Ada ibu yang bertanya bagaimana dan bilakah kita patut tangan-tangankan anak seperti yang disarankan pepatah? Dan bilakah kita patut mula mendisiplinkan anak?
“Proses disiplin bermula dari peringkat bayi oleh itu kita perlu ‘tangan-tangankan’ anak dari bayi lagi.”
Ini jawapan dari Perunding Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar buat ibu bapa dalam memberi didikan terbaik untuk anak.
Jawapan yang saya berikan ini sering membuatkan ayah dan ibu terdiam sejenak.
Jika disiplin pada tafsiran anda adalah menggunakan kekerasan dan hukuman semata-mata, maka anda silap.
Disiplin bermula dengan membina RASA PERCAYA (trust) dalam diri anak.
Rasa percaya tersebut dibina dengan menggunakan tangan tangan ibubapa.
Ayah dan ibu perlu mengangkat bayi, mendukung bayi, membelai bayi, menenangkan bayi, menyusukan bayi, memandikan bayi, mendodoi bayi, dan bermain dengan bayi.
Bukankah semua ini menggunakan tangan?
Inilah tafsiran ‘tangan-tangankan’ yang perlu diamalkan ketika usia awal.
Seorang anak yang percayakan ayah dan ibu yang menguruskannya dan memberi perhatian kepadanya dari lahir, akan percaya apabila ayah atau ibu berkata
“Adik tak boleh ke situ, bahaya” ataupun “Adik cuma boleh guna fon Ibu selama 10 minit.”
Mereka akan patuh kerana mereka percaya.
Ads
BAGAIMANA KAEDAH MENDISIPLINKAN BAYI?
MEMBERI RESPON PADA TANGISAN BAYI.
Setiap bayi dilahirkan dengan Attachment Promoting Behaviour (APB) atau Tingkahlaku yang menggalakkan perapatan antara bayi dan ibunya.
InI merupakan fitrah seorang bayi.
APB merupakan bahasa yang paling awal digunakan oleh bayi untuk berkomukasi dan menyampaikan keperluannya sebelum dia mula bertutur.
APB yang utama adalah tangisan bayi.
ASAS DISIPLIN YANG PALING PENTING adalah memberi respon kepada tangisan bayi. Apabila bayi menangis, angkatlah dia dan tenangkanlah dia. Dia cuba berkomunikasi dengan anda. Dia juga cuba membina perapatan atau ‘attachment’ dengan anda melalui APB.
Pesan juga kepada pengasuh bayi supaya tidak membiarkan bayi menangis terlalu lama tanpa dilayan. Bayi bukannya manipulatif atau cuba menyusahkan orang dewasa tetapi bayi cuba berkomunikasi dan mewujudkan rasa percaya kepada orang dewasa yang terdekat dengannya.
Dari sinilah asas kepercayaan terbentuk.
Jika kita memberi respon kepada ketidakselesaan yang bayi alami, bayi akan membina rasa percaya kepada kita. Dia percaya yang kita akan berada di sisinya apabila diperlukan. Dia percaya kita akan pastikan keselamatan dirinya. Suatu hari nanti dia percaya bahawa nasihat dan tegahan kita adalah untuk kebaikannya.
Jika kepercayaan yang asas ini tidak terbina ketika bayi, dia membesar tanpa rasa selamat dan tanpa peduli dengan arahan dan tegahan terhadapnya.
Amalan ini juga melahirkan anak-anak yang peduli akan emosi dan kesusahan yang dialami oleh orang lain kerana mereka biasa dipedulikan oleh ayah, ibu dan penjaga ketika usia bayi.
MENGGENDONG BAYI (BABY WEARING)
Aneh bukan, bagaimana menggendong bayi dapat membentuk disiplin anak?
Bukankah gendong cuma trend semasa?
Ads
Kajian* menunjukkan bahawa bayi yang digendong menjadi lebih tenang dan kurang meragam. Pergerakan (motion) menenangkan bayi. Merasai degupan jantung ibu atau ayah juga menenangkan bayi.
Rasa tenang dan selamat adalah juga ASAS DISIPLIN YANG PENTING. Anak yang tenang menjadi kurang impulsif dan kurang memberontak dengan kemarahan.
Dengan menggendong, bayi ikut ke mana ibu atau ayah pergi, bayi melihat apa yang dilihat ayah ibu dan bayi mendengar apa yang didengari dan diperkatakan oleh ayah dan ibu dengan jelas.
Ini membuatkan bayi merasakan dirinya penting dan menjadi sebahagian dari dunia ayah dan ibu.
Gendong juga membuatkan ibubapa lebih sensitif kepada keperluan bayi kerana bayi sentiasa dekat dengan ibubapa.
Ayah dan ibu yang ‘connected’ dengan anak akan menjadikan anak lebih sensitif terhadap harapan dan keperluan ibubapa apabila anak semakin meningkat usia.
Anak akan faham jelingan ayah bermaksud tegahan. Dia akan faham ibu mempunyai harapan agar dia berkelakuan baik. Dia akan tahu tingkah laku manakah yang patut dielakkan kerana akan membuatkan ayah dan ibu sedih dan kecewa.
BERMAIN DENGAN BAYI
Apa pula kaitan bermain dan disiplin?
Bukankah apabila kanak-kanak bermain mereka akan bergerak lasak ke sana ke mari dan sepahkan rumah? Bukankah jika bermain mereka susah hendak berhenti untuk melakukan rutin yang lain?
Ads
Bermain membuatkan ibubapa lebih memahami keupayaan dan kekurangan seorang anak. Ibubapa akan lebih memahami tingkah laku dan emosi pada setiap perkembangan anak melalui bermain.
Apakah yang membuatkan anak gembira?
Apakah yang menyebabkan anak sedih dan kecewa?
Apakah yang membuatkan anak patuh?
Apakah yang membuatkan anak berkecenderungan untuk melawan?
Mengenali anak anda akan membuatkan anda tahu kaedah disiplin manakah yang lebih berkesan ke atasnya dan kaedah disiplin manakah yang tidak diendahkannya.
Adakalanya anak tidak berdisiplin kerana ibubapa menggunakan kaedah yang tidak sesuai dengan pembawaan dan perkembangan mereka.
Bermain juga membuka peluang kepada perkakasan atau ‘tool’ disiplin yang sangat penting iaitu humor.
Gelak ketawa, senyuman dan keletah anak akan:
1) mengenepikan konflik atau stress
2) membina tumpuan anak
3) membuatkan anak terbuka menerima suruhan dan tegahan.
Jika anak sudah biasa mengikut peraturan permainan, dia juga mudah mengikut arahan yang diberikan oleh ibubapa dan patuh kepada ‘authority’.
Praktikkanlah ketiga-tiga kaedah ‘tangan-tangankan’ anak ketika bayi untuk membina asas disiplin. Tanpa RASA PERCAYA dan tanpa PERAPATAN, anak-anak tidak akan peduli dengan arahan ataupun peraturan yang kita tetapkan. Anak juga tidak sensitif terhadap keperluan dan harapan ibubapa.
Apabila usia anak semakin meningkat, dan dia mula memahami konsep ‘kesan dan akibat’, langkah seterusnya bagi ibubapa adalah untuk menetapkan batasan (boundary) ataupun peraturan. Fungsi peraturan bukannya untuk mengongkong sebaliknya ia melatih anak supaya menjadi insan yang berdisiplin, beradab dan berakhlak.
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi mengenai salah seorang anak kembarnya Emelia yang sudah mula menunjukkan dirinya seorang kidal selepas banyak aktiviti dilakukan menggunakan tangan kiri.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, tidak mengapa jika mempunyai anak kidal. Malah beliau menasihati ibu bapa supaya tidak memaksa anak mereka untuk berubah menggunakan tangan kanak seperti orang lain.
Nampak macam Emelia bakal kidal sama macam Tasha. Dia menggunakan banyak tangan kirinya untuk melakukan sesuatu. Tapi terlalu awal untuk mengesahkannya.
Jika anda perasan anak-anak kidal, biarkan dan biar dia selesa dengan caranya. Jangan paksa mereka ubah untuk menggunakan tangan kanan,” katanya.
