Tahniah diucapkan buat pasangan pempengaruh, Umisya Mazlan dan suaminya, Aslam yang selamat menimang anak ketiga mereka.
Menerusi Insta Storynya, Umisya berkongsi beberapa ucapan tahniah daripada ahli keluarga dan rakan terdekatnya mengenai kelahiran itu.
Bahkan Umisya sendiri turut berkongsi khabar gembira itu menerusi entri yang sama.
Ads
“Alhamdulillah, terima kasih yang mendokan.
“Misya dah selamat melahirkan,” tulisnya ringkas.
Ads
Menerusi perkongsian itu, pasangan ini dikhabarkan dikurniakan seorang bayi perempuan selepas dua anak lelaki sebelum ini.
Ads
Terdahulu, pada pertengahan tahun lalu, Umisya yang sedang mempromosikan produk mengakui yang dia sedang hamil anak ketiganya menerusi video yang dikongsikan menerusi Tik Tok.
Cara Mudah Mengurus Uri Bayi di Zaman Moden: Panduan Lengkap Untuk Bapa Kali Pertama
Di era moden ini, pengurusan uri bayi bukan lagi sesuatu yang membebankan, malah semakin mudah dengan kehadiran pelbagai produk dan panduan visual. Khusus buat bapa kali pertama, proses ini mungkin kedengaran asing dan sedikit menakutkan. Namun sebenarnya, dengan tunjuk ajar yang betul, ia adalah satu tanggungjawab yang sangat mudah untuk dilaksanakan.
Menariknya, zaman kini dah menawarkan pelbagai produk siap guna untuk pengurusan uri seperti kit lengkap. Ini amat membantu terutama buat bapa yang pertama kali menjalani pengalaman ini. Sebagai bapa, penting seorang suami ialah mengetahui dan mempelajari cara yang betul untuk menguruskan uri bayi.
6 langkah mencuci uri bayi:
Langkah 1
Mulakan dengan bismillah dan pakai apron dan sarung tangan terlebih dahulu untuk menjaga kebersihan.
Langkah 2
Letakkan uri di dalam besen dan cuci dengan air sehingga bersih untuk hilangkan darah.
Penting untuk membuang darah beku dan kotoran terlebih dahulu.
Langkah 3
Kemudian lumurkan garam dan cuci sehingga bersih
Kalau papa tak berapa pasti cara nak urus uri si Manja, tonton video ini:
Video daripada saluran Pa&Ma di atas menampilkan En. Yusof dari Tungbayee, yang berkongsi kaedah mudah mengurus uri dengan cara yang bersih dan selamat.
Langkah 4
Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci dengan bersih untuk hilangkan bau hanyir darah. Bau hanyir darah ini boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
Langkah 5
Buang air rendaman tadi, kemudian bilas semula uri menggunakan air bersih yang baru. Gosok dan urut uri perlahan-lahan bagi memastikan semua sisa darah keluar sepenuhnya, termasuk dari bahagian tali uri.
Langkah 6
Letakkan uri yang telah bersih diatas kain dan ikat bersama dengan asam keping. Siap! Senang dan mudah. Sedia untuk ditanam.
Menariknya, zaman kini dah menawarkan pelbagai produk siap guna untuk pengurusan uri seperti kit lengkap. Ini amat membantu terutama buat bapa yang pertama kali menjalani pengalaman ini.
Pengurusan uri bukan hanya soal kebersihan fizikal, tetapi juga satu bentuk penghormatan kepada anugerah kehidupan yang baru. Ilmu serta teknologi moden memudahkan proses ini dan memberi keyakinan kepada ibu bapa baru untuk menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh amanah. Dengan hanya 6 langkah mudah seperti ditunjukkan dalam video, para bapa kini boleh melakukannya sendiri dengan yakin dan selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya ibu berpantang takut makan ayam selepas bersalin. Pemakanan yang berkhasiat memainkan peranan yang penting dalam tempoh berpantang bagi ibu. Bagi ibu yang menitikberatkan pemakanan yang sihat dalam tempoh berpantang pasti sekali akan berhati-hati dalam memilih makanan. Namun begitu, para ibu tidak boleh mengabaikan sumber protein kerana ia merupakan sumber yang baik dalam proses berpantang.
Fakta Ayam dan ikan merupakan sumber yang baik bagi protein, vitamin dan garam mineral. Ibu yang sedang berpantang memerlukan banyak protein. Sumber protien seperti ayam, ikan, telur dan kekacang amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Protien berfungsi untuk pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.
Ibu-ibu juga boleh mempelbagaikan menu semasa berpantang. Menu yang sama boleh membuatkan ibu berpantang cepat jemu dan tidak berselera.
Tiga resepi yang menarik serta berkhasiat yang dikongsi oleh Bonda Rozita amat menyelerakan serta mudah disediakan khas untuk wanita selepas bersalin. Resepi yang mudah ini juga boleh dipraktikkan oleh golongan bapa untuk isteri mereka.
Sambil melihat Bonda Rozita berceloteh berkongsi resepi-resepi berpantang yang menarik dan menyelerakan, ibu-ibu juga boleh mendengar tip daripada beliau tentang khasiat-khasiat yang terdapat dalam setiap masakanya. Selamat mencuba!
Jumaat yang lalu pengacara dan pelakon Nadzmi Adhwa melalui akaun Instagram miliknya mengumumkan bahawa isteri tercinta, Ardell Aryana yang juga seorang pelakon telah selamat melahirkan anak perempuan pertama mereka.
Walaupun terpaksa menahan sakit selama 16 jam, namun akhirnya semuanya selamat. Walaupun begitu, menurut salah satu posting di Instagram Babyadhwardell, Nadzmi memaklumkan bahawa isterinya itu mengalami pendarahan yang teruk sehingga menyebabkan dia muntah tanpa henti selepas melahirkan puteri mereka.
“Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan umie . Selepas je selamat melahirkan saya umie muntah terus pengsan sampai keesokkan harinya umi cuba bangun nurse mandi kan umie muntah lagi kemudian umie pengsan terus dalam tandas sebab umie turun banyak darah tapi umie tetap juga kuat. Alhamdulillah hariini umie saya da makin kuat tak pengsan lagi dapat duduk dalam dakapan umie sekejap semalam dan pagi tadi . Get well soon umie. Baby dan abie doakan,” tulisnya
Dalam satu posting yang lain di akaun miliknya sendiri, Nadzmi berkongsi video menunjukkan wajah puteri sulung mereka.
Dalam posting tersebut juga Nadzmi berkongsi gerangan nama yang diberi kepada cahaya mata pertama mereka itu.
Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa menjadi pilihan yang diambil sempena nama dua orang srikandi Islam yang terkenal.
Dalam posting tersebut juga Nadzmi mengucapkan rasa syukurnya dengan kurniaan dari Ilahi untuk dia dan isterinya Ardell.
“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa @babyadhwardell My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari Video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini . Salam Jumaat,” tulisnya lagi.
Sementara itu, Ardell juga turut memuat naik gambar puterinya di akaun Instagram memperkenalkan nama buat bayi perempuannya yang kini sudah berusia 7 hari.
“Assalamualaikum nama saya
Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa
Lahir pada pukul 2:22:22s pagi Jumaat 5/6/2020 @babyadhwardell,” tulis Ardell
Menjawab salah satu komen yang bertanyakan tentang maksud nama pilihan untuk puterinya, Ardell menjawab bahawa nama tersebut diambil sempena nama dua orang srikandi Islam iaitu Arwa Binti Kuraiz dan juga Malaikha Urwa.
Ardell juga turut menerangkan siapakah kedua-dua srikandi berkenaan dalam komen tersebut.
“Alhamdulillah .. saya mintak maaf , saya jawab sedikit ya . Nama anak ini tiada kaitan gabungan nama antara saya dan suami . Saya beri maksud nama anak saya mungkin nama nya jarang kedengaran .
“Sebelum andaian yang lain keluar saya terang kan serba sedikit supya ia jelas • Arwa binti Kuraiz : Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain.
“Malaika Urwa : Wanita Islam yang hebat , dakwah melalui cara dakwahnya yang tersendiri dan wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke 11,” jelasnya lagi.
Cara pilih stroller yang betul untuk si manja? Kenali jenis stroller, kelebihan, kekurangan dan ciri penting yang perlu ibu ayah pertimbangkan sebelum membeli.