Minta Doa Kandungan Isteri Selamat]

Dalam posting Instagram, ibu kepada lima cahaya mata ini mengakui sedang hamil kembar. Namun apa yang menyedihkan salah satu kembar tersebut menghadapi kemungkinan tidak dapat bertahan.

Beliau juga menyatakan bahawa stres dan terlalu aktif menjadi punca kepada pendarahan yang membawa kepada ancaman keguguran kepada kandungan kembarnya itu.

Alhamdulillah terima kasih pada semua yg prihatin DM dan Whatsapp saya…. terlalu banyak saya tak sempat nak balas.

Saya memang hamil kembar tapi salah satunya dah alami pendarahan semalam dan mungkin keguguran.

Mungkin saya sendiri yang terlalu aktif. campur macam-macam benda yg berlaku seminggu dua ni jadi saya mmg agak sibuk dan stress.

Satu lagi baby masih ada. Alhamdulillah nampak sihat dan masih juga dalam pantauan.

Terima kasih pada semua yang mendoakan…

Para follower mendoakan agar kandungan Datin Sri Shahida selamat serta memberikan semangat kepadanya. Ada juga ibu-ibu yang berkongsi pengalaman hamil kembar.

ALAMI SITUASI SAMA

@aliahsiti Alhamdulillah tahniah Datin. Datin jgn stress2 lagi lps ni yaa.. tak elok utk kandungan tu. Saya juga pernah mengalami situasi seperti Datin.. Mengandung kembar tapi satunya mengalah di awal kandungan.. Alhamdulillah skrg ank saya dah berusia 8thn..

KEGUGURAN SEPERTI DARAH HAID

@julie_aisyah Saya prnh alami mcm Datin Sri. Hamil kembar utk pregnant kali ke3. Keguguran mcm darah haid. 1 dpt hidup dlm perut.

TAKE A GOOD REST

@emma_ayob Alhamdulillah datin @shahidadherbs..take a good rest..berehatlah..jangan buat kerja kuat sangat dan pikir macam2 buat masa ni..baby dlm perut dan kesihatan datin yg lg penting.

BLEEDNG SANGAT BANYAK

@m4m4_4kids Sedih plak dgar citer datin sbab penah kat situation ni jugak.. Bby kembar sy lgi sorg xdpat diselamatkan sbab bleeding yg sgt bnyak.. Sorg lgi selamat, alhamdulillah da 4thn skrg.. Sy doa kn semoga datin n bby sihat dgn izin Allah inshaallah… Aamiin…

JANGAN FIKIRKAN KOMEN NEGATIF

@mizdatool Allahu..be strong Datin..semoga dipermudahkan segalanya. Jangan terlampau difikirkan komen2 negatif..Allah lebih tahu ape yg datin and family hadap..take care datin and family..

Sumber: shahidadherbs

IKLAN