“Tiada Lagi Lobak Merah Atau Labu,” Hidap Penyakit Karotenemia, Ika Nabella Mohon Doakan Noah Sihat!

Bila anak-anak sakit yang paling risau tentulah ibu dan ayah. Walaupun mungkin penyakit yang dihidapi oleh si kecil tidak terlalu merbahaya, pastinya kegusaran tetap bertandang di hati.

Pelakon Ika Nabella, dalam perkongsian terbarunya di Instagram mendedahkan tentang anak lelakinya Muhammad Noah Zayn yang telah didiagnosis penyakit karotenemia atau jaundis palsu iaitu sejenis penyakit kuning.

Dalam hantaran tersebut, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim menyatakan punca penyakit tersebut disebabkan pengambilan makanan yang mengandungi karoten berlebihan seperti lobak merah.

“Aunts & Uncles tolong doakan @muhammadnoahzayn sihat sempurna please. He is now diagnosed as carotenemia baby or orang selalu panggil ‘orange baby’ due to his food intake, excessive consumption of high carotine food.


Dia suka sgt carrot. Phewww. Salah Mommy,” tulisnya.

Walaubagaimanapun menurut Ika keadaan yang berlaku kepada anaknya itu tidak merbahaya dan apa yang perlu dilakukan adalah merawat perubahan warna kulit Noah dengan tidak memberikan makanan yang tinggi karoten

“But don’t worry Noah is fine, this condition is harmless cuma Mommy & Ayah kena treat his skin discolouration tu la.. too much of yellow pigmentations of the skin & increased beta-carotine in blood.

“Sekarang! No more carrot or squash! We go green ok? & red,” tulisnya lagi.

 

Dalam ruangan komen, rata-rata pengikut Ika mendoakan agar Noah cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.

Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.

Pasangan ini menerima cahaya mata lelaki pada 23 Otober 2019 di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: Gempak & IG ikanabella

Baca: “Mengandung Lagi Cantik Berseri-seri,” Penampilan Scha Alyahya Jadi Tumpuan. Ramai Puji Seri Ibu Hamil

Baca: Bibir Anak Bengkak Ingat Ada Masalah Gigi, Rupanya Alergi Alat Solek. Doktor Pesan Mak Ayah Kena Beringat!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

 

 

IKLAN

This post was last modified on November 25, 2020 11:47 am

SAHR

Recent Posts

Hilang Dahaga, 5 Resipi Air Sesuai Untuk Dihidang Di Hari Raya. Memang Lazat!

Walaupun kita beraya dalam keadaan pandemik COVID-19, namun jangan pula kita tidak

2 hours ago

Baca Al-Fatihah, Ulang Ayat Kursi 7x Sebelum Hantar Anak Pada Pengasuh, Mohon Tuhan Lindung Anak

Semalam kita digemparkan dengan berita yang sangat menyayat hati apabila polis mengesahkan

2 hours ago

Ingatkan Prihatin, Sebenarnya Ibu Ayah Kawal Semua Benda. Anak Tak Pandai Berdikari, Emosi Terganggu!

Sebagai ibu ayah, sudah menjadi lumrah kita menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh tak

6 hours ago

Tip Nak Nasi Impit Cantik & Licin Buat Macam Ni! Tak Perlu Kacau Banyak Kali Pun

Hari raya kalau tiada hidangan nasi impit dengan kuah kacang ibaratnya macam tak lengkap. Jadinya

6 hours ago

Buat Yang Menanti Kehadiran Anak, Bacalah Doa Ini Setiap Hari. Moga Ada Berita Gembira

Jodoh, zuriat, rezeki dan kematian semuanya rahsia Allah. Kita tak tahu pun tetapi bila sampai

7 hours ago

“Tidur Awal-Awal, Adik Datang Kejut”. Sebak Dengar Pesanan Anak Ziarah Kubur Ayah

Kehilangan insan yang tersayang adalah rindu yang tiada penghujungnya. Tambah lagi bagi anak kecil yang

8 hours ago