Air ketuban adalah cecair jernih kekuningan yang mula dihasilkan pada hari ke-12 kehamilan. Apakah fungsi air ketuban dan apakah yang menyebabkan kurang dan terlebih air ketuban di dalam kandungan serta impaknya kepada bayi? Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Subang Jaya Medical Centre menjelaskan mengenai keadaan ini.

Terlebih Air Ketuban Boleh Sebabkan Cord Prolapse Masa Proses Kelahiran! Kencing Manis Penyebab Air Ketuban Terlebih

Kebanyakan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi dalam kandungan. Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya. Pada trimester ke-3 kehamilan pula, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.

Fungsi air ketuban kepada bayi

Air ketuban amat penting untuk bayi dalam kandungan.

IKLAN
  1. Ia bertindak melindungi bayi daripada tekanan luar dengan menyerap rintangan dan hentakan.
  2. Berfungsi dalam mengawal suhu badan bayi dan memberi haba.
  3. Sebagai bentuk kawalan jangkitan. Air ketuban mengandungi antibodi yang boleh lindungi bayi.
  4. Berfungsi dalam perkembangan pernafasan kerana bayi dalam kandungan bernafas menerusi air ketuban.
  5. Mematangkan sistem pencernaan bayi di mana bayi berlatih menggunakan otot ketika di dalam kandungan ibu.
  6. Menggalakkan perkembangan otot dan tulang kerana air ketuban menyediakan ruang antara kantung dan bayi menyebabkan bayi bebas bergerak.
  7. Sokongan kepada tali pusat. Air ketuban mengelakkan tali pusat ditekan.
  8. Air ketuban mengandungi zat, hormon dan nutrien. Apabila bayi membesar, dia akan mula bernafas dan menelan air ketuban tersebut.

Terlebih Air Ketuban Boleh Sebabkan Cord Prolapse Masa Proses Kelahiran! Kencing Manis Penyebab Air Ketuban Terlebih

Faktor menyebabkan air ketuban menjadi banyak

Keadaan ini terjadi kepada kira-kira 1% kehamilan di mana catatannya melebihi 24cm. Ia lazimnya disebabkan oleh beberapa sebab yang melibatkan keadaan ibu dan bayi.

IKLAN
  1. Kecacatan pada janin.
  2. Masalah genetik pada janin menyebabkan kesukaran untuk menelan. Ini menyebabkan air ketuban menjadi banyak.
  3. Ibu menghidap kencing manis yang tidak terkawal.
  4. Kehamilan kembar.
  5. Fetal anemia iaitu keadaan di mana bayi kekurangan darah.
  6. Lain-lain punca iaitu seperti jangkitan kuman. Antaranya ialah virus Rubella, Parvovirus dan Cyto Megalo Virus.
  7. Ibu mengalami toxoplasmosis atau sifilis yang menyebabkan air ketuban banyak.

Terlebih Air Ketuban Boleh Sebabkan Cord Prolapse Masa Proses Kelahiran! Kencing Manis Penyebab Air Ketuban Terlebih

Kesan kepada bayi dan ibu apabila air ketuban banyak

IKLAN

Keadaan yang tidak normal ini boleh menyebabkan kesan negatif kepada bayi dan ibu. Menurut Dr Siti Aishah, air ketuban yang banyak boleh menyebabkan dalam situasi yang berbahaya kepada ibu dan bayi.

  1. Kesukaran bernafas bagi ibu sebabkan oleh pembesaran rahim.
  2. Bersalin lebih awal (pramatang).
  3. Selaput ketuban bocor yang boleh menyebabkan cetusan kelahiran pramatang dan mendedahkan bayi kepada jangkitan kuman.
  4. Uri lekang di mana air ketuban bocor secara tiba-tiba.
  5. Bayi meninggal di dalam kandungan.
  6. Pendarahan selepas bersalin atau postpartum hemorrhage (PPH) di mana rahim sukar untuk mengecut kepada semula dan pendarahan teruk.
  7. Posisi kedudukan bayi yang tidak stabil seperti melintang, songsang.
  8. Tali pusat jatuh atau cord prolapse semasa proses kelahiran. Ia amat berbahaya kerana boleh menyebabkan bayi menerima kurang aliran oksigen.
  9. Ini juga menyebabkan kepala bayi tidak memasuki ruang pelvis.
  10. Bayi besar kerana kencing manis yang tidak terkawal.
  11. Kelahiran menerusi pembedahan

Jumlah isipadu air ketuban diimbangi oleh penghasilan dan pembuangannya. Hal ini berlaku melalui proses di mana bayi menelan dan membuang air ketuban sepanjang tempoh pembesarannya di dalam rahim. Isi padu paling banyak ialah sewaktu minggu ke-34 kehamilan yang berjumlah sekitar 800ml. Namun, jumlah akan berkurangan sehingga 600ml pada minggu ke-40.

Terlebih Air Ketuban Boleh Sebabkan Cord Prolapse Masa Proses Kelahiran! Kencing Manis Penyebab Air Ketuban Terlebih

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI