Isteri mana yang tidak meninginkan anak apabila sudah berkahwin? Setiap wanita pasti mengimpikan rahim mereka dihuni anugerah indah dari Allah SWT. Begitu juga dengan pasangan ini. Berkahwin lebih dari 10 tahun dan masih tidak berpeluang untuk menimang zuriat sendiri.

Sehingga pernah terdetik dalam hatinya, mencemburui wanita lain yang mempunyai anak. Pernah juga terlintas untuk menculik anak orang lain. Begitulah tekanan yang dirasai wanita ini kerana terlalu mengimpikan mempunyai anaknya sendiri. Ikuti kisah penuh inspirasi pasangan ini.

Arnie Hamzah & Mohd Arif Kadir
Zuriat
(kisah benar)

Assalamualaikum. Mohon siarkan ya . Sekadar inspirasi untuk yg lambat dpt cahaya mata 
Saya bernikah pada tahun 2005. Zuriat ? Ya, anak penyeri rumahtangga. Semua wanita impikan. Mimpikan. Inginkan. Begitu juga saya dan suami. Keluarga sikit tak kisah, bagi mereka itu semua Allah yg punya kuasa. Tapi tidak bagi saya, saya sangat teringin zuriat sendiri. Begitu juga suami. Suami sering ingatkan saya, “Sabar ya Sayang.”

Pernah Terfikir Nak Culik Anak Orang

Saya seperti wanita mental bila menjelang 10 tahun perkahwinan, air mata peneman, sejadah bersiram air mata setiap hari, saya sangat cemburu dgn wanita yg melahirkan zuriat, bila kawan2 bersalin, saya balik rumah dah kurungkan diri berhari2.

IKLAN

Allah, dimana silap saya sampai begini saya diuji. Allahuakhbar. Rapuhnya iman saya bila saya mula terfikir nak culik anak orang. Pelbagai cacian hinaan saya tempuh. Alasannya sebab tak ada zuriat. Bermacam-macam mulut orang cakap pasal saya. Semua tu saya rasa tertekan sampai rasa malasmenghadap orang.

12 Tahun Berkahwin, Tak Pernah Putus Asa Berdoa

Hari berganti , saya tak bercampur masyarakat, hanya pergi balik kerja, begitulah sehingga 12 tahun usia perkahwinan. Doa sedetik tak pernah putus dlm hati. Sangat teringin utk jadi ibu, punya janin di dalam rahim. Sampai kan saya pernah berdoa, “Ya Allah, bagilah peluang pada hamba-Mu ini untuk merasa nikmat menjadi ibu, Allahuakhbar .. 😭😭😭

Buat Rawatan Mengurut Dengan Kak Sutera Ayu

Mulalah perjalanan ku selama 4 thn pindah ke rumah baru. Aku berjumpa dengan bidan terbaik kakak tersayang Sutera Ayu yg rajin mengurut ku 1bln 2x. Sehinggalah perjalanan periodku, sakit tulang belakangku semuanya jadi normal. Setiap hari saya menunggu dah 13 tahun, sehingga saya jatuh sakit. Allah, dugaan. Saya reda andai ini bahagian saya.

IKLAN
Minum Air Nenas 1 Gelas Besar

Saya ke klinik utk terima rawatan, ambil darah, urin test. Doctor dtg kepada saya sambil tanya, “Puan sekarang umur berapa?”. Saya jawab 32. Doctor senyum , dia beritahu saya hamil. Siap sy taya betul ke test tue saya punya. Doktor cakap saya yang pergi ambil urin tadi kan? So saya punyalah. Padahal pada bln 7 saya check upt negatif …jadi bln 8 says tak check upt tp sy minun satu gelas besar air nenas fresh utk keluarkan period.

Rezeki allah nk bg jugak bertapa kuatnya kandungan saya masa tu. Dengan serta merta, bergenang air mata saya .. Allahhuakbar, ya Allah .. Allah maha berkuasa. Alhamdulillah. Habis segala puji utk Allah . Ya, saya disahkan hamil 2 bulan.

Perasaan saya, melangkah keluar klinik diri rasa di awangan, rasa mcm mimpi. Memandu pulang dlm keadaan gigil. Sampai rumah saya kaku, diam sampai suami saya pulang. Saya ajak suami berjemaah, dia kata nanti abg mandi dulu.Selesai solat, saya pegang tangan suami, saya tatap mata dia, tapi suami seperti biasa “Sabar ya sayang, Allah belum beri kita rezeki.”

Saya dpt lihat air mata suami walau dia cuba sembunyikan. Saya genggam tangan dia, saya cakap, “Abg, sayang mengandung 2 bulan.” Sepantas kilat terkeluar dari mulut suami, “Betul ke syg ? Betul? Syukur ya Allah.” Tinggi suami menadah tangan mensyukuri rezeki Allah. Berderai air mata kami suami isteri.

IKLAN
Alhamdulillah, Dikurniakan Cahaya Mata

Kandungan saya tiada masalah, Alhamdulillah now dh 9 bln kandungan. Tengah tgu masa je utk melahirkan zuriat & amanah dari Allah SWT.

Satu je pesanan saya, kepada teman2 yg belum dikurniakan zuriat. Bersabar ah wanita di luar sana pasti ada rezeki zuriat cuma cepat @ lambat jee. Yakin berdoa & usaha, pasti akan tercapai niat anda.

Dikau segalanya bagi umie dan abie
Alhamdulillah… 😊💞
Now anak dh berusia 1 thn.

Jika anda ada sebarang cerita dan pengalaman yang mahu dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI