Keibubapaan

“Tetap Kena Ada Masa Untuk Anak” Adira Suhaimi Titip Pesanan Untuk Mak Ayah!

Share

Biar sesibuk mana pun kita dengan tanggungjawab pada kerjaya namun jangan diabaikan amanah kita dalam membesarkan anak-anak.

Itu yang dikongsikan oleh penyanyi, Adira Suhaimi buat semua ibu bapa. Lebih-lebih lagi ketika anak kecil yang sedang membesar.

Kongsi Adira menerusi Instagrnya, biar sibuk bagaimana sekalipun, tetap perlu luangkan masa untuk anak-anak di rumah.

“Busy macam mana pun kita tetap kena ada masa dengan anak-anak.

“Kalau anak-anak dah mula nakal tu bukan sebab dia memang nak nakal, sebenarnya dia nak perhatian daripada mak dia.

“Jom lah kita mak-mak ni luangkan masa bersama anak-anak okay,” pesannya.

Apa yang menarik pastinya video yang dikongsikan Adira ketika menyiapkan anaknya ke sekolah. Comel-comel belaka kesemuanya.

Rata-rata wargamaya memuji sifat keibuan Adira yang penuh dengan tanggungjawab biarpun punya anak ramai dan rapat-rapat.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN