Perjalanan rentas negeri dan daerah dibenarkan sempena sambutan Aidiladha, Jumaat ini kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun katanya, orang ramai perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
“Sebenarnya tidak ada sekatan perjalanan, sebab itu saya kata masih boleh balik kampung, cuma patuhi SOP.
“Walaupun dibenarkan tapi kita kena jaga diri kita,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.
Ads
Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan kerajaan akan melarang pergerakan rentas negeri dan daerah susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19, sejak kebelakangan ini.
Cuma ingin diingatkan sekali lagi pada orang ramai, terus patuhi SOP sepanjang masa walaupun bukan pada perayaan besar agar negara kita terus pulih dan dapat bebas dari wabak Covid-19 ini.
Orang kata anak banyak akal cerdik tapi menguji kesabaran ibu ayah. Lagi-lagi dalam fasa anak usia 2 tahun ke bawah, aktifnya lebih sikit dan perlu sentiasa ada pemantauan. Terleka sikit, macam-macam boleh jadi.
Kadang benda yang ibu ayah tak jangka anak buat pun mereka boleh buat sampaikan kita sendiri tergamam. Fasa ini akan dilalui oleh semua cumanya ia berbeza keadaan. Bila fikir nak dimarah pun tak boleh juga sebab mereka pun tak faham lagi.
Jadi nak tak nak ibu ayahlah yang kena banyak bersabar dan beristighfar sementara nak tunggu anak besar dan faham apa yang mereka buat itu betul atau salah.
Lagi satu kena ingat, anak kita bukannya lahir terus nakal, cuma kanak-kanak ni jenis nak cuba semuanya. Peranan kitalah yang perlu ajar dan nasihatkan dengan cara baik agar anak faham.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang bapa, Zulfadli Zainol Alam melalui FB Anak Sepahkan Apa Hari Ini? mengenai anak lelakinya berusia 1 tahun 9 bulan yang telah pecahkan skrin televisyen bersaiz 65 inci dengan sikat.
1 Tahun 9 bulan. Balingan PADU menusuk KALBU. Habis berderai TV SONY 60 INCH bapak dia. RM3400 up..up..and away….
Nak marah pun anak tak faham lagi, terpaksalah reda
Fasa anak tengah melasak, sebagai bapa anak tiga memang dah macam-macam situasi dilalui. Cumanya kali ini tak bernasib baik kerana Aish Mikhail lebih hebat berbanding dua kakaknya.
Memang tak sangka pun kejadian ni boleh berlaku tapi semua ni dah ketentuan. Jadi kenalah reda. Kejadianya bermula apabila saya dan isteri sedang bersiap untuk keluar ke kedai buku dan kedai barangan bayi.
Kebetulan ada sikat di atas meja. Masa tu kami tengah buka TV cerita kartun Oscar Oasis. Ketika hendak keluar hidupkan enjin kereta tiba-tiba dengan bunyi ketukan dekat TV.
Berderau darah sebab saya dah agak mesti TV. Dah lah TV tu baru dibeli tak sampai 3 bulan lagi. Saya cuma pusing dan panggil nama anak. Tak terkata apa setelah lihat anak buat muka tak bersalah.
Waktu tu satu je saya fikir benda dah jadi nak marah pun tak guna. Anak sedang membesar sel-sel otak sedang berhubung. Kakak-kakak dia pun dulu boleh tahan juga.
Tak sedar waktu bila anak ambil sikat
Bila dah jadi macam ni terus tak jadi nak ke kedai buku dan kedai barangan bayi. Bawa anak pergi beli makan malam. Balik makan lepas tu tidur.
Sememangnya saya dan isteri tak sedar bila anak kecil saya capai sikat rambut dan baling ke arah TV. Sebab anak saya baru masuk fasa membaling barang. Mungkin tak ada rezeki kami kali ni.
Memang masa mula-mula kejadian tu isteri membebel juga sekejap tapi bila dah ok sikit dia faham.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akibat tak tahan dengar bayi menangis, pengasuh bertindak menyumbat cili ke dalam mulut bayi sehingga menyebabkan kematian. Ibu mangsa mahu pengasuh mendapat balasan yang setimpal kerana menyebabkan kematian bayi mereka.
Tertuduh Asmarani Ghazali, 39 yang mempunyai tiga anak didakwa menganiaya Muhammad Afif Kamarol Azli dengan cara memasukkan sebiji cili hijau ke dalam mulut mangsa sehingga menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada 13 Jun, dua hari sebelum sambutan Aidilfitri.
Menurut laporan The Star, tidak tahan bayi yang dijaganya itu tidak mahu berhenti menangis, tertuduh bertindak mengambil cili hijau dari peti sejuk dan menyumbat ke dalam mulut bayi berkenaan.
Bayi tersebut kemudian mengalami kesukaran untuk bernafas, terus dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 31(5)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menggesa mahkamah mengenakan hukuman penjara 10 dan 15 tahun kerana kesalahan tersebut dianggap serius.
Ibu kepada mangsa, Rahmawati memberitahu keluarganya dalam keadaan trauma di atas kejadian yang menimpa mereka. Katanya lagi, beliau mahukan keadilan kerana anaknya dia meninggal dunia kerana dianiaya dan bukan kerana kecuaian pengasuh tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Dari hari pertama suami meninggal dunia sehinggalah kini, anak bongsu kerap demam dan menangis. Mungkin teringatkan arwah ayahnya sebab dia paling rapat dengan arwah.” Itu yang dikongsikan oleh Nor Shahida, 31, isteri arwah Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Cameron Highlands pada Khamis lalu.
Menurut Nor Shahida, anak-anak masih belum faham yang ayahnya dah pergi buat selamanya. Lagi sedih, anak sulung selalu menyebut nama arwah setiap kali dengar bunyi motosikal, sebab dia sangka itu motosikal babahnya,” katanya.
Kongsi Nor Shahida lagi, selepas pemergian suami, dia berhasrat mencari pekerjaan bagi menampung sara hidup bersama dua anaknya yang masih kecil.
“Sebelum ini dia tidak bekerja kerana mahu menumpu sepenuhnya menjaga dua anak mereka, Nurhannan Fitrysha, 3, dan Muhammad Hafiy Fahri yang baru berusia tujuh bulan.
“Anak-anak masih kecil, jadi memang wajarlah saya cari kerja. Perancangannya nak kerja kilang sahaja.
“Sebelum ini arwah memang melarang saya bekerja, tetapi seminggu sebelum kejadian, arwah ada menunjukkan dompet dan buku akaun banknya yang kosong.
“Ketika itulah dia memberi kebenaran untuk saya bekerja, tapi hanya di kawasan tempat tinggal kami di sini sahaja untuk memudahkan saya menguruskan anak-anak,” katanya ketika menerima kunjungan Skuad Perkeso Prihatin cawangan Taiping di rumahnya di Parit Mat Ali.
Dalam kunjungan itu, Perkeso menyampaikan bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 dan pencen penakat yang diterima setiap bulan berjumlah RM1,300.
Sementara itu, Nor Shahida berkata, dia bersyukur menerima bantuan daripada Perkeso.
“Insya-ALLAH duit ini akan digunakan sebaik mungkin untuk kami meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak,” katanya yang turut berhajat melaksanakan badal haji buat arwah suaminya itu nanti.
Sementara itu, Abdul Yunus berkata, pihaknya melalui pusat khidmat akan membantu mencari pekerjaan sesuai dan hampir dengan kediaman buat Nor Shahida.
“Kita juga akan merujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memohon bantuan yang boleh disalurkan bagi membantu keluarga ini memandangkan anak-anaknya masih kecil,” katanya.
Runtuhan tanah di laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sekitar jam 1.30 petang itu mengorbankan dua lelaki selepas kenderaan dinaiki tertimbus dalam runtuhan tanah.
Selain Muhammad Hafiz, seorang lagi mangsa merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...