Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah nasib seorang bapa yang menghidap strok dan lima anaknya terpaksa hidup dalam serba kekurangan selepas bapa tidak boleh bekerja dan hanya terlantar saja.
Anak sulung berusia 15 tahun merantau cari kerja di KL
Memandangkan tugas mencari rezeki beralih kepada anak sulung berusia 15 dan kini merantau ke Kuala Lumpur, sekarang di rumah mengharapkan anak usia 14 dan 13 tahun pula untuk bekerja. Adik-adik yang masih kecil berumur 8 dan 3 tahun terpaksa menjaga bapa yang sakit.
Difahamkan ibu kepada lima anak ini telah keluar dari rumah atas masalah peribadi.
Ads
Menerusi perkongsian di Facebook, Yuniey Iluniey dia berkongsi beberapa posting mengenai kisah keluarga ini yang cukup menyayat hati.
Menerusi posting itu, keluarga ini ada menerima bantuan RM300 sebulan tetapi hanya cukup untuk menampung perbelanjaan dapur. Malah penduduk setempat dan wakil ketua kampung serta badan bukan kerajaan (NGO) ada juga memberi bantuan.
Ads
Anak kecil terpaksa minum air gula dicampurkan air mentah
Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank di 553038596721 (Wan Raliza Iluniey) dengan menulis Bantuan Abeli. Moga ada rezeki lebih baik buat mereka nanti. Insya-Allah.
Tular sejak semalam, video pasangan suami isteri mempromosikan gerai roti canai mereka di TikTok kini bertukar menjadi berita duka. Pasangan itu bukan sahaja mencuri perhatian rakyat Malaysia kerana keikhlasan berniaga, tetapi juga kerana mereka kini dikenali sebagai mangsa tragedi lemas di Sungai Korok, Jitra, Kedah.
Dalam video yang tular, pasangan suami isteri, Mohammad Azim Izat, 32, dan isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, kelihatan sedang berniaga di sebuah medan selera di Kedah. Di sebalik senyuman dan suara lembut mereka mempromosikan kedai roti canai , terselit satu pegangan hidup yang sangat menyentuh jiwa.
“Ada dua jenis orang yang berniaga. Satu mereka fokus untuk kaya. Satu lagi, mereka cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Yang penting kami dapat teruskan kehidupan.”
Kata-kata arwah Nurul Hidayah itu bukan sekadar ucapan biasa. Ia mencerminkan kecekalan seorang isteri dan ibu, yang bersama suami sanggup mengorbankan keselesaan demi meneruskan kelangsungan hidup anak-anak.
Cerita baru dari Orang Bisnes, pasangan manis, suami isteri, peniaga roti canai di Medan Selera Hospital Lama Alor Setar, Kedah.
Pasangan ini bukan berniaga demi kemewahan. Harga roti canai itu bukan strategi promosi, tetapi cerminan ikhlas dan redha dalam menjalani hidup. Mereka tahu ramai pelanggan yang susah, dan mereka ingin berkongsi sedikit rezeki.
Kejujuran dan kasih sayang mereka dapat dirasakan hanya melalui video ringkas yang kini menjadi kenangan terakhir. Siapa sangka, video yang mengundang rasa kagum itu bertukar menjadi sedih dalam sekelip mata.
Menurut adik mangsa, Nur Adliah Shuhada Ishak, abang dan kakak iparnya bersama empat lagi ahli keluarga menginap di rumahnya di Taman Aman sebelum menghilang tanpa khabar pada keesokan harinya.
Penantian penuh harapan itu berakhir tragis apabila kesemua enam sekeluarga ditemui maut dalam sebuah Proton Saga Iswara yang tenggelam di dasar Sungai Korok, Isnin lalu. Tragedi itu menamatkan satu kisah keluarga kecil yang begitu kuat dan bersatu.
Ruangan komen di TikTok kini dibanjiri ucapan takziah dan luahan hati warganet yang berasa sayu mengenangkan keperibadian pasangan tersebut. Ramai yang tersentuh apabila menyedari bahawa mereka hanyalah insan biasa yang tidak meminta banyak, hanya mahu terus hidup demi keluarga.
Kata netizen, “Jarang kita jumpa peniaga yang berniaga untuk beri manfaat kepada orang lain, bukan untuk keuntungan semata-mata. Mereka insan terpilih…”
Majalah Pa&Ma turut merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa. Buat anak-anak yang kehilangan ibu dan ayah dalam sekelip mata, semoga mereka membesar dengan kekuatan luar biasa, dikelilingi kasih sayang masyarakat yang prihatin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri nampak je kuat, tapi andai pasangannya ditimpa dengan ujian yang tak disangka-sangka tetap gugur juga air mata itu. Lagi-lagi bila suami yang menjadi tempat bergantung selama ini kini terlantar sakit. Bertambah sedih apabila anak-anak masih kecil dan memerlukan kasih ayah.
Menerusi perkongsian seorang isteri di Facebook Nurasmieyra Ismail, ibu kepada dua cahaya mata berusia 3 tahun dan setahun serta sekarang sedang sarat mengandung anak ketiganya yang bakal lahir September depan, apa yang berlaku pada suami tak dijangka sama sekali.
Bermula dengan demam on off, sakit kepala
Bermula dengan demam on off je, lepas tu kerap sakit kepala yang teramat sangat sehinggalah satu hari tu terus tak ingat apa-apa. Semua berlaku secara mengejut. Suami mula tak sedarkan diri sejak 2 Mei 2021.
