“Mama rindu senyuman anak mama. Rindunya mama nak tengok awak senyum dik. Setiap hari mama menunggu . Mama tak putus berdoa dan berharap adik kembali sihat pulih.

Jika ini rezeki yang Allah berikan untuk mama jaga adik sehingga nafas terakhir mama, mama redha lepaskan segala-galanya. Walaupun jiwa mama bagai dihempap batu yang berat dan besar mama berserah semuanya pada Allah. Tiada siapa yang inginkan ia  terjadi. Adik insan yang terpilih.”

“Tiap Hari Mama Tunggu Awak Senyum. Mama Janji Jaga Sampai Akhir Hayat, Daffrel Kuat” 
Moga Allah makbulkan doa mama untuk lihat kembali senyuman mu sayang. Daffrel anak yang kuat!

Walaupun kita tiada dalam situasi mama adik Daffrel tetapi bagi sesiapa yang mengikuti perjalanan kisah anak ini pasti akan merasai kesedihan yang ditanggung kedua ibu bapa Daffrel dan keluarganya.

“Tiap Hari Mama Tunggu Awak Senyum. Mama Janji Jaga Sampai Akhir Hayat, Daffrel Kuat” 
Bacaan graf yang bawah sama macam Daffrel

Dilahirkan sihat dan normal seperti bayi lain, namun tiba-tiba semuanya berubah sekelip mata selepas beberapa bulan kelahirannya. Penyakit yang dialami oleh Daffrel bukan biasa-biasa. Daffrel disahkan sawan Infantile Spasms di mana otak adik Daffrel telah rosak dan menyebabkan sawan ini menyerang bila-bila masa sahaja.

“Tiap Hari Mama Tunggu Awak Senyum. Mama Janji Jaga Sampai Akhir Hayat, Daffrel Kuat” 

Rawatan susulan di HUKM/HKL

Menerusi coretan bapa Daffrel, Firdaus Ismail, selepas Daffrel dimasukkan ke wad, tindak balas ubat untuk simptom Daffrel kuat sangat sampai kekerapan berlaku spasms lebih kurang 1 jam sekali.

IKLAN

ARTIKEL BERKENAAN [“Sabar Ya Sayang, Mama Yakin Adik Kuat!” Ramai Doakan Daffrel Cepat Sihat]

“Tiap Hari Mama Tunggu Awak Senyum. Mama Janji Jaga Sampai Akhir Hayat, Daffrel Kuat” 

Doktor bagi estimate lebih kurang 1 minggu lagi rawatan di sini. Harap semua perancangan doktor berjalan lancar, kemungkinan selepas habis rawatan di sini, kami akan bawa Daffrel ke HUKM/HKL untuk menjalani rawatan susulan berkenaan simptom ni.

IKLAN

Proses ini mengambil masa dalam 3 hingga 6 bulan. Moga diberikan kemudahan dan kekuatan pada kami sekeluarga untuk memberikan yang terbaik untuk Daffrel. Terima kasih juga kepada anda semua yang selalu mendoakan kesihatan Daffrel, mendoakan kekuatan untuk kami, yang memberi sumbangan, kami amat terharu dan menghargainya.

Semoga Allah perkenankan doa-doa kalian dan kembalikan doa yang baik untuk kamu semua, Amin Ya Mujib.

“Tiap Hari Mama Tunggu Awak Senyum. Mama Janji Jaga Sampai Akhir Hayat, Daffrel Kuat” 

IKLAN

Sawan masih ada, cuma badan tak kejang, hanya mata ke atas

Sementara itu, menurut mama Daffrel, Norazimah Bunihan, keadaan sawan Daffrel dalam keadaan tetapi masih lagi menyerang. Cuma dah tak keras dan kejang macam sebelum ini. Kadang-kadang hanya mata je ke atas.

Daffrel masih lagi on steroid untuk kawal keadaannya. Tolonglah doakan Daffrel sembuh sepenuhnya. Sihat, bijak, ceria macam kawan-kawan adik ya. Semoga spasms adik terus hilang dan boleh fokus melihat dan mendengar pula selepas ini. Aamin Ya Allah.

Kredit: Norazimah Bunihan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI