Bukan saja anak, kita sendiri ada waktunya culas untuk menabung. Ada bulan-bulan tertentu yang terbabas dek mengutamakan keperluan lain.
Namun mendidik anak menabung dan menyimpan perlu dilakukan sejak kecil lagi. Nak beli mainan kena kumpul duit sendiri! Ini kenyataan yang boleh menggerakkan anak untuk menyimpan. Tak salah asalkan anak tahu hala tujunya menyimpan.
Mula-mula simpan untuk beli mainan, lama kelamaan barulah anak makin seronok nak menyimpan. Macam mana nak didik anak menabung dari kecil? Perkongsian seorang usahawan, Ahyat Ishak ini mama boleh jadikan panduan.
6 Tips Mengajar Anak Menabung Dari Kecil
Peningkatan kos sara hidup sekarang merupakan satu isu yang tidak habis-habis diperkatakan oleh semua orang. Jadi,kita sebagai ibu bapa haruslah mendidik dan menggalakkan anak –anak untuk belajar dalam menguruskan perbelanjaan mereka dari kecil lagi. Agar mereka tidak membesar menjadi seorang yang boros dan tidak tahu hargai duit.
Tabiat kewangan yang baik seharusnya dipupuk oleh ibu bapa itu sendiri dengan menjadi idola yang hebat di mata anak-anak. Pada peringkat awal ini, boleh jer ajar anak menabung bermula di rumah. Kita pupuk minat mereka untuk menyimpan dan kena mulakan daripada sekarang.
Bila dah makin meningkat dewasa mereka akan secara sendiri suka menyimpan kerana sudah diajar dari kecil. Dibawah ni Ahyat ada kongsikan tips yang Ahyat guna untuk anak-anak Ahyat supaya suka menabung.
1. Sediakan Tabung Yang Cantik
Terdapat pelbagai jenis tabung yang dijual di pasaran. Ikutlah yang mana anak kita berkenan kalau boleh carilah tabung yang cantik ataupun cari tabung lutsinar yang boleh nampak supaya mereka dapat melihat sendiri hasil simpanan mereka yang semakin banyak itu.
Kalau nampak ruang-ruang kosongnya, sudah tentu duit yang simpanan belum banyak. Bila mereka nampak hasil tabungan mereka, mereka akan rasa lagi bersemangat nak tambah dan terus menyimpan.
2. Beri Wang Saku Dan Ajar Cara Mengurus Pembelanjaan
Ini merupakan ‘pendapatan’ pertama mereka. Ajar mereka untuk belanja secara berhemah. Sekiranya kita ada sediakan bekal makanan untuk anak bawak ke sekolah, kita juga boleh berikan wang saku kepadanya.
Disini lah kita boleh ajar mereka, bila mereka pulang sekolah cuba kita tanya, apa yang mereka beli, berapa baki dan berapa banyak boleh mereka simpan untuk hari tersebut.
3. Ajar Anak Buat Matlamat Menyimpan
Ajar mereka setiap duit yang mereka simpan mempunyai matlamat. Apakah yang nak dibelanjakan setelah duit dalam tabungan cukup. Kita sebagai ibu bapa kena tanya mereka apa yang mereka inginkan dan matlmat dalam menyimpan. Contohnya anak lelaki nak beli playstation 4 ataupun patung Barbie bagi anak perempuan.
Disamping itu,kita juga boleh bawa mereka ke kedai dan dapatkan harga tersebut supaya mereka tahu dan teruskan bersemangat untuk menyimpan agar dapat barang yang dikehendakinya itu. Apabila sudah jelas dengan matlamat simpanan anak-anak, kaji berapa lama mereka perlu simpan dan buat jadual khas untuk perkara ini.
Buat jadual berkotak dan gunakan pelekat bewarna, supaya mereka boleh kenal pasti berapa jangka masa yang perlu mereka simpan untuk mencapai matlamat tersebut.
Ajar mereka tiada apa yang percuma dan senang nak dapat sekarang. Ayah dan emak terpaksa kerja keras untuk sekolahkan dan membesarkan mereka semua. Ajarkan mereka konsep bersyukur. Dalam proses menabung,inilah masa yang sesuai untuk kita terapkan erti nilai wang kepada mereka.
4. Ajar Untuk Dapat Wang Tambahan
Beritahu mereka, sekiranya mereka inginkan duit tambahan dengan cepat, mereka perlu lakukan kerja rumah atau membantu kita supaya kita dapat memberi mereka upah. Upah tersebut bolehlah mereka menyimpan untuk membeli barang yang diingini.
Lagi satu cara kita juga boleh mengajar mereka untuk berniaga secara kecil-kecilan, contohnya bawa mereka ke pasar lambak untuk menjual mainan terpakai mereka dan ia dapat melatih mereka mengira wang dan lebih sistematik dalam kehidupan apabila dewasa nanti.
5. Didik Belanja Ikut Kemampuan
Ajarlah anak-anak sejak dari kecil lagi untuk berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Jangan berlagak kaya dan sentiasa merancang perbelanjaan walaupun ketika berada di sekolah. Didik mereka untuk tidak meminjam duit rakan jika tiada duit tetapi hanya menggunakan wang saku dengan cermat.
6. Berikan Ganjaran Kecil
Sesekali berikan mereka ganjaran daripada usaha mereka dalam meningkatkan tabungan. Benda yang paling simple, biarlah hadiah kecil saja namun bergantung kepada kita nak beri hadiah apa pada mereka. Contohnya, masukkan lauk kegemaran mereka, belikan buku atau belanja makan aiskrim.
Percayalah selepas sebulan kita akan nampak hasil dan tabung semakin penuh kerana anak dah mula tahu bila dia menabung makin banyak ibu bapa mereka akan memberi hadiah kepadanya. Hadiah ni salah satu pembakar semangat untuk mereka lebih suka menabung.
Kesimpulannya, kita sebagai ibu bapa perlu menjadi modal atau contoh yang baik untuk mengajar anak2 kita menabung dari kecil supaya bila besar nanti mereka jadikan satu tabiat untuk menyimpan bagi masa depan mereka juga.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas kelahiran cahaya mata sulung pada 18 Jun lalu, suami kepada pelakon Elisya Sandha, Uzair Haqimy menitipkan ucapan yang cukup istimewa buat anak perempuannya, Bunga Elhaq.
Kata-kata yang cukup mendalam maksudnya itu didedikasikan oleh bapa berusia 26 tahun ini sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan Elisya melahirkan anak sulung yang dianggap hadiah paling bermakna dalam hidup.
Dalam video yang dikongsikan Uzair, dia berkongsi saat kelahiran Bunga sehinggalah selesai proses kelahiran.
“Untuk anak sulung Daddy, @bungaelhaq pengorbanan Mummy you tidak ternilai. Satu hari nanti bila Bunga dah besar, jangan sesekali tinggi suara dan tak hormat Mummy.
“Bunga dan Daddy takan mampu balas apa yang Mummy buat untuk kita 18/6/22 tahu ❤️ what ever happens, family comes first. What ever happens in the future, Mummy comes first okay anak Daddy ❤️,” tulisnya.
Dalam pada itu, Uzair juga turut menitipkan rasa cinta buat Elisya dan berjanji akan terus menyayangi selamanya.
“Untuk Isteriku, @elisyasandhaofficial i nak you tahu yang i was there next to you the whole time. I nak you tahu yang i saw everything from the start. I nak you tahu yang i takan lupa apa yang jadi dalam tu. Kita je tahu.
“I sayang you B, i sayang you sangat. Kekuatan you pada 18/6/22, tak semua orang mampu hadap. “Janji anak i selamat sayang”. I owe you and Bunga my life ❤️ ALHAMDULLILLAH YA ALLAH,” kongsinya.
Sementara itu, dalam perkongsian lain pula, satu video yang memperlihatkan daddy sedang uruskan Bunga mendapat pujian ramai.
Kita sama-sama seorang ibu. Ada orang lebih mengutamakan pandangan orang luar kerana rasa diri lebih dihormati dan dikagumi hingga lupa untuk menjadi yang terbaik pada pandangan insan terdekat, iaitu pasangan dan anak-anak.
Menurut Ustazah Asma’ Harun yang juga ibu kepada 7 cahaya mata, dia juga tidak terlepas daripada amanah sebagai seorang ibu tambahan pula dalam kesibukan bekerja, namun tetap usaha carikan masa untuk mereka. Sebenarnya anak-anak tidak minta banyak selain masa bersama dan kasih sayang.
Kadang sebagai ibu yang sibuk menguruskan rumah, emosi kita mudah terjejas dengan kelakuan anak-anak hingga meninggikan suara kepada mereka. Ramai yang menyesal kerana melukakan hati insan tersayang.
Namun kita tetap perlu usaha untuk memohon maaf atas kesalahan kita dan menasihati anak jika mereka melakukan kesilapan. Terdapat beberapa waktu yang sangat baik untuk dimanfaatkan bagi menyampaikan nasihat buat ahli keluarga:
1. DI DALAM KENDERAAN
Sebenarnya, waktu bersama anak di dalam kenderaan adalah waktu yang terbaik untuk berbicara dari hati ke hati. Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a. yang masih kecil ketika itu, daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:
Maksudnya: “Nabi SAW diberi hadiah seekor baghal (sejenis haiwan hasil kacukan antara kuda dan keldai) oleh Kisra. Baginda menungganginya dengan tali kekang dari serabut. Baginda memboncengkanku di belakangnya. Kemudian Baginda berjalan. Tidak lama, Baginda menoleh dan memanggil, “Hai anak kecil.” Aku jawab “Labbaika, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Jagalah agama Allah nescaya Dia menjagamu…”
(HR Hakim, hadis gharib)
Situasi seperti ini tetap relevan dan boleh diaplikasi oleh kita sebagai Ibu Bapa terhadap anak-anak di zaman sekarang. Di dalam kenderaan, Ibu Bapa boleh perlahankan radio dan mula bercerita kisah-kisah yang mengandungi teladan kepada anak-anak.
Jika anak sudah remaja, banyakkan buka ruang untuk mereka berkongsi cerita atau perasaan, kerana pada usia ini mereka sangat teruja mempelajari tentang kehidupan, perasaan sedih, kecewa, kagum, bercita-cita, dan lain-lain.
Pemandangan mereka hanya tertumpu ke hadapan dan fokus mereka hanya terhad kepada suasana tertutup di dalam kereta. Hal ini memudahkan mereka fokus kepada apa yang diperkatakan oleh Ibu Bapa.
2. KETIKA DI MEJA MAKAN
Sewaktu di meja makan, kebiasaannya ahli keluarga akan mengambil peluang untuk bergilir berkongsi cerita masing-masing dengan teruja. Sebenarnya Ibu Bapa boleh manfaatkan peluang untuk sampaikan nasihat dalam nada yang lebih santai. Namun, harus diingati agar tidak menegur sampai menjatuhkan air muka mereka.
3. SELEPAS SOLAT
Suasana selepas solat berjemaah bersama keluarga terasa sangat hening. Ibu Bapa boleh gunakan saat bersalaman untuk berbicara dengan anak-anak tentang nasihat, teguran atau apa sahaja perkongsian untuk kehidupan anak-anak.
Sesekali pujilah anak-anak atas apa jua pencapaian mereka. Beritahu mereka bahawa kita bangga mempunyai anak yang baik, soleh, lemah lembut dan mendengar kata seperti mereka. Pujian yang diberikan oleh Ibu Bapa antara motivasi terbaik buat anak-anak. SubhanAllah.
4. SEBELUM TIDUR
Waktu sebelum tidur adalah waktu yang sangat tenang. Ketika itu otak anak sudah bersedia untuk rehat dan berada dalam keadaan separa sedar. Ibu Bapa boleh berbisik lembut ke telinga anak tentang nasihat-nasihat baik yang mereka ingin sampaikan.
Ketika ini juga merupakan waktu yang sangat istimewa buat Ibu Bapa yang sibuk bekerja seharian kerana mereka dapat benar-benar menatap wajah anak tersayang.
Biasanya si anak sudah letih apabila memasuki waktu tidur, maka mereka secara sukarela akan menadah apa sahaja yang disampaikan oleh Ibu Bapa. Peluang ini sangat baik dimanfaatkan untuk apa jua nasihat buat si anak.
Tuan Puan,
Jika kita sering mengeluh tentang anak-anak, sama ada kelakuan, bakat, pencapaian atau apa sahaja kekurangan mereka, ingatlah bahawa di luar sana…
Ada yang dah nikah lama belum ada anak.
Ada yang sampai tua tak ada anak.
Ada yang nak sangat nikah belum bertemu jodohnya, apatah lagi ada anak.
Ada yang ada anak semuanya sakit kronik.
Ada yang ada satu sahaja anak dan anak itu meninggal dunia.
Ada yang meninggal kerana melahirkan anak.
Dan pelbagai lagi kisah dengan “anak” yang merupakan AMANAH penting buat kita sebagai Ibu Bapa. SubhanAllah, Allahu Akbar.
Pesanan ini sebagai peringatan buat diri sendiri juga yang merupakan seorang ibu. Semoga bermanfaat untuk semua.