Sempena birthday pertama anaknya, Harum Dalia yang pertama, aktres Ezzaty Abdullah mengimbau kembali saat-saat melahirkan. Indius tetapi tidak menggunakan sebarang penahan sakit!
Ezzaty yang melahirkan Harum pada 6 Disember 2017 dengan berat 2.9kg. Isteri kepada aktor Azwan Kombos ini menyatakan kesyukurannya atas kehadiran Harum sebagai kurniaan Allah yang terindah. Ia dinyatakan dalam posting Instagramnya, yang turut memaparkan video Harum sejurus selepas dilahirkan.
Ezzaty berkongsi yang proses kelahiran Harum bermula dari 5 Disember apabila melakukan rutin pemeriksaan berkala dan doktor mendapati bukaan serviks adalah 2cm. Doktor menganggarkan yang Harum akan lahir pada malamnya.
Ads
Namun pada 6 Disember 2017, proses bukaan hanya 3cm dan membuatkan doktor memecahkan air ketuban dan mungkin diberikan ubatan/drip sebagai indius bagi menggalakkan bukaan serviks. Lazimnya, apabila indius, kontraksi menjadi lebih kuat dan mungkin disebabkan itu doktor yang merawat menawarkan Ezzaty epidural sebagai penahan sakit, namun dia menolak kerana belum rasa sakit.
Kanak-kanak yang aktif melakukan pelbagai aktiviti akan kerap mengalami kecederaan. Jenis kecederaan yang paling kerap dialami adalah luka pada bahagian badan mereka. Luka adalah hirisan yang terjadi pada kulit dan biasanya disebabkan oleh objek tajam seperti pisau atau kaca. Jika tidak serius, ia boleh dirawat sendiri di rumah.
Namun begitu, terdapat beberapa mitos yang segelintir ibu bapa percaya apabila merawat luka anak. Apakah mitos itu dan sejauh manakah kebenarannya? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Mitos ini adalah yang paling terkenal dalam kalangan masyarakat kita. Kebanyakan ibu bapa mempercayai bahawa jika anak anda mengalami luka kecil pada badan, ia tidak perlu ditampal dengan pembalut luka sebaliknya biarkan ia terdedah dengan udara. Ya, ia akan membuat luka itu menjadi kering dengan lebih cepat namun juga akan melambatkan proses penyembuhan dan menyebabkan kulit berkeruping.
Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah mencuci luka pada anak anda bagi memastikannya bersih, bebas kuman dan dilindungi. Oleh itu, penggunaan pembalut luka adalah diperlukan untuk melindungi luka daripada kuman selain memastikan kawasan tersebut kekal lembap bagi menggalakkan penyembuhan yang lebih baik dan cepat.
Ada ibu bapa yang percaya apabila hendak menanggalkan pembalut luka, ia perlu dilakukan dengan cepat atau luka tersebut boleh terkoyak kembali. Ini sama sekali tidak benar dan kepercayaan ini perlu diperbetulkan segera.
Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah menanggalkan pembalut luka dengan perlahan-lahan serta mengikut arah pertumbuhan rambut. Jika ia sukar untuk ditanggalkan, tuangkan sedikit minyak bayi dan ulang sehingga membuahkan hasil.
Setiap kali luka pada badan anak keluar nanah, ibu bapa akan menjadi panik kerana menganggap ia adalah petanda infeksi. Sebenarnya, anda tidak perlu risau kerana ia adalah sebahagian daripada proses penyembuhan yang normal. Nanah akan keluar ekoran daripada reaksi badan untuk membentuk keruping pada bahagian permukaan luka bagi tujuan melindunginya.
Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah memastikan nanah tersebut dibersihkan dengan kerap bagi memastikan ia tidak meleleh ke bahagian kulit yang lain. Namun begitu, jika anda perasan nanah pada luka anak kelihatan semakin banyak, berbau busuk, berwarna hijau, pekat dan melekit, ia mungkin benar menunjukkan infeksi. Jika ini berlaku, segera bawa anak anda berjumpa doktor.
Ini juga merupakan mitos yang popular dalam kalangan masyarakat kita. Sebenarnya, luka tidak sepatutnya berada dalam kondisi yang kering. Ini kerana tisu luka memerlukan kelembapan sepertimana bahagian tubuh badan lain, sama seperti sel kulit. Ada kajian yang menunjukkan bahawa jika luka berada dalam kondisi yang lembap dan terlindung daripada kuman, saluran darah akan lebih cepat terbentuk semula.
Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah menutup kawasan luka dengan pembalut luka sekurang-kurangnya sehingga 5 hari. Ini bertujuan mengelakkan luka menjadi kering lalu membentuk keruping. Ini perlu dielakkan kerana keruping ini sebenarnya adalah punca parut yang tidak diingini terbentuk.
Namun begitu, tidak semua jenis luka ibu bapa boleh rawat sendiri di rumah. Anda perlu segera bawa anak berjumpa doktor jika anak anda mengalami luka seperti berikut:
Jika ini terjadi, rawatan lanjut untuk menutup luka seperti bebatan, balutan atau jahitan perlu dilakukan. Sebaiknya, segera rujuk pakar jika anak mengalami luka bagi mengelakkan sebarang infeksi yang tidak diingini.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu sakit kepala, bangun pagi rasa berat kepala memang buatkan mood hari tersebut tak berapa ok. Bagi yang bekerja, rasa malas sangat nak bangun dan kalau boleh nak berehat.
Bagi ibu-ibu yang dari pagi buat kerja rumah, memasak dan siapkan anak-anak, memang tak cukup masa untuk berehat betul-betul. Kadang bila bangun awal pagi, malam pun terpaksa tidur lambat semata-mata nak selesaikan urusan rumah tangga.
Bagi yang tak cukup rehat dan selalu sakit kepala, boleh amalkan minum air rendaman asam keping. Bukan itu sahaja, air asam keping ini juga boleh membantu masalah berat badan jika diambil setiap pagi.
Bagi yang ada masalah perut buncit dan masalah susah buang air besar, boleh juga amalkan. Apa yang penting, pemakanan tetap kena jaga ya.
Berikut perkongsian Sahiza Mohd mengenai caranya buat air asam keping dan boleh mengurangkan masalah sakit kepala dan dalam masa menurunkan berat badan.
Saja nak share hasil amal minum air ASAM KEPING sebab selalu sakit kepala. Doktor kata sebab ada darah tinggi, migrin, resdung tapi tak sangka setelah 2 minggu tak ada dah sakit kepala tu.
Lagi seronok, amalan setiap pagi berat badan pun makin turun. Jadi makin slim dan perut kempis. Dari berat 65kg kini 60kg mana tidaknya habis lemak-lemak perut keluar tapi bukanlah cirit ye. Jadi bagi yang nak kurus tu boleh amal benda ni.
Patutlah orang dulu-dulu selalu amal benda ni sebab bagus untuk yang kerja bawah matahari tak rasa panas kepala. Yang perut buncit akan jadi kempis. Badan pun rasa segar je.
Cara dia mudah je rendam 1/2 keping asam gelugur/keping dengan air panas sebelum tidur malam. Bangun pagi minum air rendaman ni sebelum makan pagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka bersalin lebih-lebih lagi jahitan caesarean perlu dijaga dengan baik sehingga benar-benar pulih. Walaupun nampak luarannya seperti sudah kering dan sembuh, namun luka dalamannya mengambil masa tertentu untuk pulih sepenuhnya.
Bukan seminggu dua bahkan berbulan-bulan lamanya sehingga ia benar-benar pulih. Ini yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad. Jagalah kesan jahitan sebaiknya. Elakkan terkena jangkitan.
JANGKITAN KUMAN PADA LUKA CESAREAN
Sepanjang saya menjadi doktor, jarang saya melihat jangkitan kuman pada luka Cesarean terlalu teruk. Hanya satu kes di mana seorang pesakit berusia lewat 30 an, yang merupakan pesakit diabetes yang tidak terkawal, mengalami jangkitan pada luka Cesarean sehingga terbuka jahitan pada kulit.
Untuk sembuh mengambil masa yang lama, berbulan-bulan. Selain mencuci luka dan pemberian antibiotik, saya mendapati pemberian vitamin C juga membantu menyembuhkan luka.
Melahirkan anak secara pembedahan caesarean memerlukan penjagaan yang teliti bagi mengelakkan jangkitan luka Cesaerean ini.
Kuman (bakteria) boleh memasuki luka pembedahan apabila kawasan sekitar luka menjadi lembab dan kotor, terutama bagi wanita yang obese kuat berpeluh.
Selalunya kuman jenis Staphylococcus dan Streptococcus yang akan menyebabkan jangkitan luka Cesarean. Kuman ini berada pada kulit manusia secara semulajadi dan akan hilang apabila kita membersihkan diri dan mandi. Ia mudah membiak di kawasan yang lembab dan kotor yang tidak dibersihkan.
Tidak semua orang akan mengalami jangkitan luka Cesarean. Antara yang berisiko untuk mengdapat jangkitan ini adalah:
* Obesiti
* Umur yang semakin meningkatkan.
* Kulit yang berpenyakit
* Penghidap Diabetes
Selalunya jangkitan luka Cesarean tidak menunjukkan sebarang tanda kecuali selepas 3-7 hari. Pada masa itu kebanyakan pesakit sudah berada di rumah.
Pada awalnya, terdapat cecair yang keluar dari luka. Cecair ini akan kering selepas beberapa hari. Tetapi jika berlaku jangkitan luka Cesarean, lebih banyak cecair yang dikeluarkan.
Seterusnya jangkitan luka Cesarean menyebabkan luka akan menjadi bengkak dan kemerahan pada sekitar luka. Cecair yang dikeluarkan akan menjadi lebih kekuningan (nanah).
Demam menggigil petanda jangkitan pada luka
Jika jangkitan luka Cesarean menjadi teruk, pesakit akan berpeluh, demam yang tinggi sehingga menggigil, sakit kepala dan sakit seluruh tubuh, keletihan dan tidak bermaya.
Antara cara yang dilakukan untuk merawat jangkitan luka Cesarean adalah:
* Mencuci luka mengggunakan air yang bersih (sterile), dengan teknik yang betul. Sapukan cecair antiseptic (seperti alcohol dan ubat kuning) pada sekitar luka.
* Tutup luka jika ada cecair yang keluar dari luka.
* Ambil antibiotic seperti yang dinasihatkan.
* Kawal paras gula (bagi pesakit diabetes)
* Ambil makanan yang bernutrisi
* Ambil suplemen Vitamin C bagi membantu penyembuhan.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!