Kes kembar siam sebenarnya banyak ada di serata dunia, tetapi kurang diberi perhatian kerana peratusannya tidak setinggi kembar normal. Bukan mudah untuk membesarkan anak kembar siam, bahkan mereka juga sukar untuk menjalani kehidupan harian kerana ‘melekat’ antara satu sama lain.
Sebuah kes kembar siam di Bangladesh akhirnya diselesaikan dengan kejayaan seramai 35 pakar bedah yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan untuk memisahkan mereka.
DHAKA – Sepasukan 35 pakar bedah Hungary berjaya memisahkan sepasang kembar siam Bangladesh yang bercantum di bahagian tengkorak selepas menjalani pembedahan selama 30 jam.
Kembar berusia tiga tahun itu dinamakan sebagai Rabeya dan Rukaya, lahir dalam keadaan kepala mereka bercantum dan ia hanya berlaku sekali dalam setiap enam juta kelahiran.
Pakar bedah Andras Csokay berkata, keadaan pasangan kembar siam itu stabil dan kini dalam proses pemulihan.
“Doktor berjaya memisahkan anak saya. Saya menyaksikannya sendiri. Keadaan mereka baik. Saya berharap kedua-dua anak perempuan saya akan pulih sepenuhnya dan menjalani kehidupan normal,” kata Islam.
Sebelum pembedahan doktor hanya memberi peluang 50 peratus untuk pasangan kembar itu terselamat. – AFP
Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang terlebih prihatin sehingga menyentuh sensitiviti yang tidak sepatutnya, apa lagi melibatkan bentuk fizikal dan saiz badan.
Pelakon cantik manis, Datin Almy Nadia turut sama melalui hal yang sama bila mana diminta oleh warganet untuk menjalani pembedahan bariatrik bagi mengembalikan saiz tubuhnya seperti sebelum berkahwin.
Saranan itu dicadangkan selepas Almy yang kelihatan semakin berisi berbanding sebelum memiliki cahaya mata. Malah kata wargamaya semuanya demi untuk menjaga kesihatan.
Pun begitu, ibu kepada empat cahaya mata ini tidak mudah melatah malah Almy turut membalas di ruangan komen untuk pencerahan.
Kongsi Almy lagi, dia kini masih menyusukan anak keempatnya dan cadangan itu dirasakan kurang wajar apatah pula menguruskan tiga lagi anaknya yang bersekolah.
Biarpun cadangan itu baik untuk kesihatan diri, namun kata Almy lagi, rutin dan jadual hariannya yang padat dengan aktiviti persekolahan anak dan urusan rumah tangga tidak membolehkannya untuk menerima sebarang rawatan buat masa yang terdekat ini.
Terdahulu, suaminya, Fizz Fairuz memberitahu dia tidak kisah akan perubahan fizikal Almy, malah bersyukur mempunyai pasangan hidup yang memikul tanggungjawab sebaiknya terutama dalam soal menguruskan anak-anak.
Pun begitu, Fizz pernah memberi galakan kepada isteri untuk menurunkan sedikit berat badan secara selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.
Terdahulu, Fizz dan Almy berkahwin pada 26 April 2014. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2.
Berita gembira buat warga Johor. Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Johor akan menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.
Menurut laman rasmi, theroyaljohor , tawaran itu dilakukan menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JDTC) yang dilancarkan pada 3 November lalu.
Dalam pada itu, baginda bertitah, kerajaan negeri menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini.
“Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta. Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta ke negeri ini,” titah baginda.
Titah baginda lagi, projek-projek berkenaan dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun akan datang.
Dalam kenyataan di laman rasmi berkenaan, baginda memberitahu bahawa dalam masa terdekat Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan dinaik taraf sebelum dibuka kepada umum.
Terdahulu, pengumuman itu telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan berkata, hasrat Johor itu akan dicapai dengan penubuhan JTDC.
Klip video suami bergelak tawa dengan anak bongsu berusia dua bulan menjadi kenangan terakhir buat Farah Alyani Mohd Razali, 32 yang kehilangan pasangannya dalam kejadian lemas di Kuala Gel, Pantai Melawi, semalam.
Farah berkata video berdurasi 21 saat itu adalah gelagat terakhir arwah suami, Fauzan Azamuddin, 34, bersama anak mereka, Muhammad Annas, yang dirakamnya sebelum mereka ke pantai.
Katanya, dia bersama arwah dan keluarga ke majlis pertunangan adik bongsunya di Wakaf Baru semalam dan pulang menghantar bayi mereka ke rumah pengasuh sebelum bersama 27 ahli keluarga lain ke pantai Melawi untuk bercuti.
“Kami tiba di pantai jam 3 petang dan selepas solat Asar, suami bersama ahli keluarga lain turun ke pantai untuk mandi, manakala saya berada berhampiran chalet tempat penginapan sedang bakar daging.
“Dalam sekelip mata, tak tahu mana dulu, ramai (ahli keluarga) yang lemas, suami nak selamatkan anak saudara, tapi dia pula lemas,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, di sini.
Farah berkata, tiga daripada empat anaknya, iaitu An Nisa, 9; An Nur, 7, dan Muhammad Furqan, 5, juga mandi ketika kejadian dan turut lemas namun berjaya diselamatkan orang awam.
Selain arwah suami dan tiga anak, kejadian lemas turut membabitkan beberapa ahli keluarga Farah termasuk abangnya, Muhammad Rasyidan Mohd Razali, 37, serta seorang anak saudara perempuan yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
“Mereka ditahan di wad selepas tertelan banyak air manakala yang lain termasuk anak saya selamat dan dibawa pulang ke rumah kami di Pasir Tumbuh,” katanya.
Farah berkata, arwah suaminya yang dipanggil Didi adalah suami yang penyayang, baik hati dan suka menolong orang.
Katanya, dia kehilangan arwah yang suka berjenaka serta sering keluarga bercuti.
“Sebelum bersalin anak bongsu, arwah sempat bawa kami bercuti ke Langkawi, malah merancang untuk ke Kuala Lumpur minggu depan… saya reda dengan kejadian menimpa
“Terima kasih Didi atas 11 tahun kenangan indah bersama, dia suami yang sangat baik,” katanya sambil menitiskan air mata.
Bapa mentua arwah, Mohd Razali Deraman, 72, berkata, ketika kejadian anak menantu termasuk yang bekerja sebagai doktor cuba memberi bantuan pernafasan kepada Fauzan.
“Ketika dibawa naik ke daratan, nadi Fauzan masih ada, kami cuba buat bantuan pernafasan, tapi dia takdok dah (meninggal dunia),” katanya.
Mohd Razali berkata, jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Chica, pagi ini.
Arwah Fauzan yang juga Penolong Jurutera Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu meninggal dunia selepas lemas ketika mandi bersama ahli keluarga di Pantai Melawi dalam kejadian jam 5.30 petang semalam.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.