Polis telah merakam keterangan ibu bapa dua kanak-kanak yang tular di media sosial bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Taman Setapak di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat.
“Pasangan tersebut telah dibenarkan pulang malam tadi (Selasa), pegawai penyiasat akan melengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ashari berkata, satu laporan berkaitan kejadian itu dibuat oleh Pegawai Polis dari Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
“Hasil siasatan mendapati ibu bapa mangsa berada di dalam rumah namun tidak menyedari kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).
Ads
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Pada Selasa, satu video tular berdurasi 11 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adik lelakinya berusia dua tahun berada di balkoni tingkap kediaman terbabit.
Mencantikan atau mengindahkan sesebuah tempat bukanlah perkara mudah, malah memerlukan ketelitian dan ketekunan agar setiap yang dilakukan tidaklah umpama mencurahkan garam ke laut, bahkan membuahkan hasil yang diiginkan.
Itulah inisiatif yang diambil pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Mahmood Iskandar, Batu Pahat, Johor yang memanfaatkan 100 hari selepas hari pertama beliau memulakan tugas sejak Oktober tahun lalu.
Daripada pemandangan biasa yang menjadi kelaziman di banyak sekolah awam, kini banyak ruang utama di sekolah itu berubah seolah-olah seperti berada di gedung pameran gaya hidup dan perabot mewah.
Jarang sekali atau belum pernah ada sekolah awam lain, yang mengetengahkan gaya moden dan elegan seperti pendekatan Pengetua Sekolah, Datin Zamhirah Osman.
Zamhirah berkata, usaha itu dilakukan selepas seminggu menganalisis dan memantau persekitaran sekolah berkenaan.
“Saya jatuh hati dan mendapati persekitaran sekolah mempunyai banyak khazanah berharga. Sekolah ini ditubuhkan pada 1965, ia juga cukup istimewa sebab banyak yang klasik, selain warga dan pelajar yang baik hati.
“Selain itu, sasaran saya apabila pelajar masuk ke sekolah pada 20 Januari, semua aktiviti pembangunan selesai dan guru-guru boleh fokus kepada pengajaran dan pembelajaran sahaja,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Antara koleksi barangan klasik yang terdapat di SMK Tunku Mahmood Iskandar.
Zamhirah menambah, transformasi tersebut juga dilakukan bagi mewujudkan persekitaran yang selesa dan menggalakkan pelajar meluangkan lebih masa di sekolah untuk mengulang kaji pelajaran serta melakukan aktiviti berfaedah.
“Secara puratanya, ada 17 transformasi yang dilakukan antaranya Iskandar Digital Area (IDEA), Iskandar Lacafe, Iskandar Relax Study Area (iREXSA), Sanggar Pustaka Ismail, Iskandar Bistro, serta bilik-bilik lain.
“Sekarang, hanya pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang datang ke sekolah, bilangan yang hadir ke sekolah juga meningkat serta mencatatkan kehadiran paling tinggi melebihi 98 peratus bagi sekolah-sekolah di Batu Pahat sejak 20 Januari sehingga hari ini,” katanya.
Sementara itu, Zamhirah berkata, usaha itu juga hasil kerjasama daripada pelbagai pihak yang menyumbangkan tenaga serta sokongan kewangan.
Gaya moden dan elegen antara pendekatan digunakan Datin Zamhirah Osman.
Keadaan bilik Iskandar Digital Area (IDEA) sebelum dan selepas mengalami transformasi.
Ruang yang boleh digunakan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan melakukan aktiviti.
Ruang di bawah tangga dimanfaatkan menjadi tempat rehat dan pusat pembacaan.
“Semua ini tidak berhasil tanpa adanya dana daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), koperasi sekolah, kewangan kerajaan, alumni dan beberapa individu lain yang menyumbang.
“Pihak koperasi juga mempunyai kekuatan kewangan kukuh dan setiap kewangan perlu digunakan untuk pembangunan pelajar, dari situlah bermulanya transformasi ini,” jelasnya.
Menurutnya lagi, dana keseluruhan proses transformasi itu juga mencecah sekitar RM80,000.
Antara inisiatif lain yang dilakukan selain mencantikkan persekitaran sekolah, jelas beliau, adalah dengan memberi kupon bagi menghargai pelajar hadir ke sekolah, solat hajat dan kelas tambahan sehingga jam 5.30 petang bagi pelajar-pelajar SPM.
“Saya dan kakitangan sekolah juga dalam fasa kedua dan ketiga membangunkan sekolah ini dan berharap pelajar menghargai apa yang telah dilakukan demi keselesaan mereka serta saya mendoakan agar pelajar-pelajar yang menduduki SPM tahun ini dapat melakukannya dengan tenang, sekali gus memperoleh keputusan cemerlang,” katanya lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut salah seorang krew, dia malah tertarik dengan perwatakan Syaikhul Islam meskipun baru berusia 5 tahun. Bukan setakat beri kerjasama yang bagus sepanjang di set penggambaran, malah si cilik itu disifatkan matang serta pandai cuit hati orang sekeliling terutama sewaktu bercerita mengenai figura mainan miliknya.
Reaksi Puteri Sarah dilihat sedang mengalirkan air mata melihat telefon pintarnya sementara Syaikhul melihat kembali video klip rakaman.
Walau bagaimanapun, mereka akui sebak melihat keadaan Puteri Sarah dalam rakaman tersebut sekaligus menitipkan doa serta nasihat murni kepadanya.
Video rakaman tersebut dibuat beberapa hari sebelum Puteri Sarah memfailkan cerai di Mahkamah Syariah.
Usaha mencari adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang sejak Sabtu lalu di Kampung Saliwangan Baru, di sini, masuk hari ke lima, semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, operasi yang bermula jam 9.21 pagi itu akan dijalankan di sepanjang sungai menggunakan bot.
Katanya, pencarian di kawasan belukar serta ladang kelapa sawit sekitar juga masih diteruskan.
“Operasi hari ini membabitkan 17 anggota dan pegawai bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dua anjing pengesan K9 serta pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Operasi turut dibantu seramai 70 penduduk kampung berhampiran dan setakat ini, mangsa masih gagal ditemui,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Adik Jude Angel yang dijaga neneknya dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah keluarga berkenaan.
Mangsa dipercayai sesat di hutan ataupun terjatuh ke sungai berhampiran.
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.