Muszaphar berkongsi perkara berkenaan di akaun instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan beliau memuat naik Emelia sedang makan dan memegang sudu ditangan kirinya.
Beritahunya lagi, dia pada mulanya seorang kidal sewaktu kecil tetapi telah cuba diubah oleh bapanya untuk menggunakan tangan kanan.
Ia berlaku pada diri saya juga, bapa saya selalu mahu saya menggunakan tangan kanan. Mungkin sebab itu juga saya mahir menggunakan kedua-dua tangan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Muszaphar turut berkongsi beberapa fakta dan kelebihan menarik untuk orang yang kidal.
Beberapa fakta tentang orang kidal
1. Hanya 10% daripada populasi dunia
2. Otak kanan lebih dominan
3. Mereka lebih berkreativiti, kuat imaginasi dan mempunyai gerak hati.
4. Tidak diketahui mempunyai IQ yang lebih baik dalam kajian terbaru 2018 .
5. Golongan lelaki lebih banyak kidal
6. Gen antara yang memainkan peranan
7. Mereka lebih mahir dalam Multi Tasking
8. Mereka mempunyai kelebihan dalam sukan tertentu seperti renang, seni pertahankan diri, tenis dan tinju. Mereka juga lebih mahir dalam permainan video.
9. Anak kembar lebih cenderung menjadi kidal
10. 13 Ogos ialah Hari Kidal Sedunia.
Apabila anak demam suhu tinggi, mereka akan terdedah kepada serangan sawan. Ini berlaku kepada Raphael, anak kepada penyanyi Nurul Depp.
Anak ketiga Nurul, Raphael Depp yang berusia 3 tahun itu telah mengalami sawan di ruang tempat letak Pusat beli belah Pavillion Kuala Lumpur. Ia dikongsikan Nurul di dalam Instagram;
CERITA SEMALAM :
Si #raphaeldepp ni memang betul-betul European. Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena seizure.
Ini kali ketiga walaupun di monitor sebaiknya. Cuma semalam tak sempat sampai rumah.
Beberapa perkara perlu dibuat selepas ambik #raphaeldepp dan #zacharydepp dari sekolah.
#pavillionKL memang tempat biasa kami pergi kalau mahu mendapatkan sesuatu.
Baru je nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena seizure.
Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak anak kena seizure , kena terbalik kan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar Doctor.
Ini kali ketiga raphael diserang sawan apabila suhu badan naik terlalu tinggi ketika demam.
@ayu_ace kali pertama tengok kejadian sebegini berlaku pada kanak-kanak. Memang sedikit terkejut.
Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada #paramedic di #pavillionKL dan juga Security Team nya yang sangat sangat pantas bertindak membantukami apabila melihat kami di dalam kecemasan.
Terima kasih semua yang mungkin saya tak perasan yang berada di sekeliling kami melihat semalam kejadian yang merunsingkan semua orang yang lalu lalang di situ.
Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam, saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila Raphael kena demam.
Alhamdulillah #raphaeldepp is okay now. Selepas satu malam di hospital. Hanya viral fever dan sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darahnya tidak menunjukkan apa apa yang membahayakan. Hanya perlu monitor si kenit ni!
Tengoklah gelagat dia kena ambik darah di #mystory hari ini.
Thanks to all #yestowellnessteam #yestowellnessfamily yang mendoakan.
Rakan artis dan para peminat mendoakan anak ketiga Nurul itu cepat sembuh. Di ruangan komen juga, Nurul turut memaklumkan yang anaknya itu sudah discaj dan pulang ke rumah.
Rata-rata ibu bapa sering ‘mengumpan’ anak kecil mereka menggunakan baby walker. Ada mengatakan ia untuk mententeramkan si anak yang sedang meragam, selain kononnya alat itu mampu membantu mempercepatkan proses bayi untuk berjalan. Mitos atau fakta? Jom ikuti perkongsian ini.
Assalamualaikum Dan Salam sejahtera…
Kalini saya nak berkongsi tentang keburukan penggunaan walker. Bagi taska atau baby sitter yang berdaftar kita sedia maklum bahaya dan keburukan penggunaan baby walker yang mitosnya dipercayai membantu anak cepat berjalan..betul ke?
Tak betul!
Jom saya ceritakan fakta, boleh share untuk maklumat bersama. Ia ‘against’ sosiologi anak, sepatutnya bermula dengan rolling, angkat punggung, dudu, merangkak then berjalan. Tapi kita p taruk dalam walker untuk CEPAT berjalan..kenapa nak cepat? Nak masuk lumba lari di usia 2 tahun ke?
Tanpa kita sedar, bila anak duduk dalam walker ia meletakkan support di punggung sepenuhnya padahal belum tiba masa tulang punggung mampu support ‘the whole body’ lagi. Tapi kita nak juga sebab nak anak CEPAT.
Contoh kita bina rumah letak simen dan buat tiang tapi belum kering kita dah letak macam dekat atas. Structure simen akan jadi tak cantik mungkin akan senget mungkin akan jatuh..ada faham?
Penggunaan walker hilang support dibawah sebab dia duduk so lutut dan ke bawah tak bekerja keras
Risiko kecederaan, jatuh tangga atau step walaupun 1 tapak dapur mungkin rendah sikit dari ruang tamu sedangkan anak yang dh besar kita larang main roller skates dalam rumah, bahaya! Nak main skate di tempat lapang dah kenapa walker boleh pulak ia pon beroda hmmm
Risiko kecederaan
Capai benda tinggi macam api, kipas, tersepit pintu. Capai macam yang sengaja diletakkan tinggi untuk keselamatan.
Risiko kemalangan, walker 3 kali ganda laju 3ft dalam 1saat. Sangat laju untuk usia baby, kalau jatuh pulak risiko baby shaken nauzubillah
Mengikut statistik, majority accident terjadi semasa pantauan depan mata tak apa. Saya pantau anak saya semasa dia guna walker, adoi sukahati lah kita nasihat je
Melambatkan Perkembangan motor seterusnya efek pada mental. Setiap kanak-kanak perlu distimulasi kesemua deria sensory bagi memastikan tiada lompongan. Tahukah anda salah satu terapi speech delay adalah merangkak. Merangkak ok bukan me walker.
kemahiran terbantut dengan adanya kekangan walker sensory terganggu, mata tidak dapat melihat pergerakan kaki, sentuhan diminimumkan kerana ia sepatutnya secara optimum.
Tekanan tulang kerana berdiri tanpa support yang sepatutnya pokok yang belum sedia berbuah tetap tidak akan berbuah ada faham?
Jadi kenapa kita masih lagi degil gigih membeli walker meletakkan anak di dalamnya sedangkan betapa banyak keburukan walker.
Alasan favorite yang saya personally dapat:
Untuk keselamatan sebab tak nak anak dipijak..wah…Adakah rumah ramainya orang seperti shopping mall?
Takut anak mengutip barang-barang bersepah atas lantai. Jadi sepatutnya anda membeli penyapu, mop dan vacuum..bersihkan rumah..bukan bagi walker!
Mudah untuk saya membuat kerja, nak masak, sidai baju, cuci baju sebab itulah kita adalah ibu bapa. Kena pandai bahagikan masa jika anak mengejar kita. Maksudnya kita belum cukup luangkan masa dengan anak.
Anak pakai walker dirumah bs. Rumah saya tak. Seharusnya ibu bapa mencari penjaga/bs yang faham tentang perkembangan awal kanak-kanak. Jika bs menggunakan walker…sila halang..Dan jika tidak boleh..pilih bs yang mempunyai pengetahuan awal kanak-kanak.
Nasihat ini dibawakan secara santai dalam bahasa mudah untuk lebih senang difahami..
Tepuk dada tanya selera…pilihan ditangan anda..kerana saya juga ibu kepada anak kecil dan saya memilih untuk tidak mengetepikan fakta Dan guide dari pendidikan awal kanak-kanak kerana anak adalah amanah.
Kredit: Teacher Ina, Pengerusi Koppakks
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.