
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mengalami kecederaan bahagian kakinya selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Kelantan.
Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan dua jari kaki kiri mangsa iaitu jari kelingking dan jari tengahnya cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, berdasarkan laporan, kejadian berlaku semasa mangsa bersama bapanya yang berusia 36 tahun berada di aras bawah pusat beli-belah berkenaan.
Menurutnya, dua beranak itu dipercayai menaiki eskalator dari aras bawah untuk ke tingkat satu.
ARTIKEL MENARIK [Anak Umur 2 Tahun Belum Boleh Cakap, Tengok Kemahiran Ni Boleh Kuasai Atau Tak]
“Semasa menaiki eskalator itu, dua jari kaki kanak-kanak itu tersepit pada bahagian tangga bergerak itu.
“Mangsa terpaksa menahan kesakitan selama beberapa minit sebelum kakinya berjaya dikeluarkan dari bahagian eskalator itu dengan bantuan orang awam,” katanya.
Menurut Mohd. Suhaimi, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Tambahnya, bapa mangsa telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini kira- kira pukul 5.03 petang semalam.
Kredit: Kosmo
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mommy Tak Ada Pilihan. Suka Sangat Buka Tutup Peti Sejuk, Sekali Muncul Satu ‘Kepala’

Kejap-kejap buka peti sejuk. Kadang tu bukan nak ambil apa pun, tapi saja nak buka. Ada tak anak mama yang macam ni? Biasanya usia anak antara dua hingga enam tahun, boleh dikatakan ini salah satu tabiatnya.
Walaupun dilarang, tetap akan buat juga. Kalau diperhatikan anak-anak ni suka buka peti sebab ada barang dalam peti sejuk tu menarik perhatiannya. Bukan itu saja, wap sejuk dalam peti sejuk itu pun salah satu faktor buat anak suka berdiri atau duduk lama-lama depannya.
Namun agak merisaukan juga bagi anak yang suka explore. Mana tahu barang-barang yang ada dalam peti itu mereka anggap ‘mainan suka-suka’ sehingga boleh mendatangkan kemudaratan.

Seperti perkongsian ibu ini, disebabkan anak sulungnya suka sangat buka tutup peti sejuk, terpaksa buat alternatif ini. Mungkin sesetengah orang anggap boleh menakutkan anak tetapi niat ini untuk bagi anak beringat dan boleh buka bila perlu sahaja.

Anak jarang sekali bersepah mainan. Cuma hobi anak sulung suka buka tutup peti sejuk. 10 kali buka tutup pintu sejuk tu. Sampai nak tercabut pintu dibuatnya.

Lagi Mommy dia larang, lagi dia buat. Menguji sungguh kesabaran. Tarik nafas panjang-panjang. Mommy tak ada pilihan lain, terpaksa letak kepala patung di dalam peti sejuk.

Sekali dia buka peti, muncul satu kepala..ahh sudah, berlari tak cukup tanah. Takut punya pasal, menangis teresak-esak. Sampai takut nak masuk dapur dan buka peti sejuk lagi.
#mika5turn#
#anaksulungdariduaberadik#♥️
Kredit : Damia Alia Mikhail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mayat Bayi 5 Bulan Ditemui Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh, Doktor Pesan 10 Perkara Sebelum Ambil Pengasuh!

Pagi ini kita dikejutkan dengan penemuan mayat bayi berusia 5 bulan, Adam Rayqal yang sebelum ini dilaporkan hilang di rumah pengasuh selepas didakwa diambil seorang lelaki.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu, kira-kira jam 11 malam tadi.
Katanya, mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
Rentetan kes penemuan mayat bayi tidak berdosa itu ramai yang berasa marah dan sedih dengan sikap manusia sekarang yang semakin gila dan tidak berperikemanusiaan.
Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi, Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkongsikan penulisan yang wajar diberi perhatian oleh semua ibu bapa bila hendak memilih pengasuh untuk anak.

Kejutan Yang Menyedihkan
ALERT! Sekali lagi kita digemparkan dengan insiden menyayat hati melibatkan bayi yang dihantar kepada pengasuh. Jika tak lama dulu kes patah tulang peha, awal pagi ini pula bayi yang didakwa diculik di rumah pengasuh rupa-rupanya ditemui mati di sana. Innalillah.
Sekarang ni saya perasan iklan mencari anak asuhan bersepah-sepah bukan sahaja dalam media sosial tetapi juga di tiang-tiang tepi jalan. Betullah itu usaha untuk jana pendapatan sambil membantu ibubapa yang ada anak, tapi kalau jiwa puan-puan dan suami puan-puan tak suka budak-budak atau baran berapi, tolong sedar diri untuk tidak berbisnes mengasuh kanak-kanak. Jadi punching bag pulak anak-anak syurga tu.
Tapi itu bukan apa yang saya nak cerita sebenarnya. Orang kalau dah terdesak nak sara hidup, pasti ada juga yang akan degil nak mengasuh budak-budak walaupun dialah makhluk paling buas kepada kanak-kanak. Jadi, poin saya dalam status ini ialah untuk ibubapa di luar sana, terutamanya yang dua-dua orang kerja dan ada anak.
Dilema biasa, siapa nak jaga anak kita kalau dua-dua kerja? Ah, kang ada la tu yang kata si ibu pentingkan diri sanggup kerja daripada jaga anak. Aduhai. Tu saya tak nak panjang cerita sebab ada banyak sebab untuk mereka kena kerja. Kalau dua-dua doktor, pastu anda desak yang perempuan tak perlu kerja, nanti anda juga yang bising kalau semua doktor pun lelaki je di hospital dan klinik nanti.
Ibubapa sekalian.
Buat SEMUA 10 PERKARA ini sebelum ambil pengasuh ye!
1. Carilah saudara mara terdekat dahulu. Kalau takde, cari saudara mara kepada kawan-kawan terdekat. Kalau takde, cari pengasuh yang jaga anak-anak kawan-kawan terdekat anda.
Jangan main ambil je merata-rata daripada media sosial lebih-lebih lagi yang asyik-asyik muka dia iklankan kat situ. Lagi bahaya kalau harini dia iklan, esok dia kata dah penuh. Minggu depan iklan lagi, pastu penuh. Tu mungkin sebab orang yang dah hantar kat situ terpaksa cancelkan sebab tak puas hati. Omputih cakap ‘high turnover rate’.
Kalau terpaksa minta ibubapa anda untuk jaga, tebalkan muka untuk minta mereka jaga SEMENTARA. Sementara, bukan selamanya. Contohnya 1 minggu sambil anda usaha cari pengasuh sampai jumpa.
2. Google dulu. Ini ramai tak buat, kan? Konfem ada nombor telefon pada iklan, so Google taip nombor telefon tu. Ini info yang mungkin boleh anda dapat dari google:
– nama
– side bisnes contoh baking, dropshipping, scammer
– side story lama
– laman sosial peribadi – boleh stalk dulu
– iklan-iklan serupa di internet (kalau banyak sangat bersepah-sepah, itu tanda pengasuh terlalu terdesak untuk hard selling, jadi kena hati-hati sikit)
3. Semak latar belakang calon pengasuh
Kalau malas nak jumpa berdepan, tapis dulu guna call atau mesej.
– nama penuh
– alamat
– bilangan anak kandung
– bilangan anak asuhan sedia ada
– had maksimum anak asuhan
Dah dapat? Good. Bandingkan maklumat yang anda dapat dari pengasuh tu sendiri dengan maklumat yang anda perolehi daripada google. Kalau ada unsur penipuan, cari lain.
Jangan terlalu fokus pada yuran jagaan sangat. Memang penting tapi itu bukan perkara utama.
4. Jumpa berdepan
Kalau puas hati dengan info awal, JUMPA BERSEMUKA sebab banyak maklumat lagi kena korek. Mula-mula tengok penampilan pengasuh, gaya bercakap, personaliti, gerak geri, dan lain-lain yang boleh anda perhati dalam keadaan natural. Ok pandai-pandai la usya masa jumpa.
Korek info lanjut:
– kenapa dia buat job mengasuh
– pengalaman mengasuh (baca nombor 5)
– sijil latihan mengasuh
– apa aktiviti rutin anak-anak semasa dalam asuhan (dari pagi hingga balik)
– apa makanan biasa yang diberi dan jadual makan
– apa gaya asuhan dia yang biasa
– ha tambah-tambah kat ruang komen kalau ada
5. Minta testimoni (PENTING!)
Jangan minta testimoni daripada pengasuh sebab ramai yang ‘masuk bakul angkat sendiri’. Bisnes kan, konfem la cerita yang indah-indah je.
So, berbalik kepada soalan pengalaman mengasuh, ini soalan perangkap sebenarnya, konfem pengasuh biasanya akan cakap dia berpengalaman mengasuh budak-budak. Kadang-kadang ada yang exaggerate dah tengok sampai beratus anak asuhan. So, minta no handphone ibubapa bekas anak asuhan. Jangan minta satu je tau sebab dia mungkin boleh berpakat, dan untuk rlak dia tau ibubapa mana yang mungkin bagi testimoni negatif. At least 3 orang kot supaya kalau ada cerita buruk, dia tak boleh teka siapa yang kata. Kalau boleh, anda pilih sendiri secara random ibubapa mana yang anda nak hubungi.
Kalau dia enggan bagi, sila bina rasa syak wasangka. Kalau dia bagi, telefon ibubapa tersebut dan minta testimoni. Jangan cakap depan pengasuh sebab taknak la kantoikan ibubapa tu pulak.
6. Lawatan tapak
Jangan malas! Tengok sendiri tempat yang anak-anak anda bakal tinggal semasa anda bekerja. Periksa bilik, tandas, dapur, dan luar.
Pastikan rumah itu selamat dan sukar dicerobohi contoh pintu pagar sentiasa ditutup dan pintu gril sentiasa terkunci. Tengok kebersihan dapur sebab anak-anak anda akan makan makanan dari dapur situ. Check freezer atau peti ais jika ada hantar stok EBM.
Tangga kena ada pagar. Budak-budak terutamanya yang merangkak ni berisiko untuk jatuh lalu cedera atau mati. Bilik pun kalau boleh kena ada pagar keselamatan. Tandas kena bersih, tak licin sampai ada risiko kanak-kanak tergelincir jatuh.
Susunan perabot pun kena sesuai dan selamat. Kalau ada tv plasma 4K hingga ada risiko anak-anak anda jatuhkannya, baik jangan hantar. Kalau jatuh pecah, kena ganti. Tu takpe lagi, tapi kalau jatuh hempap anak sampai mati, nak salahkan siapa nanti? Ibubapa salahkan pengasuh letak TV merata-rata tak gantung dan tak jaga budak-budak, dan pengasuh pula salahkan ibubapa sebab tak ajar adab.
7. Tanya jiran
Sangat penting tapi ramai tak buat! Tau tak makcik-makcik bawang sebelah rumah ni la yang kadang-kadang boleh ceritakan kisah benar. Kot-kot mereka selalu dengar anakanak meraung didera, atau haru biru anak-anak menangis kelaparan. Atau nampak pengasuh keluar shopping tinggalkan anak-anak asuhan dijaga oleh anak kandung pengasuh yang masih sekolah rendah.
8. Tanya hati naluri
Well, kalau hati rasa berat dan ragu-ragu untuk percaya pengasuh tersebut, jangan ambil. Cari lain terus. Percaya pada hati walau mungkin naluri salah. Gunakan panduan 1-7 untuk guide hati.
9. Istikharah
Tanya pada Tuhan apa yang terbaik kerana hanya Allah yang maha mengetahui.
10. Testing
Cuba hantar 2 minggu lebih awal dari tarikh lapor tugas. Kalau ada tanda-tanda anak ketakutan semasa dihantar dan berubah sikap bila balik, sila suspek sesuatu. Anggap anak-anak tak suka dan cari lain yang lebih sesuai.
Terlalu cerewet? Ya, memang kena cerewet kalau sayang anak. Sedangkan duit, emas dan harta yang takde nyawa dan jiwa pun kita simpan kat tempat selamat, inikan pula anak-anak yang bernyawa dan ada jiwa. Takkan nak campak merata je bagi stranger jaga anak-anak kita tanpa kita usaha pastikan mereka boleh dipercaya? Fikirlah sikit!
Saya pun ada anak, dan anak saya pun pernah saya hantar untuk orang lain jaga. Jadi, saya cakap ikut pengalaman dan pengetahuan. Siapa lagi nak taip-taip panjang-panjang bagi orang ibubapa lain baca? Taip takde orang baca tak guna juga. Kalau baca, tolong share.
Mohd Fadhli Mohd Fauzi
04 Julai 2018
4.30 am
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kami Bertiga Berdoa & Baca Al-Quran Supaya Rindu Hilang” Lepas PKP Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

Bila rasa rindukan ibu dan ayah, saya serta adik-adik akan berdoa supaya rasa rindu ini hilang. Itulah perasaan Hussain Izzuddin Che Mamad yang baru berumur 9 tahun.

Dia meluahkan rasa sebak apabila melihat adik-adiknya sedih tidak dapat berjumpa dengan ibu dan ayah. Walaupun mereka sudah biasa berjauhan tapi kali ini sedikit berbeza kerana mereka terpaksa dikuarantinkan akibat Covid-19.
Mempunyai Kontak Dengan PUI
Dia bersama dua adiknya, Hassan Nasruddin, 7, dan Ali Akimuddin, 6, dihantar ke Pusat Kuarantin Covid-19 Marang (PKCM), sejak 7 April lalu selepas mempunyai kontak dengan individu dalam siasatan (PUI) di Pusat Pengajian Sheikh Daud al Fatoni (PPSDAF), Pasir Putih, Marang. Tiga beradik itu antara 15 individu dalam pemantauan (PUS) yang dibenarkan pulang hari ini selepas disahkan negatif Covid-19.

Hussain Yang Menjaga Dua Adik Sepanjang Berada Di PKCM
Hussain juga bertanggungjawab menjaga dan menguruskan dua adiknya itu sepanjang berada di PKCM. “Jika adik menangis kerana rindukan ibu, Norhidayah Abdul Ghani, 35, dan ayah, Che Mamad Che Mud, 50, saya akan memujuk mereka dengan bermain karom dan dam. Sebelum ini saya dan adik-adik sudah biasa berjauhan dengan ibu dan ayah kerana belajar serta tinggal di PPSDAF.’
Baca: Ayam Goreng Cili Kering Macam Di Restoran Cina Muslim. Resipi Mudah & Sedap!
Kali Ini Berbeza, Biasa Ibu Ayah Datang Jenguk Seminggu Sekali
“Cuma kali ini berbeza kerana kami tidak boleh berjumpa langsung dengan keluarga sedangkan jika di PPSDAF, ibu dan ayah datang menjenguk seminggu sekali,” katanya.
Isi Masa Terluang Dengan Mengaji Untuk Hilangkan Rasa Rindu Pada Keluarga
Menurutnya, dia dan dua adiknya memenuhi masa terluang dengan mengaji al-Quran dan bermain untuk menghilangkan rasa rindu kepada keluarga.

Sedih, Walaupun Negatif Covid-19 Tapi Tak Dapat Jumpa Ibu Ayah
“Saya dan adik-adik sangat gembira kerana disahkan negatif Covid-19 dan dibenarkan pulang. Bagaimanapun kami difahamkan tidak boleh menemui ibu dan ayah sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perlu terus kekal di PPSDAF.”
“Sedih juga tidak dapat jumpa ibu dan ayah biarpun sudah disahkan negatif Covid-19 kerana hampir sebulan tidak jumpa mereka,” katanya.
Kita semua doakan agar urusan adik ini dipermudahkan dan semoga adik beradik ini dapat kembali ke pangkuan keluarga.
Baca: Kek Marble Moist Gebu, 5 Bahan Je Dah Boleh Sediakan Untuk Anak, Padu!
Sumber: Hmetro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



