Niat mahu mendapatkan kucing peliharan yang berkelakuan aneh secara tiba-tiba membawa kepada penemuan bayi perempuan yang dibuang berhampiran kawasan pembakaran sampah di Jalan Dusun Muda.
Bayi perempuan yang masih bertali pusat dan terdapat kesan darah pada anggota badan itu ditemui pada jam 8.10 pagi. Pemilik kucing tersebut, Mohd Norazam Che Wahab. Dia sebelum itu melepaskan kucing betina peliharaannya di luar rumah namun secara tiba-tiba haiwan berkenaan terus berlari pantas ke kawasan rumput berhampiran tempat pembakaran sampah.
“Saya dengar bayi menangis, mula-mula saya ingatkan bunyi kucing lain dan tak nampak apa-apa.
Ads
Dia yang bimbang kucing terbabit hilang mengikut haiwan itu berlari dan kemudian berhenti di kawasan sampah berkenaan sebelum terdengar tangisan bayi. Sebaik ternampak bayi tersebut dia kemudian berlari memanggil jiran untuk mengambil dan mengangkatnya kerana bimbang digigit semut.
“Saya tanya jiran, mereka beritahu saya tidak ada bayi di rumah itu sebelum ternampak seorang bayi perempuan tidak berpakaian di atas rumput,”
Ads
Penduduk yang membantu mendukung bayi tersebut dan membalutnya dengan sehelai tuala.
“Mereka kemudian keluar ambil bayi tersebut dan balut dengan sehelai tuala. Salah seorang anak jiran pula menghubungi pihak polis untuk memaklumkan penemuan ini,”
Ads
Salah seorang jiran memberitahu, ketika keluar rumah pada awal pagi tadi untuk menghantar anak ke sekolah, dia ternampak sebuah kereta berhenti dalam tempoh agak lama di kawasan penemuan bayi perempuan itu. Tapi tak syak apa-apa yang pelik sampailah dia sendiri beritahu perkara itu kepada Norazam selepas penemuan bayi ini.
Mohd Norazam mendukung kucing peliharaannya yang membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan di Jalan Dusun Muda. Diharapkan bayi tersebut berada dalam keadaan yang baik dan ditempatkan bersama keluarga yang baik-baik.
Bukan mudah untuk merelakan pemergian seseorang yang kita sayang. Lebih-lebih lagi, jika insan tersebut adalah pasangan yang sangat kita cintai. Bolehkah kita bayangkan. Insan yang setiap hari kita tatap wajahnya. Bangun tidur keesokan pagi dia tiada di sisi.
Tidak terdengar suara dia mengejutkan kita. Kita boleh hantar SMS padanya, namun tiada balasan. Kita boleh cuba call nombornya, tapi tidak akan lagi berangkat.
Rindu. Rindu yang terlalu jauh. Pasti setiap hari akan mengharapkan agar semua ini hanya mimpi. Pasti setiap berharap agar kelibatnya akan muncul kembali. Namun itu takkan terjadi. Kerana dia sudah pergi buat selama-lamanya.
Dalila yang baru setahun lebih mendirikan rumah tangga bersama arwah suami menitipkan pesanan buat semua.
“Hargailah pasangan masing-masing dan semua orang yang kita sayang. Tunaikan hak sebaik mungkin. Minta maaf setiap malam. Try avoid unnecessary merajuk ke bergaduh ke cause we’ll never know bila ajal kita. Spread love”
Menurutnya lagi, akhirnya hajat arwah suami tercapai juga walaupun hanya 15 minit dia menunggang motosikal Yamaha R15 terpakai yang baru dibelinya daripada seorang kenalan.
“Selepas selesai urusan pembelian dilakukan, saya mengekori motosikal suaminya dari belakang dan merakam detik manis suami bersama motosikal itu menggunakan telefon bimbit dan tak sangka itu kenangan yang terakhir”
“Ini instastory penuh yang saya share semalam.Untuk tambahan, arwah sempat menunaikan umrah pada bulan Feb 2020. Alhamdulillah seminggu sebelum PKP. Ya, perjalanan hidup dia sangat tersusun indah.”
Alfatihah untuk arwah
Terlalu ramai yang mendoakan dan menceritakan kebaikan arwah. Tersenyum saya baca semua komen. Terima kasih atas doa kalian
“Apa salah Adam Rayqal sampai sanggup buat macam tu sekali. Tak ada sikap perikemanusian hingga sanggup bunuh dan letak dalam peti sejuk”.
Ini antara luahan dari orang ramai selepas bayi berusia 5 bulan ditemui dalam keadaan menyayat hati dirumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves malam tadi susulan bapanya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi memberitahu di facebook berita kehilangan Adam petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
Katanya, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.
“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya
Menurut Ali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
“Mayat bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.
Lepas Beberapa Jam Bunuh, Promote Servis Jaga Budak Lagi
Apa yang menimbulkan kemarahan netizen, pengasuh yang disyaki bunuh Adam Rayqal itu boleh lagi promote servisnya untuk mengasuh anak dalam group pengasuh. Seolah-olah tiada rasa bersalah langsung.
Rata-rata netizen berharap pengasuh ini dapat di bawa ke muka pengadilan. Ramai yang berpendapat, pengasuh yang betul-betul mahu menjaga anak kena ada sifat keibuan, lebih-lebih lagi bayi.
Kalau tiada pengalaman, tak ada sifat keibuan, kasih sayang dan kesabaran lebih baik jangan mengasuh dari awal walaupun kerja ini nampak macam mudah.
Setakat nak dapatkan wang setiap bulan tapi bukan dengan niat ikhlas akan berlaku pengabaian dan anak kecil jadi mangsa.
Sumber: Metro & Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terasa dunia gelap apabila tiba-tiba dihubungi oleh pihak hospital dan dimaklumkan anak berada di bahagian kecemasan dan tidak sedarkan diri. Baru sahaja waktu pagi dihantar dalam keadaan baik namun semuanya berubah sekelip mata.
Tiada ungkapan yang mampu diluahkan saat itu, hanya mampu berdoa semoga si kecil ini membuka mata dan tersenyum kembali. Namun Allah lebih mengasihi si kecil ini. Pada awalnya baby Harith tidak sedarkan diri ketika tidur dalam jagaan pengasuh, segala usaha telah dilakukan. Namun, Muhammad Harith akhirnya menghembuskan nafas terakhir Jumaat lalu. Ikuti perkongsian penuh dari ibu, Puan Zulaikha tentang perjalan terakhir arwah baby Harith.
Selamat berehat sayang mamayah dari dunia yang kejam. Walaupun perit terpaksa mamayah lalui kerana Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Berat sungguh ujianMu Ya Allah.
4 tahun mamayah tunggu awak tapi Allah bagi pinjam setahun je untuk kami menumpang kasih, merasai pengalaman menjadi mamayah.
Terima kasih nak untuk setahun bersama kenangan kita. Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi pada Harith.
20 oktober 2022
Masa ni mama shift pagi (7am-2pm). So, 6.30am mama serahkan Harith ke pengasuh seperti biasa. Sebelum keluar rumah tukar pampers apa semua lepastu letak Harith dalam carseat. Masa ni memang diA dah berjaga, dalam carseat pun berjaga. Dia tak sambung tidur balik.
9.54am: Mama whatsapp pengasuh tanya keadaan Harith macam mana. 11.04am: Pengasuh reply “Harith tidoq, tadi berjaga lama, hee”. 11.59am: Ada nombor tak dikenali call dan diA beritahu nama mama serta mengatakan anak mama nama Muhammad Harith ada kat kecemasan, di minta untuk turun sekarang.
Masa tu mama tak tahu apa yang berlaku dan mama terus call ayah minta datang cepat. Mujur ayah angkat call sebab ayah tengah tido sebab kerja malam time tu.
Sampai dekat rhesus mama tengok Harith dah terbaring atas stretcher sambil dikerumuni oleh doktor-doktor dalam keadaan mata terpejam. Mama sangat buntu dan terkejut dengan apa yang terjadi sebab pagi tadi mama hantar ke pengasuh ok je.
Hampir 20min doktor-doktor cuba selamatkan Harith. Alhamdulillah nadi Harith kembali berdegup tapi tiada respon dari harith. Masa ni ventilator dan wad tak sesuai untuk paeds jadi kene transfer ke PPUM utk warded dan ventilator support yang sesuai untuk harith.
Masa ni mama tak nak jumpa pengsuh lagi takut mama tak dapat kawal perasaan mama jadi mama pilih untuk berdiam diri dulu. Bagi husband yang jumpa pengasuh dan tanya kejadian sebenar.
Menurut apa yang diceritakan oleh pengasuh, lepas mama hantar tu dalam 6.40am suami pengasuh bagi susu dan main-main seperti biasa. Manakala anak-anak pengasuh seramai 4 orang tidur diruang tamu bersama-sama dengan Harith waktu itu.
Pukul 9.30am Harith menunjukkan tanda-tanda sudah mengantuk dan mahu tidur jadi suami pengasuh bagi susu. Susu yang diminum tak habis pun diminum lepastu Harith lepaskan botol dan terlena.
Dalam pukul 10lebih anak-anak pengasuh yang tidur diruang-tamu sudah mula bangun dan membuka TV. Suami pengasuh berpesan “ jangan bising nanti Harith bangun”. Mungkin disebabkan bunyi bising jadi Harith tersedar dari tidur.
Masa ni suami pengasuh yang take over menjaga Harith sebab pengasuh pening kepala kerana hamil 2 bulan jadi pengasuh tidur dibilik.
Suami pengasuh bawak Harith masuk ke bilik dan tidur bersama-samanya sekali. Baki susu yang tidak dihabiskan diberi sekali lagi dan Harith pun tertidur.
Katil quen, rapat di dinding dan diletakkan bantal disebelah dinding supaya kepala Harith tak terkena dinding. Disebelah harith ada pengasuh dan suami pengasuh yang tidur bersama-sama di dalam bilik.
Dalam 11 lebih suami pengasuh tersedar dan ingin mengejutkan Harith kerana sudah tiba waktu makannya. Sewaktu nak kejutkan Harith yang tengah tido meniarap suami pengasuh nampak muka Harith dah biru dan lembik. Mereka terus bergegas ke klinik putra perdana.
Sampai disana, doktor yang bertugas berkata dia tiada alat yang mencukupi dan diminta terus dibawa ke hospital. Suami pengasuh meminta doktor untuk panggilkan ambulan tetapi doktor cakap ambulan lambat sampai jadi kena segera ke hospital. Dengan handphone dan wallet tertinggal dirumah serta rumah yang tidak berkunci mereka bergegas ke hospital yang berhampiran.
Bila mama tanya kenapa tak call mama bagitau yang Harith tak sedar kat rumah. Dia cakap masa tu panik tak tau nak buat apa dan mereka terfikir klinik je paling dekat dan handphone suami tertinggal di rumah, handphone pengasuh tiada bateri.
Doktor buat MRI tiada pendarahan. Buat xray pun clear tak ada tanda-tanda tersedak susu. Kalau nak kata harith sakit dia sihat je sewaktu hantar ke pengasuh. 15hb sampai 17hb tu memang dia ada batuk dan terima rawatan. Tapi 17hb tu dia dah ok, tak ada batuk-batuk dah.
Nak kata punca tido meniarap pun mustahil sebab budak setahun kepala dah cukup kuat untuk alihkn muka kalau lemas.
Begitulah kronologi kisah tersebut. Kalau ada yang bertanya pengasuh ni jaga macam mana ok ke tak. Bagi saya memang dia ambil sambil lewa tapi masa tu kita fikir husnusdzhon je la, tak nak buruk sangka dan tak nak jadi parent yang cerewet. Tapi bila dah macam ni saya rasa terkilan sangat. Pernah datang ambil anak dengan tak mandi lagi.
Waktu tu saya kursus (8am – 5pm) tapi sebab habis awal jadi saya terus ke rumah pengasuh pada jam 2.30pm dan saya tak maklumkan pada beliau. Sesampainya saya disana die terkejut dengan kehadiran saya dan mengatakan harith belum mandi lagi. Masa tu saya rasa nak marah sangat dan cerita dengan husband.
Takpelah kita bertolak ansur dan nasihat jangan buat macam tu lagi sebab kita nak didik anak jaga kebersihan dari kecil lagi. Saya akan bekalkan baju extra jika kotor terkena makanan ke apa.
Kes kedua dahi harith bergaris panjang. Bila tanya, dia cakap kena bath tub. Macam tak logik kena bath tub sampai bergaris macam tu.
Kes ketiga bibir lebam. Bila tanya kenapa die cakap harith gigit remote tv dengan mainan kuat sangat. Logik ke? Bila kita bagitau semua ni harapnya die lebih berhati2 lah jaga anak asuhan.
Andai ada yang berkata “sebab ni lah aku berhenti kerja”. Ketahuilah bahawa semua ibu mempunyai perasaan begitu tetapi apakan daya kita punya kasut lain-lain.
Buat ibu bapa diluar sana jadikan kisah kami sebagai iktibar. Buat pengasuh pula jalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya. Jika rasa tak mampu nak jaga ke apa berterus terang sahaja dengan parent.
Terima kasih buat semua yang mendoakan untuk kesembuhan harith. Tetapi Allah lebih sayangkan harith. Damailah anakku disana. Bermain dengan riang di taman syurga.
#muhammadharith
#bintangsyurga
#Jumaat 28 oktober 2022@11.44am
Edited:
Pengasuh mempunyai 4orang anak sendiri dan Harith seorang sahaja anak asuhan waktu itu. 4orang anaknya dalam lingkungan 8tahun hingga 3tahun.
Pengasuh tidur di bilik kerana alami alahan (pregnant 2bulan). Jadi suami take over dan menurut apa yang dicerita suami pun baru balik kerja malam. Pernah berkeras nak hantar Harith ke pengasuh lain sebab pengasuh tengah pregnant tapi berkeras juga mahu jagakan Harith.
Selepas kejadian dahi bergaris, lebam dan tak mandi tu memang dah cari pengasuh lain dan bagi peluang pengasuh tu jaga lagi sampai hujung tahun. (Sy assume maybe dia perlukan duit sebab tengah pregnant) kerana dia berkeras jangan hantar Harith ke tempat lain. Tapi saya terlambat 😭😭😭.