Di saat perasaan berdebar dan takut menanti kehadiran orang baru, hanya doa ibu mengiringi perjalanan kehamilan. Apa yang diharapkan dari seorang ibu, biarlah anak yang dilahirkan selamat, sihat dan sempurna.
Namun sebagai ibu, ada yang bernasib baik mengandung tanpa alahan teruk, ada yang dari awal kehamilan hingga saat nak melahirkan pun masih lagi berulang alik ke hospital dan ada alahan. Tetapi semua itu dilalui dengan penuh sabar.
Kisah yang menyayat hati perkongsian Dr Redza Zainol ini mengenai besarnya pengorbanan ibu sehingga syahid ketika melahirkan anak benar-benar membuktikan hebatnya wanita bergelar ibu.
Pagi Sabtu yang tenang itu bertukar menjadi cemas selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.
“O&G nak buat perimortem caesar di Red Zone.
Minta doktor turun sekarang, bayi baru 34 minggu dalam kandungan.”
“Caesar di Red Zone?”
Gambar Hiasan
Sungguh saya tercengang. Terus saya berlari ke bilik sebelah dan maklumkan pada jururawat.
Saya bersama seorang lagi doktor sambung berlari ke Jabatan Kecemasan. Semuanya mesti pantas.
Sampai saja kami di Red Zone, seorang jururawat menjerit, “Paeds dah sampai!”
Saya macam tak percaya.
Keadaan di situ begitu kecoh, seolah-olah saya berada di medan perang. Ada seorang doktor sedang membuat CPR pada ibu itu. Tiub pernafasan pula sedang disambung ke mesin bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang lain.
Staf kesihatan yang lain pula sedang menyiapkan tempat untuk pembedahan segera.
Ads
Doktor bius dan doktor O&G dah sampai dan pembedahan kecemasan ini akan bermula pada bila-bila masa.
Ini pengalaman pertama saya melihat caesar dibuat di luar bilik pembedahan.
Ibu ni baru saja tiba di tempat letak kereta sebelum tiba-tiba pengsan di hadapan hospital.
Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti.
Jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Doktor O&G buat keputusan untuk keluarkan bayi dengan segera.
Syukurnya, bayi itu selamat. Sebaik saja keluar, dia terus menangis. Namun saiznya yang masih kecil dan pramatang, saya bawa bayi tu ke NICU (wad rawatan intensif bayi) untuk rawatan selanjutnya.
3 minggu berjuang di dalam NICU akhirnya bayi ini discaj. Dibawa pulang oleh ayahnya sebagai seorang anak yatim.
Mati, ajal dan maut ini semua kerja mutlak Tuhan. Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.
Ads
Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.
Itu semua dibuat atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, nak bermanja atau tak pandai berdikari.
Antara contoh layanan baik pada isteri:
✔️ Ambil tahu tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung.
– Penyakit apa yang dihadapi.
– Ubat apa yang isteri perlu ambil setiap hari.
– Apa makanan yang sesuai untuk kesihatan isteri.
✔️ Temankan isteri untuk datang temujanji di hospital atau di klinik kesihatan.
– Keberadaan suami sangat membantu menenangkan emosi isteri.
– Jaga riak wajah kita supaya tak nampak seperti isteri sedang menyusahkan suami.
✔️ Ambil alih kerja-kerja di rumah.
– Termasuk jagakan anak-anak yang lain.
– Isteri yang tengah sarat, perlukan rehat yang lebih.
✔️ Jadi pendengar yang baik.
– Ada masa yang dia rasa tak selesa atau sakit.
✔️ Jadi lebih sensitif dengan keadaan isteri.
– Perubahan hormon dalam badan isteri, buatkan mood dia selalu berubah.
– Isteri sangat bersyukur bila suami berusaha untuk cuba fahami kehendak isteri.
Ads
✔️ Mengurut pinggang dan kaki isteri.
✔️ Ucapkan pada isteri yang dia cantik setiap hari walaupun bentuk badannya dah banyak berubah.
Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ni dia ada, esok lusa mungkin dia dah tiada. Temankan dia ke mana saja yang kita mampu. Buat apa saja yang terdaya.
Kerana apa yang dia dah buat untuk keluarga kita tiada bandingannya.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada pasangan suami isteri yang lain. Moga ada yang dapat manfaatnya.
Jemput follow FB saya supaya tak terlepas info kesihatan kanak-kanak percuma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Siapa yang tak nak anak cerdik dan berjaya dalam pelajaran kan. Kejayaan anak sebenarnya bukan daripada kehebatan anak-anak itu sendiri tetapi didorong dan disokong kuat oleh kedua ibu bapanya.
Begitu kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar di majlis Anugerah Kecemerlangan Kumon baru-baru ini. Malah bapa kepada empat orang anak ini turut berkongsi tip untuk membolehkan anak-anak berjaya dalam pelajaran. Paling menarik perkongsiannya ketika berada di ruang angkasa amatlah memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk kekal berjaya sepertinya suatu hari nanti.
Datuk Dr Syeikh Muszaphar sempat berkongsi 5 tip untuk berjaya dalam hidup.
1. Punya Impian – Setiap anak-aank perlu ada impian dan cita-cita sejak kecil supaya ada usaha untuk mencapai cita-cita yang kita inginkan. Jadi semua orang perlu ada impian dan hala tuju untuk mencapainya. Ibu bapa perlu ingatkan dan sokong apa cita-cita anak-anak.
2. Mesti Berani – Awak mesti berani. Berani dalam semua perkara. Kena belajar atasi rasa ketakutan dalam diri. Kalau takut pada ketinggian, cabar diri untuk buat aktiviti melibatkan ketinggian. Misalnya saya takut pada ketinggian, setiap tiga bulan sekali saya cuba buat bunjy jumping untuk atasi rasa takut dalam diri. Siapa yang takut pada kegelapan, takut pada lipas, takut cicak dan sebagainya, beranikan diri pegang lipas dengan tangan sendiri. Mesti belajar atasi ketakutan dalam diri.
3. Berani Kedepan – Jangan takut, jangan malu-malu. Angkat tangan bila soalan diajukan pada kita. Mesti belajar untuk mengekpresikan minda kita.
4. Kuasai English – Bahasa Inggeris sangat-sangat penting dalam kehidupan kita. Pastikan anak-anak mahir dan cukup lancar berbahasa Inggeris. Penting ni!
5. Usaha Genggam Ijazah – Bagi anak-anak yang mengambil SPM, pastikan ada impian untuk sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pastikan anak ada impian untuk pegang dan kejar segulung ijazah dalam hidup mereka. Kena ada impian dan usaha keras untuk capai matlamat yang satu ini. Mesti sekurang-kurangnya ada ijazah!
Ingat bahawa setiap anak adalah berbeza. Anak pertama kita takkan sama dengan anak kedua dan ketiga. Ibu bapa kena ambil peluang untuk memaksa mereka pada tahap maksimum.
Jangan biarkan anak tak buat apa-apa, hanya menonton tv di rumah ketika mereka membesar. Ini adalah peluang untuk mereka belajar semua perkara, seperti yang saya lakukan pada Bella dan Tasya. Bawa mereka ke kelas renang, menunggang kuda, mengaji al-Quran dan sebagainya.
Biarkan anak-anak enjoy dan suka dengan apa yang mereka nak buat. Dan ingat anak-anak kecil kita tak pernah penat. Jadi ibu bapa di luar sana kena paksa anak-anak untuk belajar banyak benda dalam hidup.
Kalau tak mahir, hantar anak-anak ke pusat yang dirasakan wajar dan boleh membantu anak kita untuk belajar banyak perkara.
Kredit: @drsheikhmuszaphar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejarah Baby On Board bermula pada tahun 1984 oleh Michael Lerner, yang mendapat idea ketika menaiki kenderaan bersama anak saudaranya.
Lerner mendapati pengguna kenderaan lain memotong kenderaannya dengan laju dan merbahaya, tidak begitu bertimbangrasa dengan dia dan anak saudaranya. Beliau merasakan insiden tersebut berlaku apabila kenderaan lain tidak nampak kehadiran anak kecil di dalam keretanya.
Pernah menggunakan sticker atau sign Baby On Board di kenderaan anda?
Sebagai tanda amaran atau alert kepada pemandu lain
Ianya harus diletakkan hanya apabila ada bayi atau kanak-kanak di dalam kereta.
Lekatkan di bahagian yang berhampiran anak-anak, elakkan daripada bahagian yang menghalang penglihatan pemanduan anda.
Tanda Baby On Board dapat memberitahu pemandu kenderaan lain untuk lebih bertimbang rasa terhadap kereta yang mempunyai penumpang kecil.
Baby On Board juga bertindak sebagai tanda atau signal apabila terdapat kemalangan. Ianya memberitahu pasukan penyelamat bahawa terdapat bayi dan kanak-kanak di dalam kenderaan ini.
” Dalam satu kes kemalangan, seorang wanita telah dijumpai di bahagian pemandu, seorang diri. Tiada kanak-kanak dijumpai. Namun, pasukan penyelamat mengambilkira tanda Baby On Board dan mengandaikan kehadiran anak kecil di dalam kenderaan. Seorang bayi telah dijumpai di dalam carseat di bahagian bawah kenderaan yang remuk” – sumber daripada quartz.com
Gunakan tanda Baby On Board anda dengan bijak dan sebaik mungkin, ianya bukanlah bertujuan untuk memberitahu dunia yang anda membawa “the cutest baby in the world” semata-mata.
Bagi ibu bapa yang paranoid, kononnya menggunakan sticker ‘Baby On Board’ lebih memudahkan penjenayah menculik bayi anda…’tepuk dada tanya selera’.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Betullah orang kata kehadiran anak mengubah segala-galanya. Begitu juga bagi pasangan Doktor Selebriti ini, Dr Say Shazril dan isterinya Dr Azura Abas yang merasai selepas kehadiran anak nombor dua dalam keluarga, ia benar-benar buatkan mereka suami isteri perlu menghargai waktu yang ada sebaik mungkin.
Menerusi perkongsian Dr Say, sebagai seorang bapa yang mempunyai dua anak lelaki, kepentingan menguruskan masa adalah paling utama. Jika dulu anak seorang boleh lagi nak suka-suka, tapi selepas bertambah ahli keluarga, betullah orang kata masa itu emas.
Dulu saya pernah tanya ibu bapa yang anak lebih dari satu “how do u guys manage to handle the kids? Patut saya baca buku apa-apa or when the time comes, i will be ready?”.
Betul kata majoriti, “you will adapt once you are in the situation”. Satu benda penting saya belajar lepas kehadiran Sef adalah kepentingan me-manage masa. Dulu masa Ace, i took time for granted. Siang hari kadang-kadang lalai buat benda-benda melalaikan yang bila Ace balik dari sekolah baru kalut nak buat kerja. Akhirnya terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.
Lepas kehadiran anak kedua ni, lihat isteri tengah menyusu Sef dan Ace nak menempel kat mommy di samping 2nd caesar kali ni isteri cakap lebih menyakitkan daripada 1st caesar, buat saya tersedar akan kelalaian saya selama ni.
Kehadiran Sef mendisiplinkan diri saya. Walaupun siang hari kadang-kadang masih lalai dengan benda-benda melalaikan (still trying to improve on this), tapi saya akan pastikan semua kerja selesai selepas Ace pulang dari sekolah. Tumpuan hanya pada keluarga. Bawak Ace/ Sef jalan-jalan keliling neighbourhood petang-petang dan malam persiapkan mental dan fizikal untuk bantu pula isteri uruskan anak-anak.
Syukur Alhamdulillah baby Sef juga adalah bayi yang sangat mudah diuruskan sejak dari lahir. Paling buatkan saya teruja, Sef pandai latch bila nak menyusu, tak banyak ragam dan perjalanan penyusuan isteri kali ini pun sangat mudah dan berjalan lancar berbanding kelahiran pertama.
Sebagai suami, lihat isteri sentiasa dalam mood gembira setiap kali menyusu pun dah satu nikmat. Tambah lagi dengan penghasilan susu yang sangat meriah dan setakat ni mampu menampung permintaan Sef.
Malah ramai yang dah tahu susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi kerana ia memberi imuniti semulajadi dalam badan anak serta dapat nutrisi yang bagus.
Isteri saya juga cukup berkeras tak nak panggil confinement lady siap tak bagi saya sebut perkataan “CL” tu yang sampai saya kena panggil “She who must not be named” dan alhamdulillah setakat ini Allah permudahkan perjalanan kami.
Awal-awal dulu isteri cakap “tengok dulu macam mana u handle 2 anak ni” bila saya bagitau dia “best jugak kalau ada 3 anak” dan looking at how smooth things are, 2 tahun lagi kita timang anak ketiga ye @azuraabas? I rasa nombor 3 ni sure girl lah ahaha.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.