Usahawan dan pengasas Fashion Valet, Datin Vivy Yusof mencuri perhatian netizen apabila tidak boleh berjauhan dengan anak bongsunya, Sarah Ilham Shah.
Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 31, berkongsi video momen bersama anaknya Sarah, satu tahun, yang tak mahu berenggang dengannya dan nak ikut sekali setiap kali keluar bekerja sehingga dia pun tak sampai hati.
Hati ibu mana sanggup tengok anak merengek kan? Mesti ibu lain yang bekerja turut mengalami situasi sama dan ana berdrama air mata tiap kali nak berpisah sama ada kena tinggal dengan pengasuh, pembantu rumah atau di taska.
“Setiap pagi saya begini. Inilah sebab Fadza dan saya reka sebuah bilik kanak-kanak di pejabat untuk rakan sekerja kami meletakkan anak-anak mereka bila-bila masa sahaja,” tulis Vivy sebagai kapsyen.
Ads
Menerusi video berdurasi hampir 20 saat itu menunjukkan Sarah merengek apabila Vivy melangkah keluar daripada rumah dan mahu mengikuti ibunya ke pejabat.
Aksi Sarah yang pandai nak menikut Vivy itu buat netizen terhibur dan ramai juga menyokong idea Vivy menyediakan ruangan kanak-kanak di pejabat untuk memudahkan para ibu.
Ads
“Bertuahnya kalau dapat boss macam Vivy.”
“Bagusnya boleh bawa anak. Terkenang dulu waktu kerja bawa anak. Aura ibu sangat kuat untuk anak,” kata seorang netizen.
Ads
“I hope one day every school in Malaysia will have their own taska so that teachers and staffs can bring their children and work happily,” cadang seorang wargamaya.
Video tersebut sehingga kini telah menerima lebih 350,000 tontonan.
Vivy dah Fadza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Selain Sarah Ilham Shah pasangan ini juga mempunyai dua lagi cahaya mata Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam tempoh tumbesarannya, bayi tidak memerlukan terlalu banyak mainan. Ibu ayah seharusnya mencari mainan yang dapat merangsang skil serta deria mereka.
Bayi sukakan aktiviti yang memerlukan mereka menggenggam, melempar, mengetuk atau memasukkan sesuatu ke dalam bekas.
Tahap penglihatan bayi baru lahir terhad iaitu kurang 6 inci dari mukanya. Jadi adalah penting menyediakan permainan yang mempunyai warna kontras iaitu hitam dan putih sebagai permulaan permainan buat si kecil. Warna sebegini mampu merangsang penglihatannya.
Tetapi setelah bayi berusia dua bulan, kemahiran penglihatannya telah berkembang. Jarak penglihatan bayi anda bertambah dan mulai boleh melihat pelbagai warna. Jadi anda boleh mulai membeli permainan yang mempunyai warna terang misalnya merah, biru dan kuning.
Bayi masih kecil. Kulit amat sensitif. Dia memerlukan permainan kain lembut yang tidak mencederakan kulitnya. Biasannya permainan ini merangkumi buku jenis kain dan anak patung kain. Pastikan juga buku itu mempunyai imej yang tidak terlalu banyak dan tidak mudah terkoyak.
Lebih menarik buku ini boleh mengeluarkan bunyi muzik yang menenangkan si manja. Bunyi-bunyian ini akan dapat merangsang deria pendengarannya dan perkembangan bahasa anak jika anda menceritakan isi kandungan buku itu. Busy book juga pilihan mainan yang baik untuknya.
Anda juga perlu tahu bahawa bayi yang masih kecil belum mengalami perkembangan deria genggam dengan baik (kemahiran fizikal). Jadi anda boleh memperkenalkan permainan yang merangsang perkembangan fizikalnya. Jadi perkenalkan permainan yang lembut supaya ketika bayi meniarap dia akan menggerakkan badan, tangan dan kakinya untuk mencapai permainan yang diletakkan di hadapannya. Gerakan ini mampu merangsang mindanya untuk aktif dan cergas.
Baby mobile berwarna-warni dan mengeluarkan bunyi-bunyian mampu menarik perhatian si kecil. Mainan ini boleh merangsang fungsi penglihatan dan pendengaran si manja. Baby gym boleh membantu anak mengembangkan koordinasi gerakan tangan dan mata. Permainan yang boleh dipegang dan diramas berbentuk boneka atau bola yang diperbuat dari bahan yang lembut.
