top

Nama pereka fesyen terkenal tanah air, Dato’ Rizalman Ibrahim memang tak perlu diperkenalkan lagi. Hasil rekaananya menjadi pilihan ramai dari Kerabat Diraja, VIP dan juga orang biasa.

Aktif mengemaskini segala perihal diri di media sosial, pastinya figura ini mempunyai ramai peminat yang menjadikan dirinya idola untuk diikuti dan dicontohi. Antara salah seorang peminat Dato’ Rizalman yang mendapat perhatian beliau adalah seorang kanak-kanak istimewa, Airen Nurain atau lebih mesra dipanggil Ain.

Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik & Tumor Otak, Hasrat Ain Bertemu Dato’ Rizalman Akhirnya TercapaiAin telah disahkan mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik disamping mempunyai ketumbuhan di dalam otak. Menerusi perkongsian di Instagram Dato’ Rizalman, Ain berhasra untuk berjumpa dengan idolanya itu. Dalam mesej yang dipaparkan di di laman sosial pereka fesyen itu, seorang individu menyatakan hasrat dan impian Ain untuk bertemu dengan Dato’ Rizalman. Menurut individu tersebut juga setiap hari Ain tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti perkembangan Dato’ Rizalman di Instagramnya.

Justeru mereka sedaya upaya mahu menunaikan hasrat Ain sebelum dia menjalani rawatan. Ini kerana, keadaan kesihatan Ain sudah merosot dengan penyakit yang sedang dihidapinya itu.

IKLAN

Kesihatan Ain Semakin Merosot, Mungkin Akan Buta

Disebabkan penyakit yang dihidapi, Ain mengalami masalah penglihatan yang terjejas teruk dan kemungkinan bakal buta. Disebabkan itu ahli keluarganya mahu segera menunaikan impian anak kecil ini supaya dapat bertemu dengan idolanya.

Tersentuh dan simpati dengan nasib Ain, pereke fesyen tersebut telah mengaturkan satu pertemuan bersama peminat ciliknya. Namun, di awalnya perkara itu dirahsiakan daripada kerana mahu memberikan kejutan.

IKLAN

Terharu diberi layanan istimewa

Siapa yang tidak gembira apabila impian untuk bertemu idola yang selama ini hanya dapat ditatap di media sosial terlaksana. Dalam rakaman yang dikongsi, Dato’ Rizalman dan Ain saling mengalirkan air mata dengan pertemuan tersebut.

IKLAN

Lebih membuatkan Ain terharu, Rizalman turut memberikan jemputan khas buat Ain hadir ke konsert Kesuma Jiwa, membuat air mata Ain terus mengalir dengan layana istimewa yang diberikan oleh idolanya.

Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik & Tumor Otak, Hasrat Ain Bertemu Dato’ Rizalman Akhirnya TercapaiKeperibadian Dato’ Rizalman Ibrahim memang sudah diketahui cukup mulia. Sudah banyak kebajikan dan kebaikan yang telah dibuat. Namun pertemuan kali ini antara adik Ain dan pereka terkenal tersebut pastinya memberikan satu makna yang besar buat anak istimewa ini. Semoga urusan rawatan yang bakal ditempuhi Ain dipermudahkan dan diberi kesembuhan oleh Yang Maha Esa.

Sumber: Rizalman71 & Airen_lerr

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI