Rezeki berganda buat atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli apabila menerima hadiah paling bermakna selepas pulang ke tanah air menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN, Solo, Indonesia.
Menerusi perkongsiannya di instagram, Ziyad yang memenangi pingat emas pertama di Suk Para ASEAN menyatakan rasa syukur selepas isterinya, Zafirah Nasir selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka.
Ziyad juga mengakui rasa gemuruh sewaktu diberi peluang untuk menyambut sendiri kelahiran anaknya dengan bantuan doktor.
“Alhamdulillah pengalaman ini yang paling berharga dalam seumur hidup.
Ads
“Dapat menyambut anak sendiri kalau nak di ceritakan memang sangat gemuruh tapi di sisi saya ada seorang doktor profesional yang selalu menjaga saya. Terima kasih memberikan pengalaman yang tak dapat di tukar ganti,” tulisnya.
Menerusi perkongsian lain pula, Ziyad turut berkongsi momen istimewa dengan memuat naik gambar anak ketiganya di samping isteri tersayang.
Ads
“Anak tunggu ayah pulang dari Para Asean Solo Indonesia. Tetap tunggu ayah balik juga baru keluar. Diberikan kesempatan untuk berada di sini yang tersayang @zafira_nasir dan terima kasih Doktor Khamsiah memberikan pengalaman yang berharga,” kongsinya.
Terdahulu, Ziyad dan Zafira mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Zuhayra Zafra, 5, dan Thariq Zavier, 3.
Katanya, senaman menaikkan peranakan itu hanya boleh dilakukan oleh ibu berpantang tertentu dengan situasi tertentu sahaja.
“Ya saya menerima banyak kecaman ketika melakukan senaman itu dan orang mengaitkannya dengan demam bentan.
“Ramai cakap siapa suruh saya angkat kaki dalam senaman peranakan itu dan mereka katakan ia punca saya demam bentan.
“Sebenarnya ia tiada kaitan pun, malah sebelum melakukan senaman itu saya sudah meminta nasihat doktor dan bidan.
“Malah senaman itu diajar oleh doktor sendiri untuk menaikkan peranakan dan baik untuk ibu yang baru lepas bersalin.
“Lagipun situasi saya berbeza kerana saya bersalin normal dan tiada sebarang jahitan sekalipun. Jadi saya dibenarkan melakukannya dan ia selamat,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Dynas telah dikecam apabila memuat naik video bersenam ketika sedang berpantang.
Dynas baru sahaja melahirkan anak ketiganya Edriel Obil pada Mei lalu.
Justeru, Dynas berkata dia tidak melayan segala komen netizen mengecamnya kerana bimbang berdepan risiko ‘meroyan’ ketika berpantang.
“Ada sahaja kata-kata negatif diberikan seolah-olah mereka (netizen) lebih tahu mengenai situasi dialami.
“Jadi, saya memilih untuk menyekat akaun yang berpotensi meninggalkan komen berbaur negatif.
“Bukan apa, saya masih berpantang. Jika tersilap langkah boleh membuatkan diri meroyan kerana hormon pun kurang stabil,” katanya lagi.
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik.
Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu tercekik? Kanak-kanak mungkin akan mengalami:
-Sesak nafas secara tiba-tiba.
-Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
-Menggenggam kerongkong.
-Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
-Bernafas dengan cepat.
-Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
-Pengsan.
-Berhenti bernafas.
Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami:
-Batuk yang berterusan.
-Termengah-mengah.
-Tiada apa-apa tanda.
-Komplikasi
-Jangkitan pada paru-paru seperti radang paru-paru.
-Kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
-Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke otak.
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda tercekik? Langkah-langkah jika anak anda tercekik:
LAKUKAN:
-Tunggu sehingga mangsa batuk.
-Minta bantuan.
-Buka mulut anak anda perlahan-lahan – keluarkan objek jika jelas kelihatan.
Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
JANGAN:
-Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
-Mendongakkan kepala mangsa.
-Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.
BAGI KANAK-KANAK DEWASA -Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
-Posisikan badan anda di belakang mereka.
-Lakukan Heimlich manouvre.
-Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR).
Langkah-langkah pencegahan :
-Jangan benarkan anak anda makan ketika bermain.
-Sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan.
-Pastikan lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik.
-Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung.
-Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil kepada kanak-kanak.
-Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda tercekik.
Bayi yang masih kecil, jangkitan mudah berlaku. Cium & didukung orang yang individu lain boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit.
Antibodi bayi tidak sekuat orang dewasa. Ketahanan tubuhnya sedang dibina dan ini mendedahkan kepada pelbagai infeksi. Apatah lagi dalam kemeriahan hari raya nanti, ramai yang mungkin akan berkunjung.
Perkongsian daripada seorang ibu, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah, Pakar Oftalmologi, UiTM Private Specialist Centre ini boleh anda jadikan panduan. Dia sendiri yang pernah melahirkan tiga cahaya mata pada usia pramatang memberikan 7 tips menghadapi musim perayaan bersama bayi baru dilahirkan / bayi pramatang.
Sebelum kedatangan hari raya tak lama lagi.
Bagi ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, pasti perasaan teruja nak bergambar raya dengan si kecil, ada pertambahan ahli keluarga baru, bercampur baur dengan perasaan berdebar kan?
Apatah lagi sekarang semakin banyak kes penyakit berjangkit seperti demam campak, diphtheria, dan sebagainya akibat ramai orang tidak memvaksinkan anak-anak kerana terpengaruh dengan golongan anti vaksin.
Bayi yang belum mendapat imunisasi yang lengkap, terutamanya bayi pramatang, amat terdedah kepada jangkitan kuman, dan jika jatuh sakit, amat mudah mendapat komplikasi seperti radang paru-paru, jangkitan selaput otak iaitu meningitis, malah keadaan mata mereka boleh menjadi teruk iaitu retinopathy of prematurity semakin merosot.
Saya ingin kongsikan sedikit tips bagi ibu ayah yang ada bayi baru lahir, dan juga orang ramai menjelang hari raya ini.
#1. ELAK BAWA BAYI KE TEMPAT ORANG BERKUMPUL
Jika ada bayi baru lahir, terutamanya kurang dari 2 bulan, imunisasi bayi anda belum lengkap lagi.
Sebaiknya tidak perlu ke tempat yang ramai orang berkumpul bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kita tidak tahu siapa yang sudah divaksin, siapa yang tidak divaksin, siapa yang sedang sakit dan sebagainya
Faham, raya setahun sekali. Tetapi bayi anda juga kecil sekali seumur hidup sahaja. In shaa Allah tahun depan kita boleh raya sepuas hati ya?
#2. ELAKKAN BAYI DIDUKUNG TETAMU
Jika tetamu datang ke rumah, sebaiknya mereka tidak perlu mendukung bayi kecil anda. Pakaian dari luar belum tentu bersih. Mungkin sudah terkena asap kenderaan dan sebagainya.
Sebaiknya biar si ibu sahaja yang mendukung bayi. Anggap sahaja bayi itu permata berharga di dalam kaca display ya.
#3. SEDIAKAN PENCUCI TANGAN (HAND SANITIZER)
Ibu ayah boleh sediakan hand sanitiser untuk para tetamu, letakkan di sebelah katil bayi.
Untuk lebih comel, letakkan tanda “Sila cuci tangan anda jika anda sayang saya ” dengan satu smiley face.
Kita tak tahu tangan pengunjung sudah menyentuh dan bersalaman berapa ramai orang lain, sebelum mereka mahu menyentuh pipi comel bayi kita yang masih merah ini, kan?
#4. TETAMU SAKIT JAUHKAN DIRI DARI BAYI
Para tetamu juga, mesti mengambil tanggungjawab jika ada batuk, selsema sama ada diri sendiri mahu pun anak-anak, jauhkan diri dari bayi kecil pada jarak sekurang-kurangnya 5 meter. Paling baik, jangan masuk langsung ke dalam bilik yang ada bayi kecil.
Iyalah takut terbatuk di wajah bayi itu, terkena jangkitan, kasihan bayi itu.
Batuk biasa pada kita, jika terkena pada bayi pramatang, boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius hingga perlu alat bantuan pernafasan di ICU!
#5. ELAKKAN CARI CIUM BAYI
Para tetamu, elakkanlah mencium bayi baru lahir pada wajah mereka, terutamanya jika anda ada batuk dan selsema. Ini bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Jika geram sangat dengan kecomelan bayi itu, boleh saja pegang sedikit di tangan atau badan bayi, dan doakan bayi itu mengikut sunnah Rasulullah SAW:
“Dan aku meminta perlindungan untuknya kepada-Mu dan juga untuk anak keturunannya dari syaitan yang terkutuk”
Hadith Riwayat Al-Bukhari (3/110 –As-Sindi) dan Muslim (15/128 Nawawi)
Lebih selamat, pahala pun dapat, kan 🙂 Doa ini adalah dari Surah Ali Imran ayat 36.
#6. CEGAH LEBIH BAIK DARI RAWAT
Pastikan anak-anak kita divaksinkan mengikut jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi memastikan mereka mendapat perlindungan yang secukupnya dari jangkitan kuman yang merbahaya seperti batuk kokol, demam campak, rubella dan sebagainya.
Pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
#7. JANGAN TAKUT UNTUK MELINDUNGI BAYI
Para ibu yang tersayang, usah bimbang digelar paranoid kerana mahu melindungi bayi kita, ya.
Mungkin ibu bimbang ada suara yang berkata “macam dia seorang yang ada bayi!”, tapi memanglah kita seorang sahaja yang ada bayi kita kan!
In shaa Allah kita hanya mahu yang terbaik untuk bayi kita.
Teruskan penyusuan susu ibu untuk memberikan imuniti pasif kepada permata hati kita, di samping mengambil langkah-langkah penjagaan di atas demi keselamatan dan kesihatan anak-anak kita in shaa Allah.
Walaupun di musim perayaan, jika anak-anak ada sebarang simptom tidak sihat seperti demam yang berpanjangan, sesak nafas, batuk yang berlarutan dan sebagainya, segeralah bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berdekatan.
Semoga Allah melindungi keluarga kita sentiasa in shaa Allah, amin.
Paksa bersalin dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses kelahiran apabila ibu masih belum mengalami kontraksi selepas cukup bulan. Ketahui 4 kaedah induce yang biasa dilakukan di hospital serta tip penting untuk ibu hamil.