Hati ibu mana yang tak sedih bila anak asyik merengek minta nak makan makanan kegemarannya tapi tak dapat ditunaikan atas kekangan tertentu. Begitulah yang berlaku kepada salah seorang ibu ini yang bersyukur sangat hajat anaknya tercapai.
“Lega rasanya apabila hajat anak untuk makan ayam goreng kesukaannya Kentucky Fried Chicken (KFC) sejak sekian lama akhirnya tercapai.
“Sebagai ibu, tersentuh hati apabila melihat reaksinya yang menikmati hidangan dipesan dengan bersungguh-sungguh,” ujar asnaf, Azlina Abdullah.
Azlina, 42, berkata, hampir tiga tahun, anak tunggalnya Muhammad Amirul Aiman Abd Rasid, 11, meluahkan hasrat supaya membawanya ke restoran makanan segera itu kerana ingin menikmati ayam goreng.
Ads
“Bukan tidak mahu tunaikan permintaannya itu tetapi saya tidak berkemampuan, duit yang ada cukup untuk perbelanjaan harian sahaja.
“Boleh dikatakan, kerap juga dia memberitahu teringin untuk makan ayam KFC, tetapi saya minta supaya bersabar, kalau ada rezeki lebih nanti saya belikan,” katanya.
Ads
Azlina dan anaknya itu ditemui selepas Program Wayang Sekampung Merlimau yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh, di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, di sini, baru-baru ini.
Menurut ibu tunggal itu, semasa arwah bapa Muhammad Amirul Aiman ada, suaminya agak kerap membawa anak mereka ke restoran makanan segera terbabit.
“Selepas kematian suami dan saya tidak lagi dapat bekerja akibat kemalangan, jadi kami hanya bergantung kepada pencen arwah untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Sembilan bulan mengandungkan nyawa, setiap denyutan jantung dinanti dengan penuh debar dan harapan. Namun, bagi pasangan suami isteri dari Florida, Amerika Syarikat, apa yang sepatutnya menjadi detik paling bermakna dalam hidup mereka berubah menjadi sebuah tragedi yang tidak pernah dibayangkan.
Tiffany Score dan suaminya, Steven Mills, memilih rawatan IVF sebagai jalan terakhir untuk memiliki cahaya mata sendiri. Seperti kebanyakan pasangan lain, mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kepakaran klinik kesuburan yang dipilih. Namun, takdir seolah-olah mempermainkan harapan mereka apabila satu kesilapan besar berlaku tanpa disedari.
Kegembiraan menyambut kelahiran bayi perempuan bertukar menjadi persoalan apabila pasangan ini mula menyedari ciri fizikal anak mereka tidak sepadan dengan latar genetik keluarga. Rasa sangsi yang pada awalnya cuba ditepis akhirnya memaksa mereka menjalani ujian genetik.
Keputusan ujian tersebut benar-benar menghancurkan perasaan mereka. Menurut laporan berita tempatan Florida, ujian genetik mengesahkan bahawa bayi yang dilahirkan Tiffany tidak mempunyai sebarang kaitan genetik dengan mereka berdua. Penemuan ini membuktikan bahawa kes tertukar embrio IVF benar-benar berlaku akibat kesilapan teknikal di klinik berkenaan.
Dalam prosedur IVF, setiap embrio sepatutnya dilabel dan dikendalikan dengan ketelitian tahap tertinggi. Namun, dalam kes ini, embrio milik pasangan lain didakwa telah dimasukkan ke dalam rahim Tiffany tanpa sebarang pengesanan awal.
Kesilapan ini bukan sekadar kecuaian kecil, tetapi kegagalan sistemik yang memberi kesan besar terhadap kehidupan manusia. Bagi Tiffany dan Steven, ia ibarat satu pengkhianatan terhadap amanah yang telah diberikan kepada institusi perubatan tersebut.
Tidak mampu menerima hakikat pahit ini, pasangan tersebut mengambil langkah undang-undang dengan memfailkan saman terhadap klinik IVF berkenaan. Mereka mendakwa berlaku kecuaian melampau yang menyebabkan **kes tertukar embrio IVF** ini terjadi.
Menurut sumber laporan, Tiffany Score dan Steven Mills menegaskan bahawa kesilapan tersebut telah merampas peluang mereka untuk memiliki anak daripada genetik sendiri, sekali gus memberi kesan emosi yang mendalam dan berpanjangan.
Pakar perubatan dan psikologi yang memantau kes ini turut menyuarakan kebimbangan serius terhadap implikasi jangka panjang. Trauma yang dialami bukan sahaja melibatkan ibu bapa, malah turut memberi kesan kepada identiti dan kesejahteraan emosi anak pada masa hadapan.
Memetik pandangan pakar dalam laporan tersebut, kesilapan seperti **kes tertukar embrio IVF** walaupun jarang berlaku, mampu mencetuskan tekanan emosi, kemurungan, serta konflik identiti yang kompleks dalam institusi kekeluargaan.
Untuk memahami bagaimana kesilapan ini boleh berlaku, penting untuk mengetahui asas prosedur IVF atau persenyawaan in vitro.
IVF melibatkan pengambilan telur isteri dan sperma suami untuk disenyawakan di dalam makmal. Proses ini memerlukan kawalan ketat dan dokumentasi yang sangat teliti.
Embrio yang terhasil akan dipantau sebelum dipindahkan ke rahim. Di peringkat inilah, kesilapan pelabelan atau pengurusan boleh mencetuskan kes tertukar embrio IVF jika prosedur tidak dipatuhi sepenuhnya.
Embrio yang sihat akan dimasukkan ke dalam rahim ibu. Dalam kes Tiffany, embrio tersebut didakwa bukan milik mereka, sekali gus mencetuskan tragedi yang sukar diterima akal.
Kes ini menjadi peringatan keras kepada semua klinik kesuburan agar memperketatkan kawalan kualiti dan prosedur keselamatan. IVF bukan sekadar rawatan perubatan, tetapi harapan dan impian hidup pasangan yang bergantung sepenuhnya kepada profesionalisme sistem perubatan.
Bagi komuniti keibubapaan, semoga kejadian ini kekal sebagai satu kisah tragis yang membuka mata tentang betapa pentingnya integriti, ketelusan, dan tanggungjawab dalam dunia rawatan kesuburan.
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.
Menurut Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taiping, Perak, sekitar jam 7 pagi tadi.
Tambahnya lagi, arwah telah lama menderita penyakit tersebut namun memilih untuk menyimpannya sebagai rahsia daripada pengetahuan adik-beradik lain.
“Allahyarham sudah menjalani pembedahan tetapi keadaan kesihatannya semakin merosot sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini. Saya memohon ampun maaf bagi pihak arwah Fazal Ahmad Daud, jika ada salah silap selama di atas muka bumi Allah.
“Jika ada hutang piutang boleh hubungi kami. Kepada sesiapa nak ziarah boleh ke rumah kami. Insya-Allah kami akan uruskan pengebumian arwah adik hari ini,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediaman Fauziah di Taman Melawati sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang.
Fauziah, yang juga seorang aktres dan guru lakonan berusia 62 tahun, turut memohon agar orang ramai mendoakan segala kebaikan untuk Allahyarham.
“Sebagai kakak saya mohon ampun dan maaf. Dia anak, adik, abang, suami dan ayah yang baik.”
“Fazal, Kak Ogy sayang sangat kepada Fazal, Fazal berehat ya di negeri abadi. Jangan risaukan kami. Kak Ogy akan sentiasa merindui Fazal tau.
Allahyarham Fazal merupakan pelakon kanak-kanak dan pernah membintangi filem Hati Batu di sisi Ogy.
Sekadar info, selain Fazal, Ogy memiliki seorang lagi adik yang juga pelakon Fazlina, 49.
Mereka adalah anak kepada seniman Datuk Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, seniwati Datin Saadiah.
Kadang-kadang rezeki datang dengan cara yang tidak disangka. Itulah yang berlaku kepada seorang usahawan kek dari Semenyih, Nurul Izzah Abdul Halim, 31, apabila kisah lucu melibatkan anaknya tular di media sosial sehingga mengundang perhatian ramai.
Menurut Nurul Izzah, insiden tersebut berlaku Sabtu lalu ketika beliau baru sahaja menyiapkan tempahan kek untuk dihantar kepada vendor. Namun, disebabkan cuaca buruk, urusan itu terpaksa ditangguhkan.
“Lepas siap semua kek, saya terus letak dalam kereta. Cuma masa tu kunci tak jumpa, hampir 30 minit baru dapat. Bila tengok langit gelap dan angin kuat, saya yakin ribut nak datang, jadi saya tak jadi hantar,” jelasnya.
Selain kek, beliau juga sempat menyediakan manisan Dalgona Candy untuk dijual pada harga RM2 sebiji. Namun, katanya lagi, beliau berpesan kepada anak supaya menjual dengan harga RM1 sahaja kerana hasilnya kurang menjadi.
Tanpa diduga, anaknya tersalah faham lalu menjual kek tapak kuda yang sepatutnya berharga RM5 sebiji secara percuma.
“Esoknya, ada pelanggan datang bertanya, ‘Acik sini ada jual kek tapak kuda ke? Ingatkan seringgit je.’ Masa tu baru saya sedar rupanya anak tersalah jual. Kek yang harga RM5 tu habis diberi percuma,” katanya sambil ketawa kecil.
Disebabkan kisah itu, ramai menyangka ia hanyalah strategi pemasaran untuk menarik perhatian. Namun, Nurul Izzah menjelaskan perkara itu berlaku secara spontan.
“Ya, memang orang bisnes kena pandai bercerita. Kalau tidak, orang tak pandang posting kita. Tapi untuk minta simpati, itu memang tak ada,” tegasnya.
Kek tapak kuda hasil tangan Nurul Izzah dijual RM5 sebiji, dibuat segar setiap hari dan sudah beberapa kali menarik minat pelanggan setia di kawasan Semenyih. Kini, beliau berniaga dari rumah sahaja kerana perlu menjaga dua anaknya.
Lebih manis, selepas kisah itu tular, seorang individu telah tampil untuk membayar semula semua kek yang telah diberikan percuma oleh anaknya.
“Alhamdulillah, rezeki datang dalam pelbagai cara. Anak-anak dapat makan kek, saya tetap dapat duit, dan individu itu pula dapat pahala. Ada lebihan duit, insya-ALLAH saya akan infaqkan kek untuk anak-anak yatim atau maahad tahfiz,” katanya yang telah mengusahakan jenama Izady Cake sejak hampir lima tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!