Pempengaruh media social dan usahawan, Fila Amir dan suami, Muhammad Adama Camara menarik perhatian ramai apabila menyediakan wang perbelanjaan yang banyak bagi menyambut kelahiran bayi sulung mereka.
Menerusi video yang dikongsikan Fila di Tik Toknya, kedua mereka dilihat turut sama mengunjungi kedai barangan bayi bagi membeli beberapa kelengkapan untuk si comel mereka.
Jelas Fila, suaminya sangat teruja dengan kehamilannya dan telah membeli banyak kelengkapan walaupun baru memasuki sebuah kedai.
Apa yang membuatkan pempengaruh itu geli hati sudah tentu tindakan suaminya yang menyangka barangan bayi mahal sehingga memperuntukkan jumlah wang yang cukup besar.
Ads
“Papa (suami) teruja sangat, sekali pergi kedai walaupun sudah banyak kali beli pun harganya baru dalam RM1,000 lebih.
“Dia ingat barang bayi mahal.
Ads
“Alhamdulillah sudah selesai bab baju, banyak lagi yang nak kena beli,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut teruja melihat pasangan tersebut berbelanja untuk anak mereka.
Ads
Fila dan suami bahkan dipuji kerana tidak berkira-kira untuk menyambut orang baru dalam keluarga mereka.
Setiap ibu pasti mengimpikan proses kelahiran yang tenang, selamat dan ditemani petugas perubatan di hospital. Namun, siapa sangka seorang wanita terpaksa melalui pengalaman luar biasa apabila bersalin atas motosikal sebelum sempat tiba di hospital.
Kejadian yang berlaku di wilayah Thai Nguyen, Vietnam itu mencetuskan perhatian ramai selepas rakaman video insiden berkenaan tular di media sosial. Lebih mengagumkan, ibu dan bayi akhirnya disahkan berada dalam keadaan sihat walaupun proses kelahiran berlaku dalam situasi yang sangat mencemaskan.
Menurut laporan media antarabangsa, wanita berusia 25 tahun itu mula mengalami sakit perut pada Isnin, 3 Ogos. Menyedari kontraksi isterinya semakin kuat, suaminya segera membawanya ke sebuah hospital di wilayah Thai Nguyen dengan menaiki motosikal.
Ketika kejadian, wanita tersebut sedang hamil 32 minggu. Walaupun usia kandungan masih belum cukup bulan, bayi dalam kandungannya seakan-akan tidak lagi mahu menunggu untuk dilahirkan.
Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan wanita berkenaan turun daripada motosikal dalam keadaan bayi sudah selamat dilahirkan. Detik itu menjadi lebih mendebarkan apabila tali pusat bayi masih belum dipotong dan masih bersambung dengan ibunya.
Situasi luar biasa itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap ketabahan si ibu serta tindakan pantas suaminya.
Petugas hospital yang menyedari keadaan tersebut terus memberikan bantuan kecemasan sebaik sahaja pasangan itu tiba di perkarangan hospital.
Ibu berkenaan diangkat dengan penuh berhati-hati sebelum dibawa masuk ke bilik bersalin untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut. Tindakan pantas pasukan perubatan berjaya memastikan keadaan ibu dan bayi terus dipantau dengan selamat.
Menurut laporan VnExpress, bayi lelaki itu dilahirkan dengan berat kira-kira dua kilogram. Walaupun dilahirkan secara pramatang pada usia kandungan 32 minggu, kedua-dua ibu dan bayi dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta sihat.
Peristiwa bersalin atas motosikal ini mengundang rasa simpati dan lega dalam kalangan orang ramai. Ramai memuji ketabahan wanita berkenaan kerana berjaya melalui saat sukar itu, selain bersyukur kerana tiada komplikasi serius berlaku kepada ibu mahupun bayi.
Pengalaman luar biasa seperti ini turut mengingatkan masyarakat bahawa setiap proses kelahiran mempunyai cabaran tersendiri dan boleh berlaku tanpa diduga.
Pakar kesihatan sentiasa mengingatkan ibu hamil supaya lebih peka terhadap tanda-tanda awal kelahiran, khususnya bagi kandungan yang masih belum cukup bulan.
Antara simptom yang memerlukan perhatian segera ialah sakit perut yang datang secara berkala, air ketuban pecah, pendarahan atau tekanan kuat di bahagian bawah perut. Sekiranya mengalami mana-mana tanda tersebut, ibu hamil disarankan mendapatkan rawatan di hospital secepat mungkin bagi mengurangkan risiko komplikasi.
Walaupun setiap kelahiran mempunyai kisah yang berbeza, keselamatan ibu dan bayi tetap menjadi keutamaan. Dalam kejadian ini, tindakan pantas suami serta kecekapan petugas hospital berjaya memastikan kedua-duanya menerima rawatan sewajarnya dan berada dalam keadaan baik selepas insiden mencemaskan itu.
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa yang memilih untuk menerapkan nilai agama menerusi kata-kata positif atau words of affirmation kepada anak-anaknya, Bilal dan Abdullah Abbas sejak usia awal.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGs), Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 37, berkata dia pernah menghiasi bilik anak sulungnya, Muhammad Bilal dengan pelbagai kata-kata positif yang berkait rapat dengan kecintaan kepada Allah SWT dan ajaran Islam.
Menurutnya, usaha tersebut bukan sekadar hiasan semata-mata, sebaliknya bertujuan memastikan mesej yang baik sentiasa berada dalam fikiran anak-anak ketika mereka sedang membesar.
“Dulu saya pernah buat words of affirmation dalam bilik Bilal, seperti ‘I Love Allah’, ‘Allah Loves Me’ dan macam-macam lagi.
“Selepas mereka boleh faham dan baca, saya buat lagi yang lain seperti ‘I Belong to Allah’, ‘I Love the Quran’ dan ‘I Follow the Sunnah of Rasulullah SAW’.
“Kenapa saya buat benda ini pada usia mereka 3 tahun hingga 4 tahun?
“Sebab itulah ucapan yang saya nak mereka ingat dan sentiasa bermain dalam fikiran mereka sejak usia yang muda lagi.”
Neelofa turut percaya bahawa pendedahan berterusan terhadap kata-kata positif yang berteraskan akidah mampu membantu membentuk identiti serta pegangan hidup anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.
“Bila dah membesar nanti, dalam diri mereka dah ada benda itu.
“Macam dari kecil, words of affirmation ini sentiasa berada dalam minda mereka.”
Dalam masa sama, isteri kepada pendakwah bebas PU Riz itu berpendapat bahawa pembinaan asas akidah perlu diberi keutamaan sebelum anak-anak didedahkan dengan matlamat atau pencapaian duniawi.
“Daripada kita cakap, ‘I Want to Be a Rich Man’, yang itu later on tak apa.
“Kita kena buat asas dulu (akidah).”
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2.
Penularan pandemik Covid-19 semakin hari semakin meningkat di seluruh dunia pada hari ini. Di Italy sudah lebih 10 ribu kematian dicatatkan dengan 92,472 kes orang yang positif Covid-19. Terbaru di Amerika Syarikat, Jabatan Kesihatan Illinois telah mengesahkan kematian bayi yang pertama akibat Covid-19 di negeri itu semalam. Bayi tersebut dilaporkan berusia kurang dari setahun.
Kes negara Uncle Sam itu juga dilihat meningkat secara mendadak apabila mencatatkan kes 123,776 positif virus tersebut dengan kes kematian sebanyak 2,229. Lapor sebuah akhbar antarabangsa, ujian masih lagi dijalankan terhadap bayi tersebut untuk mengenalpasti sama ada mangsa yang berusia kurang satu tahun itu mempunyai komplikasi lain selain dijangkiti Covid-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Illinois, Dr Ngozi Ezike dalam kenyataannya berkata, “Penyiasatan menyeluruh sedang dilakukan bagi menentukan punca kematian. Kita perlu lakukan apa sahaja yang boleh dilakukan untuk menghalang penularan wabak ini. Jika bukan untuk lindungi diri kita, tapi untuk lindungi mereka di sekeliling kita.
“Jika selama ini anda tidak kisah, mungkin ini masanya untuk anda sedar.”
Jangkitan virus ini terhadap kanak-kanak adalah jarang berlaku berbanding kepada golongan dewasa dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Dalam kebanyakkan kes yang menjangkiti kanak-kanak, virus ini menyebabkan simptom ringan dan sederhana seperti demam dan batuk. Namun ada sebahagian kes peneumonia ringan yang memerlukan rawatan di hospital.
Lapor akbar itu lagi, kanak-kanak hanya menyumbang kepada jumlah rekod yang kecil dalam kes jangkitan Corona Virus di seluruh dunia.
Dalam kajian yang telah dijalankan keatas 2,143 kanak-kanak di China yang terkesan dengan Covid-19, hanya enam peratus daripada mereka mengalami simptom yang teruk. Dari peratusan tersebut, lebih 60 peratus daripada mereka adalah berusia 5 tahun ke bawah.
Menurut kajian yang dijalankan, kanak-kanak yang lebih muda lebih teruk dijangkiti berbanding kanak-kanak yang lebih berusia kerana sistem pernafasan mereka yang belum berkembang sepenuhnya.