Bagi seorang ibu yang anak-anak mula dah bersekolah, tempoh menunggu untuk mendapat keputusan peperiksaan adalah saat paling mendebarkan.
Tambah lagi pada zaman sekarang ini dengan silibus pelajaran yang semakin mencabar tak sama macam dulu.
Melalui perkongsian di instagram pelakon Noorkhiriah, dia ada memuat naik satu video keputusan peperiksaan yang diperoleh anaknya. Melalui video itu Noorkhiriah terkejut dengan keputusan cemerlang yang diraih anaknya dan menjadi tanda tanya bila anak-anaknya membaca buku. Walaubagaimanapun dia bersyukur dikurniakan anak yang pandai atas izin Allah.
‘Alhamdulillah..Allah berhak nak bagi pandai..Allah juga berhak untuk bagi tidak pandai..kita sebagai hamba sentiasa usaha, buat yang terbaik, dan hasilnya juga mesti baik’!
Ads
Dalam pada itu, Noorkhiriah juga mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar di Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin kerana atas usaha mengajar dan mendidik anak-anaknya menjadi orang cemerlang.
Perkongsian Norkhiriah itu juga turut mendapat ucapan tahniah dari peminatnya serta mendoakan kecemerlangan pada masa akan datang.
Ads
Noorkhiriah yang sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Hudhaifah ,10, dan Muhammad Yusoff, 8 turut mempunyai seorang anak angkat perempuan diberi nama Nur yang kini genap setahun.
Semua yang bergelar ibu ayah menyimpan impian nak anak menjadi orang berjaya dunia akhirat. Macam-macam usaha dilakukan demi memastikan si anak bijak dan terpuji akhlaknya. Tak lupa juga berdoa kepada Tuhan supaya memakbulkan segala hajatnya. Tetapi dalam masa yang sama ibu ayah terlupa memberikan perhatian kepada si anak.
Keinginan untuk melihat anak berjaya di dunia dan akhirat sukar dicapai kalau hanya anak seorang yang perlu berusaha ke arah itu sedangkan sebagai orang tua, kita terlalu sibuk melayan handphone yang menjadi watak terpenting dalam hidup kebanyakan ibu bapa hari ini.
Kalau anak boleh berkata-kata tentu dia ingin cakap “seronoknya jadi handphone sebab ibu atau ayah akan pegang, pandang dan tersenyum-senyum padanya setiap saat.” Mungkin kita tak perasan hal itu tapi cubalah baca tulisan Encik Ahmad Hisyam Sabrani, mana tahu terkesan di hati.
Impian setinggi langit tapi…
Kau mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, huffaz quran, orang berjaya, taat mak bapak, pemimpin negara. Tapi hari-hari dalam hidup kau mengadap handphone lebih lama daripada masa kau mengadap anak-anak. Kau senyum depan gajet lebih banyak daripada kau senyum depan anak.
Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kau mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kau terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kau jerkah dia depan orang ramai.
Anak kau demam, kau bawa pergi klinik. Sementara tunggu no giliran naik, kau layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu takda kawan nak bersembang. Paling kuat pun kau bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kau tak terganggu.
Hari sukan sekolah, anak kau semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kau berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang.
Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kau lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian. Kau di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, “Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan” dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kau turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian.
Kau letakkan harapan pada masa depan anak kau setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kau letak jauh lebih tinggi.
Komunikasi dengan anakpun melalui “perantaraan” Youtube dan Ipad. Kalau takda gajet, kau pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi.
Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kau tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kau nak sedar, setelah kau nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya.
Kau adalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak kau.
Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya. (HR al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah lafaz al-Bukhari)
Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin tentang apa-apa yang dipimpinnya. Adakah ia pelihara atau ia sia-siakan, hingga seseorang ditanya tentang keluarganya. (HR an-Nasaa’ie dan Ibn Hibban, daripada Anas bin Malik. Ibnu Hajar mensahihkannya)
“Eh kamu ni, kecik-kecik lagi dah selalu sakit kepala”. Itu antara maklum balas dari sesetengah orang dewasa apabila mendengar rengekan kanak-kanak apabila mereka mengadu sakit kepala.
Apa yang perlu dilakukan ibu bapa? Bilakah anda perlu risau apabila kanak kanak mengadu sakit kepala? Adakah mereka perlukan rawatan ubat ubatan dan perhatian doktor?
SAKIT KEPALA AKUT
Sakit kepala akut berlaku secara tiba tiba dan mungkin merupakan petanda beberapa masalah berikut;
Selain dari punca punca tersebut, terdapat kanak kanak yang mengalami gejala sakit kepala yang lebih kerap. Ia di kenali dengan sakit kepala kronik.
SAKIT KEPALA KRONIK
Di anggarkan 5.5 % kanak kanak pernah mengalami maslah ini. Risiko untuk kanak kanak mengalami migraine lebih tinggi
Sekiranya anda- ibu bapa sendiri mengalami masalah migraine. Ya, kerana terdapat pautan genetik yang kuat.
Migrain kanak-kanak adalah berbeza daripada orang dewasa: sakit kepala yang dialami boleh berlaku di kedua dua bahagian kepala dan tidak berpanjangan terlalu lama.
Sama seperti orang dewasa, kanak kanak yang mengalami migraine turut mengalami keadaan tidak selesa, rasa mual, muntah dan hanya mahu berbaring di bilik yang gelap.
Kebiasaannya , kanak-kanak perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua episod untuk didiagnosis dengan migrain.
Selain dari rawatan ubat ubatan, cara untuk melegakan migraine bagi kanak kanak adalah dengan meletakkan pek ais di kepala. Ini berkesan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan.
Sakit kepala jenis “tension headache” lebih biasa. Nama lama untuk ini situasi adalah “sakit kepala band hat”. Kanak-kanak biasanya menerangkan tekanan dan kesakitan di sekitar dahi mereka atau seluruh kepala. Kesakitan ini TIDAK berdenyut denyut seperti mana migraine.
Selalunya, walaupun mereka mengadu sakit kepala, mereka masih boleh berfungsi seperti biasa ,makan, pergi ke sekolah, dan juga bermain .
Terdedah dengan cahaya skrin gadget dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan sakit kepala. Sedang kan orang dewasa turut alami sakit kepala jika melihat skrin terlalu lama, apatah lagi kanak kanak?
Pastikan anda hadkan masa pendedahan skrin, pastikan mereka berehat dan bergerak untuk melancarkan peredaran darah dan bernafas dengan lancar.
Isu kesihatan mental di kalangan kanak kanak turut boleh menyebabkan mereka mengadu sakit kepala. Tanya kanak kanak mengenai keadaan mereka di sekolah. Adakah mereka mengalami sebarang masalah di sekolah? Adakah anak anak menjadi mangsa buli di sekolah? Bagaimana dengan hubungan mereka dengan rakan dan guru?
Sekiranya anda mengesyaki sebarang isu berkaitan kesihatan mental, berbicang dengan guru kaunselor untuk membantu mereka.
Bilakah anda perlu risau apabila kanak- kanak mengadu sakit kepala?
Situasi yang perlu anda risaukan adalah apabila kanak kanak mengadu sakit kepala untuk “kali pertama atau paling teruk”
Sekiranya anak anda TIDAK pernah mengalami sakit kepala sebelum ini, anda perlu menilainya dengan berhati-hati.
Beberapa persoalan berikut perlu di selidiki:
Jika jawapan kepada mana-mana soalan ini adalah “ya,” sudah tiba masanya untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Owh ya, anda TIDAK perlu mencari jawapan di internet kerana jawapan yang anda temui di “doctor google” mungkin akan menyebabkan anda bertambah risau!
Doktor mungkin dapat membantu untuk mengurangkan kerisauan anda dengan memberikan diagnosis dan rawatan yang sesuai.
Kesimpulan
Jangan ambil mudah mengenai gejala sakit kepala di kalangan kanak-kanak. Selidiki dengan lebih mendalam mengenai gejala tersebut, gejala gejala lain , isu persekitaran dan peristiwa penting baru-baru ini. Kebanyakan masalah sakit kepala di kalangan kanak kanak dapat di rawat dan di cegah
Dapatkan pemeriksaan dan diagnosis yang tepat dengan berjumpa doktor.
Sumber: Public Health Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak menangis, ibu mulalah susah hati. Tapi orang sekeliling bila tengok ibu pujuk anak akan ada macam-macam persepsi. Sebenarnya ada sebab kenapa ibu-ibu resah dan tidak sampai hati mendengar bayi menangis.
Biasalah akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan “Biar dia menangis. Jangan manjakan sangat. Jangan angkat dia. Nanti bila besar dia besar kepala.” ataupun “Biar dia menangis. Kita perlu disiplinkan anak dari bayi lagi.”
Menurut Pengasas Parent Connect, Puan Nor Afidah Abu Bakar, pendapat ini mengarut dan tidak ada asasnya.
Ikutlah naluri keibuan itu dan jangan dibiarkan bayi anda menangis. Abaikan suara sumbang itu yang mungkin tidak (belum) sampai ilmu kepadanya.
Membiarkan bayi menangis dan mengabaikannya antara lain boleh menyebabkan:
*Perubahan struktur dan fungsi otak.
*Kesannya sama seperti orang dewasa yang mengalami kemurungan.
*Sistem adrenaline yang terlampau aktif boleh menyebabkan tingkah laku impulsif, ganas dan agresif apabila dewasa.
*Mengganggu tumbesaran dan sistem imun hingga mudah dihinggapi penyakit.
*Mempengaruhi perkembangan intelektual dan sosial.
*Menyukarkan anak mengawal emosi.
Dan bermacam-macam lagi kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang ke atas anak hanya kerana tangisannya diabaikan ketika bayi.
Tangisan adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi.
Jangan diambil mudah perkara ini.
Kita boleh ubah amalan dan kepercayaan karut dalam masyarakat dengan ilmu.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...