Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) merupakan penyakit kanak – kanak bawah 10 tahun di mana terjadinya lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Pembentukkan ulser kecil di tekak dan tonsil, manakala di tangan, kaki, dan kawasan diaper dijangkiti ruam dengan ciri – ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya, penyakit ini sederhana dan ruam boleh sembuh kira – 5 – 7 hari.

Ibu bapa hendaklah sentiasa berwaspada dengan penyakit HFMD ini. Selalu jaga kebersihan diri dan anak demi mencegah berjangkit dengan penyakit ini. Perhatikan tanda – tanda seperti demam dan ruam yang terjadi di tangan, kaki anak. Jika ada, berkemungkinan anak telah dijangkiti HFMD.

Tiada Vaksin Pencegah Bagi HFMD, Kerap Cuci Mainan Anak Dengan Antiseptik. Membantu Mencegah HFMD Terus Berjangkit.
Sumber foto: Facebook Dr Ahmad Samhan

Menurut Dr Ahmad Samhan, penyakit HFMD ini berlaku disebabkan oleh dua virus utama iaitu Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus – 71 (EV71). Penyakit ini mudah dijangkiti oleh kanak – kanak kurang dari 10 tahun dan 90% kes berlaku pada kanak – kanak lingkungan usia kurang dari lima tahun.

“Tanda – tanda dijangkiti seperti ulser di tekak dan mulut, ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki, lutut dan kawasan lampin, demam dan hilang selera makan. Virus ini merebak melalui air liur, sentuhan cecair lepuh (blister) dan najis dari mereka yang berpenyakit.

“Penyakit ini didiagnosa melalui kewujudan gejala dan tanda klinikal. Ujian makmal perlu dilakukan. Tiada rawatan khusus. Rawatan antibiotik tidak berkesan. Ubat demam (paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam. Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim untuk mengurangkan kesakitan ulcer mulut. Losen anti – gatal (calamine) membantu melegakan ruam. Pastikan minum air yang cukup.” Kata Dr Ahmad Samhan melalui perkongsian di akaun Facebooknya.

Tambah beliau, tiada vaksin untuk penyakit ini. Selalunya akan sembuh dengan sendiri. Ada segelintir boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. Ibu bapa layak untuk mendapat cuti kuarantin. Doctor akan keluarkan surat pengesahan penyakit dan surat sokongan kuarantin kepada majikan.

“Cara pencegahan adalah kerap cuci tangan anak, elakkan dari menghantar anak ke taska yang disyaki HFMD, kerap cuci alat permainan anak dengan antiseptic dan memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul.

“Kajian menunjukkan virus EV71 di atas permukaan plastic yang terdedah kepada persekitaran masih berupaya menyebabkan penyakit dalam masa 3 hari. Survey menunjukkan kerusi bayi di restoran antara punca HFMD kerana dikotori air liur bayi sebelumnya.” Kata Dr Ahmad Samhan menerusi perkongsian di akaun Facebooknya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI