Ibu bapa yang terlalu kerap melarang anak dengan perkataan jangan dan tak boleh, anak akan membesar dengan tiada keyakinan diri dan penakut.
Sebenarnya melarang anak termasuk dalam salah satu cara mendidik anak yang harus di pelajari oleh ibu bapa. Nampak macam mudah tetapi jika tersalah langkah akan membuatkan anak jadi seorang yang tiada keyakinan diri.
Dalam melarang anak, ibu bapa sering menggunakan perkataan “Jangan” dan “Tak Boleh”. Dua perkataan ini akan keluar secara automatik dari mulut ibu bapa apabila ingin menghalang anak daripada melakukan sebarang perkara. Mengapa sedemikian?
Ads
Jika diikutkan banyak cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa selain mengulangi perkataan jangan atau tidak. Kreativiti ibu bapa dalam mendidik anak tidak terhad. Apa sahaja pendekatan yang boleh membantu dan mendidik anak dikira satu bonus dalam sebuah keluarga.
Berikut antara pendekatan yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menghalang dari penggunaan perkataan jangan atau tak boleh.
Ads
Berikan alasan
Gunakan perkataan ‘mama atau papa tahu kakak menyukainya, tapi…” dengan begitu, anda boleh memberi alasan pada anak mengapa ia tidak boleh melakukan perkara tersebut. Melalui cara ini, anak akan memahami mengapa tidak boleh. Selain itu, anak juga boleh menasihati rakannya jika melakukan perkara yang sama.
Guna isyarat berhenti
Untuk berkomunikasi tak seharusnya secara verbal semata-mata. Begitu juga ketika melarang anak, selain menggunakan kata jangan atau tidak dengan intonasi yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan tanda isyarat atau bahasa badan. Cara ini membantu anda untuk melarang anak menghentikan aksinya saat berada di tempat yang anda tak boleh meninggikan suara seperti di masjid.
Bahasa pengganti yang kreatif
Sebagai ibu bapa ada baiknya anda menggunakan bahasa yang lebih kreatif apabila ingin melarang anak. Guna bahasa yang mudah difahami. Contohnya: “Itu kotor.. nanti kakak akan sakit..” “ Ini bukan untuk anak-anak, jom kita beli yang lain.. Ayah beli yang lagi elok”
Dengan penggunaan bahasa yang lebih lembut, anak akan rasa selesa dan tidak memberontak apabila keinginannya dihalang. Mungkin anak akan jadi seorang yang lebih sabar.
Ads
Alihkan perhatiannya
Salah satu cara terbaik untuk mengatakan tidak pada anak ialah dengan cuba mengalihkan perhatiannya pada sesuatu yang lebih menarik. Anak yang masih kecil mereka akan cepat lupa dengan perkara yang dimintanya pada waktu itu jika ada aktiviti lain yang menyeronokkan.
Jangan terlalu suka melarang anak
Penggunaan perkataan tidak dan jangan sepanjang masa harus dielakkan. Jika apa yang dilakukan tak terlalu bermasalah, gunalah perkataan yang lebih positif untuk menasihati anak. Cara ini membantu anak memahami bahawa apa yang dilarang oleh ibu dan ayahnya boleh mengundang bahaya pada diri mereka.
Kesimpulannya, dalam mendidik anak ibu bapa harus tahu memainkan peranan. Apabila kita mampu mengawal perasaan, secara tidak langsung anak-anak akan hormat dan memahami prinsip ibu bapanya sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdapat pelbagai aktiviti luar yang boleh dilakukan untuk rangsang mental dan fizikal anak supaya dapat mengelak anak ketagih bermain gajet. Aktiviti yang dilakukan mempunyai pelbagai manfaat termasuk merangsang kemahiran, perkembangan minda dan fizikalnya. Jom kita lihat aktiviti ini.
Pada usia ini si manja sudah mempunyai kemampuan fizikal dan keupayaan memahami peraturan. Agar cuti hujung minggu tidak membosankan mereka, rancang aktiviti untuk si manja di luar rumah. Berikut adalah 12 aktiviti yang boleh dilakukan dan manfaatnya kepada si manja.
1.Alam semula jadi
Bawalah si manja keluar berjalan-jalan di luar rumah seperti halaman rumah atau taman untuk dia melihat alam semula jadi dengan lebih dekat. Sambil itu, anda bolehlah bercerita tentang elemen yang ada seperti flora atau fauna yang ada di sekelilingnya. Biarkan dia terdedah kepada cahaya mata hari dan hembusan bayu pagi tentunya menyegarkan dan juga memberikan pengalaman baru.
2.Bacakan cerita
Bawalah buku cerita dan bacakanlah cerita untuk si kecil dengan penuh ekspresi wajah dan suara. Carilah ruang yang selesa dan duduklah bersamanya. Biarkan si manja bertanya. Jawab dengan riang dan berikan pelukan dan ciuman sebagai penghargaan.
3.Berenang
Berenang adalah aktiviti fizikal yang tentunya disukai oleh adik kerana adik berpeluang untuk bermain dengan air. Jika dia masih belum pandai berenang, anda boleh mula menghantarnya ke kelas berenang. Berenang mempunyai banyak kelebihan kesihatan seperti menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan fizikal, ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri.
4.Berkebun
Libatkan si manja dengan kerja di laman. Si manja akan belajar bertanggungjawab dengan menjaga pokok-pokok (menyiram dan membaja). Mereka akan memahami sebab-akibat seperti apabila pokok mati apabila tidak disiram. Keyakinan dirinya akan meningkat apabila pokok yang ditanam tumbuh di samping menambah pengetahuan tentang pokok dan melakukan aktiviti fizikal.
5.Berkelah
Jadikan berkelah aktiviti hujung minggu yang menjadi remedi yang murah untuk mengurangkan tekanan si manja. Berikan satu tanggungjawab padanya, misalnya untuk menghamparkan tikar. Hubungan antara si manja dan ahli keluarga boleh dirapatkan menerusi kerjasama yang erat.
6.Bermain belon
Belon adalah mainan yang murah tetapi memberikan keriangan yang tidak terhingga untuk si manja. Aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran motor kasar dan koordinasi mata – tangan. Menepuk belon kepada orang lain akan meningkat kemahiran komunikasi dan sosial. Meniup belon bagi pesakit asma akan membantu mereka melancarkan pernafasan.
7.Bermain pasir pantai
Pasir mempunyai tekstur yang halus dan akan merangsang deria sentuhan, kemahiran motor halus serta koordinasi mata – tangan. Membina istana pasir akan menggalakkan si cilik berimaginasi dan mereka cerita.
8.Bermain dengan haiwan peliharaan
Adik yang bermain haiwan peliharaan belajar untuk mengenal erti tanggungjawab dan sayang tanpa syarat. Aktiviti ini melatih pelbagai aspek kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Pemerhatian dan penyeliaan daripada ibu bapa amat diperlukan supaya adik mencapai potensi optimum dalam dirinya bersama haiwan peliharaan kesayangannya.
9.Melukis di luar
Bawanya keluar dan berikan si manja kapur atau kertas dan pensel supaya si manja boleh melukis apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Kemudian anda tanya apa yang dilukisnya dan berikan pujian dan kata-kata positif. Hal ini akan meningkatkan imaginasi, kemahiran otot tangan dan keupayaan pertuturan serta tata bahasa si manja dalam menerangkan apa yang dilukis olehnya.
10.Membeli-belah bersama
Bawalah si manja bersama ke pasar ketika membeli stok barangan keperluan dapur. Biarkan dia mengambil apa yang anda ingin beli dan terangkan apa yang anda beli dan tujuannya. Ini akan menambah pengetahuannya. Anda juga boleh menyuruhnya mengira jumlah barangan yang dibeli untuk menguji kecekapan mengira si manja. Terapkan juga amalan berjimat cermat menerusi kata-kata dan perbuatan anda.
11.Bermain bola
Anda boleh membaling biji bola kecil kepada si manja dan suruh dia menyambutnya dan memasukkan ke dalam bakul. Permainan ini akan melatih kemahiran otot tangan dan koordinasi mata-tangan si manja di samping menambahkan daya intelek menerusi pemahaman peraturan permainan.
12.Taman permainan
Biarkan si manja lepas bebas bermain di taman permainan untuk menguatkan tubuh dan ototnya. Di situ juga dia boleh belajar untuk berkawan dengan rakan sebaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayang anak biar berpada! Tapi alasan yang biasa keluar dari mulut ibu bapa bila tak nak bagi anak buat sesuatu perkara adalah, “Alaa anak kecil lagi, mana la dia boleh nak tolong.” Kata-kata ini bukan sahaja boleh memanjakan anak, tapi buatkan anak tak pandai nak berdikari.
Jadi bila anak semakin besar, jangan salahkan anak bila anak buat tak tahu je. Sayang anak biarlah bertempat. Tak salah kalau kita nak suruh dan ajar demi kebaikannya.
Ikuti perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah mengenai cara dia mengajar anak kecilnya dan akhirnya memberi kesan positif pada diri anak.
Lepas habis menunaikan janji bagi Maryam dan Hanoonah main dalam Molly Fantasy kira-kira selama 2 jam petang tadi, kami pun turun dari tingkat 2 ke Ground Floor. Masuk ke bahagian pasaraya sekejap, nak beli pampers Hanoonah dan biskut buat kudap-kudapan dalam kereta.
Tangan kiri saya dukung Hanoonah dengan berat sekitar 10kg, beg laptop digalas di belakang, bahu kiri menggalas handbag, tangan kanan menggalas lagi kampit pampers yang besar tu.
Penuh tangan! Dan lenguh!
Jadi selepas buat bayaran di kaunter, saya minta Maryam tolong bawakan lagi satu plastik yang berisi 4 kampit biskut saiz sederhana dan besar, anggaran berat sekitar 2 kg.
Daripada di kaunter bayaran lagi, Maryam dah tanya-tanya saya, mana biskut dia. Dia ada pilih 1 biskut dari 4 jenis biskut tadi. Jadi selepas bayar, saya bagi semua plastik biskut tu untuk Maryam pikul.
Mula-mula, dia okay. Selang sepuluh ke 20 tapak kami tinggalkan cashier, dia mula bersuara sambil mengeluh.
“Ibu… Berat ni. Kakak penatlah angkat.. ”
Saya balas, “Tak berat mana pun Kakak, Kakak boleh angkat. Ibu yakin,”
Dan dia diam sekejap. Berjalan beberapa langkah lagi, kemudian dia berbunyi lagi.
Kali ni, dengan suara yang lebih keras dan sangat jelas dia sedang mengeluh.
“Ibu, berat ni..! Ibu angkatlah. Kakak tak larat. Berat ni Ibu.. Ibu angkatlah..!” Dengan suara separa merengek dan mengarah saya.
Hanya dengar rengeken suaranya saja, saya tahu, SAYA PERLU BERI PERHATIAN LEBIH terhadap isu yang dia utarakan. Tapi kali ni, ‘cara’ beri perhatian saya adalah berbeza.
Saya perlahankan langkah, dan kemudian berhenti menoleh ke belakang, ke arah dia yang beberapa langkah terbelakang dari saya.
Selang beberapa saat, Maryam sekarang betul-betul berada di depan saya. Jarak kami berdiri antara satu sama lain adalah dekat. Dia pandang saya, saya pandang dia.
Saya pun mula bersuara,
“Kakak, tolonglah Ibu. Kakak cuba tengok Ibu, kiri dukung adik, kanan pegang pampers, ada beg lagi depan belakang. Jadi kakak FIKIR macam mana Ibu boleh tolong Kakak? Bukan kakak ke yang sepatutnya tolong Ibu? Sekarang, kakak cuba tengok, berapa banyak barang Ibu bawa? Kakak fikir semua ni tak berat? Ibu tak penat? Jadi sekarang, boleh tak Kakak FIKIR juga pasal Ibu dan tolong bawa barang-barang itu sampai ke kereta.”
Tegas. Dan jelas.
Mukanya yang monyok kerana merungut tadi, terus berubah menunjukkan riak serba salah.
Mungkin, nada suara saya yang tegas dan menekankan pada perkataan FIKIR, membuatkan dia dapat menyelami perasaan saya, seterusnya bersikap lebih rasional. Bonding kami rapat gila, alhamduLILLAH. Jadi, perubahan pada nada suara saya dan pemilihan perkataan saya, memang mudah meninggalka kesan terhadap dirinya.
Kadang kala, dia matang dan rasional.
Kadangkala, sikap keanak-anakan dia tetap mendominasi juga.
Pandai-pandailah saya kenal pasti dan klasifikasi – keluhannya itu kerana dia benar-benar perlukan penyelesaian, atau sebenarnya keluhan dari jiwa manja yang perlu diajar dengan ketegasan.
Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah, TIDAK KIRALAH SEKECIL APA UMUR ANAK KITA, MULA BERKOMUNIKASI DAN DIDIK MEREKA UNTUK BELAJAR BERFIKIR TENTANG ORANG LAIN.
Salah satu punca kegagalan keibubapaan ialah, ibubapa sendiri UNDER ESTIMATE POTENSI BERFIKIRAN DAN BERPERASAAN ANAK-ANAK, sehingga ibubapa CENDERUNG UNTUK TUNDUK MELAKUKAN SEMUANYA dan menganggap ‘tidak mengapa’ untuk TIDAK MENJELASKAN KEPADA ANAK SITUASI KITA, kerana ‘ANAK-ANAK TIDAK FAHAM LAGI, ANAK-ANAK MASIH KECIL LAGI..’
Kita sebaiknya mengajar anak bertimbang rasa, bukan membiarkan mereka sehingga kita kerapkali berkecil hati memendam rasa. Gara-gara sikap timbang rasa itu kurang wujud dalam diri mereka.
Sekiranya kita anggap pada usia 5 tahun anak-anak tidak boleh faham perasaan dan keadaan orang lain yang PERLUKAN TOLAK ANSUR DARI DIRINYA, maka, pada usia 15 tahun, 25 tahun bahkan 50 tahun sekalipun, anak-anak yang kini sudah beranak-pinak itu TETAP JUGA TIDAK AKAN MEMAHAMI PERASAAN DAN KEADAAN orang lain.
Kerana hakikatnya ketidakfahaman itu bukanlah kerana limitasi pada umur anak-anak, tapi kerana kegagalan sesuatu PRINSIP itu DITERAP DI DALAM SISTEM JATI DIRI DAN IDENTITI MEREKA.
Anak anak kecil tidak faham, bukan kerana umur mereka,
Tapi kerana diri kita, yang tidak MEMAHAMKAN mereka.
Tidak memahamkan anak, adalah satu proses menjahanamkan anak. Ini prinsip saya.
Kerana itu, saya BANYAK berkomunikasi dengan anak-anak dan memberi penjelasan kepada mereka.
Biasa kan kita lihat, orang umur yang sudah dewasa dan tua juga, tetapi tetap tidak MEMAHAMI orang lain dan tetap tidak boleh bertolak ansur.
Jadi, apakah kerana otak mereka ‘masih kecil’ dan terbatas untuk memahami, atau kerana jati diri yang tidak dibentuk ketika mereka masih kecil dahulu dan mudah dilentur?
Menganggap bahawa sikap bertimbang rasa itu datang dengan kematangan usia, adalah ibarat sesuatu perjudian yang berisiko bagi saya.
Kerana hakikatnya, bukan usia yang menjadi faktor seseorang itu bertimbang rasa atau tidak, tetapi sebenarnya adalah APA YANG DISUNTIK ke dalam diri mereka ketika mereka masih mudah dilentur.
Kalau kita rasakan, anak-anak kecil berusia 4 tahun dan ke atas tidak wajar diajar dengan serius tentang BERFIKIR MENGENAI PERASAAN DAN BERTIMBANG RASA DENGAN KEADAAN ORANG LAIN, fikirkan sekali lagi.
Kesudahan dari cerita di atas, selepas saya mengingatkan Maryam untuk BERFIKIR TENTANG KESUSAHAN DAN KEADAAN diri saya tadi, dia akhirnya terus memikul beg plastik tersebut ke kereta tanpa muka yang masam dan bunyi keluhan lagi.
Bahkan, sesampai juga di rumah, dia sendiri yang menolong saya membawa beg plastik tersebut TANPA LANGSUNG saya menyuruh lagi. 100% atas keputusan dan tindakan dia sendiri.
Siap boleh tanya lagi,
“Apa lagi nak bawa barang masuk rumah Ibu? Pampers ni nak bawa ke?”
Dan saya menjawab, “Tak apa kakak, yang pampers tu besar dan sangat berat. Biar Ibu je bawa,”
Sebagai pengajaran tidak langsung kepadanya, bahawa, saya juga bertimbang rasa dan berfikir tentang keadaan dirinya.
“Cikgu, anak saya ini macam guna tangan kiri. Boleh tak cikgu latih dia untuk tukar tangan kanan? Tak berkatlah nanti belajar menulis guna tangan kiri.”
Pening cikgu.
TANGAN DOMINAN Kanak-kanak
Secara asasnya, tangan dominan merujuk kepada kecenderungan menggunakan satu tangan untuk melakukan aktiviti yang membabitkan motor halus dan kasar. Contohnya seperti menulis, menggunting, melukis, menangkap dan membaling dan sebagainya.
Tangan dominan bukan suatu pilihan sebab ia bukannya pilihan yang kita boleh pilih dalam keadaan sedar. Dengan kata lain, genetic dan otak individu memainkan peranan yang penting dalam menentukan tangan dominan.
Seawal 6-9 bulan , bayi sudah mula ada preference untuk menggunakan satu tangan ketika mereka membesar – yang akhirnya kita boleh klasifikasinya sebagai right-handed atau left-handed? Ada juga di antara kanak-kanak boleh menggunakan kedua-dua tangan kiri dan kanan ketika membuat sesuatu tugasan.
Tetapi pada umur bayi, ia MUNGKIN sementara. Tapi menjelang umur sekitar 24 bulan atau 2 tahun sehingga 3 tahun, fungsi tangan tersebut mula menjadi dominan. Walaubagaimanapun, untuk sesetengah kanak-kanak, ia mungkin boleh lagi berubah sehingga umur 4 atau 5 tahun – dengan kata lain, bila kanak-kanak tersebut sudah masuk ke persekitaran sekolah, mereka sudah mula membuat aktiviti pra-menulis. Maka, di situ kita dapat mengesahkan tangan mana yang lebih dominan untuk menulis.
Jenis-jenis tangan Dominan
1. Right Handed – tangan kanan. Majoriti populasi di dunia adalah tangan kanan
2. Left-Handed – tangan kiri.
3. Mixed-Handedness – atau pun digelar cross-dominance. Orang yang mempunyai mixed-handedness lazimnya akan menggunakan kedua-dua tangan untuk tugasan yang spesifik. Contohnya, menulis tangan kanan, tetapi baling bola dengan tangan kiri.
4. Ambidextroux – Dua-dua tangan boleh guna. Seimbanga kekuatan. Dengan kata lain, boleh menulis dengan kedua-dua tangan. 1% je population di dunia ini adalah ambis.
Kenapa kanak-kanak bertukar-tukar tangan pada peringkat awal? Pada waktu begini, perkembangan motor dia baru nak berkembang. Belum cukup kuat. Maka, kekuatan genggaman/pegangan tangan mereka adalah rendah.
Ada juga keadaaan tingkah laku kanak-kanak yang kurang sabar (impatient). Dia akan grab sahaja barang yang terdekat dengan dia. Kalau botol susu itu lebih dekat dengan tangan kiri, maka dia akan ambil botol susu itu dengan tangan kiri.
Dua tangan, 1 tugas?
Walaupun kita mempunyai tangan dominan, tangan yang satu lagi juga memainkan peranan yang penting untuk menyempurnakan tugasan – yang dinamakan BILATERAL COORDINATION iaitu kebolehan menggunakan kedua-dua bahagian badan dalam masa yang sama dan teratur. Bukan sekadar untuk tangan je ye, ia termasuklah kepada pergerakan kaki juga.
Kalau parents masih risau anak-anaknya guna tangan mana, kita boleh buat eksperimen untuk tentukan tangan dominan anak. Cikgu Taska/Tadika pun selalu akan buat aktiviti ini untuk menentukan tangan mana yang lebih dominan supaya senang untuk mengajar menulis nanti.
UJI PILIHAN MEREKA.
Apa yang kita boleh buat, cuba letak barang-barang di hadapan mereka, kemudian buat pemerhatian tentang tangan mana yang mereka guna untuk mencapai barang tersebut. Kalau melebihi 70% daripada pemerhatian anda mereka menggunakan tangan kanan, maka kita boleh assume yang tangan dominan mereka ialah kanan.
Cuba pula dengan aktiviti lain. Seperti biarkan mereka memegang crayon, ambil cawan, pegang sudu, dan sebagainya – untuk mengesahkan lagi pemerhatian anda.
Senarai aktiviti lain yang boleh menguatkan tangan dominan mereka seperti;
– Menangkap dan membaling bola
– Bean Bag Toss
– Tutup mata, main permainan ‘angkat tangan’
– Menggunting
– Lukis ‘Lazy-8’
– Mewarna dengan pensel warna
– Type keyboard!
– Pegang anak patung
Ini hanya nak tentukan tangan dominan je tau. Belum lagi pendengaran dominan, penglihatan dominan, kaki yang dominan.
So, ibu bapa perlu risau tak kalau anak mereka tangan kiri yang lebih dominan?
Sepatutnya tak perlu, lagi bagus kalau kita dah tahu tangan mana yang dominan, kita kuatkan perkembangan fizikal motor mereka. Sebab, after all kedua-dua tangan ini perlu untuk membuat semua pekerjaan.
Sumber: Hazhari Ismail (Facebook)
Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...