Dari hari jadi anak yang baru masuk 1 tahun (8 Mei 2021) sampai la Hari Anniversary kami (14 Mei 2021) yang ke-5, buatkan saya sedih tengok suami hanya terlantar. Doktor diagnos Meningitis (jangkitan kuman di selaput otak).
Masa berada di hospital sebelum ini, kalau dia sedar pun, kejap je. Suami buka mata tapi dia tak kenal siapa-siapa. Dia tak kenal saya, tak kenal anak-anak dia. Tak ingat pun dengan keadaan saya tengah sarat mengandung anak dia.
Bila jadi macam ni, sekelip mata saya jadi ralat. Automatik saya perlu kuat untuk galas semua tanggungjawab yang suami lakukan sebelum ni. Makan minum, pakai anak-anak, check up baby, ulang alik hospital, alhamdulillah Allah permudahkan urusan tu. Tapi sesekali buat saya sedikit rasa down.
Sebagai suri rumah sepenuh masa, kadang-kadang terfikir juga nak cari kerja memandangkan suami sakit terlantar macam ni tapi anak-anak pun kecil lagi. Mungkin selepas bersalin saya perlu fikirkan alternatif lain sebab tak mahu semua anak-anak dan suami tak terabai.
Hanya terlantar dan perlu bantuan untuk bangun
Syukur juga suami dah keluar hospital bulan Jun lalu dan buat masa sekarang ada di rumah mak. Sebab kalau duduk rumh sendiri nanti tak ada yang nak tolong angkat suami ke bilik air dan ke klinik.
Suami tak mampu nak gagahkan kaki lagi, nak jalan, nak berdiri tu tak boleh lagi. Buat masa sekarang guna wheelchair dan tongkat. Sepatutnya belum boleh discharge ward sebab suami kena continue ubat dia ada lagi 2 bulan.
Tapi kami minta balik juga sebab dah lama sangat duduk dalam wad dan tambah lagi dengan keadaan saya sendiri penat mengandung.
Jadi lepas discharged wad bermulalah episod kami ulang alik ke KK Kuala Abang setiap hari selama 2 bulan untuk continue ubat dan rawatan suami disana.
Walaupun ramai yang whatsapp nak datang melawat suami, saya minta maaf kerana keadaan dia sekarang memang tak mengizinkan. Dia bukan sembuh sepenuhnya lagi. Masih belum stabil dan sesekali ada muntah-muntah, sakit kepala, lemah, tak nak makan minum. Badannya pun semakin kurus.
Sekarang ni kalau nak suruh dia bangun kena angkat dulu, baru dia boleh bangun. Itu pun kejap je sebab dia akan kata pening. Anak-anak pun dia tak larat nak pegang dan nak main.
Suami dah tak boleh kerja
Doktor juga tak beri jaminan suami akan pulih sepenuhnya dan pihak mereka telah buat surat menyatakan suami tak boleh kerja dah. Moga ade rezeki lain buat kami sekeluarga.
Mohon doa dari kalian, doakan kesembuhan buat suami saya Ahmad Shahdan Mustafa agar diberi syifa’ dan sembuh sihat seperti biasa..Doa anda semua sungguh mahal buat kami. Ujian buat kami anak beranak, insyaAllah masih kuat. Doakan ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila ada masa terluang memang tak sah kalau mak-mak tak mulakan misi mengemas satu rumah. Sama seperti selebriti, Memey Suhaiza yang mengambil peluang cuti raya semalam untuk mengemas dan membuang barangan yang telah rosak.
Jika ada barangan yang masih elok, dia akan sedekahkan kepada sesiapa yang berminat. Bagi Memey, dia tidak suka jika terlalu banyak barang lama yang dikumpulkan.
Cuti raya be like😆 Mengemas segala yang bersepah, tersimpan & rosak..
Mummy panggil contena tu sebab banyak barang.. lama dah tertangguh misi ni..😂 Tapi bila dah panggil contena ni memang ada duration masa so tak boleh lengah-lengah…
Kemas selagi boleh… mummy tak suka barang berkumpul..sakit mata… Mana yang elok kongsikan rezeki dekat orang lain.. bagi-bagi.. yang tak ok dah rosak baru buang..
Mummy kemas jer.. papa angkut semua tu..dengan kak laili n syarah😍 Tulah gunanya sado,kan pa..🙈bukan sado untuk feeling-feeling k .. untuk tolong isTeri👍
Dah mengemas mummy bagilah upah makanan diet fav papa.. Ramai yang comment dekat video makan raya pagi tadi…@normanhakim_786 sungguh boleh tahan ke tak makan makanan lain?
Yes memang sungguh-sungguh dia displin.. langsung tak makan.. pagi petang siang malam memang mummy kena prepare healthy food.. Mummy support jelah apa-apa yg dia suka..
Tq papa & @mikayladelishahakim rajin sangat nak menolong😍
Rata-rata warga maya berkongsi pendapat yang sama dan tak suka simpan terlalu banyak barang. Ada juga yang memuji sikap rajin si kecil membantu papanya mengemas halaman rumah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemalangan RXZ Members 8.0 di Kuala Nerus mengakibatkan seorang ibu hamil tujuh bulan dan anaknya melecur selepas motosikal mereka dirempuh sebelum kedua-dua motosikal terbakar.