Raya yang masih berbaki beberapa hari lagi ni jangan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak kecil kita beraya dan paling penting berkenal-kenalan dengan saudara dan eratkan silaturrahim. Pun begitu bila ada anak kecil, mak ayah kenalah pantau lebih. Takut anak terlebih aktif, main sana sini. Paling penting kalau terpecah dan terosakkan barang tuan rumah.

Tip dan info yang dikongsikan oleh Puan Liyana Nazli ini patut kita jadikan panduan untuk mengajar anak menjadi lebih peka. Malah nak ajar social awereness ni pun kena ada caranya pada anak-anak kita.


Isu biasa musim raya saban tahun ialah ‘kerosakan-kerosakan’ yang dilakukan oleh anak-anak kecil ketika beraya. Ada yang terpecah pinggan pusaka gambar naga, ada yang terpecah TV plasma, hiasan kristal mahal-mahal dan juga terbunuh haiwan peliharaan tuan rumah. Macam-macamlah ceritanya.

Lalu wujudlah salah-menyalah. Tuan rumah kata mak bapak tak pandai jaga anak. Mak bapak kata tuan rumah tak ikhlas terima tetamu pelbagai usia dan ragam.

“Terlanggar Sikit Tu Tak Apa, Jangan Rosakkan Barang Je”, Ajar Anak Social Awareness Bila Pergi Open House!

 

A never ending debate…

Dalam keadaan begini, sebagai ibu bapa, ada satu perkara yang kita perlu perhatikan dalam perkembangan anak-anak iaitu social awareness. Apa dia social awareness ni?

Social awareness ialah kebolehan mereka untuk melihat daripada perspektif orang lain dan mengaplikasikan perspektif itu dalam interaksi mereka. Dengan kata lain, dia boleh faham apa yang orang lain rasa dan perlukan berdasarkan social cues dan budaya setempat (cultural standards).

IKLAN

Bila anak-anak punya social awareness yang bagus, dia akan tahu untuk sesuaikan diri dengan situasi sosial di mana dia berada. Contoh, kalau sedang berada di taman permainan ha bolehlah awak nak berlari dan memanjat sana sini, tak ada siapa nak marah. Kalau duduk rumah sendiri, bolehlah nak sepah-sepah sikit, mak tak kisah. Tapi bila mai bertandang rumah orang kena jaga tingkahlaku. Tak boleh buat macam rumah sendiri. Kena jaga adab sopan sebagaimana norma sosial setempat.

“Terlanggar Sikit Tu Tak Apa, Jangan Rosakkan Barang Je”, Ajar Anak Social Awareness Bila Pergi Open House!

Dan kemahiran sosial ni tak datang sendiri. Kita sebagai mak bapak yang kena ajar dan bagi pendedahan. And it is not a skill learnt overnight. Tak bolehlah esok nak raya, malam tu baru kita nak ajar dengan harapan esok dengan magiknya anak-anak boleh berkelakuan seperti yang kita mahu.

Jadi macam mana nak ajar social awareness?

“Terlanggar Sikit Tu Tak Apa, Jangan Rosakkan Barang Je”, Ajar Anak Social Awareness Bila Pergi Open House!

IKLAN

1. Ajar anak kenal emosi
Perkenalkan pada anak semua jenis emosi. Kalau tengok TV dengan anak tu, pause kejap pada emosi berbeza dan suruh anak teka apa yang karakter tu sedang rasa. Saya suka tengok real story dan bukan cerita kartun dengan anak-anak. Sambil tengok tu boleh berbual tanya kenapa watak tu menangis, kenapa dia marah dan sebagainya. Tanya anak macam mana dia tahu karakter tu tengah marah contohnya. Kalau dia clueless, ajar dia untuk fahami ekspresi muka dan bahasa tubuh. Jadi, kalau kat rumah orang tu, bila ibu jegil mata dia fahamlah ibu tengah marah, takdelah dia buat bodoh je hahahahaha!

2. Ajar anak tingkahlaku sasaran
Bacakan anak buku-buku yang melibatkan pelbagai situasi sosial, terutama sekali situasi sosial yang bakal dihadapinya. Kalau tak jumpa buku yang sesuai, buat buku cerita sendiri. Bagi tajuk buku tu ‘Yusuf Pergi Beraya!’, contohnya. Ha ha! Letak ilustrasi yang bersesuaian untuk dia mudah faham. Masukkan tingkahlaku sasaran yang kita nak dia amal seperti duduk dan makan dengan sopan, minta kebenaran, cakap terima kasih dan sebagainya. Seminggu dua sebelum raya, bacakan setiap hari pada dia. Macam tengok TV jugalah, bila sampai bahagian penting yang melibatkan emosi, bincangkan. Tanya anak, kalau dia jadi watak tu apa yang dia akan rasa dan lakukan.

“Terlanggar Sikit Tu Tak Apa, Jangan Rosakkan Barang Je”, Ajar Anak Social Awareness Bila Pergi Open House!

3. Exposure, exposure, exposure
Beri peluang untuk anak terlibat dalam situasi sosial yang memerlukan dia praktis segala kemahiran yang dia dah belajar ni tadi. Selalulah bawa anak berjalan ke rumah saudara-mara yang kita dan anak familiar dulu sebelum bawa berjalan ke rumah orang yang agak asing bagi anak. Ingatkan tentang expected behaviour. Kalau dia terbuat silap, jangan terus marah kaw-kaw. Anggap itu peluang untuk dia belajar dari kesilapan dia. Kena berbual dengan dia tentang insiden tersebut. Teaching moment, bak kata omputih. Bila anak tak banyak peluang untuk encounter situasi sosial tersebut, dia kurang kemahiran untuk menghadapinya. Yelah, setahun sekali baru ibu dan ayah bawak dia pi berjalan rumah orang masa hari raya. Lepas tu kita expect dia behave like an expert. Mana boleh!

Yang jadi tuan rumah pun alahai, macamlah tak tahu perangai budak. Dah tahu yang bakal bertandang nanti ada anak kecil, pastikan rumah kita pun welcoming untuk mereka. Raya ini matlamatnya nak merapatkan silaturrahim, bukan nak tunjuk skill deco siapa paling hebat atau rumah mana paling berharta.

IKLAN

“Terlanggar Sikit Tu Tak Apa, Jangan Rosakkan Barang Je”, Ajar Anak Social Awareness Bila Pergi Open House!

Binatang peliharaan tercinta, kurung siap-siap jangan bagi lepas bebas

Bilik yang kita tak mahu tetamu tersalah masuk, tutup dan kunci siap-siap

Sediakan dua set kuih raya. Yang dewasa punya atas meja tinggi dalam balang cantik kita tu. Yang anak-anak dalam tupperware comel-comel atas meja kopi.

Hiasan mudah pecah simpankan dulu. Koleksi mahal-mahal sorokkanlah. Jangan mengundang keinginan.

Sediakan satu bakul mainan yang mudah dikemas atau ruang bermain yang lapang untuk anak-anak duduk.

Eh, common senselah.

Marilah kita berusaha memudahkan urusan masing-masing. Barulah raya kita sempurna seadanya. Kan, kan?

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI