Tidur Berdiri Pun Comel, Aksi Tidur Anak Shukri Yahya Curi Perhatian. Video Aaira Ameena Ini Ditonton Lebih 300K

Share

Tidur berdiri banyak berlaku, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak. Mungkin kerana tahan mata tak mahu tidur atau badan terlalu letih.

Anak comel Shukri Yahya & Tya Adnan ini selalu beraksi comel. Baru berusia 2 tahun, Ameena nampak pintar  dan ceria.

Terbaru, Aaira Ameena tertidur di kerusi dalam keadaan berdiri dengan bersandar kepada sebuah kerusi lengan. Video ini telah dimuat naik ke Instagram si cilik ini dengan kapsyen;

Dah bosan tidur baring…. tidur berdiri pulak lah ?

Tidur dalam keadaan berdiri memang banyak berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Aksi cute dan comel Ameena ini menarik perhatian para netizen. Ramai yang kata ia lucu dan menghiburkan.

Sumber: Instagram Tya Adnan & Aaira Ameena

IKLAN