Kita bukan robot. Kita penuh dengan emosi dalam membesarkan anak kecil kita. Sedaya upaya kita mengawalnya, ada waktunya pasti kita tewas.
Pun begitu jangan menyalahkan diri kita sendiri kerana kita juga tak sempurna. Jika termarah dan terlalu emosi marah anak, Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi kongsikan beberapa tip untuk mak ayah.
Semalam saya tertewas lagi. Termarah. Teremo. Tertrigger. Agak-agak dah reda, saya panggil balik anak. Minta maaf. Dan ajak bincang.
“Kita selalu struggle bila korang start berebut-rebut barang, kan? Korang gaduh, mama pun jadi marah. Jom kita fikir, next time macam mana nak settle.”
Bincang punya bincang punya bincang, masalah selesai. Kami berpelukan. Dan barang yang direbut tu, setuju untuk dipakai bergiliran.
Saya tepuk bahu, cakap terima kasih kat diri. Sebab berjaya betulkan balik keadaan. Saya ingat balik pesan santai terapis saya. It’s not how it happened. But how how we end it. Dah terbuat silap, it’s ok. Nanti, cuba betulkan balik.
Bab hadap anak punya ‘big feelings’ ni. Kalau anak mengamuk, cepat je mulut kita nak bentak dialog-dialog default ni, kan?
“Diam sekarang!” “Malu la lelaki menangis.” “Benda kecik pun menangis.”
Kata-kata ni pernah lukakan kita masa kecik dulu. Kalau boleh, kita usaha elak untuk pass pada anak, ok?
Lagipun, bila kita paksa mereka berhenti marah atau menangis, anak tak belajar pun nak kawal emosi.
Ads
Malah, kata-kata ni buat dia rasa, perasaan dia tak penting. Kalau apa-apa jadi, simpan sendiri. Telan sampai mati.
Let’s re-do. Cuba skrip ni,
“It’s ok sayang. Mama ada.” “Apa yang buat abang menangis ni?” “Adik nangis dulu, nanti dah ok meh datang kat mama kita cerita.” “Mama nampak muka adik sedih. Boleh mama tolong adik hilangkan sedih ni? Sebab mama rindu muka adik yang senyum.”
Satu benda yang kita kena faham, sedih, marah, kecewa tu sebahagian dari perasaan yang Allah ciptakan. Kita tak boleh ajar anak tidakkan perasaan tu. Sebab mereka pun manusia. Kita yang besar ni pun ada perasaan tu.
Tapi, kita boleh ajar mereka, bila perasaan tu datang, macam mana nak handle.
Ads
“Bila abang marah atau kecewa, tak boleh sesuka hati sakitkan orang. Tak boleh juga sesuka hati rosakkan barang. Abang boleh cuba cara lain.”
Then, kita ajarlah ‘cara lain’ untuk divert perasaan tu. Kadang-kadang, kalau saya teremosi depan anak-anak, saya demo sendiri cara saya divert depan diorang. Supaya diorang sendiri faham,
“Its ok to feel mad, but do this instead.”
1️. Bertaawuz kemudian doa. “Ya Allah, jauhi aku dari syaitan. Dan berilah aku kesabaran yang tebal.”
2️. Masuk bilik air, ambil wuduk. Dalam keadaan basah-basah tu saya cakap, “Ya Allah, tenangnya lepas wuduk.”
3️. Tarik nafas dan kira 1 sampai 10. Kalau dekat anak, saya minta anak berpura-pura macam nak tiup lilin atas kek hari jadi.
4️. Pejam mata, kerutkan muka, ketapkan rahang, kemudian perlahan-lahan relakskan muka dan rahang tu.
Ads
5. Beri anak stress ball atau belon. Suruh anak genggam stress ball tu berkali-kali sambil bertawwuz.
6. Beri nama kelakar pada perasaan marah tu. Contohnya ‘Si Merah Gundut’. Bila marah je, sebut “Si Merah Gundut, pergi dari sini!” Bila nampak anak-anak saya apply apa yang diajar, saya puji dia bersungguh.
“Fuhh, Ammar lagi cool dari mama la sekarang. Orang provok, Ammar rilek je. Nak panggil Ammar ‘Cool Guy’ boleh?”
Bila puji macam tu, lagi melekat motivasi dia untuk jadi cool bila diuji ‘big feelings’.
Yang paling penting, saya nak usaha jadi mak yang buat anak-anak rasa selamat secara emosi. Biarlah sampai besar nanti, bila ada masalah, mereka tau mereka ada saya untuk mengadu dan meluah.
Untuk yang bergelar ummi, ibu, mak, mama, mummy tersayang, ini pesanan dari Prof Muhaya. Jom amalkan 10 tip untuk yang nak jadi ibu bapa, dah jadi ibu bapa atau yang baru jadi ibu bapa semula. Sama-sama kita amalkan, terutama tip yang no 6 tu ye.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh.
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Rasulullah bersabda,
“Barangsiapa yang menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalknnya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..
Amiiin ya rabbal alamin..
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Di mana ada kemahuan, pasti akan berjaya! Prinsip ini boleh memotivasikan sesiapa sahaja yang betul-betul bertekad nak buat sesuatu. Dalam bab menyimpan duit, sebenarnya tak perlu nak simpan banyak sekaligus. Paling penting buat ikut kemampuan dan pasti pengakhirannya itu berjaya.
Bagi yang masih tercari-cari cara sesuai untuk membuat tabungan mengikut bajet, anda boleh praktikkan cara bijak dan dianggap kreatif oleh seorang pengguna Facebook, Wan Nor Adilah.
Disiplinkan dengan menulis jumlah yang disimpan dalam buku
Melalui cara simpanan ikut kemampuan ni, setiap note duit disimpan mengikut bajet dan hasilnya sebanyak RM4, 074 berjaya dikumpul dalam setahun.
Berikut antara perkongsiannya:
Tu diaaa.. Sikit2 lama2 jadi bukit.. Ummi start 01 jan-31Disember 2018 kumpul duit ni…Tahun 2017 tak berjaya sebab bulan 5 ummi ambik.. Tahun 2018 bertekad tak nak usik..
Disamping ummi main kutu duit.. Simpan la juga sikit2… Menabung untuk masa depan….ummi ni bukan kerja makan gaji.. Tiap2 bulan ummi main kutu.. Kalo tak niaga kek duit tak masuk.. Jadi ada peluang simpan la duit.
Sekarang ni keluar rumah pun semua guna duit.. Alhamdulillah dah masuk bank.. Ummi siap buat buku tanda2.
RM1—ummi simpan RM1 setiap hari.. Setahun ummi genapkan RM400
RM5—yg ni ummi simpan setiap minggu 2 keping total ummi genapkan 108 keping jadi RM540
RM10—yg rm10 pula ummi simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total RM1100
RM20—yg ni ummi simpan 2 keping setiap bulan jadi RM500 25 keping
RM50—ummi simpan setiap bulan genap.. Feb,april, jun, ogos,oktober,disember total RM300
RM100—yg ni pula setiap bulan ganjil.. Jun, mac, mei, julai, september, november.. Total RM600
Duit syiling kalada ada ummi masuk tabung. Alhamdulillah duit kertas RM3440 dan duit syilling RM634. Total semua RM 4,074. Insyaallah cara ni di sambung lagi untuk tahun-tahun mendatang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang sanggup melihat anaknya merasai kesakitan. Terasa ingin menggantikan diri agar anak tidak merasa sakit. Itulah yang selalunya didoakan oleh ibu-ibu.
Pelakon, Syatila Melvin baru-baru ini berdepan detik mencemaskan bila mana anak sulungnya, Syeriv Samheizy terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dan mengalami kecederaan pada bahagian mulut.
Memuat naik sebuah video, Syatila berkongsi kisah itu di Instagramnya. Katanya lagi Syeriv terpaksa menjalani pembedahan kecil dan menerima tujuh jahitan di bibirnya.
” Satu benda yang paling kita cuba nak elak terjadi. Terkoyak bibir bawah dia sebab terjatuh. Jadi bawak pergi hospital memang berjahitlah. Ya Allah.
” Disebabkan tak pernah jadi, bubu tunggu depan OT sampai Syeriv habis pembedahan. Risau bila dia buka mata bubu tak ada.
“Berjurai air mata bubu tau dak. The momen bila dia sedut gas lepas tu tidur tu yang buat bubu sedih sangat-sangat,” kongsi Syatilla.
Malah kata ibu kepada dua orang cahaya mata ini, Syeriz terpaksa ditidurkan untuk menjahit bibirnya yang luka.
“Tadi menangis mengamuk, tiba-tiba diam. Sampai bila-bila pun takkan bubu lupa. Sedihnya ya allah tengok anak kita macam tu.
“Terpaksa tidurkan dia untuk jahit bibir dia atau dia akan meronta-ronta kalau jahit dalam keadaan sedar,” tulisnya di Instagram.
Namun kata Syatilla, peristiwa itu terus membuatkan naluri keibuannya tersentuh malah turut mendoakan ibu-ibu yang mempunyai anak yang sakit kronik agar terus kuat berdepan dengan ujian Allah.
“Ya Allah macam air terjun air mata bubu ni. Ni baru sikit, tiba-tiba terdetik, macamana lah perasaan mak-mak yang kena hadap anak kecik sakit kronik, kanser dan sebagainya. Allahuakhbar moga Allah kuatkan semangat ibu-ibu semua! Macam ni pun rasa tak sanggup tengok.
“Doakan Syeriv cepat sembuh cepat, boleh minum susu balik. 7 jahitan habuan untuk @syeriv_samheizy anak bubu harini Ya Allah,” kongsinya.
Dalam pada itu kata Syatila, ketika Syeriz dimasukkan ke hospital, dia menjalani satu sesi penggambaran raya. Bagaimanapun demi kerjaya dia meneruskan penggambaran tersebut sebaik Syeriz selesai. Satu kekuatan yang dibawanya demi untuk semua.
“Bayangkan hati tak senang fikir anak tiba-tiba kena lari sambung shooting. Terpaksa akur untuk menghormati masa orang lain yang terlibat sama. Depa pun ada family tunggu kat rumah.
“Susah hati jangan cakap la, tapi alhamdulillah Allah lancarkan semua. Daripada sedih tiba-tiba kena bertukar buat lawak dalam campaign #rinduasmararaya. Kalau korang agak-agak mampu tak?
“Ni lahh yang dikatakan korban perasaan untuk kerja. Aku memang tabik orang-orang yang berjaya lalu apa yang Tilla baru lalu harini. Mungkin orang luar nampak biasa, tapi bagi aku sangat luar biasa,” luahnya lagi.
Semoga Syeriz cepat-cepat sembuh dan dapat kembali minum susu dan aktif seperti selalu.
Terdahulu, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Sam pada 8 Februari 2016. Dan kini pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata, Syeriz Samheizy dan Sarima Samheizy.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @samtilla
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.