Tiap Hari Beri Sentuhan Dan Kekuatan. Danial Kuat, Berat Naik Hampir 100g

Share

Melalui fasa getir selepas melahirkan anak secara pembedahan akibat tekanan darah yang tak stabil, kini nampaknya doa semua orang di dengar oleh Allah.

Melalui apa yang dikongsikan Abby mengenai perkembangan bayi lelaki pramatangnya itu, Danial Firman nampak ada banyak perkembangan positif setiap hari walaupun di awal kelahiran doktor tidak menaruh harapan tinggi dan minta bersedia.

Berkat doa yang tak putus dan usaha Abby memberikan susu badan serta setiap hari memberi urutan pada bayinya itu, tindak balas yang ditunjukkan setiap hari makin baik dan stabil.

Walaupun berada dibawah pemantauan rapi, perkembangan positif ini pastinya melegakan Abby dan suaminya, Faizal Zakaria.

“Terima Kasih ALLAH untuk perkembangan Baby Danial. Terima Kasih juga pada yang tak putus mendoakan.”

Tiap Hari Beri Sentuhan & Kekuatan

Jelas Abby, memandangkan kini dia berpantang di rumah, setiap hari akan ke hospital untuk pastikan Danial mendapat sentuhan dan kekuatan darinya dan suami.

Walaupun terpaksa berulang-alik tapi puas hati bila dapat maklum balas yang baik dari doktor mengenai Danial.

Seolah-olah Danial menunggu kehadiran mama dan abah. Ini juga jadi sumber kekuatannya untuk terus bertahan.

“Mama abah terus doakan Danial terus bertahan dan boleh keluar hospital cepat. Kakak, abang semua tunggu di rumah,” katanya.

Sebelum ini Danial pernah kritikal dan 90% bergantung pada mesin. Lepas tu turun 65% serta turun lagi 50% .

Berat Danial juga makin bertambah sebanyak 618 gram berbanding di awal kelahirannya hanya 535 gram sahaja ketika di usia kandungan 24 minggu.

Setiap kali perkongsian Abby, dia sentiasa mohon mendoakan baby Danial. Kami sayang dia sangat! Dan saya tahu ada ramai juga sahabat-sahabat yang sayang pada Baby Danial kan walaupun tak pernah tengok.

Sumber: ig abby abadi

IKLAN