Menjadi ibu bapa buat pertama kali memang mencabar kerana kita masih kekurangan ilmu tentang keibubapaan. Ibu bersalin memerlukan kekuatan emosi dan fizikal untuk menjaga si kecil ini. Sebab itulah peranan orang sekeliling seperti suami, ibu, ibu mentua dan keluarga amat penting.
Buat Tasha Manshahar, sebagai ibu muda dan pertama kali menjadi ibu dia mula merasai kepenatan tersebut walaupun masih dalam tempoh 17 hari berpantang. Tasha berkongsi perasaan tersebut di laman instagramnya.
Dia yang selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5kg secara pembedahan. Tasha juga sempat berkongsi pengalam bersalin apabila terpaksa di induce sebanyak 3 kali namun jalan untuk bersalin secara normal tetap tidak terbuka dan akhirnya terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan.
Day 17. Dalam fasa adaptation lagi. Banyak benda baru i belajar, and more to learn day by day. Tapi one thing lah, orang selalu pesan sebelum i bersalin dulu, “tidur la puas-puas sekarang, nanti dah ada anak mmg tak cukup tidur”. Which is…..VERY TRUE!
Sampai kadang-kadang nego dengan anak, “sayang, lepas minum susu ni, kita tidur kejap boleh? Kejap je. Mommy penat sgt harini. Please eh boleh eh eh eh.” Sambil lap airmata guna lengan baju ya nego tu hahahahahhahahahah kejadian ni baru berlaku siang tadi.
Ads
Yela, mmg ada hari kita macam extra penat kan. Sbb kalau malam alhamdulillah setakat ini, baby merengek nak susu atau nak tukar pampers je, lepastu dia lena sampai ke pagi. Kita je la kejap2 bangun nak tengok dia okay ke tidak.
Masih adapt. Dalam fasa trial and error. Maklumlah first time. Siapa pernah experience?
Tambahnya lagi, sokongan daripada suami dan keluarga sangat penting untuk memastikan proses penyembuhan itu cepat dan berjalan lancar.
Pagi tadi bawa baby M pergi check up dengan pakar pasal jaundice dia. Alhamdulillah lega bila doktor kata semua okay, cuma kena monitor je seminggu lagi Alhamdulillah ?♥️
Awal-awal baby menangis memang panic
Ads
Awal dulu kalau baby M nangis, mommy panic. Apa nak buat niiii, dia nak apa niiii. Tapi slowly mommy belajar, baby kan belum boleh express apa dia nak, jadi salah satu cara untuk dia bagitahu kita adalah melalui tangisan merdu ituhhh! ? Jadi tarik nafas, relax, and start checking. Either baby lapar, pampers dah penuh, atau dia rasa tak selesa (could be kembung, atau panas, atau terlalu sejuk, or apa-apa lah). Kena belajar dengan org2 yg expert jaga baby. Kalau dekat rumah ni, my mom and my sister mmg expert. Tenang je jaga baby. Salute!
Jika anda perlukan pertolongan, minta sahaja
Ada hari kita letih, esp kalau kita breastfeed baby. Bila letih sgt kita jadi stress, ditambah pulak dengan pressure lain. If you need help, pls ask for it. If you think you body can take it, go ahead. Tp kalau ada time, macam you betul-betul need some rest, please say it out. Tell your husband, tell your family members. Fasa berpantang ni mmg mencabar kalau kita tak happy. Dengan badan yang masih weak, dalam nifas lagi kan, macam-macamlah dugaan syaitan duk hasut itu ini. Support daripada family terutama suami, mak ayah, dan orang yang rapat sangat penting utk mempercepatkan healing process tu.
Kena banyak rest
Ads
Dr i kata, the faster we get back to our normal healthy lifestyle, the better. Memang kena banyak rest (walaupun sebenarnya bila jaga baby ni takde rest sgt pun haha), tapi elakkan terbaring tak buat apa-apa dalam jangka masa yang terlalu lama. Tapi kena ikut kemampuan badan masing-masing jugak tau. Alhamdulillah, i think my body is recovering well alhamdulillah alhamdulillah. Luka czer pun cantik doktor kata. Less than two weeks, i boleh buat house chores macam biasa. Cuma still kena hati-hati ya, sebab luka di dalam tak siapa yang tahu. Tibehhhhh! ?
Selamat berpantang kepada semua yang sama-sama sedang berpantang. Yang bakal bersalin, all the best! May Allah ease.
Rata-rata mengalami pengalaman yang sama ketika berpantang. Mereka juga berada di dalam situasi yang penat dan tidak dapat tinggalkan baby untuk lakukan urusan lain.
Untuk mama yang sedang berpantang atau bakal berpantang, mintalah pertolongan orang sekeliling jika memerluka. Fasa berpantang adalah fasa untuk mama berehat daripada penat mengandung dan bersalin. Selamat berpantang!
Kes keracunan makanan meningkat pada bulan Ramadan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam sentiasa berhati-hati ketika membeli atau menyediakan juadah berbuka puasa bagi mengelakkan sebarang masalah keracunan makanan.
Beliau faham situasi sambutan Ramadan tahun ini lebih meriah berbanding dua tahun lepas kerana kita sudah boleh berkunjung ke bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka puasa. Bagaimanapun Khairy mengingatkan agar semua masyarakat perlu berhati-hati membeli juadah berbuka puasa.
Menurut beliau, jika mengikut trend keracunan makanan yang berlaku di Malaysia, biasanya terdapat peningkatan kes keracunan makanan ketika bulan Ramadan.
Foto: Sinar Harian
Berita tentang dua orang kanak-kanak yang disyaki keracunan makanan selepas berbuka puasa dengan makanan yang telah dibeli di bazar Ramadan pada minggu lepas antara kes keracunan makanan yang dilaporkan. Itu belum lagi kes-kes keracunan makanan yang tidak dilaporkan.
Kes keracunan makanan meningkat
“Kes keracunan makanan tidak boleh diambil mudah sebab ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan bahkan lebih serius boleh menyebabkan kes kematian,” demikian tegas Khairy mengingatkan.
Justeru untuk langkah berjaga-jaga, Khairy mengingatkan agar semua masyarakat mengamalkan lima amalan penting bagi memastikan makanan bersih dan selamat.
Jaga kebersihan diri, basuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum makan.
Guna peralatan berasingan untuk makanan mentah bagi elakkan pencemaran pada makanan yang telah dimasak.
Masak makanan dengan sempurna dan pastikan dimakan dalam tempoh tak lebih dari empat jam lepas dimasak.
Bagi makanan ready to eat, simpan pada suhu yang sesuai dan simpan tak lebih tiga hari dalam peti sejuk.
Guna bahan mentah yang segar dan air yang bersih untuk memasak.
Sebelum makan sentiasa amalkan konsep lihat, hidu dan rasa. Kalau nampak tak okay, bau rasa dan pelik jadi janganlah makan. Pastikan selamat dan bersih sebelum makan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas tamat tempoh cuti bersalin yang diberikan majikan, ibu berkerjaya pasti berdepan dengan dilema untuk meneruskan kerja ataupun berhenti kerja. Mana tidaknya, rutin sepanjang tempoh dua hingga tiga bulan selepas bersalin pastinya banyak diisi dengan menyusukan bayi.
Jadi, jika sudah memulakan kerja di pejabat, bagaimana ibu baharu ingin meneruskan penyusuan susu ibu?
Antara cabaran yang dihadapi oleh ibu berkerjaya untuk meneruskan penyusuan susu badan adalah:
Sukar mengikuti rutin penyusuan.
Tiada masa atau tidak pandai membahagikan waktu menyusu dengan waktu
berkerja.
Tempat kerja dan rumah jauh, jadi sukar untuk berulang-alik.
Susu menjadi sedikit apabila mula berkerja.
Bayi keliru puting.
Anak tidak mahu menyusu botol.
Kurang pengetahuan tentang persediaan penyusuan bagi ibu berkerjaya.
Bagi membantu para ibu berkerjaya meneruskan penyusuan susu ibu, ketahui persediaan penyusuan yang perlu dibuat oleh ibu sebelum mula bekerja.
Persediaan untuk ibu berkerjaya
– Selepas bayi lahir, atur jadual penyusuan yang bersesuaian dengan keadaan jika anda
sudah mula berkerja
– Sediakan barangan penyusuan secukupnya seperti pam susu, botol, pemanas susu
dan beg simpanan penyusuan.
– Dapatkan pam susu yang betul dan selesa dengan anda bagi memudahkan anda
mengeluarkan susu dengan lancar. Antara pam susu yang terdapat di pasaran adalah
pam susu manual, pam susu elektrik dan dwi pam susu.
– Pelajari cara menggunakan pam susu seperti bagaimana untuk meletakkan pam susu
pada payudara dan teknik yang perlu dibuat bagi melancarkan pengeluaran susu
badan.
– Sediakan susu yang diperah beberapa minggu lebih awal sebelum anda memulakan
kerja. Pelajari cara menyimpan susu yang sudah diperah, kemudian tandakan masa
dan tarikh susu anda dipam. Ketahui bagaimana untuk mengenal pasti sama ada susu
tersebut masih elok ataupun tidak.
– Beberapa minggu sebelum memulakan kerja, sesekali berikan si manja susu ibu yang
diletakkan dalam botol dan lihat penerimaannya. Pilih botol yang sesuai dengan bayi
anda dan pelajari tips supaya bayi tidak keliru puting.
– Berbincang dengan majikan anda tentang perancangan anda untuk meneruskan
penyusuan susu badan. Nyatakan kekerapan yang anda perlukan dalam sehari (di/
tempat kerja) untuk mengepam susu.
– Sediakan senarai semak barangan penyusuan yang perlu dibawa ke tempat kerja
supaya tiada barang yang tertinggal. Jangan lupa untuk meninggalkan barangan
penyusuan seperti botol penyusuan, susu yang sudah diperah dan pemanas botol
kepada pengasuh bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mandi selepas bersalin bukanlah sekadar perkara biasa yang perlu dibincangkan. Walaupun nampak mudah, sebenarnya ada ilmu dan cara yang perlu diambil kira untuk menjaga kesihatan dalaman tubuh kita. Jangan lupa, penjagaan tubuh selepas bersalin juga penting untuk kesejahteraan ibu!
Menurut petua yang dikongsikan oleh Puan Siti Aishah, daripada Pewaris Perbidanan Melayu Asli, nak mandi juga kena ada caranya supaya badan kekal kuat dan hebat secara dalamannya.
“Kalau ikut cara kaum cina, 30 hari mereka memang tak jumpa air. Bukan setakat basah rambut. Mandi pun langsung tak boleh. So, saya nak share cara bidan-bidan Melayu Lama. Aturan dan tertibnya.
1. Mandi waktu dhuha. Maksudnya biar matahari dah tinggi sedikit barulah mandi. Cuaca dah suam-suam. Kalau cara kak Ice, kalau masa tu memang musim hujan, sejuk memanjang, memang tak mandi la sepanjang hari tu. Key word dia, jangan lepas dah sedap mandi air suam disebabkan suhu sekitar yang sejuk, tiba-tiba kita jadi menggigil lepas mandi. Bahaya tu. Takut tiba-tiba bentan menggigil.
2. Mandi air suam-suam panas untuk badan. Boleh mandi air rebusan daun herba. Kalau susah nak cari daun-daun, mandi je air kosong yang suam. Janji suam-suam panas. Jangan suam-suam sejuk. Banyak beza tu.
3. Untuk kepala . WAJIB mandi air paip biasa. Jangan basuh rambut dan muka dengan air panas. Pantang 7 keturunan tu. Kalau dilanggar, ibu mudah kena pening kepala. Rambut mudah gugur. Kulit muka cepat berkedut. Amalan ni bukan untuk ibu dalam pantang je, untuk semua sebenarnya. Laki, perempuan, tua, muda semua boleh ikut petua ni. Saya dah biasakan anak-anak sejak lepas lahir lagi. Muka rambut memang air paip biasa. Badan je air suam.
4. Mandi jangan lama-lama. Paling lama 10 minit je.
5. Mandi orang pantang SATU baldi besar je. Bukan satu kolah. Satu gayung ratakan seluruh tubuh. Sabun puas-puas. Lepas tu gunakan air lebihan dalam baldi buat bilas sabun. Dah cukup.
6. Mandi sehari sekali. Wanita yang mandi banyak-banyak dan lama dalam pantang kita akan nampak kulitnya tak anjal. Even kurus tapi kulit tak anjal. Muka sembap.
7. Minggu pertama sebaiknya lap-lap je dulu. Dry cleaning. Ini kalau tak ikut pun tak apa. Anak no tiga, kak ice memang tak mandi masa minggu pertama bersalin. Rasa badan lagi selesa. Maksudnya fit. Tak mudah kena ketegur angin sejuk. Muka pun nampak firm cepat dari pantang anak pertama dan kedua.
So, Inilah tip dan aturan mandi ibu dalam pantang. Cara bidan-bidan lama. Tak ikut tak dosa. Kalau ikut jadi lawa. Tepuk dada tanya jiwa.
So bolehlah ibu-ibu dalam pantang berlawa sikit. Jangan lupa pakai pilis di dahi. Nampak manis keibuan giteww!
Kalau tak melayu yang sambungkan seni warisan perbidanan Melayu, siapa lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.