Macam-macam petua dikongsi di media sosial. Antaranya petua tabur tepung pada kuit melecur. Petua tersebut viral kerana ramai yang berkongsi dan ingin mencubanya.
Sebelum anda mengambil keputusan untuk mempercayai petua tersebut bulat-bulat, lebih baik periksa kesahihannya kerana bimbang ia boleh tambah memudaratkan tahap kecederaan yang dialami.
Semak dulu fakta dan langkah kecemasan di kongsi oleh Dr Rusyainie Ramli bila berhadapan situasi anak melecur di rumah.
MELECUR, TABUR TEPUNG?
Setiap kali ada petua yang entah apa-apa ditulis oleh 1 netizen, gerenti akan dapat beribu-ribu perkongsian. Tak terlintas ke nak tanya dulu pada yang ahli sebelum terus percaya bulat-bulat dan terus sebar di alam siber.
Saya pernah tulis pasal melecur ni. Ni saya ulang sekali lagi sebagai ilmu untuk netizen yang menjadi kawan FB saya.
Pesanan saya, TOLONG SEMAK FAKTA SEBELUM PANTAS JARI TU KLIK ‘KONGSI’.
Ads
Melecur merupakan salah satu kecederaan yang kerap terjadi di rumah kita. Melecur boleh disebabkan oleh terkena air, sup atau kuah, atau wap yang panas.
Melecur boleh menyebabkan kesakitan yang teramat sangat. Kulit yang terkena melecur akan kelihatan kemerah-merahan atau menggelupas, melepuh, atau bengkak. Di dalam keadaan yang lebih teruk, kulit akan kelihatan keputih-putihan.
Sekiranya berlaku melecur di rumah, ikuti langkah-langkah berikut:
1.Alihkan anak dari punca yang menyebabkan melecur itu.
2.Lalukan air mengalir (suam atau suhu biasa) ke atas kulit yang melecur itu paling kurang 20 minit, sehingga bahagian tu dah tak rasa sakit. Ni untuk mengelakkan kecederaan tisu ke lapisan lebih dalam.
Ads
ELAKKAN menggunakan ais, air berais, atau sebarang krim termasuklah minyak gamat, mentega, ubat gigi dan kicap.
APATAH LAGI TEPUNG GANDUM! Ya Allah. Seksa dan naya anak kecil ni kalau kena bawa ke hospital. Macam mana nak bersihkan tepung penuh melekat satu badan untuk doktor nak buat dressing yang betul.
Itu belum kira potensi jangkitan kuman yang mungkin berlaku. Kasihan anak kita. Kalau kuman merebak dalam darah dan melibatkan orang-organ penting, komplikasinya menakutkan.
3.Buang apa juga pakaian atau barang persendirianseperti jam, gelang, rantai yang berdekatan dengan kulit yang melecur itu.
TETAPI, sekiranya ia melekat pada kulit yang melecur itu, biarkan.
4.Gunakan kain selimut yang bersesuaian untuk memastikan anak kita tidak kesejukan semasa kita di dalam perjalanan ke hospital atau klinik.
Pastikan selimut itu tidak bergesel dengan kulit yang melecur.
Ads
Sekiranya bahagian seperti tangan atau kaki yang melecur, tutup bahagian itu dengan plastik pembalut makanan yang lembut (‘cling film’).
5.Sekiranya, kecederaan itu tidak teruk, rawatan ubat-ubatan seperti Paracetamol boleh digunakanuntuk mengurangkan kesakitan.
6. Sekiranya bahagian muka yang melecur, pastikan anak kita duduk dan bukannya terbaring semasa dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan bagi mengelakkan bengkak yang lebih teruk.
BILA MESTI MENDAPATKAN RAWATAN DI KLINIK ATAU HOSPITAL?
1. Bila kulit yang melecur itu saiznya lebih besar dari tapak tangan anak kita.
2. Kulit yang melecur kelihatan keputih-putihan.
3. Bahagian badan yang melecur melibatkan muka, tangan, kaki atau kemaluan yang telah melepuh.
4. Melecur kulit yang melibatkan kanak-kanak yang berusia kurang 5 tahun.
PENTINGKAN KESELAMATAN DI RUMAH!!!
1. Jauhkan anak-anak kita sekurang-kurangnya 3 kaki dari peralatan seperti dapur masak, seterika dan cerek elektrik.
2. Elakkan anak-anak yang masih kecil daripada menyediakan sendiri minuman panas dan makanan seperti mee segera.
3. Jangan memasak, atau membawa atau pun minum air panas semasa mendukung atau mengendong anak.
4. Pastikan tidak ada alas meja yang berjurai di rumah kita, terutama di meja makan dan meja kopi. Anak kita boleh menarik alas meja tersebut dan air panas boleh tertumpah ke atasnya.
5. Jauhkan makanan atau minuman panas dari tebing meja.
6. Apabila memasak, pusingkan pemegang periuk ke bahagian dalam menghadap dinding, untuk mengelakkan anak-anak kita menariknya.
7. Jangan sesekali meninggalkan masakan kita yang sedang di masak dapur tanpa pengawasan.
8. Sentiasa memeriksa suhu makanan atau minuman sebelum dihidangkan kepada anak-anak.
9. Sekiranya berkemampuan, pasang alat pemanas air untuk kegunaan mandian bagi mengurangkan risiko sekiranya menggunakan air panas yang dijerang untuk campuran mandian anak-anak kita.
Siapa saja yang tidak mengenali pelakon berbakat besar, Fauzi Nawawi kan? Sama ada memegang watak sebagai seorang bapa atau penjahat dalam sesebuah karya seni, lakonannya tidak pernah mengecewakan. Bukan sekadar berlakon bahkan Fauzi juga merupakan seorang pengarah dan penerbit.
Gandingan dia dan isteri, Lisdawati, sering mendapat perhatian bukan hanya kehebatan mereka memainkan sesebuah watak dalam lakonan bahkan kemesraan pasangan ini menjadi inspirasi kepada ramai orang.
Pada usianya 48 tahun, siapa sangka Fauzi sudah bergelar datuk kepada tiga orang cucu. Pada awal tahun ini, anak perempuannya iaitu Hanna Faresha telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Hanna telah melahirkan bayinya pada 3 Januari 2023 dan berkongsi berita baik ini melalui laman Instagramnya. Anak lelakinya itu diberikan nama yang cukup indah, Tuan Hamzah bin Mohd Aqif.
Terdahulu, Fauzi telah menimang cucu pertamanya selepas anak sulungnya, Nurul Hainil melahirkan bayi perempuan bernama Yasmin. Kemudian, anak lelakinya yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Fareez, pula bergelar seorang ayah. Isterinya, Nurwathiqah melahirkan anak sulung mereka yang dinamakan Farrel.
Bersyukur dan meraikan kehadiran dua orang cucu pada bulan yang sama, Fauzi sangat teruja menjadi seorang datuk dan keluarganya juga semakin besar.
Hanna Faresha telah bernikah dengan suaminya pada 12 Disember 2021. Sekadar pengetahuan, Hanna merupakan anak ketiga hasil perkahwinan bersama bekas isterinya.
Bayi kuning (Neonatal jaundice). Penyakit ini terbahagi kepada dua jenis iaitu ‘physiological jaundice‘ dan ‘pathological jaundice’.
“Physiological jaundice” adalah keadaan kuning di kalangan baby yang berumur 2 sehingga 7/14 hari. Ia merupakan situasi yang biasa dan tak semuanya memerlukan rawatan. Menurut APA, sebanyak 60 peratus bayi akan mengalami penyakit kuning dalam minggu pertama.
“Pathologic jaundice” pula adalah keadaan kuning yang dikesan dalam masa 24 jam selepas baby dilahirkan, Keadaan ini memerlukan rawatan serta merta.
Ada juga “Prolonged Jaundice” yang kuning bayi melebihi 14 (matang)-21(pramatang) hari selepas dilahirkan. Kebanyakan keadaan ini tidak membahayakan tetapi ia mungkin juga merupakan tanda hati bayi ada masalah yang serius.
Namun adakah demam kuning ini berbahaya kepada si bayi jika tidak dirawat? Ikuti perkongsian daripada Pakar Perunding Kanak-Kanak, Datuk Dr Muhammad Iqbal Sarwar berkenaan penyakit ini.
Jaundice Bayi Baru Lahir Adalah Perkara Biasa
Jaundice Kalau Tinggi Sangat Boleh Rosakkan Otak
Selalunya kalau mata, peha & kaki baby tu dah kuning. Ini bermakna level jaundice dalam darah baby tu tinggi. Kena periksa DARAH.
Boleh Terjadi Pekak Saraf
Kredit: Datuk Dr Mohammad Iqbal, Pakar Perunding Kanak-kanak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu ibu diakui makanan terbaik untuk anak kecil, namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tersendiri.
Disebabkan itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar dengan sihat.
Tetapi dalam membancuh susu formula si bayi, ramai ibu bapa melakukan perkara salah sehingga menyebabkan zat dan nutrisinya susu berkenaan hilang di mana mereka akan mula membancuh susu dengan air panas dahulu.
Bagaimana anda membancuh susu formula?
Selalunya cara di bawah ini kan..
1) Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
2) Tuang air panas.
3) Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4) Goncang sehingga sebati
5) Rasa suhu sebelum diberi minum.
Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!
Kenapa?
✔️✔️ Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.
✔️✔️ Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.
✔️✔️ Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.
Oleh itu di sini kami titipkan langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja iaitu:-
1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
2) Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.
3) Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
4) Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
5) Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.
Untuk dapatkan info lanjut mengenai e-WORKSHOP ini, klik http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...