Masalah ‘terlalu’ subur sememangnya berlaku menyebabkan ramai wanita hamil tanpa di rancang. Sehebat mana pun cara perancangan keluarga, tidak ada cara yang dapat menjanjikan keberkesanan 100%.

Terlalu Subur Dan Tak Tahu Cara Guna Pil Perancang? Pakar Jelaskan Cara Penggunaanya

Pil perancang keluarga masih merupakan cara yang paling popular dan kurang risiko untuk menyebabkan bayi abnormal atau lahir pramatang. Namun begitu ia memerlukan disiplin yang ketat.

IKLAN

Pil hendaklah dimakan sebiji setiap hari selama 21 hari, diikuti dengan 7 hari “rehat”. Setelah rehat 7 hari, sambung semula dengan sekotak pil perancang yang baru. Perlu disiplin dan tidak boleh lambat makan pil tersebut walau sekali pun. Jika anda memakan jamu dan herba sewaktu mengamalkan kaedah pil perancang, ia boleh mengurangkan keberkesanan pil tadi dan mudah “termengandung”.

Terlalu Subur Dan Tak Tahu Cara Guna Pil Perancang? Pakar Jelaskan Cara Penggunaanya

IKLAN

Bagi suntikan Depo-provera, peluang hamil hanya sebanyak 1%. Wanita boleh hamil ketika menggunakan suntikan Depo provera jika beliau lupa atau lambat datang ke klinik untuk mengambil suntikan mengikut jadual ( iaitu satu suntikan setiap 12 minggu). Bagi kes IUCD pula, sama ada anda menggunakan IUCD ( copper) atau IUD ( Mirena), risiko mengandung adalah satu hingga tiga dalam 100 pengguna. Dalam kebanyakan kes hamil ketika menggunakan alat ini ialah ia telah bergerak dari tempat asal dan ada kalanya jatuh keluar dari rahim. Bagi menentukan cara-cara yang sesuai , saya mencadangkan panda bertemu dengan doktor atau staf di klinik yang berdekatan atau klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara. Berbincanglah dengan mereka cara-cara lain yang ada seperti kaedah ini.

IKLAN
  • Implanon
  • Vaginal ring
  • Contraceptive patch
  • Bilateral tubal ligation ( BTL)
  • Vasektomi

Untuk kaedah BTL dan vasektomi, keberkesanan juga bukanlah 100%.

Sebelum anda memilih BTL, anda  memerlukan perbincangan dengan doktor pakar yang melakukannya kerana risiko pembedahan, risiko kehamilan dan kehamilan luar rahim sering dikaitkan dengan kaedah ini. Bagi wanita Islam pula, masalah hukum atau fatwa juga perlu diambil kira sebelum melakukan BTL.

Jika ada 100 wanita hamil, 30 orang daripada mereka dikatakan hamil tanpa dirancang.  Dianggarkan 20 orang (65%) daripada mereka “termengandung” sewaktu menggunakan alat atau ubat pencegah kehamilan. 65% daripada wanita tersebut menggunakan kaedah pencegahan kehamilan cara azal/coitus interuptus / kiraan kalendar (23%), pil perancang (21%), kondom (21%) dan alat dalam rahim atau IUCD (9%).

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI