Masalah burn out ibu bukan masalah biasa yang perlu dibiarkan. Emosi ibu terganggu, anak-anak akan turut terkesan. Malah anak-anak bakal menerima kesan jangka masa panjang.

Jadi jangan dibiarkan berlarutan. Berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan diri sendiri sebaiknya. Perkongsian tip yang dikongsikan oleh saudari Fatihahsidek ini wajar dijadikan panduan dan inspirasi untuk menjadi yang lebih baik untuk diri sendiri dan anak-anak. Kita pulihkan diri kita dahulu, demi anak-anak.


Saya tak nak bincang punca isteri burnt out. Sebab punca boleh datang dari pelbagai sebab. Cuma, sebagai orang yang pernah mengalami anxiety & depresi saya belajar sesuatu.

Kadang, kita rasa kita dah amalkan positive minded, tapi kadang tekanan tu boleh datang dari segi lain pula. Mungkin financial, mungkin terlalu push diri, mungkin persefahaman tak sampai dengan pasangan atau orang sekeliling dan bermacam tekanan lain yang menjadi punca.

“Tiba-tiba Lose Control, Anak Pulak Teriak” Bantu Ibu Burn Out, Cepat-Cepat Pulihkan Emosi!

Cuma, bila kita dah jadi parents— banyakkanlah ilmu untuk parenting. Sebab bila dah jadi parents, ianya bukan hanya tentang diri kita. Tapi hidup makhluk kecil yang Allah amanahkan kepada kita juga.

Banyak ilmu yang kita boleh gunakan untuk improve skills parenting kita. Jangan sebab surrounding kita pemarah, kita pun besarkan anak dengan kemarahan. Kita tak rasa salah pun. Yelah mak pak kita marah kita, pukul kita pun kita rasa kita tetap jadi orang. Kita rasa.

Padahal, jadi orang ke kita bila kita selamba belasah anak dalam bas. Kita marah anak supaya jangan menyusahkan. Kita kurung anak dalam bilik bila anak teriak. Kita rantai kaki anak sebab anak buas. Banyakkanlah mencari ilmu.

Dan. Kalaulah tiba tiba kita dok belajar dah ilmu ilmu hidup dengan positive, ilmu anger management, ilmu parenting ke apa— kita tetap diuji dapat mental illess macam anxiety or depresi. Dapatkanlah support. Rawat diri cepat cepat.

Saya tau macam mana kita tiba tiba boleh lose control bila macam macam dalam kepala, dalam masa sama anak teriak.
Sekelip mata kita boleh buat benda yang bukan bukan.

“Tiba-tiba Lose Control, Anak Pulak Teriak” Bantu Ibu Burn Out, Cepat-Cepat Pulihkan Emosi!

IKLAN

Apa yang saya buat, bila saya rasa saya bukan lagi diri saya dulu?

1. Saya banyak bercakap dengan suami— saya rasa saya tak sihat. Saya rasa saya dah bukan diri saya.

2. Saya banyak bercakap dengan anak— sayang, boleh ke sayang tolong ibu? Sayang kalau nak apa apa sayang cakap elok elok ya. Jangan menjerit jerit ya. Ibu takut ibu jadi tak ok. Ibu sayang kakak. Kakak tolong ibu ya.

3. Saya dapatkan support daripada family— banyak masa anak, family yang bawak diorang main. Naik motor. Bawak jalan. So banyak masa saya duduk sendiri dan cuba faham “ apa sebenarnya jadi kepada diri saya masa tu”

Mungkin ada yang tak bernasib baik seperti saya yang ada support system yang baik. Tapi, cubalah. Cuba sedaya upaya dapatkan orang untuk support.

“Tiba-tiba Lose Control, Anak Pulak Teriak” Bantu Ibu Burn Out, Cepat-Cepat Pulihkan Emosi!

4. Saya juga selalu cuba untuk stay concious. Which is saya cuba sangat untuk kawal minda saya. Banyak ingatkan diri untuk tak terbawa bawa oleh pemikiran yang “ lagi satu”. Banyakkan mengunci kata kata dalam kepala. Biar dia stay sebagai kata kata sahaja.

IKLAN

Jangan biarkan kata kata tu menguasai diri. Stay concious! Bila mula je diri kita yang satu lagi tu bercakap, bangun! Jangan layan.

Bangun, bercakap dengan orang yang positive.
Bangun, buat pergerakan yang boleh distract pemikiran yang bukan bukan.
Betulkan breathing. Betulkan posture badan.Bersenam, packing, kemas rumah, apa apa saja yang melibatkan pergerakan.

Kadang, disebabkan mental breakdown. Benda yang kecik pun boleh memusnahkan diri kita.

Kita jadi oversensitive.
Kita jadi overthinking.
Bukan setakat demotivated.
Malah rasa diri tak guna.
Bila rasa diri tak guna, buat apa lagi hidup?

“Tiba-tiba Lose Control, Anak Pulak Teriak” Bantu Ibu Burn Out, Cepat-Cepat Pulihkan Emosi!

 

So, luahkan. Bercakap pada orang yang tepat. Bila kita cakap, at the end nanti kita akan sedar yang masalah yang sangat besar tadi tu sebenarnya kecik sahaja. Keep cakap. Sampailah dah stabil balik.

IKLAN

5. Ubah environment.
Please ubah environment. Jauh daripada benda yang mengganggu fikiran kita. Jauh daripada trauma kita. Bila ubah environment, kita ada ruang baiki semula diri kita. Dan paling penting, kita boleh nampak semula hidup kita dari perspektif yang lain pula.

And the last one, kalau kita perasan diri kita dah tahap yang fikirkan suicide, mula mencederakan anak anak— ambiklah langkah drastik.

Walaupun sukar, tapi itulah yang terbaik untuk diri dan juga anak. Serahkan mereka kepada pihak yang lebih baik. Tak kiralah, family members, cari family angkat, ataupun Jkm.

Serahkanlah mereka, sementara kalian kembali sihat. Berpisahlah sementara demi penyatuan yang lebih baik dikemudian hari.

Itu adalah langkah sukar bagi sesiapa sahaja yang bergelar ibu. Tapi, itu saja yang tinggal. Demi mengekalkan takhta kalian sebagai ibu yang baik.

Take care semua ibu ibu. Please take care ❤️

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI