Lara Alana, anak kepada selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya selalu dibanding-bandingkan dengan anak selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana. Aisyah dan Lara lahir pada tahun yang sama iaitu pada tahun 2014. Mungkin faktor umur yang seusia menjadikan mereka sasaran netizen untuk dibanding-bandingkan.
This is for makcik bawang yang selalu banding-bandingkan kanak kanak, laga-laga kan kitorang, we are nothing but pure hearts. It was nice meeting you just now @aaisyahdhiarana111 and you’re so beautiful
Ada yang membanding-bandingkan tahap kecomelan mereka berdua sejak mereka lahir. Apa-apa pun kecantikan itu bersifat subjektif. Tak perlu dibanding-bandingkan dan mengutuk rupa paras orang lain.
Menerusi posting di instagram Lara Alana, netizen teruja melihat kecomelan mereka berdua. Ramai yang memuji mereka berdua sangat comel.
Percaya tak, dapur kita itu farmasi terbaik yang kita ada untuk remedi alami terutama bila anak tak sihat. Bukan tak nak percaya kepada ubat hospital, tapi ia adalah salah satu ikhtiar sampingan selepas dah dapat kepastian.
Mungkin bagi ibu-ibu yang belum tahu, barang kegunaan harian untuk memasak itulah banyak manfaatnya. Nampak macam biasa kan tapi baik untuk anak-anak di samping ubat yang diberikan doktor
Antara yang ibu boleh cuba buat sendiri adalah:
Letakkan hirisan bawang merah di sudut bilik. ‘Sulfur-containing compounds’ didalamnya mampu memerangkap bakteria dan virus. Sangat sesuai diletakkan ketika waktu malam kerana bakteria/virus lebih aktif di waktu itu. (suhunya sesuai untuk pembiakan).
Asam jawa bersifat anti-radang dan anti-oksida. Ia kaya dengan mineral surih seperti manganese. Jerlum kepala dan badan anak ketika demam, bantu turunkan suhu dan stabilkan dengan persekitaran.
Minyak bawang putih. Bawang putih kaya dengan antibiotik semulajadi. Kandungan allicin dalam bawang putih membantu sistem imun untuk kuat. Sapukan di tapak kaki ketika anak demam/batuk/selsema. Perlu ‘patch test’ dahulu, bimbang anak alahan pada bawang putih.
Empulur nenas kaya bromelain. Ia penawar batuk secara semulajadi yang banyak komponen anti-radang. Jus empulur nenas mempunyai kesan 5 kali lebih baik merawat batuk berbanding ubat batuk sendiri. (Sebaiknya untuk anak setahun ke atas)
Nadi Anaqi, satu-satunya anak kepada pasangan pengacara Pa&Ma Musim Ketiga iaitu Zahiril Adzim & Shera Ayob. Ke mana sahaja pergi, mesti Anaqi menjadi tumpuan para peminat mommy dan daddy.
Pa&Ma baru-baru ini sempat menemuramah Shera tentang anak lelakinya itu. Karakter yang periang dan mesra menjadikan anak kecil ini amat disenangi. Sepanjang sesi fotografi Anaqi juga mudah memberikan kerjasama. Dia malah mencadangkan beberapa pose yang sesuai buat Shera. Kreatif betul Anaqi ni!
Anaqi mendapat nutrisi dan kebaikan dalam susu ibu. Shera telah berjaya menyusukan Anaqi sehingga Anaqi berusia 1 tahun 6 bulan.
FAKTA 3-PERNAH IKUT MOMMY SHOOTING MASA BABY
Pernah mengikut Mommy, Shera Aiyob ke set penggambaran drama. Oleh kerana Anaqi menyusu susu ibu, maka lebih mudah sekiranya Anaqi dibawa bersama. Kata Shera, dia pernah membawa Anaqi ke lokasi penggambaran sebuah telemovie di mana kawasan tersebut berdekatan hutan.
Namun selepas Anaqi berusia 6 bulan, Shera mengambil keputusan untuk tidak lagi membawa Anaqi bersama. “Apabila mencecah usia 6 bulan, saya lihat dia perlu aktiviti dan tidak hanya duduk di carrier sepanjang saya berlakon. Bermula dari itu saya tidak lagi membawa Anaqi ke lokasi penggambaran dan mengambil keputusan berehat selama setahun,” kata Shera yang kini kembali aktif berlakon.
FAKTA 4: DILATIH BERDIKARI
Menurut Shera, dia sudah melatih Anaqi melakukan beberapa perkara sendiri. Antara yang mengagumkan penulis, ketika sesi fotografi Anaqi sudah pandai menukar pakaian sendiri. Anaqi boleh menukar 3 pasang pakaian sendiri, mommy & daddy nya tidak perlu membantu untuk memakaikan baju atau seluar. Ia adalah satu pencapaian yang baik bagi kanak-kanak berusia 5 tahun!
FAKTA 5: TAK HALANG CEBURI BIDAN SENI, TAPI PELAJARAN MESTI BERES DULU
Apabila ditanya sekiranya Anaqi berminat untuk menceburi bidang seni seperti mommy dan daddy, Shera menyatakan pendiriannya yang mahu Anaqi mendahulukan pelajaran. Sekiranya semua selesai dan baik, barulah boleh memikirkan penglibatan dalam dunia seni.
Shera dan Zahiril akan ke udara dalam rancangan TV PA&MA pada Selasa, 1 Disember 2019 membincangkan tajuk “Usah Pandang Ringan Influenza”. Dalam episod ini, banyak informasi tentang influenza akan dikongsikan. Maklumat daripada pakar, perkongsian pengalaman ibu bapa sangat membantu menambahkan pengetahun mama papa tentang influenza. Nak tahu lanjut mengenai influenza, mama papa boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Usah Pandang Ringan Influenza” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 1 Januari 2019.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pendidikan merupakan aset yang paling penting kerana ia boleh menjamin masa depan individu. Namun banyak faktor yang boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk seseorang itu berjaya termasuklah pemakanan individu. Pernah tak dengar ungkapan yang berbunyi “have breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a poor”? Ia menunjukkan kepentingan sarapan pagi dalam mempengaruhi aktiviti individu sepanjang hari.
Kajian terbaru menunjukkan pelajar sekolah yang mengambil sarapan pagi mempunyai keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan GCSE berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.
Pengambilan sarapan bagi meningkatkan prestasi pelajar
Kita sering mendengar keluhan pelajar berkenaan dengan sarapan pagi. Mana tidaknya, jumlah wang perbelanjaan yang diberikan oleh ibu bapa kebiasaannya cukup untuk menampung kos pemakanan pada satu waktu rehat (biasanya pada pukul 10 pagi). Walau bagaimanapun, sesi pembelajaran bermula pada jam 8 pagi, dan kebanyakan pelajar tidak mengambil makanan sebelum waktu tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendapat insentif bagi menjalankan program sarapan percuma khas untuk pelajar sekolah yang bakal bermula menjelang 2020. Ini merupakan satu inisiatif yang baik bagi menjamin prestasi cemerlang dalam kalangan pelajar.
Negara-negara maju seperti di UK mempunyai program yang seakan-akan sama, namun hanya sebahagian daripada jumlah 24,000 sekolah yang menawarkan program tersebut kepada pelajarnya. Kajian oleh Katie Adolphus yang diterbitkan di Frontier telah menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sukar untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan GCSE. Mereka yang mengambilnya secara kerap sering mendapat keputusan, secara puratanya, lebih dua gred berbanding pelajar yang tidak mengambilnya.
Dianggarkan bahawa hampir setengah juta daripada populasi pelajar sekolah di United Kingdom (UK) belajar dalam keadaan lapar. Kajian soal selidik yang dijalankan di sekolah-sekolah dan kolej yang terletak di West-Yorkshire telah menunjukkan 30% daripada pelajar tidak atau jarang mengambil makanan pada waktu pagi. Mereka yang makan pada waktu pagi dalam kekerapan sekali-sekala pula hanya merangkumi 20% daripada jumlah pelajar di negeri tersebut. Data tersebut telah dianalisis dan dapatan soal selidik menunjukkan mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sering mendapat keputusan, secara purata, kurang 10 markah daripada mereka yang mengambilnya.
Kajian ini menunjukkan kepentingan sarapan pagi dalam meningkatkan prestasi pelajar untuk mendapat keputusan akademik yang cemerlang.
Penting ke sarapan pagi?
Buku yang berjudul Three Square: The Invention of the American Meal oleh Abigail Carroll telah menerangkan perihal pembahagian waktu makan kepada makan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Menurutnya, pembahagian tersebut tidak berteraskan konsep biologi tetapi lebih kepada penerapan budaya oleh orang Eropah kepada komuniti masyarakat tempatan Amerika. Masyarakat tersebut hanya makan jika mereka berasa lapar. Namun pengamalan konsep tiga waktu makan ini membuatkan seseorang individu kelihatan lebih teratur dan bertamadun. Namun, persoalannya, adakah sarapan pagi merupakan perkara yang paling penting buat individu?
Selain dapat meningkatkan prestasi individu,sarapan pagi juga boleh:
Menjadikan seseorang individu lebih aktif: Waktu tidur merupakan fasa berpuasa bagi setiap individu. Kadar gula dalam darah kebiasaannya rendah dan ia merupakan sumber tenaga utama bagi badan. Mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sering berasa lembap, tidak bertenaga dan sukar untuk menjadi lebih produktif dalam menjalankan aktiviti harian
Menurut kajian makanan, pelajar yang mengambil sarapan pagi cenderung untuk mengambil 20-60% lebih nutrisi mikro seperti vitamin B, D, zat besi dan serat berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan. Ada juga kajian yang menyatakan kepentingan sarapan dalam mengawal berat badan namun ia mendapat tentangan daripada ahli akademik yang lain. Kajian lanjut perlu dijalankan bagi mengkaji kesannya dengan lebih tepat.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Barang dalam katil bayi seperti bantal, selimut, patung dan pelapik katil boleh meningkatkan risiko lemas serta SIDS. Ketahui 7 barang yang perlu dielakkan demi memastikan ruang tidur bayi lebih selamat.