Tiada Lagi Pendarahan Paru-Paru, Danial Dah Pandai Minum Susu. Abby Pantang Di Rumah

Share

Beberapa hari lalu, suami Abby Abadi, Faizal Zakaria memaklumkan bayi mereka berada dalam keadaan kritikal akibat berlaku pendarahan dalam paru-parunya. Bagaimanapun, seperti ada keajaiban Allah, bayi pramatang tersebut kini kembali stabil.

Menerusi Instagram, Faizal memberitahu pendarahan pada paru-paru anaknya juga sudah tiada dan ada peningkatan positif. Malah, menerusi Insta Story, Abby memberitahu kesihatannya kini juga bertambah baik.

Pasangan ini turut mengumumkan nama anak mereka yang sebelum ini digelar baby D iaitu Muhammad Danial Firman Faizal.

Dalam pada itu, mereka turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Danial dan dipermudahkan segala urusan mereka.

Sehingga kini, bayi pasangan terbabit masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan.

Dah pandai minum susu

Sementara itu, Abby juga turut berkongsi hari ke-8 kelahiran baby Danial, nampaknya Alah bagi kekuatan untuk bayinya terus sihat.

“Alhamdullillah Baby Danial dah 8 hari hari ni, sihat & tenang2 sahaja. Dah pandai minum susu Mama byk sikit dari sebelum ni, lawas sishi, lawas berry semua.. Syukur ya ALLAH”

Difahamkan juga tekanan darah Abby Abadi yang sebelum ini tinggi sehingga doktor mengambil keputusan untuk melakukan emergency ceaser dah turun dan kembali terkawal. Kini Abby mula menjalani proses berpantang di rumah.

Semoga Baby D cepat sihat dan diharap Abby serta suami terus kuat untuk anak mereka.

Sumber: IG Abby Abadi

IKLAN