Isteri mana yang tidak meninginkan anak apabila sudah berkahwin? Setiap wanita pasti mengimpikan rahim mereka dihuni anugerah indah dari Allah SWT. Begitu juga dengan pasangan ini. Berkahwin lebih dari 10 tahun dan masih tidak berpeluang untuk menimang zuriat sendiri.
Sehingga pernah terdetik dalam hatinya, mencemburui wanita lain yang mempunyai anak. Pernah juga terlintas untuk menculik anak orang lain. Begitulah tekanan yang dirasai wanita ini kerana terlalu mengimpikan mempunyai anaknya sendiri. Ikuti kisah penuh inspirasi pasangan ini.
Arnie Hamzah & Mohd Arif Kadir
Zuriat
(kisah benar)
Assalamualaikum. Mohon siarkan ya . Sekadar inspirasi untuk yg lambat dpt cahaya mata Saya bernikah pada tahun 2005. Zuriat ? Ya, anak penyeri rumahtangga. Semua wanita impikan. Mimpikan. Inginkan. Begitu juga saya dan suami. Keluarga sikit tak kisah, bagi mereka itu semua Allah yg punya kuasa. Tapi tidak bagi saya, saya sangat teringin zuriat sendiri. Begitu juga suami. Suami sering ingatkan saya, “Sabar ya Sayang.”
Pernah Terfikir Nak Culik Anak Orang
Saya seperti wanita mental bila menjelang 10 tahun perkahwinan, air mata peneman, sejadah bersiram air mata setiap hari, saya sangat cemburu dgn wanita yg melahirkan zuriat, bila kawan2 bersalin, saya balik rumah dah kurungkan diri berhari2.
Ads
Allah, dimana silap saya sampai begini saya diuji. Allahuakhbar. Rapuhnya iman saya bila saya mula terfikir nak culik anak orang. Pelbagai cacian hinaan saya tempuh. Alasannya sebab tak ada zuriat. Bermacam-macam mulut orang cakap pasal saya. Semua tu saya rasa tertekan sampai rasa malasmenghadap orang.
12 Tahun Berkahwin, Tak Pernah Putus Asa Berdoa
Hari berganti , saya tak bercampur masyarakat, hanya pergi balik kerja, begitulah sehingga 12 tahun usia perkahwinan. Doa sedetik tak pernah putus dlm hati. Sangat teringin utk jadi ibu, punya janin di dalam rahim. Sampai kan saya pernah berdoa, “Ya Allah, bagilah peluang pada hamba-Mu ini untuk merasa nikmat menjadi ibu, Allahuakhbar .. 😭😭😭
Buat Rawatan Mengurut Dengan Kak Sutera Ayu
Mulalah perjalanan ku selama 4 thn pindah ke rumah baru. Aku berjumpa dengan bidan terbaik kakak tersayang Sutera Ayu yg rajin mengurut ku 1bln 2x. Sehinggalah perjalanan periodku, sakit tulang belakangku semuanya jadi normal. Setiap hari saya menunggu dah 13 tahun, sehingga saya jatuh sakit. Allah, dugaan. Saya reda andai ini bahagian saya.
Ads
Minum Air Nenas 1 Gelas Besar
Saya ke klinik utk terima rawatan, ambil darah, urin test. Doctor dtg kepada saya sambil tanya, “Puan sekarang umur berapa?”. Saya jawab 32. Doctor senyum , dia beritahu saya hamil. Siap sy taya betul ke test tue saya punya. Doktor cakap saya yang pergi ambil urin tadi kan? So saya punyalah. Padahal pada bln 7 saya check upt negatif …jadi bln 8 says tak check upt tp sy minun satu gelas besar air nenas fresh utk keluarkan period.
Rezeki allah nk bg jugak bertapa kuatnya kandungan saya masa tu. Dengan serta merta, bergenang air mata saya .. Allahhuakbar, ya Allah .. Allah maha berkuasa. Alhamdulillah. Habis segala puji utk Allah . Ya, saya disahkan hamil 2 bulan.
Perasaan saya, melangkah keluar klinik diri rasa di awangan, rasa mcm mimpi. Memandu pulang dlm keadaan gigil. Sampai rumah saya kaku, diam sampai suami saya pulang. Saya ajak suami berjemaah, dia kata nanti abg mandi dulu.Selesai solat, saya pegang tangan suami, saya tatap mata dia, tapi suami seperti biasa “Sabar ya sayang, Allah belum beri kita rezeki.”
Saya dpt lihat air mata suami walau dia cuba sembunyikan. Saya genggam tangan dia, saya cakap, “Abg, sayang mengandung 2 bulan.” Sepantas kilat terkeluar dari mulut suami, “Betul ke syg ? Betul? Syukur ya Allah.” Tinggi suami menadah tangan mensyukuri rezeki Allah. Berderai air mata kami suami isteri.
Ads
Alhamdulillah, Dikurniakan Cahaya Mata
Kandungan saya tiada masalah, Alhamdulillah now dh 9 bln kandungan. Tengah tgu masa je utk melahirkan zuriat & amanah dari Allah SWT.
