Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di sini, pagi tadi.
Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.
Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah.
Ads
Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.
Subuh tadi, ketika ramai masih lena atau baru bersiap memulakan hari, satu tragedi memilukan merentap bahagia sebuah keluarga di Jalan Soon Ban Kheng, Bukit Mertajam.
Seorang ibu, dengan penuh kasih, menunggang motosikal membawa tiga anaknya mungkin sekadar rutin biasa ke sekolah, seperti hari-hari sebelumnya.
Tiada siapa menyangka, perjalanan pagi itu menjadi perjalanan terakhir buat si kecil berusia dua tahun.
Dalam sekelip mata, takdir Allah mengubah segalanya.
Anak kecil itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi adiknya terselamat satu keajaiban kecil di sebalik ujian yang sangat besar. Namun yang paling meruntun jiwa, apabila melihat dua beradik itu berdiri kaku di sisi jasad adik mereka sendiri. Tanpa tangisan kuat, hanya wajah kosong yang seolah-olah belum mengerti sepenuhnya kehilangan yang sedang berlaku.
Ibu mereka pula kini bertarung nyawa, dalam keadaan kritikal dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan kecemasan. Setiap detik menjadi penentu, setiap doa menjadi harapan.
Bayangkan pagi yang sepatutnya diisi dengan tawa anak-anak, bertukar menjadi saat paling gelap dalam hidup mereka.
Tiada siapa bersedia untuk kehilangan sebegini. Lebih-lebih lagi seorang ibu yang keluar rumah dengan niat menghantar anak, namun kini terpisah tanpa sempat mengucup dahi buat kali terakhir.
Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat si kecil yang telah pergi.
Dan titipkan doa agar ibunya diberi kekuatan, dipermudahkan segala urusan pembedahan, dan kembali sembuh untuk anak-anak yang masih memerlukan pelukan kasihnya.
Kadang hidup ni tak bagi amaran.
Yang ada cuma kenangan dan penyesalan yang tak sempat diulang.
Sumber: Pulau Pinang Kita
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah penderitaan Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farhan, 4 bulan yang disahkan penghidap kanser otak (Medullastoma) tahap 4 dan ketumbuhan buah pinggang selepas 21 dilahirkan ternyata mendapat perhatian ramai.
Nishka disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas keadaan kepalanya yang agak besar berbanding bayi seusianya dan perlu menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Penderitaan Nishka turut mendapat perhatian beberapa selebriti terkenal tanah air termasuklah penyanyi nombor satu Negara, Dato Sri Siti Norhaliza dan juga Usahawan selebriti terkenal Mawar Karim.
Dato Siti dalam posting nya yang dibuat baru-baru ini mendoakan kesejahteraan Nishka, dalam doanya Dato Siti memohon supaya Allah memberikan segala yang terbaik buat malaikat kecil ini.
“Ya Allah berilah segala yang terbaik buat malaikat kecil ini.. aaminn.. Doa adalah senjata ..Marilah kita ambil sedikit masa untuk mendoakan malaikat kecil ini.. Besar & hebat dugaan ibu ayah mu nak… tapi Besar juga hikmah Allah SWT berikan”
“Mohon share agar semua boleh doa utk Nishka….Allahuakbar…Allahuakbar..
ya Allah sembuhkn Nishka..Selamatkan Nishka”
Perkongsian yang mendapat lebih daripada sejuta tontonan itu turut disusuli dengan lebih empat ribu komen yang turut sama mendoakan baby Nishka.
Dalam perkongsian Mawar Karim yang berkesempatan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang semalam, dia sempat ke HUSM untuk melihat sendiri perkembangan terbaru Nishka.
Dalam postingnya itu, ibu kepada Maryam ini mendoakan agar Allah memberikan kesembuhan kepada Nishka. Menurutnya lagi ujian yang diberi kepada ibu Nishka ini memang hebat, dia sendiri tidak mampu melihat bayi secomel Nishka menanggung derita kesakitan, tapi ibunya masih mampu tersenyum walaupun jauh di sudut hatinya menyimpan seribu duka.
Bagi yang ingin menyalurkan bantuan, Mawar Karim turut memaparkan nombor akaun bank milik ibu Nishka; Khairiah Kamarudin bagi memudahkan orang ramai yang ingin membuat sumbangan.
“Unplanned trip to Kelantan. Ya Allah sembuhkan baby Nishka. Semoga ada sinar dalam hidup baby Nishka,tabah menghadapi dugaan dan lawan segala sakit. Ya Allah baby Nishka sangat cute strong girl.Rezeki sy dapat berjumpa baby Nishka. Sejujur nya sy tidak rancang untuk datang Kelantan hari ini asal nya next week tapi Alhamdulillah kita sebaik-baik rancang Allah tentukan. Dah berapa hari asyik teringat baby Nishka. Tanpa fikir panjang saya terus datang melawat.”
“Setiap ujian di hadapi berbeza-beza. Cuba kita letakkan diri kita sebagai ibu baby Nishka. Ibu Nishka masih tersenyum walaupun masih simpan seribu suka duka. Saya sendiri tidak mampu melihat baby secomel ini menanggung derita kesakitan.”
Semoga baby Nishka sembuh, kembali ceria, macam baby lain. Insyaallah selagi kami boleh membantu kita usaha kan. ( No acc Cimb 7002814262 Khairiah bt Kamarudin )”
Marilah kita semua sama-sama mendoakan semoga semua urusan rawatan Niska dipermudahkan dan anak kecil ini disembuhkan daripada segala penyakit yang ada. Bagi yang ingin membantu boleh buat demikian dengan menyalurkan bantuan anda ke akaun bank milik ibu Nishka.
“Hari ini dia tanya kita siapa… Esok dia mungkin tak ingat dia pernah ada anak.”
Begitulah kejamnya dementia satu gangguan otak yang perlahan-lahan merampas memori, identiti, dan keupayaan seseorang untuk menguruskan hidup sendiri.
Ia bukan sekadar ‘nyanyuk biasa’, tapi gangguan serius yang menjejaskan pemikiran, ingatan, pertuturan, dan juga emosi.
Begitulah yang dikongsi oleh Puan Muji Sulaiman, 65 tahun, telah mengabdikan hidupnya hampir empat dekad di Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas.
Namun ada satu perkara yang kekal menyentap hatinya hampir kesemua pesakit dementia di situ dahulu adalah golongan profesional.
Mereka pernah memegang jawatan besar: guru besar, eksekutif bank, jururawat, malah pendidik. Hari ini, mereka duduk diam dalam dunia mereka sendiri, perlahan-lahan melupakan siapa mereka… dan siapa yang mereka sayang.
Lebih menyayat hati, ada antara mereka dihantar ke pusat jagaan oleh ahli keluarga sendiri bukan kerana benci, tetapi kerana terlalu penat dan tertekan.
“99 peratus penjaga pesakit dementia akan rasa terbeban,” ujar Muji.
Kata-katanya bukan keluhan, tapi satu hakikat yang sering dipendam dalam diam.
Walaupun usia makin lanjut, Muji percaya, dementia bukan takdir yang tak boleh dielak. Aktiviti harian, gaya hidup sihat dan rutin sosial selepas bersara mungkin kelihatan remeh tetapi itu sebenarnya benteng terakhir untuk melawan sunyinya usia tua.
Sepanjang mengendalikan Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, pengasasnya, Muji Sulaiman memaklumkan semua pesakit dementia di pusat itu terdiri daripada golongan profesional.
Muji, 65, berkata, pusat berkenaan ditubuhkan kira-kira 38 tahun lalu bagi menjaga golongan warga emas terutama yang tinggal sebatang kara.
“Ketika ini, kami mempunyai kira-kira 40 penghuni berusia antara 60 hingga 90 tahun dengan 20 daripadanya adalah pesakit dementia.
Ada di antara mereka pernah berkhidmat dalam bidang profesional seperti eksekutif bank, guru besar, jururawat terlatih serta cikgu.
“Sehingga ke hari ini, pesakit dementia di pusat jagaan ini hanya membabitkan golongan profesional dan bukannya suri rumah atau individu berpendapatan rendah,” katanya
Menurutnya, ada di antara penghuni di pusat jagaan itu dihantar ahli keluarga mereka kerana tidak tahan dengan kerenah pesakit dementia.
“Boleh dikatakan 99 peratus ahli keluarga atau penjaga yang menjaga pesakit dementia akan merasa tertekan dan terbeban dengan tugas itu (menjaga pesakit dementia).
“Kebanyakan pesakit dementia di sini menghidap angin ahmar. Ada pesakit yang terlantar dan tidak boleh menguruskan diri. Ada juga antara mereka yang boleh berjalan,” katanya.
Katanya, penyakit dementia boleh dicegah dalam kalangan warga emas dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta tetap aktif meskipun sudah bersara.
“Sebelum ini, mereka bekerja setiap hari namun apabila sudah bersara, hanya duduk di rumah tanpa ada sebarang aktiviti dan pergaulan sosial.
“Justeru itu, golongan berisiko ini (warga emas berusia 60 tahun ke atas) perlu ada hobi yang sering dilakukan seperti menyanyi dan berjalan.
“Bagi individu disahkan menghidap dementia, mereka masih boleh dirawat dengan mendedahkannya dengan aktiviti yang menjadi rutin harian mereka,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.