BAYI HINGGA 2 TAHUN AKAN BERMAIN APA SAHAJA BENDA YANG BOLEH DICAPAINYA. CARA MEREKA BERMAIN ADALAH MELALUI SENTUHAN, BUNYI, BAU DAN RASA. MEREKA CUBA MENOLAK MENARIK DAN MENGHEMPAS ATAU MEMUKULNYA. MEREKA JUGA SENGAJA MENJATUHKAN ALAT PERMAINAN DAN KEMUDIAN CUBA MENGAMBILNYA DENGAN PELBAGAI CARA.
Permainan blok ini melibatkan bayi menyusun kepingan-kepingan atau bongkah-bongkah yang dipisahkan. Permainan ini juga mengasyikkan dan dapat meningkatkan kreativiti kerana blok ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran.
Permainan blok ini sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus, melembutkan jari dan keupayaan kognitif yang amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan ini tidak berjaya dicantumkan, anak kecil ini akan cuba lagi untuk membuatnya berulang kali.
Ia permainan yang amat menyeronokkan. Anda boleh gunakan patung pupet untuk berbual dengan mereka. Boleh guna patung pupet yang boleh dimasukkan tangan di dalamnya. Si manja tentu seronok!
Mainan ini menggalakkan bayi untuk menggunakan pemikiran untuk menyusun objek mengikut saiz dan urutan. Apa pun pilih material yang selamat dan tiada bucu tajam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ada yang anda tidak tahu tentang bayi popular Syeriv Samheizy. Kali ini Pa&Ma kongsikan 6 perkara tentang buah hati Syatilla Melvin dan Sam Shaheizy ini.
Walau pun baru berusia enam bulan, bayi kesayangan ramai ini mempunyai 254K pengikut di Instagram menjadikannya antara bayi instafamous yang hot di Malaysia.
Syeriv selalu tampil dengan aksi-aksi comel dan cute. Bayi ‘bam bam’ dan mempunyai pipi labuh ini tidak terkecuali daripada pujian kerana kecomelan dan susuk tubuh yang berisi! Syeriv yang sering dipanggil Yip oleh ibunya ini sering dikatakan sebagai mini Sam Shaheizy atau mini Syatilla Melvin di kalangan pengikutnya.
1. Exclusive Pumping
Mungkin tidak ramai yang tahu Syeriv ialah bayi menyusu ibu susu ibu secara eksklusif. Tapi dia hanya menerima susu ibu melalui botol sahaja selepas alami demam selesema masa umur tiga bulan, Syeriv menolak untuk menyusu terus daripada ibunya. Jadi, Syatilla perlu memerah terlebih dahulu sebelum diberikan kepada Syeriv. Ini dinamakan exclusive pumping. Besarnya pengorbanan Syatilla kerana di kala ibu-ibu lain boleh menyusukan secara terus, dia pula perlu memerah terlebih dahulu sebelum memberikan ‘titisan emas’ itu kepada Syeriv!
2. Kapsyen lucu
Kebanyakan posting Instagram Syeriv selalu diiringi dengan kapsyen lucu. Ini memang menghiburkan. Boleh hilang stres bila belek IG Syeriv ni tau!
3. Suka berenang
Syeriv suka berenang. Tiap kali diletakkan di dalam kolam, dia kelihatan enjoy. Bermain air dan adalah aktiviti kegemarannya.
3. Berdarah seni
Pemilik mempunyai pipi labuh ini juga cucu kepada dramatis Khaty Fauziah dan anak saudara kepada aktres Zizie Ezette. Memang Syeriv mempunyai darah seni dalam dirinya. Mungkin nanti boleh jadi pelakon hebat macam mommy dan daddy, aunty & nena nya!
4.Lahir secara caesarean
Si bambam kesayangan netizen ini dilahirkan menerusi pembedahan caesarean pada 9 Mei 2017.
5.Roti canai telur goyang
Melalui laman Instagram Syatilla, dia beberapa kali memuat naik gambar dua hidangan iaitu roti canai telur goyang dan cendol semasa hamil. Mommy Syeriv mungkin selalu teringin dua hidangan sedap ini semasa mengandung! Sedapnya.
6. Ada darah keturunan Jepun
Tahukah anda Syeriv rupanya ada ada darah kacukan Jepun daripada datuknya (bapa Syatilla) iaitu Amirol Melvin.
Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi cerita mengenai Syeriv dan aksinya yang dirakam oleh lensa Pa&Ma, boleh baca dalam majalah Pa&Ma keluaran November 2017. Dapatkan di pasaran sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang kata bayi skip fasa duduk. Tahukah anda bayi sebenarnya boleh di latih untuk duduk. Mama papa boleh gunakan mulakan 10 cara ini. Apabila bayi mula duduk, lebih banyak aktiviti sensori boleh dilakukan.
Kebolehan untuk duduk ialah satu perkembangan dalam penguasaan motor si manja. Bila bayi duduk, banyak perkara yang boleh dilakukan. Banyak aktiviti rangsangan boleh dilakukan apabila bayi duduk. Jadi mama dan papa boleh latihnya untuk duduk daripada awal supaya skil ini dikuasai dengan mudah.
Bayi mula untuk duduk dari usia 4 hingga 9 bulan. Kebolehan bayi untuk duduk memerlukan bayi untuk menguasai skil motor tertentu iaitu kebolehannya menyokong leher, kebolehan menyeimbangkan badan dan kekuatan otot pada tubuhnya.
1. Sejak lahir, anda boleh mula meniarapkan bayi. Tummy time akan menguatkan otot perut dan otot belakang badan. Keseluruhan otot ini seterusnya akan menguatkan otot leher bayi. Latih bayi untuk menukar posisi dari baring kepada meniarap. Pastikan bayi hanya meniarap semasa dia terjaga, bukan semasa tidur.
2. Pada permulaan, bayi mungkin nampak tidak selesa tetapi lakukan secara berperingkat. Mulakan dari jangka masa seminit dan semakin lama dari sehari ke sehari. Anda juga boleh meletakkan bayi di atas dada dan biarkan dia memandang ke arah anda. Boleh juga letakkannya di atas boppy pillow untuk menyokong bahagian dada dan membuatkan kepalanya lebih tinggi daripada lantai.
3. Apabila bayi sudah boleh menyokong berat kepalanya sendiri (kepalanya mampu tegak), anda boleh letakkannya bersandar kepada bantal dalam kiraan beberapa saat.
4. Bayi boleh dilatih untuk duduk sendiri. Walau pun mempunyai kekuatan otot badan seperti kepala, lengan dan kaki, bayi perlu tahu untuk menyeimbangkan badan. Kebolehan untuk menyeimbangkan badan perlu dikawal oleh neuromuscular iaitu kemahiran yang dikawal oleh otak.
5. Sandarkan pada kerusi atau bantal supaya dia tahu bagaimana rasanya duduk. Pastikan bayi duduk beralas dengan tilam atau tikar mainan lembut.
6. Kedudukan secara tripod amat penting dalam menguasai kemahiran duduk. Bayi perlu tahu bagaimana untuk menyokong badannya menggunakan kedua-dua belah tangan. Ia dipanggil tripod sit di mana hanya boleh dikuasai bayi apabila dia bahagian badannya semakin kuat.
7. Bantal berbentuk C, boppy pillow, kerusi penyokong bayi baik untuk menguatkan otot leher, bahagian belakang bahu dan atas belakang.
8. Bagi melatih bayi menguasai kemahiran duduk, anda boleh meletakkan bayi di depan cermin. Bayi tentu akan seronok melihat imejnya di depan cermin.
9. Selain itu, anda juga boleh letakkan bayi dalam posisi ‘berdiri’ dengan anda memegang bahagian ketiaknya. Ini amat baik untuk menguatkan otot badannya.
10. Apabila bayi sudah pandai untuk duduk sendiri, anda perlu berjaga-jaga. Selalunya bayi akan mula menarik apa sahaja yang dilihat. Jauhi mainan atau peralatan rumah yang beruntaian kerana bimbang akan menyebabkan ia menimpa bayi.
Apabila bayi mula duduk, dia akan menguasai pergerakan merangkak tidak lama lagi. Ini membantunya untuk menguatkan otot bahagian pinggul dan otot bahagian bawah badan untuk berpusing ketika merangkak.
5 AKTIVITI SENSORI BAYI SEMASA DUDUK
Apabila bayi boleh duduk, anda bolehlah melakukan pelbagai aktiviti sensori seperti;
1. Memasukkan objek ke dalam bekas menggalakkan penguasaan koordinasi tangan dan jari.
2. Menarik keluar kain daripada kotak atau bakul.
3. Bermain dengan objek botol sensori di dalam bakul.
4. Duduk di atas rumput atau pasir menggalakkan rangsangan sentuhan.
5. Mula menconteng menggunakan warna air buatan sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!