Satu je pesanan saya, kepada teman2 yg belum dikurniakan zuriat. Bersabar ah wanita di luar sana pasti ada rezeki zuriat cuma cepat @ lambat jee. Yakin berdoa & usaha, pasti akan tercapai niat anda.
Dikau segalanya bagi umie dan abie Alhamdulillah… 😊💞 Now anak dh berusia 1 thn.
Jika anda ada sebarang cerita dan pengalaman yang mahu dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran varian baru Covid-19 yang dikenali sebagai Omicron menyebabkan kes jangkitan di seluruh dunia semakin meningkat. Malaysia juga tidak ketinggalan, namun disebabkan kerana sudah ramai rakyat Malaysia yang sudah divaksin, 90 peratus dan lebih pesakit adalah daripada kategori 1 dan 2 sahaja.
Biasanya untuk pesakit Covid kategori 1 dan 2 dibenarkan untuk kuarantin di rumah sahaja. Sudah semestinya kita berdoa agar dijauhkan daripada virus yang merbahaya ini, namun jika ditakdirkan ada ahli keluarga atau anda sendiri yang dijangkiti, ini yang boleh anda lakukan di rumah!
Kuarantin Di Rumah
Walaupun kes di Malaysia semakin naik, ada berbezaaan positif jika dibandingkan dgn meningkatan kes sekitar Julai 2021. Jika dulu sewaktu zaman Delta variant, kita sangat risau dgn kes “happy hypoxia” yang mana pesakit tiba2 mati mendadak tanpa sedar kandungan oxygen dalam badan rendah. Malah kes2 kategori 3,4,5 juga sangat tinggi ketika itu.
Skrg walaupun kes sampai 20 ribu, 99.41% adalah kategori 1 dan 2 shj, dan hanya 0.59% adalah kategori 3,4,5. Sekiranya anda ditakdirkan dijangkiti Covid-19 dan mengalami gelaja kategori 1 dan 2A, anda boleh kuarantin di rumah shj.
Tip Kuarantin Di Rumah
Tips kuarantin di rumah:.
1. Rehat secukupnya.
2. Minum air secukupnya dan makan makanan berkhasiat
3. Monitor gelaja di rumah dengan thermometer (check suhu badan) dan oximeter (check level oxygen)
4. Ambil ubat jika perlu dgn nasihat doktor, contohnya ubat demam sekiranya demam, ubat selsema sekiranya selsema.
5. Jaga kebersihan diri, kerap basuh tangan dengan sabun dan sanitasi persekitaran anda
Elakkan:
1. Menerima melawat yang ingin menziarahi
2. Jangan keluar dari rumah. Boleh order makanan secara online sahaja
3. Berkongsi bilik air dan ruang dengan ahli keluarga lain
4. Berkongsi sudu, garfu, pinggan, cawan dan lain-lain
Kena Jaga Ahli Keluarga Positif Covid-19
Tips kalau anda negatif Covid19, tapi kena jaga ahli keluarga yang positif:
Pastikan anda seorang yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan.
2. Sediakan makanan dan keperluan tanpa perlu kontak sentuhan dan jaga jarak anda.
3. Pakai mask dan gloves dan lupuskan peralatan terpakai dan sampah secara selamat
4. Kerap basuh tangan dengan sabun.
5. Lebih baik pesakit guna sudu garfu dan keperluan yang jenis pakai buang, tapi kalau tak boleh, anda boleh basuh guna air panas dan sabun.
6. Pastikan ventilasi cukup, buka tingkap dan kipas untuk pengudaraan selamat.
7. Sanitasi kawasan rumah.
8. Penjaga juga lebih baik jgn keluar rumah dan minimalkan kontak dengan org lain, just in case kalau anda pun terjangkit positif.Kita dah hidup dgn covid-19 dah 2 tahun, kali ni inshaAllah kita lebih prepare untuk fight virus ni sama2.Credit info: KKM, DG Hisham, Media Selangor
Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biar macam mana masam pun bau ketiak suami tu, rupanya ada bagus dibuat cium. Bau ketiak suami banyak memberi manfaat kepada isteri, rugi kalau anda tak gunakan sebaik mungkin. Bau ketiak suami dapat menjadi penawar kepada tekanan yang anda alami.
Sebuah kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania dahulu membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu mengurangkan tekanan dan melancarkan aliran haid. Pelik, tapi benar!
Satu kajian pernah dibuat, bau ketiak lelaki ‘diproses’ daripada mereka yang tidak menggunakan wangian pada bahagian bawah lengan. Kaedah ini dilakukan untuk membuktikan kenyataan deria bau wanita boleh tertarik dengan bau lawan jantina.
Dalam penyelidikan itu, wangian tersebut disapukan pada bibir sekumpulan wanita berusia 25-45 tahun dan mereka tidak diberitahu bahawa ia adalah bau lelaki. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita-wanita terbabit diukur dan penemuannya sangat menakjubkan! Rata-rata mereka bertambah ceria dan mengurangkan ketegangan yang mereka alami sebelum itu.
Selain itu, sebuah bancian yang dibuat ke atas 10 ribu pasangan berkahwin (mengikut sumber kajian MOHEMA) mendapati hanya 45% isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami, itupun kebanyakannya selama tiga tahun pertama perkahwinan sahaja. Hanya 21.7 peratus didapati masih bermanja tidur bawah ketiak suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.So sweet!
Sebenarnya hormon bau yang dikeluaran dari ketiak suami dapat membantu mengaktifkan hormon isteri sehingga mereka berasa damai dan tenang. Ia adalah petanda bahawa bau phero suami sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon si isteri.
FAKTA MENARIK:
Dalam kajian tersebut juga mendapati isteri yang tidur atas lengan suami akan tidur lena. Isteri yang suka mencium bau ketiak suami juga akan lambat menjadi tua. Pesanan buat suami, jangan cukur bulu ketiak sehingga licin, biarkan sedikit bulu ada di situ kerana ia merupakan ajen penyebar bau phero yang disenangi wanita.
Pengalaman berpantang sepatutnya menjadi masa rehat, pemulihan dan ketenangan buat ibu selepas bersalin. Namun, lain yang berlaku kepada seorang wanita di Tawau, Sabah apabila momen indah itu bertukar menjadi detik hitam.
Dia mendakwa bukan sahaja trauma kaki melecur gara-gara rawatan tungku, malah turut mengalami kerugian lebih RM2,000 selepas menggunakan khidmat confinement lady (CL) yang disangkanya profesional.
Pilih Khidmat CL Agar Berpantang Lebih Teratur
Wanita tersebut berkongsi kisah pahitnya di laman Threads. Katanya, selepas pernah berdepan masalah tumpah darah ketika kelahiran pertama, dia bertekad untuk menggunakan khidmat CL pada kehamilan kedua agar proses berpantang lebih teratur dan selamat. Tawaran pakej yang diterimanya cukup meyakinkan – penjagaan 24 jam, makanan berpantang termasuk salmon, serta barangan percuma seperti bengkung tradisional. Deposit juga dibayar lebih awal demi memastikan tempatnya terjamin.
Namun sejak hari pertama, perkhidmatan yang diterima menimbulkan tanda tanya. CL yang dijanjikan berpengalaman rupa-rupanya diganti dengan seorang wanita muda yang tidak tahu mengurus bayi, apatah lagi mengendalikan rawatan tungku. Lebih mengejutkan, tungku bayi miliknya rosak akibat dipanaskan berlebihan hingga hampir mencederakan bayinya. Dia sendiri turut melecur di kaki kerana tungku terlalu panas.
“Kakiku sudah pasti melecur. CL apa ni? Panaskan tungku pun gagal. Saya cuba sabar sebab dah bayar mahal,” luahnya kecewa.
Bukan itu sahaja, bengkung percuma yang dijanjikan pula sebenarnya barang terpakai – berkarat dan lusuh. Makanan berpantang yang sepatutnya dijaga dengan baik juga tidak memenuhi standard, malah CL berkenaan sering menimbulkan kekecohan dalam rumah hingga mengganggu emosi ibu berpantang tersebut.
View on Threads
Tidak tahan dengan tekanan, wanita itu menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM2,400. Namun hanya sebahagian dipulangkan, selebihnya didakwa ‘diputar belit’ dengan invois baru. Akhirnya dia menanggung kerugian hampir RM900 selain luka melecur yang mengambil masa untuk sembuh.
“Aku takkan halalkan setiap sen duit yang kau tahu kau patut refund. Sanggup aniaya orang dalam pantang dan makan duit haram,” tegasnya.
Kisah tular ini menjadi peringatan besar buat para ibu yang bakal berpantang. Jangan hanya terpedaya dengan janji manis pakej CL. Semak latar belakang penyedia, baca ulasan pelanggan lain dan pastikan ada kontrak bertulis yang jelas sebelum membuat bayaran.
Tungku batu yang didakwa rosak digunakan oleh penjaga tersebut. — Threads/@tik4hhhhhhhhhhh
Berpantang bukan sekadar tradisi, tetapi fasa penting untuk kesihatan fizikal, emosi dan keselamatan ibu serta bayi. Dengan perancangan rapi dan sokongan keluarga, tempoh berpantang boleh jadi pengalaman indah – bukan trauma yang menghantui.
PILIH CONFINEMENT LADY (CL) YANG SELAMAT & BOLEH DIPERCAYAI
✨ 1. Semak Latar Belakang Cari review & testimoni bekas pelanggan.
✨ 2. Ada Kontrak Hitam Putih Jangan percaya janji mulut, pastikan jelas tentang pakej.
✨ 3. Bayar Berperingkat Elak bayar penuh awal, cukup deposit dahulu.
✨ 4. Ilmu Asas Kesihatan CL wajib tahu asas penjagaan ibu & bayi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.