Pelakon dan pengacara, Ain Edruce menyatakan rasa bimbang apabila anak tersayang yang baru berusia tujuh bulan demam panas sehingga mencecah suhu 39 darjah.
Keadaan lebih merisaukan apabila doktor memaklumkan baby Soraya dijangkiti virus Parainfluenza dan terpaksa di tahan di wad sejak 3 hari yang lalu.
Baby Soraya dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan menurut Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, doktor hanya memantau keadaan Soraya memandangkan tiada ubat untuk virus tersebut.
Ads
“Dia mula batuk dan selesema pada rabu. Masa bangun tidur tengah hari suhu badan dia naik sehingga 39. Saya dan suami terus bawa ke unit kecemasan.”
“Soraya terpaksa ditahan wad dan diambil darah. Doktor maklumkan Soraya dijangkiti Parainfluenza.. tapi bukan Influenza”
“Virus ini tak ada ubat untuk dia. Apa yang doktor boleh buat, pantau keadaan suhu badan, batuk dan selesema”
Ads
Tambah Ain, jika keadaan anaknya dalam keadaan baik mereka dibenarkan pulang hari ini.
“InsyaAllah kalau keadaan dia semakin baik, akan dibenarkan pulang. Harap semua boleh doakan Soraya cepat sembuh”
Ads
Ain mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz pada 13 Disember 209 dan dikurnikan cahaya mata perempuan, Soraya pada Mei 2021.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perjalanan menyusukan anak banyak manis dan pahitnya. Walaupun banyak cabaran terpaksa ditempuhi namun bila melihat mata si kecil yang dahagakan susu ibu, pastinya membuatkan mama lebih bersemangat untuk terus berjuang memberikan susu terbaik buat si kecil.
Sama seperti Puan Noraqilah, walaupun tugasnya sebagai jururawat yang sentiasa sibuk namun bukan halangan untuk dia menyediakan susu perahan buat anak tercinta. Ikuti perkongsian ini.
JURURAWAT DAN PERJALANAN PENYUSUAN
Sungguh, perjalanan penyusuan ini bukan mudah. Tapi, saya yakin dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nak yang terbaik untuk anak? Jangan mudah putus asa 😉
Nak banyakkan susu?
Jaga jadual pam. Rajin-rajin power pumping at least seminggu sekali untuk tingkatkan demand. Kalau rajin, buat 3 hari berturut-turut dalam seminggu. Don’t expect lepas power pumping, esoknya susu terus melimpah-ruah okey 🤷🏻♀️
Kalau masa kerja kena pump?
Mesti la kena pump. Ini jadual pump saya 👇🏻
AM shift
PM shift
ON shift
*Kalau awak-awak kerja wad tak busy, pump la 2jam sekali. More demand, more supply tau.
Tanderm nursing perlu ke?
Kalau kat rumah, saya jarang pump susu. Tapi saya rajin tanderm nursing. Afifa Faaeqa df sebelah, sebelah lagi saya letak silicone pump atau handsfree. Jangan rasa down bila dapat 1-2 oz. Kumpul-kumpul akan jadi banyak kan? 🤗
Pump apa yang sesuai?
Saya guna heavy duty pump yang rechargeable. Youha essence duo. Pump ni serius 👍🏻 sebab ada 2 jenis suction dan tak menyakitkan. Sangat berbaloi! Thanks YOUHA Malaysia for being part of my breastfeeding joirney 😊 Then, corong guna cimilre handsfree. Senang, boleh pump masa drive. Ada orang suggest guna freemie tapi saya tak suka sebab nanti nak kena transfer ke botol pula susunya. Tapi, freemie also worth to buy tau. Cimilre terus masuk dalam botol je. Jimat masa 🤭
Berapa lama pump susu?
❤️ For me, 15-20minutes dah memadai. 15minutes double pumping then 5 minutes marmet. Make sure miss B betul-betul kosong ye 😉
Cara penyimpanan susu?
❤️ Untuk chiller, saya simpan dalam botol. Senang nak bawa ke rumah babysitter. Maximum susu di chiller saya 5 hari. Hari ke 5, saya akan pindahkan ke frozen.
❤️ Untuk frozen, saya pindahkan susu dari chiller yang dalam botol ke storage bag untuk jimatkan ruang. Maximum susu frozen saya 3bulan (fridge 2 pintu). Tapi till today, x pernah ada susu frozen saya yang lebih dari 2 bulan sebab sentiasa rotate. Bagi susu frozen, hanya boleh digunakan dalam masa 24jam bila diturunkan ke bahagian chiller.
❤️ Susu yang baru di pam (fresh), tak panaskan tahan 3-4jam bergantung pada suhu bilik. Susu chiller dan frozen dah panaskan tahan sejam. Sebolehnya, habiskan dalam masa sejam ye 😊
❤️ Tapi kedua-dua susu, once baby dah mula hisap, kena habiskan dalam masa sejam sebab dah bercampur dengan air liur baby.
❤️ Mummy boleh rasa dulu kalau tak yakin. Kalau masam, dah rosak la tu. Baby saya dah almost 9months, okey je 😊 kalau tak yakin, sila refer lactation counsellor ye 😉
❤️ Untuk memudahkan babysitter, susu dalam setiap botol memang disimpan mengikut amaun yang anak selalu minum, 3oz. Anak saya memang diberi 3oz setiap 2-3jam, mengikut demand dari 3months till today.
Berapa amaun susu yang dapat bila pump?
❤️ Selalunya saya akan dapat 5-8oz. Jarang dapat 9oz. Hey mummy! Jangan risau kalau awak pump dapat 2-3oz. Saya pun kadang-kadang mengalami benda yang sama. But, it’s okey. positive tau! As long as cukup untuk anak, itu dah memadai kan? Jangan letak target yang tinggi bila pump sebab bila dapat tak sama dengan yang awak target, awak akan rasa down. Bersyukur, walau banyak mana pun amaun yang awak dapat. Pump dengan tenang dan positive 😉
Milkbooster apa yang sesuai?
❤️ Cukup makan, banyak la susu. Saya x ambil apa-apa produk milkbooster. Hubby+anak milkbooster terbaik saya 😆
Makanan pekatkan dan banyakkan susu?
❤️ Nasi+sawi+carrot
❤️ Almond
❤️ Kurma, kismis
❤️ Susu
❤️ Minum air at least 3liter sehari
Jalan-jalan shopping mall kena bawa susu?
❤️ For me, yes. Standby la 1 botol 3oz, sebab anak saya kalau dah lapar tak kira dah kat mana pun. Nak cari nursing room, bukan semua mall ada kan 😂
Kena jaga emosi?
❤️ Sila control emosi dengan bijak. Bab ni, hubby memang memainkan peranan penting. Kalau saya moody, he’ll do anything to make me happy. Nak bagi yang elok untuk anak, emosi mummy pun kena la selalu positive 🤗 Paling best bila mood ke laut, hubby cakap nanti hubby cuti kita holiday ye 😱
With love,
Kredit: Noraqilah Johari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak melalui pengalaman orang tua dengan selamba menyuruh anda memberikan bayi anda makan apabila dia tidak berhenti menangis. Padahal usia si kecil tak sampai sebulan lagi.
Alasannya anak lapar sebab itu dia menangis. Kalau zaman tok nenek kita memang menjadi lumrah mereka memberikan bayi makan sebelum usia enam bulan. Biasanya makanan yang diberi adalah nasi lembik atau pisang lenyek dan mereka memberitahu tiada sebarang masalah berlaku kepada anak-anak zaman tersebut.
Tetapi sekarang kita tidak boleh mengikut lagi saranan orang tua-tua tentang memberi bayi makan sebelum usia enam bulan kerana zaman sudah berubah. Ilmu perubatan dan teknologi juga turut mengalami perkembangan dan berubah berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh para penyelidik.
Inilah yang berlaku kepada seorang ibu apabila ibu mentuanya menyuap bayi yang baru berusia 25 hari dengan alasan bayinya menangis kerana lapar dan akhirnya menyebabkan bayi tersebut maut.
Kisah bermula bila berpantang rumah mak mentua
Ayah mentua mula bising, suruh anak saya yang baru usia 25hari makan
Kata mereka “Orang dulu-dulu ok je bagi anak kecil makan
Ada sesetengah ibu sudah bagi bayi makan makanan pejal sebelum anaknya genap usia 6 bulan. Ibu kena tahu ia mempunyai risiko pada kesihatan si manja?
Hasil kajian dan penyelidikan, akhirnya para pakar perubatan kanak-kanak menyarankan pemberian makanan pejal perlu diberi kepada bayi sebaik mereka mencecah usia enam bulan. Mengapa? Inilah sebab-sebabnya.
1. MEMBERI PERLINDUNGAN DARIPADA PENYAKIT
Pemberian makanan setelah bayi berusia enam bulan dapat memberikan perlindungan besar dariapda pelbagai jenis penyakit. Ini disebabkan sistem imun bayi kurang daripada enam bulan masih belum sempurna. Pemberian makanan pejal awal boleh menyebabkan masuknya pelbagai jenis kuman dalam badan bayi.
Bayi yang diberi makan sebelum usia enam bulan, cenderung untuk dijangkiti cirit-birit, sembelit, batuk dibandingkan bayi yang hanya mendapat susu ibu eksklusif sepanjang enam bulan usianya.
2. SISTEM PENCERNAAN SUDAH SEMPURNA
Sistem pencernaan dalam badan bayi yang berusia enam bulan ke atas sudah cukup sempurna dan bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu. Beberapa enzim pencerna protein seperti asid gastrik, lipase, enzim amilase hanya akan sempurna berfungsi apabila bayi berusia enam bulan ke atas.
Jika bayi berusia bawah enam bulan diberi makan, sistem pencernaannya perlu bekerja lebih keras untuk mencerna makanan. Kesannya boleh menimbulkan gangguan pencernaan seperti sembelit atau kembung perut.
3. KURANG RISIKO ALAHAN PADA MAKANAN
Apabila bayi berusia kurang daripada enam bulan diberi makan, sel-sel di sekitar usus belum bersedia untuk menerima bahan-bahan makanan sehingga makanan yang masuk dalam perut boleh menyebabkan tindak balas imun dan berlakunya alahan.
4. MELINDUNGI BAYI DARIPADA OBESITI
Dengan menunda pemberian makanan pejal sehingga bayi berusia enam bulan dapat melindungi bayi daripada risiko obesiti di masa hadapan. Proses pemecahan bahan-bahan makanan belum sempurna jika bayi diberi makan sebelum usia enam bulan. Ia hanya akan menyebabkan risiko meningkatnya kandungan lemak dan berat badan.
Ada beberapa kes yang ekstrem memerlukan bayi menjalani pembedahan akibat pemberian makanan pejal terlalu awal. Oleh itu pastikan anda ada maklumat dan ilmu yang tepat dari sumber mereka yang pakar. Bukan sekadar dengar cerita dan pengalaman orang sahaja. Yang penting adalah kesihatan anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Air biji kembang semangkuk penawar untuk anak demam, batuk berkahak selain makan ubat. Jika anak sedang batuk berkahak, salah satu bahan makanan semulajadi yang bagus ialah biji kembang semangkuk.
Air rendaman biji semangkuk, bagus untuk keluarkan kahak dan hingus anak yang selesema dan batuk. Biji kembang semangkuk (malva nut/Taiwan sweet gum) berupaya bukan sahaja menyejukkan badan, tetapi juga membuang kahak.
Cara-caranya:
1. Rendam 2 biji kembang semangkuk ke dalam air.
2. Selepas setengah jam, tapis. Ambil airnya.
3. Airnya dicampur sedikit madu. Minum 3 kali sehari.
Juga boleh dijadikan pengganti air kosong, simpan dalam botol, minum sekerap mungkin.
Biasanya setelah minum, mungkin akan muntah beberapa kali untuk keluarkan kahak.
Selepas itu, akan lebih baik.
Untuk bayi bawah 1 tahun dan menyusu badan, ibu yang kerapkan minum. Sesuai untuk 1 tahun ke atas.
ELAKKAN MAKANAN/MINUMAN INI KETIKA BERKAHAK:
Makanan yang menghasilkan kahak – gula, junkfood, fastfood, jajan, coklat, aiskrim, kek, biskut, susu tepung, susu (walau organik sekalipun), air bergas, air kotak, semua makanan berasaskan tepung gandum, barli, rye.
Tidak guna amalkan itu ini tetapi sumber utama penyumbang kahak kita tidak tinggalkan.
Di mana nak dapatkan biji Kembang Semangkuk?
Pasar harian, pasaraya bahagian rempah/barangan kering timbang, contohnya bahagian sagu, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain.
Ada juga yang telah dipekkan. Harganya dalam 3-4 ringgit saja, lebih kurang 10 biji.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.