Dalam kejadian itu, Sulaiman kehilangan semuanya harta benda, rumah dan sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti iaitu anak tunggal Afikah, 20, dan dua cucunya, Nurul Katrishah Aiman, 3, serta Mohd Sharil Aiman, 1.

Menceritakan semula detik getir itu, Sulaiman berkata, sebelum kejadian itu dia sedang tidur di ruang tamu rumah berkenaan.

“Terpaksa Dirikan Khemah” Mata Merah & Mengigil Tahan Sedih Lihat Anak Dan Cucu Rentung

Dia terjaga dari tidur apabila terasa kepanasan seperti tubuhnya sedang dibakar.

“Bila saya lihat di bahagian bilik anak saya berdekatan dengan dapur sudah dipenuhi api. Saya cuba merempuh api itu tetapi terpaksa berundur kerana terlalu panas sebelum pengsan seketika.

“Bila tersedar saya dapati rumah kami serta puluhan rumah lain sudah hangus,”

Sulaiman berkata, dia terselamat kerana ahli keluarganya yang menemuinya pengsan dan membawanya keluar dari rumah itu.

IKLAN

“Saya sudah cuba sedaya-upaya sehingga tangan dan kaki kanan melecur terkena api ketika cuba menyelamatkan Afikah, Nurul Katrishah dan Mohd Sharil.

“Hanya dia (Afiqah) anak yang saya ada…saya tiada sesiapa lagi. Memanglah ada sepupu dan ahli keluarga lain tetapi pastinya jauh berbeza di hati kita sebagai seorang bapa.

“Apatah lagi saya sangat rapat dengan dua cucu. Bila anak perempuan saya kerja sebagai pelayan di gerai makan, sayalah yang akan menjaga kedua-dua cucu itu,” katanya.

Sejak kejadian pagi tadi rindunya terhadap tiga insan paling berharga baginya itu terlalu mendalam dan pastinya sangat sukar melalui kehidupan selepas ini tanpa mereka di sisi.

IKLAN

Tubuh Sulaiman dilihat masih menggigil dan matanya kemerahan menahan kesedihan.

Terdahulu, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, tiga beranak itu dilaporkan rentung selepas gagal keluar daripada rumah berkenaan.

Api dilaporkan bermula dari kediaman mangsa sebelum merebak ke rumah lain dan dianggarkan sebanyak 30 rumah hangus dalam kebakaran itu.

IKLAN

Sementara itu, penduduk yang sudah mendirikan rumah di kampung itu sejak tahun 90-an, Eary Husin, 49, berkata, banyak barangan rumahnya hangus terbakar.

“Kami sudah tiada tempat tinggal dan pusat pemindahan sementara pula hanya diberikan tiga hari saja untuk menginap.

“Mungkin saya akan dirikan khemah di sini saja selepas ini kerana sudah tidak mempunyai tempat tinggal.

“Saya ada mencari rumah sewa pagi tadi tetapi belum ada berjumpa yang bersesuaian kerana keluarga saya ada lebih 14 orang yang perlukan tempat berlindung,” katanya,

Dia berharap tempoh masa tempat tinggal sementara yang di sediakan dapat dipanjangkan lagi.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI