Tiada Alasan Lambat Empuk & Renih Lama, Buat Stok Daging Mak-Mak Boleh Jimat Masa Memasak

Share

Daging adalah makanan yang sarat dengan khasiat. Jangan takut memasukkan daging ke dalam hidangan si kecil untuk mendapatkan manfaatnya.

Lambat empuk atau perlu merenih lama mungkin menjadi sebab ibu-ibu mengelak memasukkan daging ke dalam sajian anak. Apa kata kita tiru tip yang dikongsikan oleh Puan Asyidah Muslih ini. Cara praktikal jimatkan masa dan anak tetap mendapat nutrien daripada daging.

Hari ni saya nak share macam mana cara penyimpanan daging untuk makanan Opa (cara Mama). Daging sangat bagus ok. Selain tinggi zat besi yang sangat crucial untuk baby rapid growth, ia juga antara sumber protein yang tinggi dan makanan penambah berat!

Ada 3 jenis daging lain-lain condition mama akan simpan untuk stok dalam freezer. Satu yang dah rebus, satu daging mentah (raw meat), daging kisar dan satu lagi air rebusan daging.

DAGING REBUS


Mama rebus siap2 dgn daging yg ktorg nak masak sampai empuk. Lepas tu asingkan siap2 utk stok Opa and divide the portion ikot sekali makan. And freeze. So then nnt masa nak buat menu daging idok la berejam lg nak rebus utk empuk semata nak masak daging . .

DAGING BIASA


Ni sekadar stok just in case. Selalu end up akan dikisarkan atau dipotong dadu utk dicampak ke dalam apa2 menu

DAGING KISAR


Stok wajib utk masukkan dalam puff ke, pizza topping ke, inti kuih2 ke or buat meatball. Kisar raw meat siap-siap and freeze.

AIR REBUSAN DAGING


Yang dalam bekas silicone tu pulak air rebusan daging. Simpan siap-siap dalam bekas tu nanti kalua nak ambik seketul and masukkan dalam masakan ada daging untuk beef stock semulajadi.

Sebab tu masa rebus daging Mama rebus sekali halia dan serai untuk kurang rasa hanyir. Jangan buang. Sayang!

Sumber: Syida Dea Lurve’ A

IKLAN