Terpisah Juga! Tiga Tahun ‘Melekat’, Berjaya Dipisahkan Melalui Pembedahan Oleh 35 Pakar Hebat

Share

Kes kembar siam sebenarnya banyak ada di serata dunia, tetapi kurang diberi perhatian kerana peratusannya tidak setinggi kembar normal. Bukan mudah untuk membesarkan anak kembar siam, bahkan mereka juga sukar untuk menjalani kehidupan harian kerana ‘melekat’ antara satu sama lain.

Sebuah kes kembar siam di Bangladesh akhirnya diselesaikan dengan kejayaan seramai 35 pakar bedah yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan untuk memisahkan mereka.

Artkel Menarik: [Genetik Ibu, Usia Lebih 35 Tahun & Susukan Anak Pencetus Kandungan Kembar Tak Seiras. Petua Hany Mitos!]

Ikuti laporan akhbar Sinar Harian ini:

DHAKA – Sepasukan 35 pakar bedah Hungary berjaya memisahkan sepasang kembar siam Bangladesh yang bercantum di bahagian tengkorak selepas menjalani pembedahan selama 30 jam.

Kembar berusia tiga tahun itu dinamakan sebagai Rabeya dan Rukaya, lahir dalam keadaan kepala mereka bercantum dan ia hanya berlaku sekali dalam setiap enam juta kelahiran.

Pakar bedah Andras Csokay berkata, keadaan pasangan kembar siam itu stabil dan kini dalam proses pemulihan.

Artikel Menarik: [Anak Kembar Ni Tak Sama Perangai. Lain-Lain Perkembangan Pun Tak Sama, Mak Ayah Wajib Tahu]

Sementara itu, bapa kepada pasangan kembar itu, Rafiqul Islam turut melahirkan rasa lega dan gembira atas kejayaan itu.

“Doktor berjaya memisahkan anak saya. Saya menyaksikannya sendiri. Keadaan mereka baik. Saya berharap kedua-dua anak perempuan saya akan pulih sepenuhnya dan menjalani kehidupan normal,” kata Islam.

Sebelum pembedahan doktor hanya memberi peluang 50 peratus untuk pasangan kembar itu terselamat. – AFP

Sumber: Sinar Harian

IKLAN